Tuesday, October 28, 2008

Bioteknologi mula diperkenalkan dalam ternakan Ikan Keli

Penggunaan bioteknologi mula diperkenalkan dalam bidang ternakan ikan keli. Penggunaan bioteknologi dalam industri ikan keli ini dijangkakan dapat mengurangkan kos operasi pembenihan serta penuaian ikan keli, sebagaimana disiarkan oleh Utusan Malaysia Online,

"Teknologi biotek untuk keli

Teknologi penternakan ikan keli bukan sahaja mencakupi sistem infrastruktur atau kaedah menternak tetapi kini dipertingkatkan lagi dengan pengenalan beberapa produk sampingan.

Terbaru, kumpulan penyelidik, Perintis Agrotech Centre (PATC) memperkenalkan hasil penemuan terbaru mereka, Bio-Aqua iaitu formula khas untuk pembangunan industri ternakan dan pembenihan keli tempatan.

Bio-Aqua merupakan satu usaha menjadikan campuran mikrob baik dan zat mineral yang telah diuji kesesuaiannya dan terbukti keberkesanannya sebagai bahan asas dan komposisi utama produk tersebut.

Ia merupakan bahan penggalak sektor ternakan ikan paling efisien dan berjaya pada masa kini.

Tanpa campuran bahan kimia, Bio-Aqua akan 'bekerja' 24 jam sehari sepanjang tempoh ternakan ikan sekiranya digunakan mengikut panduan yang diberikan.

Bio-Aqua merupakan teknologi bio yang telah diperkenalkan di Jepun dan telah disesuaikan dengan struktur ternakan tempatan dari segi suhu, cuaca, struktur air, kelembapan tanah, tempoh ternakan ikan dan sebagainya.

Formula khas keli ini dicipta khas bagi membantu pengusaha benih dan pengusaha ternakan keli memandangkan margin keuntungan yang kecil dan memerlukan satu formula untuk mengurangkan kos operasi serta kos makanan.

Berdasarkan testimoni dan kajian yang dibuat, Bio-Aqua sangat sesuai untuk kedua-dua industri pembenihan ikan keli serta ternakan keli.

Objektif utama penghasilan Bio-Aqua adalah untuk penjimatan kos makanan dan mempercepatkan tempoh tuaian dari 60 hari ke 45 hari melalui aplikasi terus kepada pelet dan mampu memperbaiki struktur kolam ternakan melalui aplikasi terus kepada air.

Peningkatan kos makanan yang mendadak telah memberikan tekanan kepada pengusaha ikan air tawar termasuk keli.

Mengikut nisbah berat ikan berbanding berat makanan yang diperlukan sepanjang tempoh ternakan atau FCR (food convention rate), bagi menghasilkan satu kilogram (kg) ikan sebanyak dua kg pelet diperlukan (nisbah 1:2).

Bagaimanapun dengan menggunakan Bio-Aqua, terbukti berat makanan dapat dikurangkan kepada 0.8kg hingga 1.2kg.

Sekiranya kos pelet RM2 untuk sekilogram, ini bermakna kos makanan dapat dikurangkan RM1.60 hingga RM2.40 bagi setiap sekilogram ikan melalui aplikasi terus kepada pelet.

Penjimatan ini pasti melegakan pengusaha yang terpaksa berbelanja besar untuk kos makanan iaitu melebihi 60 peratus kos operasi.

Terdapat dua cara penggunaan Bio-Aqua yang paling efisien.

Pertama, dengan mencampurkan cecair ke dalam kolam ternakan pada kadar 1:1000 liter air.

Kaedah ini hanya sesuai untuk kolam ternakan yang bersaiz kecil seperti kolam kanvas, poly-tank, gentian kaca atau kolam simen bersaiz kecil.

Bio-Aqua akan berinteraksi terus dengan molekul dan struktur air di dalam kolam ternakan dan dalam masa yang singkat ia akan memecahkan molekul nitrat dan nitrit dan menukarkan kepada oksigen.

Kesannya, tindak balas tersebut akan mengurangkan kadar penghasilan ammonia dan bau busuk kepada kolam ternakan.

Penyerapan protein

Kedua, dengan menyemburkan Bio-Aqua kepada pelet setengah jam sebelum diberikan kepada ikan.

Melalui kaedah ini, Bio-Aqua akan bertindak balas terus dengan struktur dalaman ikan dan akan meningkatkan kadar penyerapan protein pada pelet iaitu melebihi 24 peratus bagi starter, meningkatkan kadar penghadaman dan kelancaran usus ikan, meningkat antibodi dan selera makan ikan.

Kesannya, ia akan mempercepatkan tumbesaran ikan dan mengurangkan kadar kematian.

Secara tidak langsung, kos makanan ikan akan dapat dikurangkan lebih antara 30 dan 50 peratus.

