Tuesday, December 30, 2008

Selamat Tahun Baru 2009/1430H

Saya juga mengucapkan selamat tahun baru 1430H dan tahun baru 2009 kepada semua pembaca blog ini. Saya juga memohon maaf jika ada kesilapan pada masa yang lalu. Pada masa ini saya sibuk menguruskan penternakan ikan keli dan kekadang tak sempat untuk menulis dan menjawap panggilan talipon.

Sekian terima kasih kerana sudi membaca coretan kami ini. Penternak ikan keli belada beroperasi di Kampung Beladau Kolam Manir Kuala Terengganu.

Sunday, December 28, 2008

Ikan Keli Belada : Selamat Tahun Baru 2009 dan 1430H

Ikan Keli Belada mengucapkan selamat tahun baru 2009 kepada semua pembaca blog ikan keli belada dan didoakan semua pembaca beroleh kebahagiaan ditahun 2009 ini. Penternakan ikan keli semakin mantap dengan pelbagai teknologi penternakan diperkenalkan dalam industri penternakan ikan keli ini.

Namun begitu industri hiliran berkaitan dengan ikan keli ini perlu diperbanyakkan lagi kerana industri ini semakin ramai diceburi oleh rakyat Malaysia.

Thursday, December 25, 2008

Ikan Keli Homestay

Ikan keli homestay ini merupakan idea baru yang terpacul dalam pemikiran saya dalam usahawa membantu usahawan yang terlibat dalam penternakan ikan keli ini. Pada masa ini saya lihat ramai orang ingin menceburi diri dalam penternakan ikan keli.

Namun sebagaimana yang kami alami, penternakan ikan keli ini, tak kira apa jenis penternakan samaada ikan keli sungai, ikan keli sangkar, ikan keli kolam simen, ikan keli politank, ikan keli kolam tanah, ikan keli kanvas, ikan keli tangki simen, ikan keli tangki fiber; semua ini memerlukan modal yang bukan kecik.

Oleh itu saya sedang berusaha untuk mewujudkan ikan keli homestay ini. Konsepnya mudah sahaja iaitu bagi mereka yang berminat nak ternak ternak ikan keli ini, alami sendiri kehidupan seorang penternak ikan keli dengan duduk secara homestay ditempat penternak ikan keli berkenaan dan ikut segala aktiviti harian yang dijalankan oleh penternakan ikan keli ini. Kaedah ini bakal usahawan dapat rasakan sendiri peluh lelah seorang penternak keli secara realitinya.

Setelah tinggal di Ikan Keli Homestay ini bakal usahawan keli ini menilai sendiri adakah mereka mampu mengalami kehidupan sedemikian, jika tidak, buat perniagaan lain ajelah tak perlu bazirkan wang ribuan ringgit baru tahu pahit maung bela keli ini.

Pada kami, program Ikan Keli Homestay ini masih dalam peringkat perbincangan sedang buat jadual harian penternak ikan keli sangkar sungai yang lebih teliti supaya mereka yang menyertainya berpuashati.

Sunday, December 21, 2008

Ikan Keli Tidak Untuk Semua Orang

Ikan keli samaada sebagai makanan ataupun sebagai kerjaya bukan sesuai untuk semua orang kerana jika ikan keli sebagai makanan, tidak semua orang suka makan ikan keli kerana pada sesetengah orang, ikan air tawar ini hanya dan berbau terutama ikan keli yang suka berdiam didalam lumpur, bau lumpur atau tanah agak kuat bagi sesetengah orang.

Begitu juga jika ikan keli hendak dijadikan penternakan sebagai sumber pendapatan, tidak semua orang sesuai membela keli ini atas pelbagai faktor seperti kawasan, tanah, modal dan juga keupayaan diri. Pada kami yang menternak ikan keli ini pun duit yang dilabur hingga kini telah mencecah lebih RM100,000.00 , ini pun duit simpanan sendiri kita pakat kongsi-kongsi dalam group kami.

Anda mungkin tertanya tanya adakah cara yang lebih mudah untuk menjana pendapatan lumayan tanpa perlu bersusah payah dengan modal yang kecil ?. Saya yakin kita semua inginkan pendapatan lumayan serta bebas berbelanja tanpa perlu bersusah payah.

Setiap Orang Mempunyai Impian Untuk Mempunyai KEBEBASAN KEWANGAN. Lakukannya Dengan Berkesan Melalui Sistem Kami !!

Rasanya tidak perlu saya jelaskan lagi program peneraju SMS Prepaid terunggul di Malaysia yang di asaskan oleh Syarikat Asia Mobile Commerce Priviledge (M) ini semenjak 2003 kepada kawan-kawan semua. Cuma saya ingin berkongsi tentang servis yang ditawarkan oleh E-Dagang.net sahaja.

"Mulai Sekarang Anda Tidak Perlu Lagi Bekerja Keras Mencari Downline. Sertai Sistem Automatik dan Random Terkini kami!!"

Sertai kami sekarang untuk meneraju Mymode dengan menggunakan sistem marketing internet canggih masakini.

Sila lawati http://Prepaid4U.Net/?id=phonemoney

Sistem internet marketing lengkap dengan replicate web, randomizer, auto downline, alert message dan pelbagai lagi. Hanya di Prepaid4U group!!

1. Latar Belakang Syarikat Yang Kukuh!
2. Produk WAJIB BELI!!
3. Permintaan Yang Konsisten!!
4. Modal Kecil, Untung Besar
5. Tiada risiko
6. Miliki perniagaan sendiri Prepaid Card dengan modal RM65 sahaja.
7. Bonus seminggu sekali yang boleh di CASHkan.
8. Perniagaan yang boleh diwarisi.
9. Yuran Tahunan Rendah, Tiada Tetapan Bulanan
10. Mudah! Sangat Mudah!
11. Sistem yang canggih dan telus!!
12. Khidmat Bantuan dan Sokongan Yang Berterusan


Ayuh para-para usahawan semua! Ini bukan lagi zaman untuk kita KERJA KERAS, tetapi BEKERJA SECARA BIJAK! Jangan lepaskan semua BONUS ISTIMEWA ini dan sekali saya ingin katakan bahawa anda tidak akan temui ia ditempat lain, semuanya merupakan TAWARAN ISTIMEWA UNTUK MEREKA YANG MENDAFTAR MENERUSI LAMAN WEB INI SAHAJA!

Sila lawati http://Prepaid4U.Net/?id=phonemoney


Tiada penipuan, bukan skim cepat kaya, bukan program wang ehsan surat berantai, sebaliknya sebuah perniagaan yg sah disisi undang-undang. Saya pada masa ini telah melaksanakan program mudah ini, sambil membela ikan keli dan ianya amat mudah.

Ikan Keli Belada : http://Prepaid4U.Net/?id=phonemoney


@ Ikan Keli Belada 2008

Saturday, December 20, 2008

Patah Sayap Bertongkatkan Paruh

Patah sayap bertongkatkan paruh, namun gunung daik ku daki jua..Itu usaha yang saya lakukan 2 minggu lepas kerana modem internet rosak sebab itu tak boleh nak up date blog ini. Namun begitu situasi penternakkan ikan keli kami di sungai Terengganu ni, masih terkawal, syukur Alhamdulillah.

Musim hujan ni masih belum berakhir, ikan keli makin laris dipasaran kerana kekurangan sedikit ikan-ikan laut kerana keterbasan nelayan pantai dan laut mencari ikan akibat laut tak menentu gloranya. Ikan keli kami sentiasa ada pembeli yang menanti kerana apa pun harga ikan keli kami masih dalam keupayaan pemborong untuk membeli dan inilah kelebihan ikan keli sungai kerana rasa atau bau lumpurnya kurang sedikit berbanding dengan ikan keli kolam, ini pandangan peribadi saya sahaja sebab bau dan rasa sebenarnya tertakluk kepada deria serta cita rasa individu.

Monday, December 8, 2008

Ikan Keli

Ikan keli

Sunday, December 7, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Sempena hari raya korban ini saya mengucapkan selamat hari raya korban kepada semua pembaca blog Ikan Keli Belada ini. Saya dan keluarga serta team Ikan Keli Belada memohon maaf atas segala kesilapan sepanjang saya menulis di blog ini.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan bahawa sesiapa ada berminat nak belajar menghasilkan benih keli atau anak keli boleh hubungi dan hadiri Kursus praktikal pembenihan ikan keli teknik aruhan akan dilangsungkan pada 13 dan 14 Disember di ladang Prestasi Agro Farm, Bukit Lagong, Selayang.

Bagi mereka yang berminat mendalami kemahiran pembenihan ikan keli boleh menghubungi sekretariat di 012-6138059 atau 012-6157937.

Pemasaran anak keli ini mampu beri pulangan yang lumaya, semalam saya ada tengok TV1 bagaimana seorang anak muda berjaya memperolehi pendapatan RM3,000.00 sebulan dengan hanya menjual anak benih ikan keli yang sentiasa mendapat permintaan. Beliau hasilkan anak keli ini dengan modal RM5,000.00 sahaja dan dibuat dalam tangki-tangi kecil. Anak ikan keli dengan sais 3 inci boleh dijual pada harga 10 sen hingga 20 sen seekor.

Saya sendiri pun biasa beli ribu-ribu ekor anak keli pada sesuatu masa yang mana boleh mencecah nilai RM7k- RM10K untuk modal beli anak keli ini.Oleh itu bagi memantapkan industri penternakan ikan keli ini perlu ada usahawan yang fokus buat benih supaya industri ini semakin berkembang maju.

Saturday, December 6, 2008

Musim Hujan Musim Banjir

Bulan disember ini bulan hujan dan juga musim banjir dan ia juga merupakan masa yang kritikel bagi kami yang menternak ikan keli sungai ini. Silap gaya ikan keli serta pukat ikan keli boleh hanyut di air sungai yang deras.

Namun begitu sebagai manusia,kita perlu berikhtiar menangani masaalah ini. Kami berusaha dengan mengikat keseluruhan sangkar ikan keli menjadi satu rakit yang kukuh dengan wayar kabel dan juga mengikat didasar sungai dengan menggunakan sauh kapal yang sudah lama dibeli.

Manakala dibahagian hadapan sangkar, lebih kurang dua hingga tiga meter dihadapan sangkar, buluh-buluh diikat menjadi seperti pancang anak panah dan ditanam ataupun dipacak kedalam sungai. Tujuan utama kami buat begini adalah untuk memecah arus aliran sungai supaya tidak terus menerjah sangkar ikan keli. Perkara yang paling bahaya juga adalah arus dalaman yang berpusar boleh memusarkan pukat ikan keli yang terdapat dalam sangkar dan seterusnya mampu menjerut kumpulan ikan keli dan boleh membawa maut kepada ikan keli kerana pukat terjerut didasar sangkar.

Semua ini kami buat bersama penternak-penternak ikan sangkar disungai dan dengan semangat gotong royong mampu menjadikan kerja lebih ringan.

