Friday, July 17, 2009

Wanita Kini Turut Menceburi Ternakan Ikan Keli


Wanita kini turut sama memeriahkan lagi industri penternakan ikan keli. Bekas wartawan Normahiran Yusoff telah meninggalkan dunia glamor kewartawan dan kini telah menceburkan diri menternak ikan keli sebagaimana dilaporkan oleh Utusan Malaysia online. Setelah mengikuti kursus penternakan ikan keli, Normahiran Yusof tidak berpaling kebelakang lagi lalu terus membuat perkiraan kos dan kemudian membeli tiga buah tangki yang telah diubahsuai sebagai permulaan untuk menternak ikan keli dan membeli anak benih ikan bersaiz tiga inci. Namun kini Normahiran beralih kepada saiz lima inci kerana saiz yang lebih besar cepat membesar dan kadar kematiannya juga rendah.

Pada permulaan menternak ikan keli ini, beliau memberikan makanan ikan keli ternakannya dengan makanan pelet, namun kos yang tinggi beliau mula memberikan makanan menggunakan kepala dan perut ikan bilis yang didapati di pasar malam yang saya masak dengan beras hancur selain sisa roti sebagai gantian kepada zat protein yang diperlukan oleh ikan keli.

Beliau juga mendapat makluman daripada pengusaha ikan keli yang lain bahawa perut dan kepala ikan bilis mempunyai protein yang tinggi dan sesuai menggantikan pelet. Hasil daripada penternakan ikan kelinya dipasarkan secara kontrak kepada pengusaha ikan keli salai yang memerlukan ikan keli yang memakan pelet dan bahan kaya protein tetapi kurang lemak bagi mendapatkan tekstur yang cantik. Manakala saiz ikan keli yang sesuai untuk dibuat ikan salai adalah 160 gram (g) seekor atau enam hingga tujuh ekor bagi satu kilogram.


No comments:

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu sumbangan daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH NIK WAN
Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terimakasih kepada mereka yang telah memberi dan dengan sumbangan sedemikian dapatlah saya menjalankan pelbagai kajian berkaitan penternakan serta pemasaran ikan keli dan akuakultur untuk saya kongsikan disini.