Menurut ketua kumpulan penyelidik PATC, Hifdzi Hamzah, secara umumnya dengan menggunakan Bio-Aqua mengikut kaedah yang betul, pengusaha dapat menjimatkan bil air dan elektrik serta tenaga kerja kerana air tidak perlu kerap ditukar ganti.

Selain itu, penggunaannya dapat mengurangkan bau busuk pada air dan bau hanyir pada ikan, meningkatkan kualiti tekstur daging ikan dan warna isi, mengurangkan lemak berlebihan dengan penghasilan isi yang lebih pejal.

"Pada masa sama, ia, mengurangkan kadar kematian hasil peningkatan antibodi dan pengurangan stres pada ikan dan dapat menghasilkan ikan bermutu tinggi,'' katanya.

Bagi pengusaha benih keli, Bio-Aqua mampu mempercepatkan penghasilan air hijau yang amat diperlukan oleh rega dan anak ikan dan mampu mengelakkan kerongsong telur yang tidak menetas memasamkan air sewaktu awal proses penetasan.

Penghantaran Bio-Aqua akan dibuat terus ke alamat pembeli dengan menggunakan perkhidmatan KTM bagi yang membuat tempahan melalui telefon manakala bagi pembeli di sekitar Lembah Klang, mereka boleh terus ke pusat jualan di Business Suite B-17-G, The Medan Selayang, Batu Caves, Selangor.

Buat masa ini, PATC mampu menjual lebih 1,000 botol untuk produk Bio-Aqua sebulan dan dijangka permintaan akan terus meningkat berdasarkan trend kenaikan kos makanan yang semakin meningkat yang semakin menekan pengusaha keli.

Selain itu, PATC turut mengadakan sesi latihan kemahiran bagi mereka yang ingin menjadi pengusaha benih keli teknik aruhan.

Kursus yang terkini akan diadakan pada 1 dan 2 November ini di Institut Integriti Malaysia (IIM), Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Bagi yang berminat mendapatkan produk Bio-Aqua atau mengikuti kursus latihan pembenihan keli aruhan boleh menghubungi terus ke talian 03-6187 3796. >>Utusan Malaysia Online.

Monday, October 27, 2008

Benih Atau Anak Ikan Keli

Di dalam keghairahan kita memelihara ikan keli ini, satu persoalan yang timbul adalah bekalan benih ataupun anak ikan keli. Siapakah yang mengusahakan pengeluaran benih ikan keli ini ?. Penternakkan ikan keli yang diusahakan oleh saudara saya ini pun memerlukan benih ikan keli ini. Walaubagaimana pun harga perlu dipersetujui bersama.

Melihat kepada kekosongan dalam rantaian penternakan ikan keli ini, bagi mereka yang berminat nak jadi usahawan ikan keli ini, lihatlah juga peluang sebagai pengeluar benih ikan keli. Kita masing-masing dalam industri ikan keli ini perlu wujudkan satu pengkhususan untuk setiap usahawan. Ini amat penting supaya rantaian industri penternakan ikan keli tidak punah di telan zaman kerana tiada bekalan anak ikan keli.

Begitu juga disektor lain seperti bekalan makanan, pengangkutan, pemasaran, serta kelengkapan untuk penternakan serta pembenihan anak ikan keli.Jangan kita semua tertumpu kepada satu titik sahaja tanpa melihat keperluan lain dalam industri ini. Jika pasaran ada, kolam ada tetapi benih atau anak keli sukar didapati, macam mana.

Pada pengalaman kami sebagai penternak ikan keli sungai, benih ikan keli perlu kami beli walaupun kita tahu bagaimana nak hasilkan benih ikan keli. Faktor masa serta keperluan kakitangan yang terhad menyebabkan pihak kami tidak mampu untuk mengeluarkan benih atau anak ikan keli dan saya yakin perkara yang sama berlaku kepada penternak ikan keli yang lain.

Oleh itu saranan saya, sebahagian daripada kita perlu menjadi usahawan yang membekalkan benih atau anak ikan keli ini supaya masing-masing kita dapat bekerjasama dan fokus dalam bidang keusahawanan ikan keli ini, biar kita jadi serumpun buluh yang saling menyokong antara satu dengan yang lain.

Sunday, October 26, 2008

Ikan Keli Belada: Permintaan Ikan Keli Amat Tinggi..

Ikan Keli Belada Kota Bharu: Ikan Keli semakin mendapat tempat dikalangan pengemar makanan ikan air tawar. Walaubagaimana pun harga ikan keli yang ingin dijual kepada pasaran pengguna perlulah mengambil kira harga yang dijangkakan mampu dibayar oleh pengemar ikan keli.

Semalam saya dimaklumkan di Kota Bharu, ikan keli juga mendapat permintaan yang cukup tinggi dan bekalan tidak mencukupi untuk pasaran.Namun begitu harga yang sanggup diterima oleh pengguna adalah sekitarRM4.00-RM4.50/sekilo dan jumlah bilangan ikan keli sekilo ini sekadar 3-4 ekor sahaja.

