Thursday, November 1, 2007

Pelanggan Anda Sahabat Anda

Bila kita terlibat dengan perniagaanpertanian, kita akan mencari pelanggan yang sanggup membeli hasil - hasil pertanian kita. Walaubagaimana pun hasil pertanian tidak sama dengan produk pengilangan yang lain. Sebahagian besar produk pengilangan yang tidak terlibat dengan makanan, ia tidak mengalami kerosakan yang cepat. Ini menjadikan produk ini mampu berada dipasaran dengan lebih lama.

Hasilan pertanian merupakan 'benda hidup' ia akan mengalami kerosakan dalam masa yang singkat. Oleh itu bila kita terlibat dalam perniagaan pertanian kita perlu jadikan pelanggan kita sebagai sahabat kita. Ini penting supaya melalui persahabatan ini, ia berupaya mewujudkan satu kemesraan dan seterusnya ia akan menjadi pelanggan tetap kita. Seterusnya hasil pertanian kita dapat dipasarkan dengan cepat pada harga yang berpatutan.

Saya masih lagi teringat semasa saya masih kecil, emak saya sentiasa membeli ayam hanya pada satu tempat peniaga ayam sahaja dipasar Kota Bharu. Bila emak ingin mengadakan kenduri dan memerlukan bilangan ayam yang banyak, beliau hanya talipon peniaga ayam berkenan dan sudah pasti peniaga ayam itu akan menyediakan bilangan ayam yang diperlukan pada sedikit harga murah. Saya yang akan pergi mengambil ayam tersebut dipasar dan membawa balik kerumah untuk dimasak oleh ibu. Dengan persahabat ini peniaga akan dapat memasarkan ayam dengan mudah dan saya pula dapat harga yang berpatutan.

Dengan menjadikan pelanggan kita sebagai sahabat dan kenalan, kita mendapat dan mengenalpasti pelanggan tetap kita. Pelanggan tetap dan kesetiaan serta kepercayaan pelanggan kita amat penting dalam dunia perniagaan pertanian kerana kos untuk mencari pelanggan baru sebenar lebih tinggi jika dibandingkan untuk mengekalkan pelanggan sediada. Jadi dalam perniagaan pertanian ini, kita janganlah kedekut, sekali - sekala berikanlah sedikit diskaun atau lebihan dalam penjual hasil pertanian kita. Ingatlah lebihan ataupun harga diskaun ini sebagai kos promosi untuk mengekalkan pelanggan tetap kita.

Pelanggan tetap sahabat kita ini kadang - kadang boleh menjadi agen promosi secara tak langsung kepada kita, kerana dengan kepercayaan kepada kita, kadang - kadang pelanggan ini akan cadangan produk pertanian kita pada rakan-rakan yang dikenalinya. Secara tak langsung akan dapat menarik pelanggan - pelanggan baru kepada produk kita.

Oleh itu berikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kita dan jadikan pelanggan kita sebagai sahabat kita yang berkekalan.

No comments:

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu sumbangan daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH NIK WAN
Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terimakasih kepada mereka yang telah memberi dan dengan sumbangan sedemikian dapatlah saya menjalankan pelbagai kajian berkaitan penternakan serta pemasaran ikan keli dan akuakultur untuk saya kongsikan disini.