Tuesday, December 2, 2008

Cara Jimat Makanan Ikan Keli

Satu daripada faktor yang banyak mempengaruhi kos operasi menternak ikan keli ini adalah makanan ikan keli. Terdapat pelbagai cara kita boleh gantikan atau tambah makanan ikan keli dengan makanan lain selain daripada palet. Antara makanan ikan keli yang boleh kita usahakan adalah seperti perut atau bahagian dalam ayam.

Walaubagaimana pun, sahabat saya yang baru balik daripada Solo, Indonesia membawa pelbagai kaedah yang digunapakai oleh rakan kita di Solo ini. Menurut sahabat saya itu, ikan keli di kawasan berkenaan diberi makan lipas !, disamping makanan yang lain.Pelik bukan ?

Banyak cerita pelik dan ajaib daripada Solo, Indonesia akan saya paparkan hanya tunggu gambar daripada kawan saya yang baru balik daripada Solo ini.

Satu daripadanya adalah anak lembu dibela dalam tahi lembu !. Tahi lembu digunakan untuk hasilkan gas memasak dan pelbagai cerita lagi..

Monday, December 1, 2008

Minyak Masak Ganti Minyak Injin ?

Saya ada menerima email daripada kawan yang mengatakan bahawa minyak masak yang kita dok pakai goreng ikan keli dan pelbagai masakan lagi boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk injin kereta !. Jika kita hendak guna minyak masak sebagai minyak injin kereta,pastikan ianya minyak masak yang diperbuat daripada minyak kelapa sawit.

Sehingga kini telah lebih setahun sahabat saya itu menggunakan minyak masak daripada minyak kelapa sawit sebagai minyak injin dan bila dengar kenyataan ini hasrat untuk mencuba itu ada, namun masih lagi was-was. Minyak masak daripada jenis minyak lain tidak disyorkan seperti minyak soya,minyak jagung dan lain - lain tidak sesuai digunakan sebagai minyak pelincir.

Jika perkara ini benar, maka kita semua akan dapat jimat wang kerana minyak pelincir amat mahal pada masa ini walaupun harga minyak mentah telah turun. Siapa berani cuba ?.

Sunday, November 30, 2008

Mencari Rezeki Halal

Mencari rezeki perlulah dengan cara halal jika tidak lambat laun akan terbongkar juga jika anda lakukan penipuan. Saksikan vedio ini.




Saturday, November 22, 2008

Ikan Keli Belada Kini


Ikan Keli Beladau Kolam Manir, Terengganu.

Projek menternak ikan keli di kampung Beladau Kolam, Manir Terengganu ini yang diusahakan oleh saudara saya ini kini sudah pun hampir 2 tahun dan hingga kini keli peliharaan kami ini telah pun mempunyai ramai pelanggan tetap.

Saya paparkan disini view sangkar kami yang tak seberapa ini semuga dapat memberi manafaat kepada pembaca blog ini.


Jom jemput turun ke kolam kami ditebing sungai Terengganu.



Sangkar ikan keli dan juga ada sedikit ikan talapia serta ikan patin.


Sangkar ikan keli sungai kami.


Anak keli hidup bebas dalam sangkar

Saturday, November 15, 2008

Hati Pelanggan Perlu Dijaga

Jika kita ingin berjaya dalam perniagaan, kehendak pelanggan perlu kita utamakan. Tanpa pelanggan maka bisnes kita boleh lingkup. Apa jua perniagaan yang lakukan perlu mengambil kira kehendak pelanggan dan jika perlu kita ubahsuaikan dengan kehendak pelanggan kita.

Kepekaan kita kepada kehendak pelanggan mampu memberikan pulangan yang lumayan bagi perniagaan kita. Sebagai contohnya dalam keadaan ekonomi yang semakin menurun ini, kita perlu menurunkan harga produk kita ataupun menukar produk kita kepada saiz yang lebih kecil supaya harga pengguna produk itu mampu dibayar oleh pengguna. Ingatlah nilai wang semakin mengecil pada masa ini kerana jika dahulu wang RM50.00 mampu kita beli banyak benda namun pada hari ini hanya sedikit sahaja barang yang kita boleh beli. Saya pernah ke Indonesia dan lihat ayam kecil-kecil dijual disana, saya pernah bertanya pada sahabat dari Indonesia kenapa ayam ni kecil sahaja, jawapan beliau mudah aje, jika besar harga mahal tak mampu orang nak beli !.

Bagaimana dengan keli kita, saya rasa kita perlu fikirkan bersama bagi faedah pengguna akhir kerana jika lauk keli di restauran dah RM7.00 seekor, sapa nak beli ?. Lihat video ini pentingnya pelanggan.
video

Friday, November 14, 2008

Hendak seribu daya ...


Jika kita ingin mengusahakan sesuatu, tiada sesiapa pun yang mampu menghalang kita. Tidak kira siapa kita, yang penting kita berusaha dengan gigih mencapai apa yang kita impikan. Ini jelas dibuktikan oleh saudara Mohd Khairi Othman yang merupakan seorang OKU mampu memelihara ikan di Sungai Pahang sebagaimana yang dipaparkan oleh Utusan Online yang saya petik ..Kecacatan tidak mampu untuk menghalang menjadi usahawan.

Bagi pasangan Othman Ali, 75, dan Juliah Ismail, 71, dari Kampung Tanjong Pulai, Pekan, itulah hakikat yang perlu ditempuhi mereka sepanjang 31 tahun lepas setelah dikurniakan seorang anak kurang upaya (OKU), Mohd. Khairi yang hanya mempunyai tangan sehingga paras siku dan kaki di paras lutut.

Walaupun tidak sempurna seperti insan lain, Mohd. Khairi tidak pernah dididik menangisi akan kekurangannya itu.

Hari ini, ibu bapa Mohd. Khairi mampu tersenyum bangga melihat anaknya itu bukan hanya mampu berdikari malah menjadi usahawan akuakultur, satu bidang yang melibatkan banyak aktiviti fizikal.

Semuanya bermula pada lapan tahun lepas, apabila Mohd. Khairi dipujuk sepupunya, Abdul Rashid Nordin agar menternak ikan dalam sangkar di tepi Sungai Pahang.

Meminjam

Beliau, yang memang gemarkan aktiviti memancing, kemudian bersetuju dan meminjam sebuah sangkar daripada sepupunya itu untuk menternak ikan tilapia.

Berkat usaha gigihnya tanpa mengenal jemu, pada hari ini Mohd. Khairi berjaya memiliki 17 sangkar dengan ternakan ikan talapia dan patin hasil usaha gigihnya selama ini.

Beliau berkata, antara 600 dan 700 kilogram ikan bernilai kira-kira RM4,000 dapat dijual di pasar sekitar Pekan pada setiap pusingan hasil iaitu lima bulan sekali.

Mungkin pendapatan yang puratanya kira-kira RM800 sebulan itu tidak berskala besar, namun bagi insan istimewa seperti Mohd. Khairi, ia cukup bermakna dalam membantu kehidupannya sekeluarga.

Rutinnya, Mohd. Khairi akan berkerusi roda dari rumahnya sebelum menuruni anak tangga ke sangkar ikan menggunakan kedua-dua lengan dan pehanya.

Beliau kemudian memberi makan ikan dengan mengepit bekas berisi makanan ikan (palet), malah kadangkala mengangkat sendiri guni berisi makanan itu ke setiap sangkar ikan.

Beliau juga terpaksa membersih kawasan sangkar daripada sampah sarap yang hanyut ke kawasan sangkar bagi mengelak ikan ternakannya mati.

Aktiviti itu dilakukannya setiap pagi dan petang.

“Dengan keadaan fizikal macam ini, memang banyak cabaran perlu ditempuhi tetapi saya sudah biasa sejak kecil,” kata Mohd. Khairi ketika ditemui di sini.

Bagaimanapun, menurut Mohd Khairi, pada setiap pusingan hasil, beliau akan dibantu beberapa saudara dan rakannya untuk mengeluarkan ternakan ikan berkenaan untuk jualan.

Seorang lagi pemuda OKU, Mohamed Mahidin, 38, dari Kampung Kiambang, Ganchong di sini juga tidak menjadikan kecacatan sebagai halangan untuk menjadi penternak ikan sangkar yang berjaya.

Bekas pemenang pingat perak acara lompat tinggi pada kejohanan Sukan Paralimpik Asia 1998 di Bangkok, Thailand, itu kini berjaya mengusahakan 18 sangkar ikan talapia dan patin.

Beliau yang mengalami kecacatan di kaki kanan, berkata, penglibatannya dalam bidang akuakultur sejak enam tahun lepas membawa pulangan antara RM1,000 dan RM1,500 sebulan.

Katanya, hasil ternakan tersebut mendapat permintaan tinggi daripada pengguna terutama di pasar besar Kuantan.

Ditanya kesukaran yang dihadapinya bagi menjayakan projek itu, Mohamed berkata, beliau akan sedaya upaya berusaha mengatasi segala masalah.

“Lagipun saya memang dibesarkan di kawasan kampung, sudah biasa bermain sungai," katanya.

Namun, katanya, cabaran yang paling besar ialah setiap kali musim banjir yang memaksanya memberhentikan sementara aktiviti penternakan ikan.

Kedua-dua pemuda berkenaan seperti usahawan lain, juga menyimpan hasrat memajukan perniagaan masing-masing.

Dengan kerahan keringat bagi menjayakan perusahaan sangkar ikan tersebut, usaha Mohd. Khairi dan Mohamed telah mendapat perhatian Jabatan Perikanan .

Pada 23 Oktober lepas, kedua-dua pemuda berkenaan telah menerima bantuan menerusi Skim Perkhidmatan Sokongan Akuakultur (SPeKs) yang disampaikan sendiri oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Akuakultur Jabatan Perikanan, Ismail Abu Hassan.

Skim berkenaan bertujuan meringankan beban kewangan serta meningkatkan pendapatan pengusaha akuakultur melalui penyediaan infrastruktur dan kemudahan sokongan.

Bagi Mohd. Khairi bantuan tersebut akan dapat mempertingkatkan pengeluaran hasil ternakannya pada masa akan datang.

“Penambahan sangkar ikan memerlukan modal yang besar dan bantuan ini pasti membantu," katanya.

Bagi Mohamed, beliau bercadang mengembangkan aktiviti ternakan ikan sangkarnya kepada industri hiliran dengan menghasilkan produk sejuk beku, pekasam dan keropok.

Katanya, melalui pemerhatian yang dilakukannya, kesemua produk berkenaan kini semakin diminati dan mendapat permintaan yang baik di pasaran seluruh negara." Di petik daripada Utusan Online

Sama-sama kita mencontohi semangat dan kegigihan sahabat kita ini dalam apa jua yang kita lakukan. Sebagai seorang beragama Islam , saya yakin bahawa rezeki di kurniakan Allah dan kita perlu berusaha dengan gigih untuk memperolehinya disamping sentiasa berdoa agar diberkati serta dipermudahkan rezeki kita.