Oleh itu jika anda ingin menternak ikan keli, perlu mengambil kira faktor harga pasaran yang mampu diterima oleh pengguna, pemborong serta penternak ikan keli yang lain. Saya dimaklumkan juga dengan kos makanan ikan keli terutama palet yang semakin meningkat, kajian bahan makanan lain perlu diberi perhatian oleh penternak ikan keli.

Pernternak ikan keli perlu mengkaji kos operasi serta hasil serta untung-rugi penternakan ikan keli ini kerana PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN, jika tidak anda yang ingin menceburi bidang penternakan ikan keli ini boleh mengalami kerugian jika perjalanan kewangan tidak dilakukan dengan cermat serta teliti.
IKAN KELI BELADA @2008

Wednesday, October 22, 2008

Kekurangan Bekalan Ubi Kayu dan Pisang Untuk Dibuat Kerepek Serta Pisang Salai

Saya baru balik daripada Genting Highland atas urusan kerja hari ini dan di Genting ini saya menginap di Hotel Awana atas urusan meeting.Nama lagi meeting maka dapatlah berkumpul dan berjumpa kawan-kawan daripada seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Bila berkumpul ini macam-macam perkara yang dapat dibincangkan serta dapat info-info terkini.

Perkara yang menarik perhatian saya , adalah usahawan IKS kita mengalami kekurangan ubi kayu dan pisang untuk dibuat kerepek pada musim perayaan yang lepas. Dan yang mengejut serta mengembirakan saya adalah, walaupun kita ada kenaikan dalam harga minyak baru-baru ini, jualan produk IKS kita semakin meningkat pada musim perayaan yang lalu. Bahkan ada sesetengah IKS ini dah habis barang, kerepek ubi,kerepek pisang, bauhulu, biskut habis dijual dalam masa seminggu lagi nak raya !. Huh hebat..dan yang paling sedap didengar ..ada usahawan IKS ini mampu buat jualan mencecah RM1.8 juta sebulan dalam bulan perayaan yang lalu !.

Jika kita ambil keuntungan bersih berdasar margin 10%, untung bersih usahawan kerepek ini adalah mencecah RM180,000.00....wow..Jika kita bahagi 12 bulan , maka seolah-olah ia berpendapatan RM15,000.00 sebulan weh...ho..ho..Luar biasa hebat..sapa kata jual kerepek ini tak boleh untung ?

Saya belum lagi berjumpa beberapa usahawan lain..namun jika dilihat perkembangan ini pasti perkara yang sama di alami oleh usahawan IKS yang lain !.

Thursday, October 16, 2008

Makanlah Buah-Buahan Tempatan Lazat Berkhasiat

Buah-buahan tempatan juga tidak kurang hebatnya bahkan sesetengah buah-buahan tempatan ini lazat dan amat berkhasiat. Buah-buahan tempatan juga boleh diperolehi pada harga yang berpatutan. Untuk menggalakan kita memakan buah-buahan tempatan ini kita juga perlu mendidik generasi akan datang untuk memakan buah-buahan tempatan ini dengan mengajar anak-anak kita memakan buah-buahan tempatan ini.

Pada hari ini buah-buahan tempatan juga telah dieksport keluar negara dan sesetengah buah tempatan ini kini menjadi kegemaran masyarakat dinegara barat.


Selain makan buah tempatan dalam bentuk segar, kita boleh juga membuat pelbagai produk daripada buah-buahan tempatan ini seperti rojak, jus, jeli, jam, jeruk, acar buah-buahan, 'punch', kek.



Selain makan buah-buah tempatan juga boleh dibuat hiasan, ukiran hantaran perkahwinan, hiasan digelas minuman dan pelabagai jenis produk. Manggis, Buah Naga antara buah yang memberi nilai kesihatan yang tinggi.

Wednesday, October 15, 2008

Produk Usahawan IKS Makanan Kita Hebat

Produk kita pun setanding dengan produk yang di import bahkan banyak produk IKS kita pun telah di eksport keluar negara, kita semua patut bangga dan perlu sokong produk usahawan kita, halal lagi berkualiti.

Mari pakat beli produk kita,usahawan kita serta pilihan kita.


Macam-macam ada...sebut sahaja...

Sunday, October 12, 2008

Ternak Ikan Keli Bersama i-Cage

Penternakan ikan keli boleh dibuat menggunakan tangki polister dan kini sebuah syarikat tempatan telah mampu menawarkan pakej yang menarik, sebagaimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia Online antaranya;

"Terbaru, sebuah syarikat tempatan turut menawarkan teknologi baru dalam ternakan ikan keli, Rotocraft Technologies (M) Sdn. Bhd. (RTSB) yang menawarkan pakej jenama i-Cage.

Pakej i-Cage itu melibatkan 12 tangki ikan ternakan ikan dengan harga RM25,000 satu pakej.

