Sunday, October 5, 2008

Pantai Cahaya Bulan atau PCB

Pantai Cahaya Bulan atau dikenali PCB merupakan sebuah persisiran pantai yang terletak 7 kilometer daripada bandar Kota Bharu. Jika anda berada di Kota Bharu anda boleh kepantai ini dengan menaiki teksi ataupun bas.Pantai Cahaya Bulan ini dahulunya dikenali sebagai Pantai Berahi bahkan lebih dikenali sebagai pantai PCB. Perubahan zaman dan suasana, pantai pun dijenamakan semula untuk keselesaan masyarakat setempat serta kehendak pengguna !.

Pada zaman saya disekolah rendah, pada masa itu saya tinggal dikampung Wakaf Mek Zainab kira-kira 7 kilometer daripada pantai ini, saya dan rakan-rakan pernah berbasikal beramai-ramai kepantai ini. Setiba dipantai yang cantik dan indah ini, saya dan rakan-rakan pada masa itu dalam darjah 4 , terus memancing berhampiran kuala sungai berhampiran pantai,namun seekor ikan pun tak dapat, maklum lah mancing budak-budak ini pakai tali, ikat mata kail dan tali dililit dengan tin susu dan sebagai pemberat kita pakai 'spark plug' bubuh umpan cacing, pusing-pusing dan baling ke kuala sungai itu, mana nak dapat ikan .

Pantai ini dahulunya amat landai serta cantik dan terdapat sebuah motel dipantai ini disamping pelbagai gerai yang menyediakan masakan laut serta goreng-gorengan atau 'colek' (Makanan bergoreng seperti popia dicicah sos air lada bercuka).

Sempena balik ke Kelantan baru-baru ini saya ada ke PCB ini dan peredaran masa serta perubahan arus kini menyebabkan pantai ini terlah terhakis. Motel yang dahulunya ada dipantai telah terhakis diomak. Kini terdapat tebatan pada persisiran pantai ini dan untuk ke gigi air yang berhampiran kita perlu melangkaui tebatan ini. Banyak yang telah berubah, pantai yang landai dahulu, amat dekat dengan daratan kerana hakisan.Namun begitu airnya masih besih, jernih serta kebiruan.

Begitulah pada pandangan saya, hakikat hidup ini, jika kita ingin meningkat maju, berjaya serta berdaya saing kita perlu berubah mengikut peredaran masa, tanpa mengadai batasan agama Islam yang suci serta adab dan budaya tempatan. Kita perlu peka dengan perubahan persekitaran dan kehendak pengguna jika tidak kita akan tenggelam ditelan arus ombak yang sentiasa melada bahtera kehidupan.



Pantai Cahaya Bulan atau dikenali Pantai PCB




Tebatan berhampiran pantai untuk mengatasi hakisan ombak pada suatu masa dahulu letaknya sebuah motel PCB.


Pantai masih bersih dan airnya membiru, masih ada ruang untuk berkelah dan bina kemah, Najihah dan Muhammad .


Persekitaran yang menempatkan gerai-gerai makanan.

No comments:

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu sumbangan daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH NIK WAN
Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terimakasih kepada mereka yang telah memberi dan dengan sumbangan sedemikian dapatlah saya menjalankan pelbagai kajian berkaitan penternakan serta pemasaran ikan keli dan akuakultur untuk saya kongsikan disini.