Sunday, October 12, 2008

Ternak Ikan Keli Bersama i-Cage

Penternakan ikan keli boleh dibuat menggunakan tangki polister dan kini sebuah syarikat tempatan telah mampu menawarkan pakej yang menarik, sebagaimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia Online antaranya;

"Terbaru, sebuah syarikat tempatan turut menawarkan teknologi baru dalam ternakan ikan keli, Rotocraft Technologies (M) Sdn. Bhd. (RTSB) yang menawarkan pakej jenama i-Cage.

Pakej i-Cage itu melibatkan 12 tangki ikan ternakan ikan dengan harga RM25,000 satu pakej.

Selain 12 tangki, pakej tersebut mengandungi sistem paip, sistem penapisan, tempat saluran menuai dan juga sistem pam untuk air masuk dan keluar.

Menurut Pengarah Urusan RTSB, Yusra Sabar, mereka yang berminat mendapatkan pakej tersebut bagaimanapun digalakkan menghadiri bengkel kaedah penternakan yang dikendalikan dengan rakan kongsi niaga syarikatnya, AquaBiz Sdn. Bhd.

"Syarikat ini menawarkan kursus penternakan dan juga aspek lain termasuk bekalan benih ikan keli," katanya.

Yusra berkata, setiap tangki polietilena mampu menampung kira-kira 3,000 ekor anak ikan keli bersaiz piawai tiga inci yang boleh dibeli pada harga antara 13 sen dan 20 sen seekor.

Pihaknya, menawarkan dua jenis tangki iaitu bersaiz diameter tujuh kaki yang digunakan dalam pakej tersebut manakala tangki yang lebih keci berukuran empat kaki kali enam kaki kali dua kaki enam inci ditawarkan untuk penternak bebas yang ingin terlibat dalam Program Bumi Hijau.

Beliau berkata, pakej tersebut jika berjaya, mampu mengeluarkan hasil 800 kilogram setiap tangki seberat 250 gram seekor dalam tempoh tiga bulan.

Penternak juga ditawarkan perladangan kontrak dengan sebuah syarikat lain yang membeli semua hasil yang dikeluarkan oleh penternak terbabit.

Sistem i-Cage yang ditawarkan itu bukan sahaja tahan karat dan tahan lasak tetapi juga mudah alih, memanfaatkan sistem kitaran air tertutup dan senang dikendalikan.

Bagi membolehkan ternakan lebih terjaga daripada segi persekitaran, penternak juga ditawarkan dengan penggunaan mikroorganisma efektif (EM) , anti klorin, anti bakteria dan makanan ikan Mereka yang berminat boleh menghubungi RTSB di talian 03-78452415.

Spesifikasi tangki AlSaiz: Empat kaki kaki x enam x dua kaki enam incilBahan - politilenalKapasiti - 1,700 liter air (500 ekor ikan) Sesuai untuk semua jenis ternakan.Spesifikasi Tangki BlTangki bulat (pakej) -3,000 ekorlUkuran - Tujuh kaki diameter dan tiga kaki tinggilSesuai untuk semua jenis ikanlKegunaan- sesuai untuk ternakan komersiallCiri-ciri - Mudah alih, mudah dipasang dan diselenggara." di petik daripada Utusan Malaysia Online.

Oleh itu jika anda berminat boleh menghubungi syarikat berkenaan, namun begitu saya cadangan anda kaji juga kos pengeluaran serta sasaran pasaran yang ingin anda pasarkan produk ikan keli ini supaya pelaburan yang anda buat mampu memberikan pulangan yang lumayan ataupun berpatutan.

No comments:

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu sumbangan daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH NIK WAN
Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terimakasih kepada mereka yang telah memberi dan dengan sumbangan sedemikian dapatlah saya menjalankan pelbagai kajian berkaitan penternakan serta pemasaran ikan keli dan akuakultur untuk saya kongsikan disini.