Tuesday, October 28, 2008

Bioteknologi mula diperkenalkan dalam ternakan Ikan Keli

Penggunaan bioteknologi mula diperkenalkan dalam bidang ternakan ikan keli. Penggunaan bioteknologi dalam industri ikan keli ini dijangkakan dapat mengurangkan kos operasi pembenihan serta penuaian ikan keli, sebagaimana disiarkan oleh Utusan Malaysia Online,

"Teknologi biotek untuk keli

Teknologi penternakan ikan keli bukan sahaja mencakupi sistem infrastruktur atau kaedah menternak tetapi kini dipertingkatkan lagi dengan pengenalan beberapa produk sampingan.

Terbaru, kumpulan penyelidik, Perintis Agrotech Centre (PATC) memperkenalkan hasil penemuan terbaru mereka, Bio-Aqua iaitu formula khas untuk pembangunan industri ternakan dan pembenihan keli tempatan.

Bio-Aqua merupakan satu usaha menjadikan campuran mikrob baik dan zat mineral yang telah diuji kesesuaiannya dan terbukti keberkesanannya sebagai bahan asas dan komposisi utama produk tersebut.

Ia merupakan bahan penggalak sektor ternakan ikan paling efisien dan berjaya pada masa kini.

Tanpa campuran bahan kimia, Bio-Aqua akan 'bekerja' 24 jam sehari sepanjang tempoh ternakan ikan sekiranya digunakan mengikut panduan yang diberikan.

Bio-Aqua merupakan teknologi bio yang telah diperkenalkan di Jepun dan telah disesuaikan dengan struktur ternakan tempatan dari segi suhu, cuaca, struktur air, kelembapan tanah, tempoh ternakan ikan dan sebagainya.

Formula khas keli ini dicipta khas bagi membantu pengusaha benih dan pengusaha ternakan keli memandangkan margin keuntungan yang kecil dan memerlukan satu formula untuk mengurangkan kos operasi serta kos makanan.

Berdasarkan testimoni dan kajian yang dibuat, Bio-Aqua sangat sesuai untuk kedua-dua industri pembenihan ikan keli serta ternakan keli.

Objektif utama penghasilan Bio-Aqua adalah untuk penjimatan kos makanan dan mempercepatkan tempoh tuaian dari 60 hari ke 45 hari melalui aplikasi terus kepada pelet dan mampu memperbaiki struktur kolam ternakan melalui aplikasi terus kepada air.

Peningkatan kos makanan yang mendadak telah memberikan tekanan kepada pengusaha ikan air tawar termasuk keli.

Mengikut nisbah berat ikan berbanding berat makanan yang diperlukan sepanjang tempoh ternakan atau FCR (food convention rate), bagi menghasilkan satu kilogram (kg) ikan sebanyak dua kg pelet diperlukan (nisbah 1:2).

Bagaimanapun dengan menggunakan Bio-Aqua, terbukti berat makanan dapat dikurangkan kepada 0.8kg hingga 1.2kg.

Sekiranya kos pelet RM2 untuk sekilogram, ini bermakna kos makanan dapat dikurangkan RM1.60 hingga RM2.40 bagi setiap sekilogram ikan melalui aplikasi terus kepada pelet.

Penjimatan ini pasti melegakan pengusaha yang terpaksa berbelanja besar untuk kos makanan iaitu melebihi 60 peratus kos operasi.

Terdapat dua cara penggunaan Bio-Aqua yang paling efisien.

Pertama, dengan mencampurkan cecair ke dalam kolam ternakan pada kadar 1:1000 liter air.

Kaedah ini hanya sesuai untuk kolam ternakan yang bersaiz kecil seperti kolam kanvas, poly-tank, gentian kaca atau kolam simen bersaiz kecil.

Bio-Aqua akan berinteraksi terus dengan molekul dan struktur air di dalam kolam ternakan dan dalam masa yang singkat ia akan memecahkan molekul nitrat dan nitrit dan menukarkan kepada oksigen.

Kesannya, tindak balas tersebut akan mengurangkan kadar penghasilan ammonia dan bau busuk kepada kolam ternakan.

Penyerapan protein

Kedua, dengan menyemburkan Bio-Aqua kepada pelet setengah jam sebelum diberikan kepada ikan.

Melalui kaedah ini, Bio-Aqua akan bertindak balas terus dengan struktur dalaman ikan dan akan meningkatkan kadar penyerapan protein pada pelet iaitu melebihi 24 peratus bagi starter, meningkatkan kadar penghadaman dan kelancaran usus ikan, meningkat antibodi dan selera makan ikan.

Kesannya, ia akan mempercepatkan tumbesaran ikan dan mengurangkan kadar kematian.

Secara tidak langsung, kos makanan ikan akan dapat dikurangkan lebih antara 30 dan 50 peratus.

Menurut ketua kumpulan penyelidik PATC, Hifdzi Hamzah, secara umumnya dengan menggunakan Bio-Aqua mengikut kaedah yang betul, pengusaha dapat menjimatkan bil air dan elektrik serta tenaga kerja kerana air tidak perlu kerap ditukar ganti.

Selain itu, penggunaannya dapat mengurangkan bau busuk pada air dan bau hanyir pada ikan, meningkatkan kualiti tekstur daging ikan dan warna isi, mengurangkan lemak berlebihan dengan penghasilan isi yang lebih pejal.

"Pada masa sama, ia, mengurangkan kadar kematian hasil peningkatan antibodi dan pengurangan stres pada ikan dan dapat menghasilkan ikan bermutu tinggi,'' katanya.

Bagi pengusaha benih keli, Bio-Aqua mampu mempercepatkan penghasilan air hijau yang amat diperlukan oleh rega dan anak ikan dan mampu mengelakkan kerongsong telur yang tidak menetas memasamkan air sewaktu awal proses penetasan.

Penghantaran Bio-Aqua akan dibuat terus ke alamat pembeli dengan menggunakan perkhidmatan KTM bagi yang membuat tempahan melalui telefon manakala bagi pembeli di sekitar Lembah Klang, mereka boleh terus ke pusat jualan di Business Suite B-17-G, The Medan Selayang, Batu Caves, Selangor.

Buat masa ini, PATC mampu menjual lebih 1,000 botol untuk produk Bio-Aqua sebulan dan dijangka permintaan akan terus meningkat berdasarkan trend kenaikan kos makanan yang semakin meningkat yang semakin menekan pengusaha keli.

Selain itu, PATC turut mengadakan sesi latihan kemahiran bagi mereka yang ingin menjadi pengusaha benih keli teknik aruhan.

Kursus yang terkini akan diadakan pada 1 dan 2 November ini di Institut Integriti Malaysia (IIM), Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Bagi yang berminat mendapatkan produk Bio-Aqua atau mengikuti kursus latihan pembenihan keli aruhan boleh menghubungi terus ke talian 03-6187 3796. >>Utusan Malaysia Online.

Monday, October 27, 2008

Benih Atau Anak Ikan Keli

Di dalam keghairahan kita memelihara ikan keli ini, satu persoalan yang timbul adalah bekalan benih ataupun anak ikan keli. Siapakah yang mengusahakan pengeluaran benih ikan keli ini ?. Penternakkan ikan keli yang diusahakan oleh saudara saya ini pun memerlukan benih ikan keli ini. Walaubagaimana pun harga perlu dipersetujui bersama.

Melihat kepada kekosongan dalam rantaian penternakan ikan keli ini, bagi mereka yang berminat nak jadi usahawan ikan keli ini, lihatlah juga peluang sebagai pengeluar benih ikan keli. Kita masing-masing dalam industri ikan keli ini perlu wujudkan satu pengkhususan untuk setiap usahawan. Ini amat penting supaya rantaian industri penternakan ikan keli tidak punah di telan zaman kerana tiada bekalan anak ikan keli.

Begitu juga disektor lain seperti bekalan makanan, pengangkutan, pemasaran, serta kelengkapan untuk penternakan serta pembenihan anak ikan keli.Jangan kita semua tertumpu kepada satu titik sahaja tanpa melihat keperluan lain dalam industri ini. Jika pasaran ada, kolam ada tetapi benih atau anak keli sukar didapati, macam mana.

Pada pengalaman kami sebagai penternak ikan keli sungai, benih ikan keli perlu kami beli walaupun kita tahu bagaimana nak hasilkan benih ikan keli. Faktor masa serta keperluan kakitangan yang terhad menyebabkan pihak kami tidak mampu untuk mengeluarkan benih atau anak ikan keli dan saya yakin perkara yang sama berlaku kepada penternak ikan keli yang lain.

Oleh itu saranan saya, sebahagian daripada kita perlu menjadi usahawan yang membekalkan benih atau anak ikan keli ini supaya masing-masing kita dapat bekerjasama dan fokus dalam bidang keusahawanan ikan keli ini, biar kita jadi serumpun buluh yang saling menyokong antara satu dengan yang lain.

Sunday, October 26, 2008

Ikan Keli Belada: Permintaan Ikan Keli Amat Tinggi..

Ikan Keli Belada Kota Bharu: Ikan Keli semakin mendapat tempat dikalangan pengemar makanan ikan air tawar. Walaubagaimana pun harga ikan keli yang ingin dijual kepada pasaran pengguna perlulah mengambil kira harga yang dijangkakan mampu dibayar oleh pengemar ikan keli.

Semalam saya dimaklumkan di Kota Bharu, ikan keli juga mendapat permintaan yang cukup tinggi dan bekalan tidak mencukupi untuk pasaran.Namun begitu harga yang sanggup diterima oleh pengguna adalah sekitarRM4.00-RM4.50/sekilo dan jumlah bilangan ikan keli sekilo ini sekadar 3-4 ekor sahaja.

Oleh itu jika anda ingin menternak ikan keli, perlu mengambil kira faktor harga pasaran yang mampu diterima oleh pengguna, pemborong serta penternak ikan keli yang lain. Saya dimaklumkan juga dengan kos makanan ikan keli terutama palet yang semakin meningkat, kajian bahan makanan lain perlu diberi perhatian oleh penternak ikan keli.

Pernternak ikan keli perlu mengkaji kos operasi serta hasil serta untung-rugi penternakan ikan keli ini kerana PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN, jika tidak anda yang ingin menceburi bidang penternakan ikan keli ini boleh mengalami kerugian jika perjalanan kewangan tidak dilakukan dengan cermat serta teliti.
IKAN KELI BELADA @2008

Wednesday, October 22, 2008

Kekurangan Bekalan Ubi Kayu dan Pisang Untuk Dibuat Kerepek Serta Pisang Salai

Saya baru balik daripada Genting Highland atas urusan kerja hari ini dan di Genting ini saya menginap di Hotel Awana atas urusan meeting.Nama lagi meeting maka dapatlah berkumpul dan berjumpa kawan-kawan daripada seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Bila berkumpul ini macam-macam perkara yang dapat dibincangkan serta dapat info-info terkini.

Perkara yang menarik perhatian saya , adalah usahawan IKS kita mengalami kekurangan ubi kayu dan pisang untuk dibuat kerepek pada musim perayaan yang lepas. Dan yang mengejut serta mengembirakan saya adalah, walaupun kita ada kenaikan dalam harga minyak baru-baru ini, jualan produk IKS kita semakin meningkat pada musim perayaan yang lalu. Bahkan ada sesetengah IKS ini dah habis barang, kerepek ubi,kerepek pisang, bauhulu, biskut habis dijual dalam masa seminggu lagi nak raya !. Huh hebat..dan yang paling sedap didengar ..ada usahawan IKS ini mampu buat jualan mencecah RM1.8 juta sebulan dalam bulan perayaan yang lalu !.

