Sunday, December 7, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Sempena hari raya korban ini saya mengucapkan selamat hari raya korban kepada semua pembaca blog Ikan Keli Belada ini. Saya dan keluarga serta team Ikan Keli Belada memohon maaf atas segala kesilapan sepanjang saya menulis di blog ini.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan bahawa sesiapa ada berminat nak belajar menghasilkan benih keli atau anak keli boleh hubungi dan hadiri Kursus praktikal pembenihan ikan keli teknik aruhan akan dilangsungkan pada 13 dan 14 Disember di ladang Prestasi Agro Farm, Bukit Lagong, Selayang.

Bagi mereka yang berminat mendalami kemahiran pembenihan ikan keli boleh menghubungi sekretariat di 012-6138059 atau 012-6157937.

Pemasaran anak keli ini mampu beri pulangan yang lumaya, semalam saya ada tengok TV1 bagaimana seorang anak muda berjaya memperolehi pendapatan RM3,000.00 sebulan dengan hanya menjual anak benih ikan keli yang sentiasa mendapat permintaan. Beliau hasilkan anak keli ini dengan modal RM5,000.00 sahaja dan dibuat dalam tangki-tangi kecil. Anak ikan keli dengan sais 3 inci boleh dijual pada harga 10 sen hingga 20 sen seekor.

Saya sendiri pun biasa beli ribu-ribu ekor anak keli pada sesuatu masa yang mana boleh mencecah nilai RM7k- RM10K untuk modal beli anak keli ini.Oleh itu bagi memantapkan industri penternakan ikan keli ini perlu ada usahawan yang fokus buat benih supaya industri ini semakin berkembang maju.

2 comments:

Itachi said...

salam saudara,

Untuk pengetahuan saudara, saya dan beberapa orang rakan berminat untuk menghasilkan benih ikan keli.

Masalah saya disini ialah saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang cara menghasilkan benih keli.

saya juga menghadapi masalah cara untuk memasarkan benih keli ini.

Pendek kata, saya dan rakan2 tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai ikan keli.

Disini saya ingin meminta pertolongan daripada saudara untuk berkongsi sedikit maklumat tentang penternakan ikan keli ini. Contohnya, kursus penternakan, caramendapatkan anak ikan keli dan sebagainya.

Terima Kasih

noh nik wan said...

terima kasih atas saran saudara..cadangan nak buat benih itu elok...sebab yang ternak ni dah ramai..

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu sumbangan daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH NIK WAN
Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terimakasih kepada mereka yang telah memberi dan dengan sumbangan sedemikian dapatlah saya menjalankan pelbagai kajian berkaitan penternakan serta pemasaran ikan keli dan akuakultur untuk saya kongsikan disini.