Pertanian merupakan satu perkerjaan yang amat sinonim dengan orang melayu seperti saya ini, namun bidang ini semakin kita tinggalkan dan ini wujudlah banyak tanah-tanah terbiar dikampung -kampung. Hidup dikampung mungkin lebih selesa kerana mudah dan kurang memerlukan belanja seharian, tidak seperti hidup dibandar, bergerak sahaja dah perlu duit. Oleh kesedaran ini saya merasakan kita semua perlu kembali kebidang pertanian ini sama ada secara kecil-kecilan disekitar perumahan terutama yang tinggal dibandar-bandar yang mempunyai halaman. Kita sebenarnya boleh bertanam cili, bendi didalam pasu. Walaupun kecil namun, ia mampu memberikan kepuasan kepada kita, bila pokok yang ditanam mula mengeluarkan hasil dan secara tak langsung dapat menjimatkan sedikit perbelanjaan.
Sebenarnya berkebun secara kecilan ini banyak memberi manafaat seperti memperolehi sayuran segar bebas racun kimia, menyihatkan badan, dapat memesrakan semangat kejiranan jika hasil yang banyak dapat kita agihkan atau sedekahkan kepada jiran tertanggga dan jika terlalu banyak boleh kita jual.
Pada suatu masa dahulu, konsep penanaman hidrophonik telah diperkenalkan dan kini terdapat pula aerophonik, saya rasa kita perlu hidupkan semula konsep ini, selaras dengan dasar kerajaan yang telah memperkenalkan semula konsep Bumi Hijau. Peningkatan risiko serta pencemaran dan keracunan dalam makanan seperti 'melamine' dalam produk tenusu, bahan tambah yang berlebihan, adalah wajar kita cuba sedaya upaya menghasilkan bahan makanan kita sendiri bagi menjamin ksinambungan generasi akan datang yang sihat, cergas serta dijauhi daripada pelabagai penyakit zaman moden seperti kanser, darah tinggi, kencing manis, jantung dan juga buah pinggang. Sebahagian besar penyakit-penyakit ini sebenarnya berpunca daripada makanan yang kurang zat dan mungkin mengandungi pelbagai lebihan racun dan pencemaran yang mana dari masa ke semasa akan menimbun didalam badan, bak kata pepatah ' Sikit-sikit jadi penyakit'. Contoh terkini adalah nasib yang menimpa kanak-kanak di China yang terkena penyakit buah pinggang akibat diberi minum dengan susu yang mengadungi bahan melamine.
Akibat daripada faktor - faktor keselamatan makanan yang semakin berisiko inilah, pengguna dibarat telah mula beralih semula kepada kehidupan serta pertanian semula jadi atau lebih dikenali ' Organik' atau di Indonesia di kenali 'Alami'. Pertanian ini 100% menggunakan sumber semula jadi. Hasil-hasil pertanian organik yang dipasarkan dengan label organik dan mempunyai harga yang agak tinggi namun, demi keselamatan makanan , hasil pertanian organik mempunyai pelanggannya tersendiri dan ianya semakin meningkat. Keadaan ini juga kenapa pada masa ini lebih banyak pengguna mencari ubat-ubatan herba dalam rawatan penyakit kerana dipercayai ubatan herba kurang mempunyai kesan sampingan.
Durian Bangkok ditanam di Petaling Jaya ditanah sekangkang kera belakang rumah. