Sunday, October 21, 2007

Ikan Keli Sangkar Di Sungai Terengganu

Ikan keli sangkar yang saya perlihara ini merupakan satu projek perniagaan secara kecilan yang saya jalankan bersama abang saya serta saudara mara sekampung. Disamping ikan keli, kami juga memelihara ikan patin dan juga ikan tilapia serta beberapa ikan lain.

Hasil ikan keli yang diperolehi dijual terus secara borong kepasar di Manir. Kami juga menjual ikan talapia serta ikan patin. Kesemua ikan air tawar ternakan kami mendapat sambutan yang baik dikalangan pengguna. Urusan jual-beli ikan keli dan juga talapia serta patin, pada masa ini diuruskan oleh saudara saya, yang dikenali 'Pak Long'. Jika anda berminat membeli ikan keli dan ikan talapia serta patin boleh hubungi saya ditalian yang dinyatakan diblog ini.

Jika anda kepasar Manir, anda boleh tanya penjual, 'saya nak beli ikan pak long blada' maka itu ikan hasil ternakan kami. Jika anda pengemar ikan air tawar anda pasti dapat rasakan kelazatan ikan keli, patin dan talapia kami. Pada padangan saya, rasa ikan keli yang saya pelihara licin berkilat serta tiada ataupun kurang bau lumpur, kerana ikan ini dibela di sungai yang airnya mengalir, maka kualitinya agak baik. Ditambahkan lagi punca Sungai Terengganu ini daripada Tasik Kenyir.

Pada kebiasaanya saya menjual ikan keli dengan berat sekilo antara 1-3 ekor kerana sais ikan keli pada masa ini cukup matang dan sesuai untuk hidangan. Pada bulan puasa yang lepas, permintaan ikan keli cukup baik. Pada bulan puasa ikan keli dibuat percik dan dijual diantara RM5-RM3.50 seekor bergantung pada saiz dan ia amat laris. Ikan keli percik amat sedap dimakan dengan nasi kerabu atau nasi ulam di Terengganu.

Saya kongsikan bersama anda tempat pelihara ikan melalui vidio YOUTUBE ini.

No comments:

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu sumbangan daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH NIK WAN
Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terimakasih kepada mereka yang telah memberi dan dengan sumbangan sedemikian dapatlah saya menjalankan pelbagai kajian berkaitan penternakan serta pemasaran ikan keli dan akuakultur untuk saya kongsikan disini.