Tuesday, April 28, 2009

Ikan Keli dan Professional Mencari Duit

Penternakan ikan keli ataupun ikan air tawar serta sektor pertanian hari ini telah menarik minat pelbagai golongan dan yang lebih menghairankan ia telah banyak menarik golongan professional menyertai bidang ini.

Jika dilihat sekilas pandang nampaknya ia baik dan cukup menarik, apa tidaknya bila doktor, peguam, jurutera, kontraktor dan juga akitek dah mula menjadi petani,penternak dan nelayan.

Namun 2 kali fikir bagi saya ia kini menjadikan sektor pertanian ini semakin mencabar terutama bagi orang biasa. Bagi penternak ikan keli penyertaan terlalu ramai orang yang menternak ikan keli boleh menjadikan lambakan ikan keli dipasaran dan secara tak langsung juga akan menjejaskan harga jualan borong dan runcit ikan keli. Harga yang rendah dipasaran pasti akan mengembirakan peminat ikan keli namun bagi penternak ikan keli ini amat merugikan jika harga jualan tidak dapat menampung kos pengeluaran yang semakin meningkat dan saya jangkakan banyak penternak ikan keli akan lingkup.Jika ini berlaku amat menyedihkan kerana bagi orang biasa, apa yang boleh kita buat sedangkan untuk golongan professional mereka boleh kembali bekerja dibidang masing-masing !.

Kemasukkan professional dalam bidang penternakan ikan keli ini juga mampu meningkatkan kos makanan dan peralatan menternak ikan keli yang mana ini turut dirasai oleh penternak ikan keli seperti kami dan ini merupakan satu daripada sebab kenapa kami telah memberhentikan untuk sementara menternak ikan keli ini.

Bagi saya jika golongan professional ingin menyertai bidang pertanian terutama penternakkan ikan keli, saya berpendapat dengan keupayaan mereka, golongan ini perlu menyertai pasaran global yang lebih luas bukan sekadar menjadi pesaing kepada pasaran yang sedia ada.

Sesekali terfikir dalam fikiran saya, kenapa golongan professional ini tidak memperkembangkan bidang professional mereka ?.

Oleh itu bagi orang biasa macam saya ini, nampak gayanya kita semua kena mencari atau menjadi golongan professional dalam bidang lain untuk menambah pendapatan. Satu bidang yang telah saya ceburi selama setahun adalah : KLIK

Semenjak saya menyertai bidang penternakan ikan keli ini kira-kira dua tahun yang lalu, sebenarnya saya sudah sedia dengan 'backup plan' ini kerana saya sudah faham benar dengan trend orang di Malaysia ini dalam perniagaan iaitu trend berniaga nasi lemak !. Jika kita perhatikan trend ini, iaitu jika seorang berjaya berniaga nasi lemak maka ramai akan berniaga nasi lemak dilokasi yang sama !. Sama juga dengan pertanian ini,kita bela ikan keli ada yang ikut bela ikan keli, Bela cacing akan jadi ikutan jua...namun akhirnya bila dah ramai semua tak dapat bertahan atau dengan kata mudah kita jadi ikut -ikutan sahaja.

Oleh itu saya kini lebih memfokus menjalankan pencarian pendapatan seperti ini : KLIK .

@ Ikan Keli Belada

No comments:

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu sumbangan daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH NIK WAN
Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terimakasih kepada mereka yang telah memberi dan dengan sumbangan sedemikian dapatlah saya menjalankan pelbagai kajian berkaitan penternakan serta pemasaran ikan keli dan akuakultur untuk saya kongsikan disini.