Selain 12 tangki, pakej tersebut mengandungi sistem paip, sistem penapisan, tempat saluran menuai dan juga sistem pam untuk air masuk dan keluar.

Menurut Pengarah Urusan RTSB, Yusra Sabar, mereka yang berminat mendapatkan pakej tersebut bagaimanapun digalakkan menghadiri bengkel kaedah penternakan yang dikendalikan dengan rakan kongsi niaga syarikatnya, AquaBiz Sdn. Bhd.

"Syarikat ini menawarkan kursus penternakan dan juga aspek lain termasuk bekalan benih ikan keli," katanya.

Yusra berkata, setiap tangki polietilena mampu menampung kira-kira 3,000 ekor anak ikan keli bersaiz piawai tiga inci yang boleh dibeli pada harga antara 13 sen dan 20 sen seekor.

Pihaknya, menawarkan dua jenis tangki iaitu bersaiz diameter tujuh kaki yang digunakan dalam pakej tersebut manakala tangki yang lebih keci berukuran empat kaki kali enam kaki kali dua kaki enam inci ditawarkan untuk penternak bebas yang ingin terlibat dalam Program Bumi Hijau.

Beliau berkata, pakej tersebut jika berjaya, mampu mengeluarkan hasil 800 kilogram setiap tangki seberat 250 gram seekor dalam tempoh tiga bulan.

Penternak juga ditawarkan perladangan kontrak dengan sebuah syarikat lain yang membeli semua hasil yang dikeluarkan oleh penternak terbabit.

Sistem i-Cage yang ditawarkan itu bukan sahaja tahan karat dan tahan lasak tetapi juga mudah alih, memanfaatkan sistem kitaran air tertutup dan senang dikendalikan.

Bagi membolehkan ternakan lebih terjaga daripada segi persekitaran, penternak juga ditawarkan dengan penggunaan mikroorganisma efektif (EM) , anti klorin, anti bakteria dan makanan ikan Mereka yang berminat boleh menghubungi RTSB di talian 03-78452415.

Spesifikasi tangki AlSaiz: Empat kaki kaki x enam x dua kaki enam incilBahan - politilenalKapasiti - 1,700 liter air (500 ekor ikan) Sesuai untuk semua jenis ternakan.Spesifikasi Tangki BlTangki bulat (pakej) -3,000 ekorlUkuran - Tujuh kaki diameter dan tiga kaki tinggilSesuai untuk semua jenis ikanlKegunaan- sesuai untuk ternakan komersiallCiri-ciri - Mudah alih, mudah dipasang dan diselenggara." di petik daripada Utusan Malaysia Online.

Oleh itu jika anda berminat boleh menghubungi syarikat berkenaan, namun begitu saya cadangan anda kaji juga kos pengeluaran serta sasaran pasaran yang ingin anda pasarkan produk ikan keli ini supaya pelaburan yang anda buat mampu memberikan pulangan yang lumayan ataupun berpatutan.

Saturday, October 11, 2008

Keracunan Melamine Dalam Makanan

Hari ini heboh diperkatakan keracunan melamine dalam makanan yang telah mengakibatkan pelbagai penyakit kepada kanak-kanak di negara China bahkan diberitakan telah melibatkan beberapa kematian. Ini semua adalah kerana sifat tamak penggusaha makanan yang inginkan kekayaan segera.

Melamine merupakan sebatian kimia yang digunakan dalam pembuatan plastik dan dari segi struktur molekulnya, ianya didapati mengandungi banyak unsur nitrogen. Kehadiran unsur nitrogen inilah yang menyebabkan pengusaha yang tidak beretika menambahnya didalam susu untuk mengkaburi ujian kandungan protein dalam susu. Ini kerana untuk ujian protein dilakukan, pada awalnya ujian atau jumlah nitrogen yang dikesan dan dengan formula tertentu, diambil kesimpulan, jika kandungan nitrogen tinggi, maka disamaratakan bahawa kandungan protein juga adalah tinggi. Ujian inilah di manipulasikan oleh penggusaha yang tamak menjual produk yang rendah protein pada harga yang tinggi, yang mana kini mengakibatkan sebahagian besar produk-produk yang berasal daripada China dan juga Taiwan telah disekat oleh sebahagian besar negara pengimport.

Ini turut juga merangkumi produk-produk yang melibatkan penggunaan hasilan tenusu yang lain seperti biskut, coklat,gula-gula, kopi segera yang menggunakan kreamer daripada China dan Taiwan. Oleh itu marilah kita berlebih berhati-hati dalam pembelian dan pemakanan kita pada masa ini, kerana kesilapan yang mudah ini, mampu memberikan kesan yang fatal pada kita dan juga anak-anak kita yang baru hendak memulakan penghidupan ini.

Sedikit kerisauan kita adalah adakah melamine juga tercemar dalam makanan peliharan kita terumtama makanan ikan keli ?.

