Industri penternakan ikan keli pada pandangan saya, tidaklah sehangat dahulu. Kos penternakan yang semakin meningkat serta harga permintaan yang tidak mampu menampung kos penternakan mungkin menjadi satu sebab penternakan ikan keli sudah diambang kesuraman.
Baru -baru ini saya ada singgah di Kampung Beladau Kolam, Manir Terengganu untuk bertemu dengan saudara saya yang menternak ikan keli ini. Beliau memaklumkan permintaan terhadap ikan keli ada namun harga kurang menarik yang menjadikan penternak beralih memelihara ikan Patin dan ikan Baung.
Penternakan ikan disini tetap berkembang pesat dengan bilangan peserta menternak ikan sungai bertambah namun fokus utama dah menjadi kepada ikan talapia, ikan baung, ikan patin dan sedikit sahaja ikan keli. Ini kerana permintaan ikan sungai ini tetap ada namun persoalannya adalah harga.
