Monday, January 26, 2009

Beroperasi Semula

Saya telah kembali daripada Terengganu dan kini blog ini kembali beroperasi semula dan beberapa perkembangan terkini dalam bidang penternakan ikan keli. Ikan keli yang kami pelihara didalam sangkar di tebing sungai Terengganu semakin mendapat sambutan daripada pengguna dan bekalan sentiasa tidak mencukupi hingga ke hari ini.!

Pada 23 Januari yang lalu saya telah ke tempat penternakan ikan keli ini bersama seorang kawan bagi meninjau perkembangan permintaan ikan keli ini, dan sememangnya ikan keli belada tidak putus-putus diminati pengguna di Terengganu.

Monday, January 5, 2009

Hari Ini Dah Mula Sekolah






Hari ini dah mula sekolah dan adik-adik kena belajar rajin-rajin dan jangan dok main kat sangkar ikan keli. Adik-adik kena baca buku jika tidak kena sengat keli baru tahu. video

Saturday, January 3, 2009

Ikan Keli : Program ' Beli Balik'

Satu fenomena baru dalam aktiviti pemasaran yang sedang berkembang kini adalah program 'Beli Balik'. Saya yakin ini berasal daripada program barat iaitu ' Buying Back'. Program ini dilihat sebagai suatu jaminan keatas pembeli yang mana penjual sanggup beli balik ( bukan lepas beli balik) produk yang dibeli oleh pengguna.

Jika pada masa dahulu program ' Jaminan Wang Dikembalikan' atau 'Money Back Gerentty ' diperkenalkan bagi meningkat jualan sesuatu produk kini Program Beli Balik di perkenalkan pula.Pada peringkat awal,saya lihat program ini berjalan dengan baik, namun ianya tidak sesuai dengan semua produk serta industri. Manakala sejak akhir-akhir ini ia telah dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terutama mereka yang terlibat dalam bidang pertanian khususnya latihan dan pemasaran peralatan serta benih.

Konsep yang diperkenalkan amat mudah seperti ini 'Anda ikut program latihan ataupun kursus kami, kami akan bekalkan benih ataupun peralatan, anda tanam ataupun ternak dan syarikat kami 'Jamin akan beli balik hasil yang dikeluarkan daripada anda'. Bunyinya sungguh menyakin kan kita, namun pernahkah kita tanya dengan harga berapa dia nak beli ?, Syarikat itu lepas beli dia nak buat apa?, untungkah kita jika syarikat itu beli dengan harga tersebut ?.

Akhir sekali, jika syarikat berkenaan tak beli balik, kat mana kita nak jual hasil yang kita telah tanam atau ternak itu ?. Dan paling akhir sekali, Jika syarikat jaminan beli balik ni lingkup, kita macam mana ?. Ingatlah bila kita terlibat dalam perniagaan, Perniagaan ini ada untung ada ruginya, jika syarikat-syarikat besar di Amerikat Syarikat boleh lingkup, macam mana dengan syarikat kecil dan baru dibuka ?.

Sama-samalah kita fikir dengan berhati-hati, sebelum kita melabur dalam sesuatu projek, jika tidak duit yang dilabur menjadi lebur, kita dok makan nasi bubur aje setiap hari !.

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu sumbangan daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH NIK WAN
Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terimakasih kepada mereka yang telah memberi dan dengan sumbangan sedemikian dapatlah saya menjalankan pelbagai kajian berkaitan penternakan serta pemasaran ikan keli dan akuakultur untuk saya kongsikan disini.