Jika kita ambil keuntungan bersih berdasar margin 10%, untung bersih usahawan kerepek ini adalah mencecah RM180,000.00....wow..Jika kita bahagi 12 bulan , maka seolah-olah ia berpendapatan RM15,000.00 sebulan weh...ho..ho..Luar biasa hebat..sapa kata jual kerepek ini tak boleh untung ?

Saya belum lagi berjumpa beberapa usahawan lain..namun jika dilihat perkembangan ini pasti perkara yang sama di alami oleh usahawan IKS yang lain !.

Thursday, October 16, 2008

Makanlah Buah-Buahan Tempatan Lazat Berkhasiat

Buah-buahan tempatan juga tidak kurang hebatnya bahkan sesetengah buah-buahan tempatan ini lazat dan amat berkhasiat. Buah-buahan tempatan juga boleh diperolehi pada harga yang berpatutan. Untuk menggalakan kita memakan buah-buahan tempatan ini kita juga perlu mendidik generasi akan datang untuk memakan buah-buahan tempatan ini dengan mengajar anak-anak kita memakan buah-buahan tempatan ini.

Pada hari ini buah-buahan tempatan juga telah dieksport keluar negara dan sesetengah buah tempatan ini kini menjadi kegemaran masyarakat dinegara barat.


Selain makan buah tempatan dalam bentuk segar, kita boleh juga membuat pelbagai produk daripada buah-buahan tempatan ini seperti rojak, jus, jeli, jam, jeruk, acar buah-buahan, 'punch', kek.



Selain makan buah-buah tempatan juga boleh dibuat hiasan, ukiran hantaran perkahwinan, hiasan digelas minuman dan pelabagai jenis produk. Manggis, Buah Naga antara buah yang memberi nilai kesihatan yang tinggi.

Wednesday, October 15, 2008

Produk Usahawan IKS Makanan Kita Hebat

Produk kita pun setanding dengan produk yang di import bahkan banyak produk IKS kita pun telah di eksport keluar negara, kita semua patut bangga dan perlu sokong produk usahawan kita, halal lagi berkualiti.

Mari pakat beli produk kita,usahawan kita serta pilihan kita.


Macam-macam ada...sebut sahaja...

Sunday, October 12, 2008

Ternak Ikan Keli Bersama i-Cage

Penternakan ikan keli boleh dibuat menggunakan tangki polister dan kini sebuah syarikat tempatan telah mampu menawarkan pakej yang menarik, sebagaimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia Online antaranya;

"Terbaru, sebuah syarikat tempatan turut menawarkan teknologi baru dalam ternakan ikan keli, Rotocraft Technologies (M) Sdn. Bhd. (RTSB) yang menawarkan pakej jenama i-Cage.

Pakej i-Cage itu melibatkan 12 tangki ikan ternakan ikan dengan harga RM25,000 satu pakej.

Selain 12 tangki, pakej tersebut mengandungi sistem paip, sistem penapisan, tempat saluran menuai dan juga sistem pam untuk air masuk dan keluar.

Menurut Pengarah Urusan RTSB, Yusra Sabar, mereka yang berminat mendapatkan pakej tersebut bagaimanapun digalakkan menghadiri bengkel kaedah penternakan yang dikendalikan dengan rakan kongsi niaga syarikatnya, AquaBiz Sdn. Bhd.

"Syarikat ini menawarkan kursus penternakan dan juga aspek lain termasuk bekalan benih ikan keli," katanya.

Yusra berkata, setiap tangki polietilena mampu menampung kira-kira 3,000 ekor anak ikan keli bersaiz piawai tiga inci yang boleh dibeli pada harga antara 13 sen dan 20 sen seekor.

Pihaknya, menawarkan dua jenis tangki iaitu bersaiz diameter tujuh kaki yang digunakan dalam pakej tersebut manakala tangki yang lebih keci berukuran empat kaki kali enam kaki kali dua kaki enam inci ditawarkan untuk penternak bebas yang ingin terlibat dalam Program Bumi Hijau.

Beliau berkata, pakej tersebut jika berjaya, mampu mengeluarkan hasil 800 kilogram setiap tangki seberat 250 gram seekor dalam tempoh tiga bulan.

Penternak juga ditawarkan perladangan kontrak dengan sebuah syarikat lain yang membeli semua hasil yang dikeluarkan oleh penternak terbabit.

Sistem i-Cage yang ditawarkan itu bukan sahaja tahan karat dan tahan lasak tetapi juga mudah alih, memanfaatkan sistem kitaran air tertutup dan senang dikendalikan.

Bagi membolehkan ternakan lebih terjaga daripada segi persekitaran, penternak juga ditawarkan dengan penggunaan mikroorganisma efektif (EM) , anti klorin, anti bakteria dan makanan ikan Mereka yang berminat boleh menghubungi RTSB di talian 03-78452415.

Spesifikasi tangki AlSaiz: Empat kaki kaki x enam x dua kaki enam incilBahan - politilenalKapasiti - 1,700 liter air (500 ekor ikan) Sesuai untuk semua jenis ternakan.Spesifikasi Tangki BlTangki bulat (pakej) -3,000 ekorlUkuran - Tujuh kaki diameter dan tiga kaki tinggilSesuai untuk semua jenis ikanlKegunaan- sesuai untuk ternakan komersiallCiri-ciri - Mudah alih, mudah dipasang dan diselenggara." di petik daripada Utusan Malaysia Online.

Oleh itu jika anda berminat boleh menghubungi syarikat berkenaan, namun begitu saya cadangan anda kaji juga kos pengeluaran serta sasaran pasaran yang ingin anda pasarkan produk ikan keli ini supaya pelaburan yang anda buat mampu memberikan pulangan yang lumayan ataupun berpatutan.

Saturday, October 11, 2008

Keracunan Melamine Dalam Makanan

Hari ini heboh diperkatakan keracunan melamine dalam makanan yang telah mengakibatkan pelbagai penyakit kepada kanak-kanak di negara China bahkan diberitakan telah melibatkan beberapa kematian. Ini semua adalah kerana sifat tamak penggusaha makanan yang inginkan kekayaan segera.

Melamine merupakan sebatian kimia yang digunakan dalam pembuatan plastik dan dari segi struktur molekulnya, ianya didapati mengandungi banyak unsur nitrogen. Kehadiran unsur nitrogen inilah yang menyebabkan pengusaha yang tidak beretika menambahnya didalam susu untuk mengkaburi ujian kandungan protein dalam susu. Ini kerana untuk ujian protein dilakukan, pada awalnya ujian atau jumlah nitrogen yang dikesan dan dengan formula tertentu, diambil kesimpulan, jika kandungan nitrogen tinggi, maka disamaratakan bahawa kandungan protein juga adalah tinggi. Ujian inilah di manipulasikan oleh penggusaha yang tamak menjual produk yang rendah protein pada harga yang tinggi, yang mana kini mengakibatkan sebahagian besar produk-produk yang berasal daripada China dan juga Taiwan telah disekat oleh sebahagian besar negara pengimport.

Ini turut juga merangkumi produk-produk yang melibatkan penggunaan hasilan tenusu yang lain seperti biskut, coklat,gula-gula, kopi segera yang menggunakan kreamer daripada China dan Taiwan. Oleh itu marilah kita berlebih berhati-hati dalam pembelian dan pemakanan kita pada masa ini, kerana kesilapan yang mudah ini, mampu memberikan kesan yang fatal pada kita dan juga anak-anak kita yang baru hendak memulakan penghidupan ini.

Sedikit kerisauan kita adalah adakah melamine juga tercemar dalam makanan peliharan kita terumtama makanan ikan keli ?.

Friday, October 10, 2008

Simpan Maklumat Pelanggan Anda.

Semalam saya ada menerima panggilan talipon daripada syarikat insuran tempat saya membeli insuran untuk kereta saya. Syarikat ini mengingatkan kepada saya bahawa insuran kereta saya akan tamat pada penghujung bulan ini dan syarikat yang sama sentiasa membuat panggilan talipon mengingatkan saya tentang perkara ini.
Pada fikiran anda kat mana saya akan memperbaharui insuran pada tahun ini ?. Ya sudah pasti dengan syarikat yang sama !. Kenapa syarikat ini mampu membuat panggilan talipon ni ?, tidak lain kerana ia ada menyimpan maklumat pelanggannya. Pada masa ini pesaingan pemasaran produk amat sengit dan daripada kajian yang telah dijalankan, mendapati kos untuk mendapat pelanggan yang baru lebih mahal berbandingkan untuk menggekalkan pelanggan yang sediaada.

Oleh itu jika kita terlibat dengan bidang perniagaan, kita perlu menyimpan maklumat pelanggan kita bagi memastikan perniagaan kita mampu berdayasaing serta bertahan kerana kita sememangnya mempunyai pelanggan tetap. Dengan memberikan sedikit extra servis, special discount untuk regular customer dan pelbagai lagi tawaran menarik pasti kita dapat memikat pelanggan yang sedia ada disamping mencari pembeli baru.

Dengan adanya kemudahan teknologi serta data maklumat pellanggan yang kita kumpul, akan dapat membantu kita membuat promosi yang lebih berkesan. Perkara-perkara yang perlu anda simapan berkatian dengan pelanggan anda adalah seperti berikut, walaubagaimana pun lebih banyak maklumat pelanggan anda yang dapat simpan akan lebih banyak membantu pemasaran produk anda. Antara data yang perlu simpan adalah:
  1. Nama Pelanggan
  2. Jantina
  3. Alamat
  4. Tarikh lahir
  5. Nombor talipon
  6. Nombor handphone.
  7. Alamat email
  8. Produk apa yang dia beli.
  9. Tarikh bila dia beli.
  10. Ahli keluarga.
Jika anda ada maklumat pelanggan seperti ini,kita mampu membuat promosi yang berkesan. Contohnya seperti pada hari lahir pelanggan, berikanlah sesuatu hadiah ataupun special diskaun secara peribadi kepada beliau. Bagaimana kita nak buat ? Hantar sahaja SMS ke taliponnya seperti berikut:

(Pentingnya kenapa kita perlu ada no handphone)

"Assalamualaikum Pn. Anisa (pentingnya ada nama, it look more personal and caring'), selamat hari lahir (penting maklumat hari lahir) pada hari ini, saya doakan panjang umur. Sempena hari lahir Pn.Anisa syarikat kami menawarkan diskaun 20% untuk rawatan muka, bagi memastikan wajah sentiasa jelita pada hari lahir pn. Anisa. Tawaran ini sah sehingga hari Isnin 13/10/2008."

Ini antara contoh promosi yang kita dapat lakukan secara personal untuk pelanggan kita. Disamping itu juga kita boleh guna sistem SMS Bulk jika pelanggan kita ramai, surat pos, email dan lain-lain. Promosi ini didapati lebih berkesan kerana ia terus tertuju kepada bakal pelanggan anda.

Data maklumat ini boleh kita simpan dalam komputer bagi memudahkan kita membuat rujukkan.