Friday, October 10, 2008

Simpan Maklumat Pelanggan Anda.

Semalam saya ada menerima panggilan talipon daripada syarikat insuran tempat saya membeli insuran untuk kereta saya. Syarikat ini mengingatkan kepada saya bahawa insuran kereta saya akan tamat pada penghujung bulan ini dan syarikat yang sama sentiasa membuat panggilan talipon mengingatkan saya tentang perkara ini.
Pada fikiran anda kat mana saya akan memperbaharui insuran pada tahun ini ?. Ya sudah pasti dengan syarikat yang sama !. Kenapa syarikat ini mampu membuat panggilan talipon ni ?, tidak lain kerana ia ada menyimpan maklumat pelanggannya. Pada masa ini pesaingan pemasaran produk amat sengit dan daripada kajian yang telah dijalankan, mendapati kos untuk mendapat pelanggan yang baru lebih mahal berbandingkan untuk menggekalkan pelanggan yang sediaada.

Oleh itu jika kita terlibat dengan bidang perniagaan, kita perlu menyimpan maklumat pelanggan kita bagi memastikan perniagaan kita mampu berdayasaing serta bertahan kerana kita sememangnya mempunyai pelanggan tetap. Dengan memberikan sedikit extra servis, special discount untuk regular customer dan pelbagai lagi tawaran menarik pasti kita dapat memikat pelanggan yang sedia ada disamping mencari pembeli baru.

Dengan adanya kemudahan teknologi serta data maklumat pellanggan yang kita kumpul, akan dapat membantu kita membuat promosi yang lebih berkesan. Perkara-perkara yang perlu anda simapan berkatian dengan pelanggan anda adalah seperti berikut, walaubagaimana pun lebih banyak maklumat pelanggan anda yang dapat simpan akan lebih banyak membantu pemasaran produk anda. Antara data yang perlu simpan adalah:
  1. Nama Pelanggan
  2. Jantina
  3. Alamat
  4. Tarikh lahir
  5. Nombor talipon
  6. Nombor handphone.
  7. Alamat email
  8. Produk apa yang dia beli.
  9. Tarikh bila dia beli.
  10. Ahli keluarga.
Jika anda ada maklumat pelanggan seperti ini,kita mampu membuat promosi yang berkesan. Contohnya seperti pada hari lahir pelanggan, berikanlah sesuatu hadiah ataupun special diskaun secara peribadi kepada beliau. Bagaimana kita nak buat ? Hantar sahaja SMS ke taliponnya seperti berikut:

(Pentingnya kenapa kita perlu ada no handphone)

"Assalamualaikum Pn. Anisa (pentingnya ada nama, it look more personal and caring'), selamat hari lahir (penting maklumat hari lahir) pada hari ini, saya doakan panjang umur. Sempena hari lahir Pn.Anisa syarikat kami menawarkan diskaun 20% untuk rawatan muka, bagi memastikan wajah sentiasa jelita pada hari lahir pn. Anisa. Tawaran ini sah sehingga hari Isnin 13/10/2008."

Ini antara contoh promosi yang kita dapat lakukan secara personal untuk pelanggan kita. Disamping itu juga kita boleh guna sistem SMS Bulk jika pelanggan kita ramai, surat pos, email dan lain-lain. Promosi ini didapati lebih berkesan kerana ia terus tertuju kepada bakal pelanggan anda.

Data maklumat ini boleh kita simpan dalam komputer bagi memudahkan kita membuat rujukkan.

Thursday, October 9, 2008

Percik Ikan Keli

Percik ikan keli ataupun ikan keli percik merupakan satu masakan popular dinegeri pantai timur terutama di Terengganu dan juga di Kelantan. Saudara saya yang menternak ikan keli di Sg. Terengganu baru-baru ini pun tak dapat membekal secukupnya bekalan ikan keli pada bulan puasa yang lalu, hinggakan dipagi raya pun, masih ada yang datang kerumah di Kampung Beladau Kolam Manir untuk membeli ikan keli segar untuk dibuat percik.

Perniagaan ikan keli percik ini saya yakin amat mengguntungkan kerana seekor ikan keli percik ini dijual pada harga RM5.00 seekor dan ikan keli segar dibeli pada harga tertentu dengan bilangan sekilo antara lebih kurang 4 ekor ikan keli. Secara kasar penggiraanya, sekilo ikan keli, jika dibuat percik (4 ekor) dah dapat jualan RM20.00, tolak duit modal saya rasakan peniaga akan untung bersih RM10.00 sekilo !. Harga percik ikan keli, agak sama di negeri Kelantan dan juga Terengganu iaitu RM5.00 seekor, berbanding percik ayam sebelah atau separuh ayam bernilai RM10.00 hingga RM12.00.

Walaubagaimana pun pemasaran ikan keli percik agak kurang disekitar Kuala Lumpur ataupun ditempat lain. Di Pantai barat ini, ikan keli kebanyak dibakar serta dicicah dengan air asam untuk makan sebagai lauk bersama nasi campur.

