Tuesday, January 22, 2008

Potensi Pasaran Ekspot Buah-Buahan Malaysia Di Eropah dan Asia

Hari ini saya menghadiri BengkelPotensi Pasaran Ekspot Buah-Buahan Malaysia Di Eropah dan Asia, yang dianjurkan oleh FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) yang di adakan di Hotel Marriot, Putra Jaya. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

3 kertas kerja telah dibentangkan berkaitan dengan pemasaran buah-buahan keluar negara. Untuk Pasaran Jepun, kajian yang dibuat oleh pasukan penyelidik pasaran daripada UiTM yang diketuai oleh Profesor Dr. Faridah Hj.Hasan mendapati Jepun merupakan negara kedua terbesar didunia bagi pasaran makanan yang mana jumlahnya adalah 3 kali lebih besar jika dibandingkan dengan jumlah terkumpul negara Asian yang lain !.

Pada masa ini terdapat beberapa pasaraya diJepun yang telah memasarkan buah-buah tropika seperti durian, manggis, buah pittaya dan rambutan, yang diimport sebahagian besar daripada Thailand. Apa yang menarik perhatian saya adalah buah manggis merupakan antara buah yang mendapat sambutan yang baik di pasaran Jepun kerana mempunyai rupabentuk luaran dan dalaman yang menarik dan rasa yang manis.

Potensi mangga di Jepun sangat memberangsangkan pada musim panas 2007, buah mangga merupakan buah yang paling popular dan laris. Walaupun buah-buahan di Malaysia mempunyai potensi yang cerah untuk di ekspot, faktor Kualiti, Bekalan dan juga Harga memainkan peranan yang amat penting dalam pemasaran buah-buahan ini.

Isu kualiti buah, 'fruit fly' dan keselamatan produk buah perlu diberi perhatian serius oleh peladang dalam usaha memasarkan hasil-hasil pertanian. Secara amnya, jika kita ingin mengeksport apa jua produk kesesuatu negara, kita perlu mematuhi keperluan kualiti yang disyaratkan oleh negara berkenaan. Jika tidak pasaran kita tidak akan mampu berkembang kepasaran global.

Perkataan yang berkaitan dengan kualiti seperti EUROGAP, HACCP, ISO, FOOD SAFETY, BRC perlu diketahui oleh kita yang terlibat dalam bidang pertanian jika ingin menjadi pemasar global, disamping jaminan Halal untuk pasaran masyarakat Islam. Jika kita tidak bertindak mematuhi keperluan pasaran ini, dikuatiri kita akan lenyap oleh persaingan produk dari negara luar. Cuba bayangkan produk luar boleh memasuki pasaran dinegara ini dengan mudah, sedangkan produk kita belum bersedia untuk dieksport keluar negara.

No comments:

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu sumbangan daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH NIK WAN
Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terimakasih kepada mereka yang telah memberi dan dengan sumbangan sedemikian dapatlah saya menjalankan pelbagai kajian berkaitan penternakan serta pemasaran ikan keli dan akuakultur untuk saya kongsikan disini.