Wednesday, October 31, 2007

Perniagaan pertanian perlu buat R&D

R & D ataupun dalam bahasa Malaysia bermaksud kajian dan pembangunan, perlu dilaksanakan oleh individu yang terlibat dalam perniagaan pertanian. Ini amat penting untuk memastikan perniagaan pertanian kita mampu berdayasaing dipasaran pada hari ini. Dengan kata lain kita semua perlu peka kepada arus perubahan yang sentiasa berlaku dengan pantas pada masa ini.

Tanpa melaksanakan R&D, besar kemungkinan perniagaan tani kita akan lenyap ditelah gelombang persaingan yang semakin sengit dalam dunia perniagaan. Kewujudan gelombang globalisasi membolehkan hasil - hasil pertanian daripada luar negara dipasarkan kenegara kita tanpa ada sekatan. Pada suatu masa nanti, isu permit, kuota import dan lain - lain sekatan perdagangan tidak akan wujud lagi. Dengan kata lain, barang pertanian dari luar boleh dipasarkan dalam negara kita dengan harga yang mungkin lebih murah dan ini menjadi pesaing dalam perniagaan pertanian kita.

Oleh itu kita semua perlu menjalankan R&D dalam bidang pertanian yang kita ceburi. Kita perlu cari jalan supaya hasil pertanian kita dapat dikeluarkan pada kos yang lebih murah, cekap dan berkesan bagi membolehkan kita bersaing dipasaran.

Kajian R&D ini juga perlu menghasilakan produk - produk baru yang memberikan nilai tambah yang tinggi pada hasil keluaran kita. Sebagai contoh, sudah ada pengusaha ikan keli yang ingin mengeluarkan SARDIN IKAN KELI. Ini satu inovasi yang baik yang mana jika harga keli dipasaran turun ataupun hasilan kita berlebihan kita boleh proses buat SARDIN IKAN KELI dan dijual kepada pasaran.

Kita sudah ada juga penternak keli yang mengeluarkan produk seperti IKAN KELI SALAI, PEKASAM IKAN KELI yang dikatakan mendapat sambutan yang baik dipasaran dengan harga yang baik. Satu produk yang sedang saya cuba ialah IKAN KELI SEJUKBEKU. Saya akan cuba frozen ikan keli dan setelah beberapa bulan kita akan lihat hasinya.

Menjalankan R&D ini kadang - kadang tidak perlu kemahiran yang tinggi, yang penting KITA CUBA, TRY DAN TEST sendiri dan lihat hasilnya.Sebagai contoh jika kita nak buat keli frozen, kita ambil katakan 24 ekor ikan keli, kita bersikan dan kita bungkuskan dalam plasitik setiap dua ekor dan pada setiap plastik kita tulis tarikh kita bungkus dan kemudian kita simpan dalam peti ais bahagian frozen (tempat buat air batu atau ais).

Pada setiap sebulan kita buka satu bungkus, kita cairkan aisnya dan kita masaklah keli kita ikut kegemaran dan rasalah masakan kita itu, samada sedap atau sama atau tidak jika kita guna keli segar. Jika ok, teruskan simpan keli frozen itu untuk (baki 11 bungkus) masa hadapan. Pada bulan berikutnya buka lagi satu plastik dan ulang masakan untuk bulan seterusnya sehingga kita rasakan masakan tidak sedap ataupun kualiti ikan keli frozen kita dah tak sedap digulai. Tarikh ini tidak sedap ini di catitkan.

Akhirnya kita boleh buat kesimpulan begini " Ikan keli frozen ini dia akan tahan selama 11 bulan dalam petiais, kerana pada bulan ke 12 ia sudah tidak sedap lagi untuk masak". Oleh itu jika ada kajian R&D seperti ini, jika ikan keli turun harga dipasaran, kita boleh buat ikan keli frozen untuk kita pasarkan pada masa harga yang baik.

Jumpa lagi...............

No comments:

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu sumbangan daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH NIK WAN
Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terimakasih kepada mereka yang telah memberi dan dengan sumbangan sedemikian dapatlah saya menjalankan pelbagai kajian berkaitan penternakan serta pemasaran ikan keli dan akuakultur untuk saya kongsikan disini.