Thursday, October 9, 2008

Percik Ikan Keli

Percik ikan keli ataupun ikan keli percik merupakan satu masakan popular dinegeri pantai timur terutama di Terengganu dan juga di Kelantan. Saudara saya yang menternak ikan keli di Sg. Terengganu baru-baru ini pun tak dapat membekal secukupnya bekalan ikan keli pada bulan puasa yang lalu, hinggakan dipagi raya pun, masih ada yang datang kerumah di Kampung Beladau Kolam Manir untuk membeli ikan keli segar untuk dibuat percik.

Perniagaan ikan keli percik ini saya yakin amat mengguntungkan kerana seekor ikan keli percik ini dijual pada harga RM5.00 seekor dan ikan keli segar dibeli pada harga tertentu dengan bilangan sekilo antara lebih kurang 4 ekor ikan keli. Secara kasar penggiraanya, sekilo ikan keli, jika dibuat percik (4 ekor) dah dapat jualan RM20.00, tolak duit modal saya rasakan peniaga akan untung bersih RM10.00 sekilo !. Harga percik ikan keli, agak sama di negeri Kelantan dan juga Terengganu iaitu RM5.00 seekor, berbanding percik ayam sebelah atau separuh ayam bernilai RM10.00 hingga RM12.00.

Walaubagaimana pun pemasaran ikan keli percik agak kurang disekitar Kuala Lumpur ataupun ditempat lain. Di Pantai barat ini, ikan keli kebanyak dibakar serta dicicah dengan air asam untuk makan sebagai lauk bersama nasi campur.

Wednesday, October 8, 2008

Produk Makanan Usahawan Melayu

Produk makanan yang dikeluarkan oleh usahawan Melayu tak kurang hebatnya daripada produk-produk yang di import ataupun yang dihasilakan oleh syarikat-syarikat besar yang lain. Usahawan Melayu kini telah mampu menghasilkan pelbagai jenis makanan yang merangkumi makanan minuman, makanan sejukbeku, biskut dan Kek, produk herba, pelbagai jenis sos, perencah masakkan.

Sebahagian daripada usahawan Melayu kini sudah mampu mengekspot produk mereka keluar negara dengan sokongan pelbagai jabatan serta agensi kerajaan seperti MARA, FAMA. Pemasaran produk usahawan keluar negara ini sebahagian tercapai hasil penyertaan usahawan-usahawan melayu ini dalam pelbagai pameran dan ekspo didalam serta luar negara seperti MAHA, MIHAS, Gerak Usahawan dan pelpagai ekspo lagi.

Didalam negara pula produk-produk ini telah pun berupaya memasuki pelbagai pasaraya seperti Mydin, Giant, Tesco, Carefour dan lain-lain luang pasaran lagi. Di samping itu juga FAMA telah pun mewujudkan pelbagai luang pasaran bagi membantu usahawan ini memasarkan produk-produk yang dihasilkan antaranya Pasar Tani, Pasar Tani Kekal, Pasar Tani Mega, Agrobazaar, Pusat Pemasaran Produk (PUSPRO), K-Shoppe, Lazaria.

Marilah kita sama-sama menyokong usaha usahawan ini dengan menjadi pelanggan kepada produk-produk yang halal serta bermutu keluaran usahawan ini.

Tuesday, October 7, 2008

Penawar masaalah kesihatan badan

Satu daripada permasaalahan umat sejagat adalah masaalah kesihatan badan. Setiap yang sihat pasti akan merasai sakit. Apa yang perlu dilakukan oleh mereka yang berpenyakit ini cuba berikhtiar mengubati pelbagai penyakit ini. Setiap penyakit itu pasti ada ubatnya cuma jika setelah dicuba, belum juga sembuh mungkin kerasian penawar itu perlu diperhalusi.

Saya akan cuba berkongsikan disini beberapa penawar yang mudah diperolehi dan boleh digunakan untuk mengatasi masaalah kesihatan kita.

  1. Madu Lebah Asli
Madu sudah memang terkenal mampu merawat pelbagai jenis penyakit, cuma kita perlu pastikan bahawa madu yang dibeli adalah tulen, serta asli bukannya gula yang dimasak dengan sedikit asid.


2. Air Zam-zam

Air zam-zam yang terdapat di Mekah juga merupakan penawar pelbagai penyakit dan yang penting perlu kita amalkan meminumnya setiap hari bagi mengekalkan kesihatan badan.

3. Minyak Kelapa Dara

Minyak kelapa dara juga mampu mengatasi pelbagai masaalah kesihatan, yang penting pastikan minyak kelapa dara itu asli serta tulen dan sentiasa diamalkan memakannya.

4. Trace Mineral

Sebagaimana asal kejadian kita daripada tanah, badan kita perlu mempunyai kandungan mineral yang mencukupi untuk ia berfungsi dengan baik. Ketiadaan bahan-bahan mineral dalam bentuk ionik boleh menganggu kesihatan badan.

Untuk keterangan lanjut sila KLIK>>>MINERAL

Monday, October 6, 2008

Tanam Durian di Petaling Jaya

Baru-baru ini saya ada berkunjung kerumah kakak saya di Petaling Jaya dan beliau telah menetap di PJ ini lebih daripada 10 tahun. Apa yang memeranjatkan saya adalah sebatang pokok durian yang ditanam 10 tahun lalu, dibelakang rumahnya telah pun berbuah !. Durian katanya 'Durian Bangkok' ini terdapat 10 biji yang sedang mekar dan akan masak tidak berapa lama lagi. Siapa sangka pokok yang ditanam secara suka-suka itu telah membuahkan hasilnya. Betullah kata orang tua-tua berbudi pada tanah lambat laun akan dapat hasilnya.

Pertanian merupakan satu perkerjaan yang amat sinonim dengan orang melayu seperti saya ini, namun bidang ini semakin kita tinggalkan dan ini wujudlah banyak tanah-tanah terbiar dikampung -kampung. Hidup dikampung mungkin lebih selesa kerana mudah dan kurang memerlukan belanja seharian, tidak seperti hidup dibandar, bergerak sahaja dah perlu duit. Oleh kesedaran ini saya merasakan kita semua perlu kembali kebidang pertanian ini sama ada secara kecil-kecilan disekitar perumahan terutama yang tinggal dibandar-bandar yang mempunyai halaman. Kita sebenarnya boleh bertanam cili, bendi didalam pasu. Walaupun kecil namun, ia mampu memberikan kepuasan kepada kita, bila pokok yang ditanam mula mengeluarkan hasil dan secara tak langsung dapat menjimatkan sedikit perbelanjaan.

Sebenarnya berkebun secara kecilan ini banyak memberi manafaat seperti memperolehi sayuran segar bebas racun kimia, menyihatkan badan, dapat memesrakan semangat kejiranan jika hasil yang banyak dapat kita agihkan atau sedekahkan kepada jiran tertanggga dan jika terlalu banyak boleh kita jual.

Pada suatu masa dahulu, konsep penanaman hidrophonik telah diperkenalkan dan kini terdapat pula aerophonik, saya rasa kita perlu hidupkan semula konsep ini, selaras dengan dasar kerajaan yang telah memperkenalkan semula konsep Bumi Hijau. Peningkatan risiko serta pencemaran dan keracunan dalam makanan seperti 'melamine' dalam produk tenusu, bahan tambah yang berlebihan, adalah wajar kita cuba sedaya upaya menghasilkan bahan makanan kita sendiri bagi menjamin ksinambungan generasi akan datang yang sihat, cergas serta dijauhi daripada pelabagai penyakit zaman moden seperti kanser, darah tinggi, kencing manis, jantung dan juga buah pinggang. Sebahagian besar penyakit-penyakit ini sebenarnya berpunca daripada makanan yang kurang zat dan mungkin mengandungi pelbagai lebihan racun dan pencemaran yang mana dari masa ke semasa akan menimbun didalam badan, bak kata pepatah ' Sikit-sikit jadi penyakit'. Contoh terkini adalah nasib yang menimpa kanak-kanak di China yang terkena penyakit buah pinggang akibat diberi minum dengan susu yang mengadungi bahan melamine.

Akibat daripada faktor - faktor keselamatan makanan yang semakin berisiko inilah, pengguna dibarat telah mula beralih semula kepada kehidupan serta pertanian semula jadi atau lebih dikenali ' Organik' atau di Indonesia di kenali 'Alami'. Pertanian ini 100% menggunakan sumber semula jadi. Hasil-hasil pertanian organik yang dipasarkan dengan label organik dan mempunyai harga yang agak tinggi namun, demi keselamatan makanan , hasil pertanian organik mempunyai pelanggannya tersendiri dan ianya semakin meningkat. Keadaan ini juga kenapa pada masa ini lebih banyak pengguna mencari ubat-ubatan herba dalam rawatan penyakit kerana dipercayai ubatan herba kurang mempunyai kesan sampingan.


Durian Bangkok ditanam di Petaling Jaya ditanah sekangkang kera belakang rumah. Buah ini nampak menarik aje dan inilah pertama kali pokok ini berbuah.


Yang ini tinggi sikit, aku punya lah kak... ya


Itu dia ada lagi kat dahan tu dua biji

Sunday, October 5, 2008

Pantai Cahaya Bulan atau PCB

Pantai Cahaya Bulan atau dikenali PCB merupakan sebuah persisiran pantai yang terletak 7 kilometer daripada bandar Kota Bharu. Jika anda berada di Kota Bharu anda boleh kepantai ini dengan menaiki teksi ataupun bas.Pantai Cahaya Bulan ini dahulunya dikenali sebagai Pantai Berahi bahkan lebih dikenali sebagai pantai PCB. Perubahan zaman dan suasana, pantai pun dijenamakan semula untuk keselesaan masyarakat setempat serta kehendak pengguna !.

Pada zaman saya disekolah rendah, pada masa itu saya tinggal dikampung Wakaf Mek Zainab kira-kira 7 kilometer daripada pantai ini, saya dan rakan-rakan pernah berbasikal beramai-ramai kepantai ini. Setiba dipantai yang cantik dan indah ini, saya dan rakan-rakan pada masa itu dalam darjah 4 , terus memancing berhampiran kuala sungai berhampiran pantai,namun seekor ikan pun tak dapat, maklum lah mancing budak-budak ini pakai tali, ikat mata kail dan tali dililit dengan tin susu dan sebagai pemberat kita pakai 'spark plug' bubuh umpan cacing, pusing-pusing dan baling ke kuala sungai itu, mana nak dapat ikan .

Pantai ini dahulunya amat landai serta cantik dan terdapat sebuah motel dipantai ini disamping pelbagai gerai yang menyediakan masakan laut serta goreng-gorengan atau 'colek' (Makanan bergoreng seperti popia dicicah sos air lada bercuka).

Sempena balik ke Kelantan baru-baru ini saya ada ke PCB ini dan peredaran masa serta perubahan arus kini menyebabkan pantai ini terlah terhakis. Motel yang dahulunya ada dipantai telah terhakis diomak. Kini terdapat tebatan pada persisiran pantai ini dan untuk ke gigi air yang berhampiran kita perlu melangkaui tebatan ini. Banyak yang telah berubah, pantai yang landai dahulu, amat dekat dengan daratan kerana hakisan.Namun begitu airnya masih besih, jernih serta kebiruan.

