Wednesday, July 23, 2008

Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara merupakan minyak makanan yang diperolehi daripada kelapa.Minyak Kelapa Dara banyak memberi manafaat kepada kesihatan kita.Minyak Kelapa Dara walaupun dikategorikan sebagai makanan ia sebenarnya mampu untuk meningkatkan serta mampu mengatasi pelbagai masaalah kesihatan badan.

Saya sebenarnya baru sahaja kembali daripada berkursus Penghasilan Minyak Kelapa Dara yang dikendalikan oleh CEPP atau dikenali sebagai 'Chemical Enginering Pilot Plant' University Teknologi di Sekudai, Johor.Seramai 20 orang usahawan telah turut sama mengikuti kursus pengeluaran minyak kelapa dara ini. Kami merupakan kumpulan pertama yang mengikuti kursus pemprosesan Minyak Kelapa Dara yang julung kali dianjurkan oleh CEPP.

Minyak kelapa dara ini boleh dihasilkan melalui 2 kaedah utama iaitu Pemprosesan Basah dan Pemprosesan Kering.Pengeluaran Minyak Kelapa Dara melalui pemprosesan basah melibatkan penghasilan santan tanpa campuran air ataupun kadang-kadang dipanggil 'Kepala Santan'. Ini bermakna dalam proses ini isi kelapa yang telah dibuang kulit arinya, di parut kemudian diperah santannya dengan menggunakan mesin pemerah. Santan yang terhasil inilah diproses seterusnya untuk dijadikan Minyak Kelapa Dara.

Minyak Kelapa Dara yang diproses melalui kaedah kering, adalah dimana kelapa yang telah dibuang kulit arinya dikeringkan dan kemudian diperah minyaknya dengan menggunakan mesin. Minyak yang terhasil daripada perahan kering ini juga dikenali sebagai Minyak Kelapa Dara.


Peserta Kursus Pemprosesan Minyak Kelapa Dara


Ramai dah tak sabar nak balik buat minyak kelapa dara ni, ada yang kena balik dan ada yang balik kena ?. Akan muncul usahawan baru pengeluar minyak kelapa dara serta produk-produk berasaskan minyak kelapa dara seperti sabun, minyak rambut, losyen,kuih,minyak aromaterapi dan pelbagai produk yang telah diajar oleh professor di CEPP UTM Skudai ni.

No comments:

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu sumbangan daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH NIK WAN
Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terimakasih kepada mereka yang telah memberi dan dengan sumbangan sedemikian dapatlah saya menjalankan pelbagai kajian berkaitan penternakan serta pemasaran ikan keli dan akuakultur untuk saya kongsikan disini.