Saturday, October 4, 2008

Hari Raya Aidil Fitri 2008

Hari raya aidil fitri tahun ini telah disambut pada 1 Oktober 2008. Saya dan keluarga telah balik beraya di Kampung Kubang Palas Luar, Wakaf Baru Kelantan. Hari raya tahun ini disambut dengan meriah sekali di Kelantan dan seperti biasa jalan-jalan di Kota Bharu sesak dengan kenderaan warga Kelantan terutama perantau seperti saya dan isteri. Saya sekeluarga telah bertolak balik daripada Taman Subang Perdana Shah Alam pada hari sabtu 27/9/08 jam 11.30 malam, maklumlah cuti sekolah awal dan saya pun dapat cuti agak panjang sedikit. Ingatkan bertolak awal malam hari ini, orang dak de lah balik, namun disepanjang perjalanan penuh dengan kenderaan serta motosikal. Walaubagaimana pun cuaca yang tidak hujan dan berjalan dimalam hari yang sejuk melancarkan perjalanan kami sekeluarga.

Saya turut berhenti di Stesen Petronas di lebuh raya pantai timur, orang agak ramai mengisi minyak dan seperti biasa kalau nak ketandas tu kena beratur panjanglah. Kami tiba di R & R Gua Musang jam 4 pagi dan tempat ini pun sudah berubah, dah ada stesen minyak Shell kat sini. Oleh itu nak isi minyak pun dah mudah di Gua Musang ini. Setelah bersahur dan solat subuh kami bertolak ke rumah dan tiba jam 9.00 pagi.

Dan seperti biasa, aktiviti awal berposa di Kota Baru, petangnya mencari lauk berbuka, saya dan isteri bertolak ke Paloh, Kota Bharu untuk cari ayam percik kegemaran isteri. Kat sini...penuh lah orang beli dengan ramai daripada anak perantau. Harga ayam percik tersohor ini pun boleh tahan juga, RM12.00 sebelah atau ' satu perange'. Makanan lain seperti akok (my favourit), bunga tanjung, jala mas dan lain-lain banyak dah "ada harga", tapi jika banding di KL ni atau USA (Uptown Shah Alam,he..he..) mahal lagi lagi la, so kita belilah..duit tok sah kira..la..laju macam air keluarnya, namun jika lewat habislah...telan air liur.

Becakap tentang negeri Kelantan, zakat fitrah negeri ini tahun 2008 ada RM7.20 itu yang diberitahu oleh abang saya yang masih tinggal di Kelantan, di Selangor hanya RM5.30 sahaja !, mungkin orang Kelantan makan beras molek, sebab itu berbeza dengan Selangor. Walaupun barang di Kelantan nampak mahal, ia masih jauh lebih murah daripada KL. Isteri saya sempat beli sebatang kaki lembu pada harga RM30 sahaja dan kami buat sup gearbox, 3 hari makan tak habis, ni semua favourite my wife la. Anak-anak pun suka dan saya juga sempat beli daging elok pada harga RM16.00 sekilo di Tesco Kota Bharu,walaupun harga diluar adalah RM20.00.

Bila tiba nak raya ni, banyak sangat orang yang akan menjual daging lembu ini dengan harga yang berpatutan dan sebab ini orang Kelantan yang bekerja disini boleh simpan duit, dan beli barang kemas berutas-utas ditangan.

Saya bertolak balik ke Shah Alam pada 3 Oktober malam jam 9.00malam dan ditiba di Shah Alam ini jam 6 pagi.

No comments:

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu sumbangan daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH NIK WAN
Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terimakasih kepada mereka yang telah memberi dan dengan sumbangan sedemikian dapatlah saya menjalankan pelbagai kajian berkaitan penternakan serta pemasaran ikan keli dan akuakultur untuk saya kongsikan disini.