Begitulah pada pandangan saya, hakikat hidup ini, jika kita ingin meningkat maju, berjaya serta berdaya saing kita perlu berubah mengikut peredaran masa, tanpa mengadai batasan agama Islam yang suci serta adab dan budaya tempatan. Kita perlu peka dengan perubahan persekitaran dan kehendak pengguna jika tidak kita akan tenggelam ditelan arus ombak yang sentiasa melada bahtera kehidupan.



Pantai Cahaya Bulan atau dikenali Pantai PCB




Tebatan berhampiran pantai untuk mengatasi hakisan ombak pada suatu masa dahulu letaknya sebuah motel PCB.


Pantai masih bersih dan airnya membiru, masih ada ruang untuk berkelah dan bina kemah, Najihah dan Muhammad .


Persekitaran yang menempatkan gerai-gerai makanan.

Saturday, October 4, 2008

Hari Raya Aidil Fitri 2008

Hari raya aidil fitri tahun ini telah disambut pada 1 Oktober 2008. Saya dan keluarga telah balik beraya di Kampung Kubang Palas Luar, Wakaf Baru Kelantan. Hari raya tahun ini disambut dengan meriah sekali di Kelantan dan seperti biasa jalan-jalan di Kota Bharu sesak dengan kenderaan warga Kelantan terutama perantau seperti saya dan isteri. Saya sekeluarga telah bertolak balik daripada Taman Subang Perdana Shah Alam pada hari sabtu 27/9/08 jam 11.30 malam, maklumlah cuti sekolah awal dan saya pun dapat cuti agak panjang sedikit. Ingatkan bertolak awal malam hari ini, orang dak de lah balik, namun disepanjang perjalanan penuh dengan kenderaan serta motosikal. Walaubagaimana pun cuaca yang tidak hujan dan berjalan dimalam hari yang sejuk melancarkan perjalanan kami sekeluarga.

Saya turut berhenti di Stesen Petronas di lebuh raya pantai timur, orang agak ramai mengisi minyak dan seperti biasa kalau nak ketandas tu kena beratur panjanglah. Kami tiba di R & R Gua Musang jam 4 pagi dan tempat ini pun sudah berubah, dah ada stesen minyak Shell kat sini. Oleh itu nak isi minyak pun dah mudah di Gua Musang ini. Setelah bersahur dan solat subuh kami bertolak ke rumah dan tiba jam 9.00 pagi.

Dan seperti biasa, aktiviti awal berposa di Kota Baru, petangnya mencari lauk berbuka, saya dan isteri bertolak ke Paloh, Kota Bharu untuk cari ayam percik kegemaran isteri. Kat sini...penuh lah orang beli dengan ramai daripada anak perantau. Harga ayam percik tersohor ini pun boleh tahan juga, RM12.00 sebelah atau ' satu perange'. Makanan lain seperti akok (my favourit), bunga tanjung, jala mas dan lain-lain banyak dah "ada harga", tapi jika banding di KL ni atau USA (Uptown Shah Alam,he..he..) mahal lagi lagi la, so kita belilah..duit tok sah kira..la..laju macam air keluarnya, namun jika lewat habislah...telan air liur.

Becakap tentang negeri Kelantan, zakat fitrah negeri ini tahun 2008 ada RM7.20 itu yang diberitahu oleh abang saya yang masih tinggal di Kelantan, di Selangor hanya RM5.30 sahaja !, mungkin orang Kelantan makan beras molek, sebab itu berbeza dengan Selangor. Walaupun barang di Kelantan nampak mahal, ia masih jauh lebih murah daripada KL. Isteri saya sempat beli sebatang kaki lembu pada harga RM30 sahaja dan kami buat sup gearbox, 3 hari makan tak habis, ni semua favourite my wife la. Anak-anak pun suka dan saya juga sempat beli daging elok pada harga RM16.00 sekilo di Tesco Kota Bharu,walaupun harga diluar adalah RM20.00.

Bila tiba nak raya ni, banyak sangat orang yang akan menjual daging lembu ini dengan harga yang berpatutan dan sebab ini orang Kelantan yang bekerja disini boleh simpan duit, dan beli barang kemas berutas-utas ditangan.

Saya bertolak balik ke Shah Alam pada 3 Oktober malam jam 9.00malam dan ditiba di Shah Alam ini jam 6 pagi.

Sunday, September 21, 2008

Malam Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan

Malam lailatulqadar merupakan satu malam diantara malam dalam bulan ramadhan yang ganjaran pahalanya adalah lebih baik daripada 1000 bulan. Bilakah malam lailatulqadar ini ?. Saya pun sentiasa memerhatikan malam lailatuqadar ini, kerana terlalu banyak cerita yang didengar berkaitan malam lailatulqadar ini serta kaedah mencarinya. Berdasar setengah pendapat ulamak pada tahun ini disebabkan kita mula berpuasa pada hari Isnin, adalah jangkaan malam lailatuqadar adalah pada malam ke 21. Walaubagaimana pun ada yang mengatakan malam lailatuqadar ini pada malam 27 Ramadan, namun setiap malam ini ada tanda-tandanya begitu juga pada pagi harinya. Sebagaimana hadis;

Kemudian hadits dari sahabat ‘Ubadah bin Shomit sesungguhnya Rasullullah s.a.w bersabda (yang artinya) “Sesungguhnya alamat Lailatul-Qodar adalah malam yang cerah dan terang seakan-akan nampak didalamnya bulan bersinar terang, tetap dan tenang, tidak dingin dan tidak panas. Haram bagi bintang-bintang melempar pada malam itu sampai waktu subuh. Sesungguhnya termasuk dari tandanya adalah matahari terbit pada pagi harinya dalam keadaan tegak lurus, tidak tersebar sinarnya seperti bulan pada malam purnama, haram bagi syaithon keluar bersamanya (terbitnya matahari) pada hari itu”. (HR. Ahmad 5/324)

Pada ramadan ini cuba anda lihat bila malam lailatuqadar itu.


Gambar suasana pagi hari pada 21 September 2008 bersamaan dengan 21 Ramdhan 1429, sinar mentari kelihatan seperti bulan, tidak panas dan tidak pula hujan, pada siangnya tidaklah panas sangat seperti hari yang lain. Keadaan ini berlarutan hingga kepetang ditempat saya di Shah Alam

Pada pagi hari 27 September 2008 bersamaan dengan27 Ramadhan 1429H disekitar kediaman saya di Shah Alam.

Walauapa pun yang penting sebenarnya berapa banyak amalan kebaikan yang kita kerjakan dimalam-malam 10 yang akhir.

Wednesday, September 17, 2008

Jenama: Satu ?..Dua..kebanyak ?

Bila bercerita tentang satu ka atau dua ka , saya teringat cerita Nujum Pak Belalang..dengan soalan teka teki ini ' Apa dia, satu banyak , dua kadang-kadang, tiga sikit-sikit, empat kadang-kadang.., dan bila kita kaitkan dengan jenama apa pula ceritanya ?.
Persoalannya dalam sesebuah syarikat berapa banyakkah jenama yang ia harus miliki ?. Pada pandangan saya, ia bergantung kepada produk serta strategi pemasaran syarikat serta bagaimana sesebuah syarikat itu hendak menguasai pasaran. Namun yang pasti Jenama itu perlu diuruskan dengan baik. Di Amerika Syarikat, terdapat syarikat yang memiliki lebih daripada 30 jenama untuk satu kategori produk, contohnya serbuk pencuci.

Apa yang penting jenama ini perlu diurus sesuai dengan kehendak segmen pasaran yang ingin kita terokai. Sebagai contoh produk susu, kita mungkin keluarkan satu jenama susu untuk kanak-kanak, jenama lain susu, kita sasarkan untuk orang dewasa dan satu lagi jenama kita sasarkan untuk orang tua. Setiap produk itu sesuai untuk setiap golongan pengguna ini.

Namun memiliki satu jenama untuk semua kategori pun tidak menjadi masaalah, iaitu kita pakai satu jenama untuk semua kategori pengguna.Cuma jika ada berlaku masaalah seperti kualiti untuk sesuatu segmen pasaran, ia boleh menjejaskan keseluruhan jenama berkenaan. Sebagai contoh, kita buat air susu kotak untuk dibekalkan kesekolah, bila berlaku keracunan, maka keseluruhan jenama kita akan terjejas, pada hal kekadang masaalah kualiti ini bukan berpunca daripada syarikat kita, tapi mungkin disebabkan kes 'penggendalian lepas buka' yang tidak betul, lalu pelajar terkena sakit perut, serta terjadi berita dan masyarakat akan memandang serong kepada syarikat kita, tanpa sempat kita memberikan penjelasan sebenar.

Pengendalian lepas buka yang tidak cermat boleh berlaku seperti pelajar minum susu kotak tu separuh pada pukul 8.00 pagi, kemudian disimpan dibawah meja sebahagian susu kotak itu dan pada pukul 12.00 tengahari, dia minum semula pada hal waktu ini susu tersebut dah masam atau rosak, kerana susu amat sensitif pada kerosakan bakteria.

Tuesday, September 16, 2008

Produk lama masih boleh dijual dengan laris

Produk lama masih boleh dijual dengan laris jika kita bijak dan tahu kehendak pasaran.Tengok sahaja bagaimana barat merebrand semula ABBA dengan mengwujudkan filem baru Mama Mia yang pada asalnya menggunakan asas kemasyuran kumpulan musik ABBA dengan menggubahsuai untuk golongan muda pada masa kini.
Ini bagi saya satu strategi pemasaran yang cukup baik dan smart, saya jangkakan filem ini akan menjadi top hanya dengan menggunakan populariti yang lama tersedia ada, diolah semula untuk generasi muda !.
Oleh itu dalam pengasilan produk untuk pasaran perkara ini perlu kita ambil kira terutama negara kita yang dikatakan mempunyai bilangan golongan muda sekitar 50% bilangan penduduk. Tip yang dapat kita perhatikan, lihat iklan yang oleh syarikat besar, kemana arah tuju mereka, tiada lain tumpuan kepada golongan remaja dan juga kanak-kanak. Semua ini dibuat setelah kajian yang teliti berkaitan pasaran yang dibuat oleh mereka. Oleh itu kita hanya perlu tiru dan ubahsuai sesuai dengan produk yang kita keluarkan. Produk yang laris perlu memenuhi citarasa pengguna muda ini !.



DACING QUEEN ABBA



MAMMA MIA ABBA



MAMA MIA 2008

Monday, September 15, 2008

Malam Lailatulqadar semakin hampir

Pejam celik, pejam celik dah 15 hari kita berpuasa hari ini. Saya amat bergumbira kerana anak saya Nabihah yang berumur 6 tahun juga masih berpuasa penuh sehingga kehari ini. Saya perasaan bahawa Nabihah ni keras sikit semangatnya, maklumlah masa dilahirkan tak cukup bulan hanya tujuh bulan.
Masa berlalu begitu pantas, puasa dan kini kita menghampir kepenghujung puasa dan dihujung ini akan kita tempuhi satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan iaitu malam Lailatulqadar yang merupakan bonus-bonus yang perlu kita cari dan kejar.

