Wednesday, June 3, 2009

Budu Kita Sudah ke London ?

Budu kito sudah ke London ?, begitulah soalan saya bila ada yang memaklumkan bahawa budu Kelantan khabarnya sudah mula dieksport ke Kota London. Pada mula saya sendiri tidak percaya tentang khabar yang disampaikan. Mana nak eskport budu dengan baunya serta pembungkusannya yang saya sebagai anak Kelantan agak sukar nak percaya. Budu pada fikiran biasa saya dibungkus dalam botol, yang kekadang jika dibeli di Kota Bharu, nak bawa balik ke Kuala Lumpur pun boleh pecah dalam kereta. Namun saya terpukau bila, sahabat saya tunjukkan bentuk budu masa kini. Wow sungguh canggih dan kreatif, kalau pembungkusan macam ini, saya yakin khabar bahawa budu telah menerjah pasaran London bukan suatu perkara yang mustahil. Buat mereka yang tak tahu berkaitan dengan budu, budu merupakan hasilan peraman ikan bilis dan garam yang apabila telah lama, ikan bilis akan hancur dan hasilan ini akan dimasak untuk menjadi budu atau nama lebih glamour dikenali juga sebagai sos bilis. Budu cap ketereh, salah satu budu tersohor di Kelantan telah menempuh inovasi pembungkusan yang pada pandangan saya menarik serta mampu dipasarkan dengan lebih luas sesuai dengan kehendak pemasaran pada hari ini.


. .

3 comments:

Ahmad Rithaudin said...

Assalamualaikum,

Di mana boleh saya beli budu di dalam peket seperti ini? Saya akan pulang ke US hujung minggu ni dan saya amat amat inginkan budu cap ketereh ini. Number untuk menghubungi saya (sementara di Malaysia) ialah 019 660 1830

Wasalam.

Nik Wan said...

kat Mydin maybe ada.

Nik Wan said...

kat Mydin maybe ada.

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu sumbangan daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH NIK WAN
Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terimakasih kepada mereka yang telah memberi dan dengan sumbangan sedemikian dapatlah saya menjalankan pelbagai kajian berkaitan penternakan serta pemasaran ikan keli dan akuakultur untuk saya kongsikan disini.