Sunday, August 3, 2008

Musim buah-buahan menjelma lagi



Musim buah-buahan menjelma lagi. Kini dimana-mana tempat saya pergi, ramai peniaga menjual buah-buahan tempatan. Durian, rambutan, manggis banyak dijual dimerata tempat dengan harga yang berpatutan. Buah paling banyak saya lihat adalah buah durian. Buah durian makin menjadi agaknya.
Harga buah durian pun makin murah, ada yang 3 biji RM10, ada yang 4 biji Rm10.Inilah kelebihan bumi bertuah Malaysia ini, buah-buahan tempatan mudah menjadi, saya agak tahun ni lagi banyak buah durian ini.
Buah durian ini boleh juga dibuat kerepek. Di Thailand buah yang matang di ambil dan dibuat kerepek dengan menggorengnya didalam kualiti dan dijual pada harga RM10 untuk 500gm.

Selain daripada dibuat chip, durian juga boleh dibuat tempoyak, lempuk dan juga dicampur dengan dodol dijadikan dodol durian. Isi durian juga boleh disimpan sejukbeku untuk kegunaan pada masa luar musim. Caranya mudah, asingkan isinya daripada biji, masukkan dalam bekas dan disimpan ditempat kita buat ais dalam petisejuk.

No comments:

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu sumbangan daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH NIK WAN
Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terimakasih kepada mereka yang telah memberi dan dengan sumbangan sedemikian dapatlah saya menjalankan pelbagai kajian berkaitan penternakan serta pemasaran ikan keli dan akuakultur untuk saya kongsikan disini.