Saturday, September 13, 2008

Fucuk Kotor...Jijik Sungguh..

Beberapa hari lepas Kosmo ada lapurkan berkenaan Fucuk yang dikilangkan ditempat yang sungguh kotor. Saya nak tulis pun rasa...eee...pakai logo halal pulak !.

Friday, September 12, 2008

Jenama atau Branding Mampu Meningkatkan Jualan

Jenama ataupun Brand amat penting untuk sesuatu produk kekal berdayasaing dipasaran pada hari ini.Oleh itu jika anda terlibat dalam penghasilan produk untuk pengguna, adalah amat penting anda mewujudkan jenama untuk produk tersebut.

Sunday, September 7, 2008

Lawa..sedapnya....enak serta menyelerakan

Lawa..mmm..sedapnya, bunyi macam pelik, namun itulah sebenarnya gambaran yang dapat dengan sejenis makanan daripada kelantan, nama pelik iaitu 'Lawa'. Lawa pada kebiasaan digunakan untuk menggambarkan kecantikan, Lawa (bahasa dialek Kelantan= Cantik), namun dalam kes ini ia adalah sejenis makanan sayuran ataupun lebih seperti kerabu. (Jika dalam English boleh kita samakan dengan Salad, kot ?). Perbezaan lawa ini dengan salad, ia guna santan kelapa. S

Saya tertarik untuk menulis berkenaan lawa ini kerana dalam Mingguan Malaysia hari ini ada menonjolkan sebuah restauran di Kelantan yang memasarkan lawa sebagai hidangan mereka di restauran berkenaan. Lawa pula merupakan makanan favourite saya kerana ia sedap disamping mempunyai kenangan tersendiri. Pada masa kanak - kanak, terutama pada bulan puasa begini, datuk saya Allahyarham Che Kar Che Bar , sentiasa menyediakan lawa ini dan sayalah peminat setianya.Kini tiada lagi yang mampu membuat lawa ini, namun Mingguan Malaysia telah menonjolkan

Saturday, September 6, 2008

BUSINESS 3M: MURAH - MUDAH - MENARIK

Perniagaan mampu memberikan pulangan yang lumayan. Pada masa ini terdapat pelbagai jenis perniagaan yang mudah, dengan modal yang rendah serta menarik.

Pernahkah anda terfikir bahawa ada bisnes yang paling lumayan dan paling senang?
Pernahkah anda terfikir berniaga tanpa menjaja?
Pernahkah anda terfikir berniaga tanpa modal?
Pernahkah anda terfikir promosi tersedia tanpa perlu dikarang sampai pening kepala ?
Pernahkah anda terfikir bisnes itu telah wujud?.
Kini anda tak payah fikir lagi.

Cuba klik link di bawah:

>>>>>>>>>BUSINESS 3M<<<<<<<<<

Thursday, September 4, 2008

Bazaar Ramadan 1429

Hari ini merupakan hari keempat umat Islam di Malaysia berpuasa. Seperti puasa pada tahun yang lalu, kita dapati bercambah tumbuh bazaar ramadan ini. Walaubagaimana pun sehingga kehari ini saya masih belum singgah pun mana-mana bazar ini kerana tiada kesempatan serta hujan selalu menerjah di sekitar Bandar Baru Selayang serta di Kampung Melayu Subang ini, oleh itu saya belum kesempatan menjenguk ke bazaar ini.

Wednesday, September 3, 2008

Puasa Masuk Hari Ketiga ...kuih raya dah timbul ?

Puasa baru sahaja masuk pada hari ketiga hari ini, namun kuih raya dah mula timbul dipasaran dengan beraneka jenis serta tawaran yang menarik. Saya dimaklumkan pada tahun ini tak ramai yang berniaga di musim raya kerana adalah dijangkakan harga yang agak mahal bagi kuih atau biskut raya pada tahun ini.

Satu email yang saya terima;

Salam ramadhan untuk semua..
Saya ingin menumpang mempromosi cookies raya freshly baked from scratch from my mum
Cookies seperti :
Bangkit santan ( memang sedap original resepi ..turun temurun)
Samprit
Gajus
Badam
Kuih Tart
Choc Chips Cookies
Free delivery area putrajaya and Puchong sahaja...sorry guys
Boleh hubungi Su 017-329 8373 for more info.
RM 25 / 50 pcs kecuali bangkit santan hanya RM20 / 50 pcs.
Tempahan hanya terhad hingga 13 September 2009 sahaja.

__._,_.___

Tuesday, September 2, 2008

Hari ini adalah hari kedua puasa

Hari ini hari kedua puasa dan hari bekerja, sebab semalam cuti umum lagi. Selepas bersahur dan solat subuh saya pun terus kepejabat di Selayang. Ingatkan tak de orang di jalanraya, maklumlah pagi bebenor pergi kerja tahun ni..6.30 pagi, rupanya...jalan tak sesunyi yang disangka. Bila melalui jalan kucing depan pasar borong selayang, jalan menghala ke KL..dah jam pada pukol 6.45 pagi..selalu tak lah begitu.

Hari ini pun merupakan hari kedua anak saya Nabihah yang berumur 6 tahun puasa penuh..Saya turut gumbira lah, walaupun ditadika dia tetap berpuasa.


Nota kaki:

Saya ada terima email , tawaran untuk menjual Cacing Merah, jika anda minat boleh hubungi sahabat kita ni.

Assalamualaikum para pembaca yang dihomati,

Saya ada menjual cacing merah Lumricus Rubellus, untuk tujuan ternakan komersial dan penghasilan baja. Jika beli melebihi 10 kg InsyaAllah harga juga adalah menarik. Saya menerima order sehingga 1 tan seminggu. Harga boleh runding.

Salam
Dr Azwan
012-9597074
www.drazwan. blogspot. com

Monday, September 1, 2008

Ramadan hari ini dan Nabihah pun dah puasa...

Umat Islam diMalaysia sudah mula berpuasa pada hari ini,bersamaan 1 September 2008. Puasa kita di Malaysia pada hari ini bersamaan juga puasa dinegara arab serta Mekah. Puasa dibulan Ramadan ini merupakan kewajiban keatas umat Islam yang dah cukup syarat wajib berpuasa. Pada awal pagi tadi, sekitar jam 4.00 pagi, kami sekeluarga dah bangun bersama pembantu rumah saya untuk bersahur.

Kami sekeluarga bersahur dengan ringkas sahaja sekadar nasi puteh, ikan kering dan sedikit kuah. Apa yang menarik pada kali ini, anak saya yang ketiga, bernama Nabihah, telah mula berpuasa pada tahun ini.Umur Nabihah baru sahaja mencapai 6 tahun dan pada tahun 2009, Nabihah akan memasuki darjah satu, di Sekolah Kebangsaan Subang Bistari, oleh itu saya sebagai ibubapa menggalakkan ia berpuasa sema sebagaimana ibubapa saya memberikan galakan semasa saya kecil dahulu supaya berpuasa.

Bulan puasa di Malaysia amat meriah terutama sewaktu hampir hendak berbuka puasa nanti, kerana akan banyaklah bazar ramadan dan ramai yang membeli untuk berbuka puasa, nanti petang saya mungkin akan kebazar ini, kerana hari ini merupakan hari cuti kelepasan am ,ganti cuti Hari Merdeka.

Sunday, August 31, 2008

Saturday, August 30, 2008

Malaysia ka Down Under ka sama aje...!

Malaysia ka Down Under ka sama sama sahaja,bila kita berbicara tentang perniagaan, cuma kadang-kadang kita ini mudah rasa rendah diri kerana banyak sangat menonton cerita-cerita mat saleh yang hebat-hebat. Hakikatnya tanpa usaha dan kerja keras yang bersungguh-sungguh kita semua tak akan berjaya.
Adalah benar bahawa 9/10 punca rezeki daripada perniagaan, tapi usaha yang perlu kita lakukan perlulah 10/10, itulah yang diberitahu oleh guru saya dahulu.

Friday, August 29, 2008

20 juta keping katalog !

Saya sebenar baru saya pulang daripada Batu Pahat kerana urusan kerja berkaitan bidang pertanian serta penanaman roselle. Tanaman roselle mampu memberikan pulangan yang lumayan jika kena caranya. Sebenarnya seorang sahabat saya telah pun mengeksport produk roselle ini ke Australia sebagai bahan mentah industri !. Pengimport ini pula memproses produk roselle ini menjadi produk pengguna dan mengekspotkan ini kepasaran di Jerman, Eropah, USA dan juga Jepun.

Sebanyak lebih daripada 30 buah negara telah dipasarkan produk roselle ini dan yang lebih menarik segala-galanya bermula dengan INTERNET !. Menarik dan menakjubkan ?. Saya ada bertanya perkara ini pada sahabat saya itu. Maka ceritanya.....Al-kisah....tayebbb....

Sahabat saya ini pada mula memulakan perniagaan dengan mengimport roselle kering daripada Sudan dan beliau telah mengimport satu kontena roselle kering untuk dipasarkan dinegara kita. Beliau telah mengimport sebanyak lebih kurang 20 tan roselle kering untuk dibekalkan kepada beberapa syarikat di Malaysia. Namun begitu, jangkaan beliau meleset kerana hanya 10 tan sahaja dapat dijual kepada pengusaha di Malaysia.

Atas sebab inilah beliau bercadang mengekspot semula rosele kering ini, dan mula mencari pembeli daripada luar negara dengan merayau melalui internet. Nak jadikan cerita beliau bertemu satu laman web yang memproses dan mengeluarkan produk roselle yang sangat ringkas berpengkalan di Australia. Sahabat saya ini kemudian menghubungi syarikat kecil ini melalui email dan juga talipon. Malang sekali syarikat ini tidak mahu roselle kering kerana mereka menggunakan roselle segar !. Perhubungan ini kemudian senyap dan selepas beberapa bulan kemudian syarikat di Australia ini pun ada menghubungi sahabat saya dan bertanyakan jika sahabat saya ada roselle segar.

Sahabat saya ini pun tanpa mengetahui pun apa kehendak sebenar pengimport daripada Australia, terus menghantar beberapa sampel roselle segar ke Australia dan pihak di Australia ini pun mula memesan roselle segar ini maka bermulalah perniagaan pengeksportan roselle dan semua ini dilaksanakan tanpa sain apa-apa perjajian pun !. In God We Trust !. Sehingga kini masih begitu !.

Untuk memperluaskan pasaran produk roselle ini, syarikat Australia ini telah mengedarkan 20 juta katalog di Eropah dan 10 juta katalog di USA ! , hebat bukan !. Disamping itu juga mereka turut menyertai pelbagai ekspo di Eropah, terutama di Jerman dan USA serta melantik pengedar tunggal di Eropah, USA, Jepun serta Australia sendiri. Syarikat ini juga memasarkan produk mereka melalui internet serta bekerjasama dengan rangkaian kedai ( Chain store di USA, Eropah serta Australia sendiri!). Dan yang lebih menarik lagi segalanya dilaksanakan dalam sebuah keluarga serta kakitangan yang berjumlah lebih kurang 15 orang sahaja !. Usahawan Australia ini pun merupakan seorang yang susah jua pada asalnya.Begitu juga pengedar tunggal mereka di Jerman hanya ada 3 orang yang beroperasi sahaja!.Sungguh luar biasa !, itulah bezanya kita dan mereka.

