Saturday, March 15, 2008

Pembekal Benih Keli,Belut dan Lintah

Selain daripada memelihara ikan keli, belut dan lintah turut diternak oleh usahawan pada masa kini. Sup belut merupakan satu daripada makanan popular di negeri Kelantan yang pada masa ini ditadbirkan oleh Parti PAS.

Pada masa kanak-kanak saya dahulu, belut juga dicampurkan kedalam kuah laksa dan juga laksam; dan ini menjadikan kuah laksa itu lebih sedap dan manis. Bila bercerita tentang kuah laksa ini saya ada teringat cerita disetengah tempat dan direstaurant tertentu yang tidak beretika, KERTAS TISU dicampurkan kedalam kuah laksa ataupun kuah kari untuk menjadikan ianya lebih pekat !. Saya sendiri tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita ini. Walaubagaimana pun,bagi saya 'jika tiada angin, takkan pokok bergoyang' !.

Lintah juga banyak diternak dinegara kita pada masa ini, cuma ia merupakan perkembangan terbaru. Tetapi penternakan lintah ini telah lama dijalankan di UK dan ia juga dieksport samaada secara kering dan juga lintah hidup, untuk dijadikan satu kaedah alternatif mengubat penyakit. Saya dimaklumkan juga bahawa,lintah yang dipelihara ini diberi makan belut !. Yakni lintah peliharaan akan menghisap darah daripada belut peliharaan.

Di Rawang, Selangor , terdapat sebuah syarikat agro, iaitu LINTAH MAS TRADING yang bersedia membekalkan benih keli, belut dan juga lintak kepada usahawan yang berminat.
Inilah iklan yang di emailkan kepada saya:

KAMI , LINTAHMAS TRADING ADALAH SEBUAH SYARIKAT AGRO YANG TERLETAK DI RAWANG.

KAMI MENJALANKAN PERKHIDMATAN: -
-MENJUALBENIH LINTAH DAN INDUK LINTAH
-MENJUAL BELUT
-MENJUAL BENIH KELI
STOK MINGGU DEPAN: BENIH DAN INDUK 10K.

BERMINAT HUBUNGI
012-3273742

Oleh itu jika anda berminat boleh menghubungi pengusaha yang berkenaan.

1 comment:

Unknown said...

berapa harga benih keli tu?..dan jenis apa?

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu sumbangan daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH NIK WAN
Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terimakasih kepada mereka yang telah memberi dan dengan sumbangan sedemikian dapatlah saya menjalankan pelbagai kajian berkaitan penternakan serta pemasaran ikan keli dan akuakultur untuk saya kongsikan disini.