Wednesday, October 8, 2008

Produk Makanan Usahawan Melayu

Produk makanan yang dikeluarkan oleh usahawan Melayu tak kurang hebatnya daripada produk-produk yang di import ataupun yang dihasilakan oleh syarikat-syarikat besar yang lain. Usahawan Melayu kini telah mampu menghasilkan pelbagai jenis makanan yang merangkumi makanan minuman, makanan sejukbeku, biskut dan Kek, produk herba, pelbagai jenis sos, perencah masakkan.

Sebahagian daripada usahawan Melayu kini sudah mampu mengekspot produk mereka keluar negara dengan sokongan pelbagai jabatan serta agensi kerajaan seperti MARA, FAMA. Pemasaran produk usahawan keluar negara ini sebahagian tercapai hasil penyertaan usahawan-usahawan melayu ini dalam pelbagai pameran dan ekspo didalam serta luar negara seperti MAHA, MIHAS, Gerak Usahawan dan pelpagai ekspo lagi.

Didalam negara pula produk-produk ini telah pun berupaya memasuki pelbagai pasaraya seperti Mydin, Giant, Tesco, Carefour dan lain-lain luang pasaran lagi. Di samping itu juga FAMA telah pun mewujudkan pelbagai luang pasaran bagi membantu usahawan ini memasarkan produk-produk yang dihasilkan antaranya Pasar Tani, Pasar Tani Kekal, Pasar Tani Mega, Agrobazaar, Pusat Pemasaran Produk (PUSPRO), K-Shoppe, Lazaria.

Marilah kita sama-sama menyokong usaha usahawan ini dengan menjadi pelanggan kepada produk-produk yang halal serta bermutu keluaran usahawan ini.

Tuesday, October 7, 2008

Penawar masaalah kesihatan badan

Satu daripada permasaalahan umat sejagat adalah masaalah kesihatan badan. Setiap yang sihat pasti akan merasai sakit. Apa yang perlu dilakukan oleh mereka yang berpenyakit ini cuba berikhtiar mengubati pelbagai penyakit ini. Setiap penyakit itu pasti ada ubatnya cuma jika setelah dicuba, belum juga sembuh mungkin kerasian penawar itu perlu diperhalusi.

Saya akan cuba berkongsikan disini beberapa penawar yang mudah diperolehi dan boleh digunakan untuk mengatasi masaalah kesihatan kita.

  1. Madu Lebah Asli
Madu sudah memang terkenal mampu merawat pelbagai jenis penyakit, cuma kita perlu pastikan bahawa madu yang dibeli adalah tulen, serta asli bukannya gula yang dimasak dengan sedikit asid.


2. Air Zam-zam

Air zam-zam yang terdapat di Mekah juga merupakan penawar pelbagai penyakit dan yang penting perlu kita amalkan meminumnya setiap hari bagi mengekalkan kesihatan badan.

3. Minyak Kelapa Dara

Minyak kelapa dara juga mampu mengatasi pelbagai masaalah kesihatan, yang penting pastikan minyak kelapa dara itu asli serta tulen dan sentiasa diamalkan memakannya.

4. Trace Mineral

Sebagaimana asal kejadian kita daripada tanah, badan kita perlu mempunyai kandungan mineral yang mencukupi untuk ia berfungsi dengan baik. Ketiadaan bahan-bahan mineral dalam bentuk ionik boleh menganggu kesihatan badan.

Untuk keterangan lanjut sila KLIK>>>MINERAL

Monday, October 6, 2008

Tanam Durian di Petaling Jaya

Baru-baru ini saya ada berkunjung kerumah kakak saya di Petaling Jaya dan beliau telah menetap di PJ ini lebih daripada 10 tahun. Apa yang memeranjatkan saya adalah sebatang pokok durian yang ditanam 10 tahun lalu, dibelakang rumahnya telah pun berbuah !. Durian katanya 'Durian Bangkok' ini terdapat 10 biji yang sedang mekar dan akan masak tidak berapa lama lagi. Siapa sangka pokok yang ditanam secara suka-suka itu telah membuahkan hasilnya. Betullah kata orang tua-tua berbudi pada tanah lambat laun akan dapat hasilnya.

Pertanian merupakan satu perkerjaan yang amat sinonim dengan orang melayu seperti saya ini, namun bidang ini semakin kita tinggalkan dan ini wujudlah banyak tanah-tanah terbiar dikampung -kampung. Hidup dikampung mungkin lebih selesa kerana mudah dan kurang memerlukan belanja seharian, tidak seperti hidup dibandar, bergerak sahaja dah perlu duit. Oleh kesedaran ini saya merasakan kita semua perlu kembali kebidang pertanian ini sama ada secara kecil-kecilan disekitar perumahan terutama yang tinggal dibandar-bandar yang mempunyai halaman. Kita sebenarnya boleh bertanam cili, bendi didalam pasu. Walaupun kecil namun, ia mampu memberikan kepuasan kepada kita, bila pokok yang ditanam mula mengeluarkan hasil dan secara tak langsung dapat menjimatkan sedikit perbelanjaan.