Pengeluaran produk mereka ini pun dibuat secara manual kerana sehingga kini tiada mesin yang mampu melaksanakan proses pengeluaran produk roselle ini. Pada pandangan saya, jika di klaskan syarikat Australia ini adalah usahawan IKS jua dan sahabat saya yang mengekspot roselle ini ke Australia pun beroperasi daripada rumah sahaja.

Semasa lawatan founder syarikat baru-baru ini, sahabat saya telah bawa founder ini ke opis sahabat saya ini, iaitu rumahnya dan menunjukkan bilik operasinya, dan mat salleh ini cakap 'Very Good !' kerana mereka pun bermula daripada rumah semenjak 10 tahun yang lalu !.

Untuk mereka yang mengeluarkan produk dan bercita-cita nak eksport produk keluar negara, adalah amat baik anda miliki satu laman web berbahasa Inggeris yang lengkap dengan info serta dipantau selalu. Jika tak tahu nak buat upah orang yang mampu, kerana sahabat saya ini pun bermula daripada perniagaan internet dan pengeksportan ini dah dijalankan selama lebih 4 tahun hingga kini.



Ladang roselle hidup subur yang diusahakan oleh petani kita.


Kekadang rasa bangga juga kerana ada mat saleh sanggup terbang dari Down Under nak tengok serta berjumpa petani kita di Malaysia.


Kalau dahulu saya suka bergambar diladang apple milik mat saleh di US, kini mat saleh pula suka bergambar diladang kita..ha. ha..ha...bangga dengan petani kita.

"Not is impossible, because impossible is nothing"

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN !.

Sunday, August 24, 2008

Ikan Keli Dalam Tin Enak Rasanya

Ikan keli dalam tin telah dihasilkan secara komersial oleh syarikat PAWADA Food Industries Sdn.Bhd. yang beroperasi di Sarawak dan saya telah diberikan sampel produk ini oleh seorang kenalan semasa di MAHA 2008.

Ikan keli dalam tin ini didatangkan dalam sos lada hitam atau ' Catfish in black pepper sauce' dengan isian dalam tin seberat 450 gram.Untuk menggunakan ikan keli dalam tin bersama sos lada hitam ini kita cuma perlu keluarkan ikan keli dalam tin ini dan panaskan selama 10 minit ataupun jika menggunakan ketuhar mikro (microwave) panaskan selama 2-3 minit. Rasanya amat enak kerana penggunaan sos lada hitam merupakan satu inovasi yang kreatif kerana sos lada hitam mampu menyerap bau hanyir ikan air tawar ini. Jika di rangking dari 1-10, saya berikan 9 star untuk produk ini dan saya juga mencadangkan anda mencuba produk ikan keli dalam sos lada hitam ini.

Bahan yang digunakan untuk membuat Ikan keli tin dalam sos lada hitam ini adalah Ikan Keli segar, sos lada hitam, garam,gula, herba dan rempah ratus yang dapat menambahkan keenakan rasanya. Penghasilan ikan keli dalam tin ini, dapat memperluaskan pasaran hasilan keli disamping menjual secara segar dan ikan keli dalam tin ini boleh dieksport keluar negara kerana produk dalam tin ini boleh tahan lama iaitu lebih kurang 3 tahun.

Tuesday, August 19, 2008

Minyak Kibas Penghalau Segala Musuh !

Semalam saya ada bertanya dan bercerita dengan abang ipar saya berkaitan dengan ancaman pelbagai perosak tanaman pertanian. Beliau mencadangkan menggunakan minyak kibas. Minyak kipas disapu pada pagar atau batang kayu dan dipacak atau dipanjang sekeliling rumah, kebun, sawah ataupun ia boleh disapu sedikit disekeliling pagar rumah, insya Allah pelbagai perosak tanaman seperti babi hutan, monyet, kera, burung, ular dan lain - lain perosak tidak akan mengganggu tanaman kita.
Minyak kibas ataupun lemak kibas ni dibeli di Mekah dan dijual RM10 ataupun sepuluh Rial sebotol kecik. Ada yang pernah guna minyak ini disapu sedikit dikayu dan dipacang sekeliling rumah, monyet tak berani masuk rumah, itu pengalaman kawan abang ipar saya. Saya juga pernah dengar ada petani guna sapu dikebunnya, babi hutan tak berani usik.
Walaubagaimana pun saya sendiri belum cuba kerana sukar nak dapat minyak kibas daripada Mekah ni.Kita kena kirim kat sape yang nak pergi sana untuk umrah atau haji la.

Wednesday, August 13, 2008

MAHA 2008 : Makin ramai pengunjung hari ini.

Hari ini merupakan hari ke 3 MAHA 2008, semakin ramai yang mengunjungi MAHA 2008 ini setiap hari. Namun hari ini saya tertinggal kamera dalam kereta pula so tak de gambar terkini hari ini. Hari ini juga PM sekali lagi datang ke MAHA 2008 !.

Tuesday, August 12, 2008

MAHA 2008 dirasmikan pelancarannya hari ini

MAHA 2008 telah dirasmikan hari ini oleh Perdana Mentri Malaysia dalam acara yang penuh gemilang. Pelancaran MAHA 2008 ini menandakan dengan rasminya pameran pertanian terbesar diMalaysia bermula daripada hari ini hinggga 22 Ogos 2008.

Semua media telah pun buat liputan berkaitan perkara ni dan MAHA 2008 telah menonjolkan ramai anak muda lulusan universiti dan join sektor pertanian ini. Saya sendiri pun memang kenal beberapa jutawan dalam bidang pertanian ini terutama yang menghasilkan produk hiliran seperti kerepek, sos, bahulu, air nira yang dibotolkan dan banyak lagi. Mereka yang berjaya ini sebahagian besarnya ...a very low profil person..kalau tengok tu...selekeh aje...tapi sebab saya dok collect data jualan tahunan mereka ...I know...'ibarat padi makin berisi makin tunduk' itu yang dapat saya gambarkan untuk mereka ini dan sebahagian besarnya ' alim dan warak' orangnya..sembahyang tak tinggal..tiap kali ade expo soalan pertama bila jumpa saya, 'surau kat mana ye ?'...ini membenarkan kata guru saya yang berpesan ' Allah akan mewarisi bumi ini kepada orang yang bertaqwa dikalangan kamu'. Sekarang ni kalau mereka yang dah berumur itu, anak - anak mereka yang sedang mengurus dan mewarisi perniagaan mereka ini,walaupun sebahagian anak mereka ni ade degree beb, bagi saya saya tumpang gembira..ape tidaknya 'orang melayu mampu maju jika diberi peluang', bahkan lebih hebat daripada kaum lain.

Di MAHA 2008 ini kita dapat saksikan banyak produk, saya hanya mencari yang pelik dan tak pernah dilihat aje. Antaranya herba yang pelik, ini Mahkota Dewa penawar segala penyakit dan juga sayuran. Saya pun tak habis round lagi ni sibuk uruselia perasmian, maklumlah PM nak lalu tempat yang saya jaga .


Pelbagai jenis herba dapat dilihat dan dibeli di MAHA 2008 @ Agrobazaar.


Ini pokok herba Mahkota Dewa, penawar pelbagai penyakit.


Sayuran daripada Cameron Highland pun ade di jualnya.

Monday, August 11, 2008

MAHA 2008 : Hari Pertama Traders

MAHA 2008 memulakan hari pertamanya hari ini yang hanya dibuka untuk traders atau pedagang namun begitu sudah ramai orang yang datang pada hari pertama MAHA 2008 yang akan dibuka secara rasmi esok.

MAHA 2008 membawa pelbagai aktiviti terkini didalam bidang pertanian serta banyak memberikan informasi, serta produk - produk baru dalam industri pertanian.


Dewan A


Penjualan produk berkualiti dan halal jenama Agromas dan Olemas oleh FAMA di Agrobazaar Dewan D


Sayuran serta buah-buahan segar turut dipasarkan di Agrobazaar Dewan D.


Pemasaran produk sejukbeku jenama Karts di Agrobazaar.


video

Sunday, August 10, 2008

MAHA 2008 : Preview

Saya baru balik dari menyelia persiapan MAHA 2008 dan ini merupakan 'Latest Preview' untuk anda lihat.


Agrobazaar Dewan D.



Agrobazaar Dewan D Front View.


Kawasan Sekitar Dewan A, B, C dan D.


Ground Floor Agrobazar Dewan Food Court ' Masakan Popular'


Booth pameran sedang dipersiapkan.

Saturday, August 9, 2008

7 Panduan Membeli-belah Di Cameron Highland.

Semasa berada di Cameron Highland, saya juga berpeluang meninjau pasaran dan beberapa tempat membeli belah disini. Terdapat pelbagai produk di jual di Cameron Highland ini tetapi ada juga produk-produk yang dikira wajib beli di Cameron Highland, kalu tidak di kira tak sah la kalau datang tak beli !.

Bila kita berada di Cameron Highland ini produk yang dikira termasuk wajib beli..adalah Strawberyy Cameron Highland, Sayur-sayuran segar Cameron Highland, Bunga-bungan samada segar atau kering, jagung Cameron Highland serta Teh Cameron Highland yang tersohor itu. Jika bajet kecik boleh beli key chain ka..untuk kawan-kawan kat opis dan yang dok tunggu kat rumah. Ini kena beli la..jika tidak..mm..ini ayat yang keluar "Aik pi Cameron Highland balik tangan kosong aje ?"....aku dak kena la ...

So macam mana nak dapat best price ataupun value for money...Ini saya kutip daripada sahabat yang tinggal di Cameron Highland la...

  1. Jangan pergi ke Cameron Highland musim cuti, tak kirala cuti sekolah, cuti public holiday ka..orang terlalu ramai..tapi masa ni la kita nak pi..ye dak...apelah petua kawan aku ni. Tapi aku tahu dia cakap dari hati yang ikhlas. Kalau time ni..hotel penuh, jalan jam kat Cameron Highland..nak shopping pun kurang selesa, tambah lagi nak parking...mahu baje kurang-kurang RM1000.00 ni..tapi sekali sekala bawak famili apa salahnya. Booking hotel awal-awal, pergi dan letak kereta kat hotel..shoping jalan kaki lah. Cuaca di Cameron Highland tak de la panas macam KL..so jalan kaki..baik untuk kesihatan..tapi kalau musim sejuk elok bawa sweeter la, tambah kalau bawa anak-anak, sejuk la..

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu sumbangan daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH NIK WAN
Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terimakasih kepada mereka yang telah memberi dan dengan sumbangan sedemikian dapatlah saya menjalankan pelbagai kajian berkaitan penternakan serta pemasaran ikan keli dan akuakultur untuk saya kongsikan disini.