Saturday, February 7, 2009

Program Gerak Usahawan 2009 Di PWTC

Hari saya hadir ke program GERAK USAHAWAN 2009 di PWTC yang bermula pada 6-8 Februari 2009. Disini seminar keusahawan, booth jualan pelbagai produk IKS Melayu dipasarkan, juga klinik usahawan dan juga program bisnes matching di adakan dan semuanya PERCUMA disediakan oleh pihak kerajaan.

Amat rugi rasa jika anda tak hadir ke GERAK USAHAWAN ini kerana pada masa yang sama pelabagai agensi dibawah MECD ada kat sini dan bagi saya ia merupakan ONE STOP CENTER yang menarik. Nak daftar syarikat pun ada..dan pelbagai lagilah.

Bagi mereka yang nak pasarkan produk ke hypermarket, buyer-buyer daripada pelbagai supermarket pun ada..boleh terus bincang. Sumber pembiayaan pun ada..pelbagai bank turut serta dalam program ini. ESOK HARI TERAKHIR !...

Jom pakai mai GERAK USAHAWAN 2009 PWTC 10.00 PAGI - 5.30 PETANG.

No comments:

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu sumbangan daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH NIK WAN
Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terimakasih kepada mereka yang telah memberi dan dengan sumbangan sedemikian dapatlah saya menjalankan pelbagai kajian berkaitan penternakan serta pemasaran ikan keli dan akuakultur untuk saya kongsikan disini.