Wednesday, February 20, 2008

Ikan Keli Bioteknologi

Ikan keli bioteknologi satu perkataan baru bagi saya hari ini. Ini kerana pada hari ini saya berpeluang bertemu dengan usahawan yang mengusahakan penternakan ikan keli bioteknologi. Satu perkara yang cukup hebat bagi saya.

Usahawan ini memaklumkan kepada saya bahawa beliau menternak ikan keli dengan kaedah bioteknologi. Ciri istemewa ikan keli bioteknologi ini, air kolam nya tak berbau dan boleh tahan sampai setahun, tanpa perlu tukar air.

Produk yang dapat dihasilkan daripada ikan keli ini juga merupakan produk baru inovatif seperti baja, serunding ikan keli, keropok ikan keli, popia mini ikan keli dan pelbagai jenis produk lagi. Inilah kehebatan sains dalam bidang pertanian. Ikan keli bioteknologi ini sudah pasti memberikan kelebihan pada pengusahanya kerana keunikan produknya dan sudah pasti dapat menarik minat pengguna untuk membelinya.

Pada anda yang ingin membeli ikan keli kerana kehabisan bekalan ikan keli, anda boleh menghubungi pejabat FAMA Masjid Tanah Melaka di talian 06-384 1121 atau di alamat Km37, Kampung Landong, 78300 Masjid Tanah Melaka.

No comments:

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu sumbangan daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH NIK WAN
Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terimakasih kepada mereka yang telah memberi dan dengan sumbangan sedemikian dapatlah saya menjalankan pelbagai kajian berkaitan penternakan serta pemasaran ikan keli dan akuakultur untuk saya kongsikan disini.