Friday, August 29, 2008

20 juta keping katalog !

Saya sebenar baru saya pulang daripada Batu Pahat kerana urusan kerja berkaitan bidang pertanian serta penanaman roselle. Tanaman roselle mampu memberikan pulangan yang lumayan jika kena caranya. Sebenarnya seorang sahabat saya telah pun mengeksport produk roselle ini ke Australia sebagai bahan mentah industri !. Pengimport ini pula memproses produk roselle ini menjadi produk pengguna dan mengekspotkan ini kepasaran di Jerman, Eropah, USA dan juga Jepun.

Sebanyak lebih daripada 30 buah negara telah dipasarkan produk roselle ini dan yang lebih menarik segala-galanya bermula dengan INTERNET !. Menarik dan menakjubkan ?. Saya ada bertanya perkara ini pada sahabat saya itu. Maka ceritanya.....Al-kisah....tayebbb....

Sahabat saya ini pada mula memulakan perniagaan dengan mengimport roselle kering daripada Sudan dan beliau telah mengimport satu kontena roselle kering untuk dipasarkan dinegara kita. Beliau telah mengimport sebanyak lebih kurang 20 tan roselle kering untuk dibekalkan kepada beberapa syarikat di Malaysia. Namun begitu, jangkaan beliau meleset kerana hanya 10 tan sahaja dapat dijual kepada pengusaha di Malaysia.

Atas sebab inilah beliau bercadang mengekspot semula rosele kering ini, dan mula mencari pembeli daripada luar negara dengan merayau melalui internet. Nak jadikan cerita beliau bertemu satu laman web yang memproses dan mengeluarkan produk roselle yang sangat ringkas berpengkalan di Australia. Sahabat saya ini kemudian menghubungi syarikat kecil ini melalui email dan juga talipon. Malang sekali syarikat ini tidak mahu roselle kering kerana mereka menggunakan roselle segar !. Perhubungan ini kemudian senyap dan selepas beberapa bulan kemudian syarikat di Australia ini pun ada menghubungi sahabat saya dan bertanyakan jika sahabat saya ada roselle segar.

Sahabat saya ini pun tanpa mengetahui pun apa kehendak sebenar pengimport daripada Australia, terus menghantar beberapa sampel roselle segar ke Australia dan pihak di Australia ini pun mula memesan roselle segar ini maka bermulalah perniagaan pengeksportan roselle dan semua ini dilaksanakan tanpa sain apa-apa perjajian pun !. In God We Trust !. Sehingga kini masih begitu !.

Untuk memperluaskan pasaran produk roselle ini, syarikat Australia ini telah mengedarkan 20 juta katalog di Eropah dan 10 juta katalog di USA ! , hebat bukan !. Disamping itu juga mereka turut menyertai pelbagai ekspo di Eropah, terutama di Jerman dan USA serta melantik pengedar tunggal di Eropah, USA, Jepun serta Australia sendiri. Syarikat ini juga memasarkan produk mereka melalui internet serta bekerjasama dengan rangkaian kedai ( Chain store di USA, Eropah serta Australia sendiri!). Dan yang lebih menarik lagi segalanya dilaksanakan dalam sebuah keluarga serta kakitangan yang berjumlah lebih kurang 15 orang sahaja !. Usahawan Australia ini pun merupakan seorang yang susah jua pada asalnya.Begitu juga pengedar tunggal mereka di Jerman hanya ada 3 orang yang beroperasi sahaja!.Sungguh luar biasa !, itulah bezanya kita dan mereka.

Pengeluaran produk mereka ini pun dibuat secara manual kerana sehingga kini tiada mesin yang mampu melaksanakan proses pengeluaran produk roselle ini. Pada pandangan saya, jika di klaskan syarikat Australia ini adalah usahawan IKS jua dan sahabat saya yang mengekspot roselle ini ke Australia pun beroperasi daripada rumah sahaja.

Semasa lawatan founder syarikat baru-baru ini, sahabat saya telah bawa founder ini ke opis sahabat saya ini, iaitu rumahnya dan menunjukkan bilik operasinya, dan mat salleh ini cakap 'Very Good !' kerana mereka pun bermula daripada rumah semenjak 10 tahun yang lalu !.

Untuk mereka yang mengeluarkan produk dan bercita-cita nak eksport produk keluar negara, adalah amat baik anda miliki satu laman web berbahasa Inggeris yang lengkap dengan info serta dipantau selalu. Jika tak tahu nak buat upah orang yang mampu, kerana sahabat saya ini pun bermula daripada perniagaan internet dan pengeksportan ini dah dijalankan selama lebih 4 tahun hingga kini.



Ladang roselle hidup subur yang diusahakan oleh petani kita.


Kekadang rasa bangga juga kerana ada mat saleh sanggup terbang dari Down Under nak tengok serta berjumpa petani kita di Malaysia.


Kalau dahulu saya suka bergambar diladang apple milik mat saleh di US, kini mat saleh pula suka bergambar diladang kita..ha. ha..ha...bangga dengan petani kita.

"Not is impossible, because impossible is nothing"

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN !.

4 comments:

Anonymous said...

peluang yg ada jgn dilepaskan,masa yg ada jgn dibazirkan,duit yg ada jgn dibuangkan,RAHSIA yg ada jgn diEXPOSEkan...biar pecah diperut jgn pecah di mulut

Unknown said...

Assalamualaikum,
saya berminat dengan maklumat tentang pasaran roselle mentah ke australia. Saya dan suami sedang mengusahakan tanaman roselle di Kluang, dan sedang mencari pasaran. Rasa teruja sangat nak berkenalan dan contact kawan yang di batu pahat. Boleh kami berkenalan dengan dia? Dapat no telepon dah kira baik sangat.
Harap dapat membantu....

Semoga tidak keberatan menolong.

Salam

Puan Rosnah
Kluang, Johor

Unknown said...

Assalamualaikum,
saya berminat dengan maklumat tentang pasaran roselle mentah ke australia. Saya dan suami sedang mengusahakan tanaman roselle di Kluang, dan sedang mencari pasaran. Rasa teruja sangat nak berkenalan dan contact kawan yang di batu pahat. Boleh kami berkenalan dengan dia? Dapat no telepon dah kira baik sangat.
Harap dapat membantu....

Semoga tidak keberatan menolong.

Salam

Puan Rosnah
Kluang, Johor

Nik Wan said...

Puan rosnah boleh hubungi pejabat FAMA yang berhampiran untuk keterangan lanjut.

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu sumbangan daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH NIK WAN
Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terimakasih kepada mereka yang telah memberi dan dengan sumbangan sedemikian dapatlah saya menjalankan pelbagai kajian berkaitan penternakan serta pemasaran ikan keli dan akuakultur untuk saya kongsikan disini.