Sebenarnya berkebun secara kecilan ini banyak memberi manafaat seperti memperolehi sayuran segar bebas racun kimia, menyihatkan badan, dapat memesrakan semangat kejiranan jika hasil yang banyak dapat kita agihkan atau sedekahkan kepada jiran tertanggga dan jika terlalu banyak boleh kita jual.

Pada suatu masa dahulu, konsep penanaman hidrophonik telah diperkenalkan dan kini terdapat pula aerophonik, saya rasa kita perlu hidupkan semula konsep ini, selaras dengan dasar kerajaan yang telah memperkenalkan semula konsep Bumi Hijau. Peningkatan risiko serta pencemaran dan keracunan dalam makanan seperti 'melamine' dalam produk tenusu, bahan tambah yang berlebihan, adalah wajar kita cuba sedaya upaya menghasilkan bahan makanan kita sendiri bagi menjamin ksinambungan generasi akan datang yang sihat, cergas serta dijauhi daripada pelabagai penyakit zaman moden seperti kanser, darah tinggi, kencing manis, jantung dan juga buah pinggang. Sebahagian besar penyakit-penyakit ini sebenarnya berpunca daripada makanan yang kurang zat dan mungkin mengandungi pelbagai lebihan racun dan pencemaran yang mana dari masa ke semasa akan menimbun didalam badan, bak kata pepatah ' Sikit-sikit jadi penyakit'. Contoh terkini adalah nasib yang menimpa kanak-kanak di China yang terkena penyakit buah pinggang akibat diberi minum dengan susu yang mengadungi bahan melamine.

Akibat daripada faktor - faktor keselamatan makanan yang semakin berisiko inilah, pengguna dibarat telah mula beralih semula kepada kehidupan serta pertanian semula jadi atau lebih dikenali ' Organik' atau di Indonesia di kenali 'Alami'. Pertanian ini 100% menggunakan sumber semula jadi. Hasil-hasil pertanian organik yang dipasarkan dengan label organik dan mempunyai harga yang agak tinggi namun, demi keselamatan makanan , hasil pertanian organik mempunyai pelanggannya tersendiri dan ianya semakin meningkat. Keadaan ini juga kenapa pada masa ini lebih banyak pengguna mencari ubat-ubatan herba dalam rawatan penyakit kerana dipercayai ubatan herba kurang mempunyai kesan sampingan.


Durian Bangkok ditanam di Petaling Jaya ditanah sekangkang kera belakang rumah. Buah ini nampak menarik aje dan inilah pertama kali pokok ini berbuah.


Yang ini tinggi sikit, aku punya lah kak... ya


Itu dia ada lagi kat dahan tu dua biji

Sunday, October 5, 2008

Pantai Cahaya Bulan atau PCB

Pantai Cahaya Bulan atau dikenali PCB merupakan sebuah persisiran pantai yang terletak 7 kilometer daripada bandar Kota Bharu. Jika anda berada di Kota Bharu anda boleh kepantai ini dengan menaiki teksi ataupun bas.Pantai Cahaya Bulan ini dahulunya dikenali sebagai Pantai Berahi bahkan lebih dikenali sebagai pantai PCB. Perubahan zaman dan suasana, pantai pun dijenamakan semula untuk keselesaan masyarakat setempat serta kehendak pengguna !.

Pada zaman saya disekolah rendah, pada masa itu saya tinggal dikampung Wakaf Mek Zainab kira-kira 7 kilometer daripada pantai ini, saya dan rakan-rakan pernah berbasikal beramai-ramai kepantai ini. Setiba dipantai yang cantik dan indah ini, saya dan rakan-rakan pada masa itu dalam darjah 4 , terus memancing berhampiran kuala sungai berhampiran pantai,namun seekor ikan pun tak dapat, maklum lah mancing budak-budak ini pakai tali, ikat mata kail dan tali dililit dengan tin susu dan sebagai pemberat kita pakai 'spark plug' bubuh umpan cacing, pusing-pusing dan baling ke kuala sungai itu, mana nak dapat ikan .

Pantai ini dahulunya amat landai serta cantik dan terdapat sebuah motel dipantai ini disamping pelbagai gerai yang menyediakan masakan laut serta goreng-gorengan atau 'colek' (Makanan bergoreng seperti popia dicicah sos air lada bercuka).

Sempena balik ke Kelantan baru-baru ini saya ada ke PCB ini dan peredaran masa serta perubahan arus kini menyebabkan pantai ini terlah terhakis. Motel yang dahulunya ada dipantai telah terhakis diomak. Kini terdapat tebatan pada persisiran pantai ini dan untuk ke gigi air yang berhampiran kita perlu melangkaui tebatan ini. Banyak yang telah berubah, pantai yang landai dahulu, amat dekat dengan daratan kerana hakisan.Namun begitu airnya masih besih, jernih serta kebiruan.

Begitulah pada pandangan saya, hakikat hidup ini, jika kita ingin meningkat maju, berjaya serta berdaya saing kita perlu berubah mengikut peredaran masa, tanpa mengadai batasan agama Islam yang suci serta adab dan budaya tempatan. Kita perlu peka dengan perubahan persekitaran dan kehendak pengguna jika tidak kita akan tenggelam ditelan arus ombak yang sentiasa melada bahtera kehidupan.



Pantai Cahaya Bulan atau dikenali Pantai PCB




Tebatan berhampiran pantai untuk mengatasi hakisan ombak pada suatu masa dahulu letaknya sebuah motel PCB.


Pantai masih bersih dan airnya membiru, masih ada ruang untuk berkelah dan bina kemah, Najihah dan Muhammad .


Persekitaran yang menempatkan gerai-gerai makanan.

Saturday, October 4, 2008

Hari Raya Aidil Fitri 2008

Hari raya aidil fitri tahun ini telah disambut pada 1 Oktober 2008. Saya dan keluarga telah balik beraya di Kampung Kubang Palas Luar, Wakaf Baru Kelantan. Hari raya tahun ini disambut dengan meriah sekali di Kelantan dan seperti biasa jalan-jalan di Kota Bharu sesak dengan kenderaan warga Kelantan terutama perantau seperti saya dan isteri. Saya sekeluarga telah bertolak balik daripada Taman Subang Perdana Shah Alam pada hari sabtu 27/9/08 jam 11.30 malam, maklumlah cuti sekolah awal dan saya pun dapat cuti agak panjang sedikit. Ingatkan bertolak awal malam hari ini, orang dak de lah balik, namun disepanjang perjalanan penuh dengan kenderaan serta motosikal. Walaubagaimana pun cuaca yang tidak hujan dan berjalan dimalam hari yang sejuk melancarkan perjalanan kami sekeluarga.

Saya turut berhenti di Stesen Petronas di lebuh raya pantai timur, orang agak ramai mengisi minyak dan seperti biasa kalau nak ketandas tu kena beratur panjanglah. Kami tiba di R & R Gua Musang jam 4 pagi dan tempat ini pun sudah berubah, dah ada stesen minyak Shell kat sini. Oleh itu nak isi minyak pun dah mudah di Gua Musang ini. Setelah bersahur dan solat subuh kami bertolak ke rumah dan tiba jam 9.00 pagi.

Dan seperti biasa, aktiviti awal berposa di Kota Baru, petangnya mencari lauk berbuka, saya dan isteri bertolak ke Paloh, Kota Bharu untuk cari ayam percik kegemaran isteri. Kat sini...penuh lah orang beli dengan ramai daripada anak perantau. Harga ayam percik tersohor ini pun boleh tahan juga, RM12.00 sebelah atau ' satu perange'. Makanan lain seperti akok (my favourit), bunga tanjung, jala mas dan lain-lain banyak dah "ada harga", tapi jika banding di KL ni atau USA (Uptown Shah Alam,he..he..) mahal lagi lagi la, so kita belilah..duit tok sah kira..la..laju macam air keluarnya, namun jika lewat habislah...telan air liur.

Becakap tentang negeri Kelantan, zakat fitrah negeri ini tahun 2008 ada RM7.20 itu yang diberitahu oleh abang saya yang masih tinggal di Kelantan, di Selangor hanya RM5.30 sahaja !, mungkin orang Kelantan makan beras molek, sebab itu berbeza dengan Selangor. Walaupun barang di Kelantan nampak mahal, ia masih jauh lebih murah daripada KL. Isteri saya sempat beli sebatang kaki lembu pada harga RM30 sahaja dan kami buat sup gearbox, 3 hari makan tak habis, ni semua favourite my wife la. Anak-anak pun suka dan saya juga sempat beli daging elok pada harga RM16.00 sekilo di Tesco Kota Bharu,walaupun harga diluar adalah RM20.00.

Bila tiba nak raya ni, banyak sangat orang yang akan menjual daging lembu ini dengan harga yang berpatutan dan sebab ini orang Kelantan yang bekerja disini boleh simpan duit, dan beli barang kemas berutas-utas ditangan.

Saya bertolak balik ke Shah Alam pada 3 Oktober malam jam 9.00malam dan ditiba di Shah Alam ini jam 6 pagi.

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu sumbangan daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH NIK WAN
Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terimakasih kepada mereka yang telah memberi dan dengan sumbangan sedemikian dapatlah saya menjalankan pelbagai kajian berkaitan penternakan serta pemasaran ikan keli dan akuakultur untuk saya kongsikan disini.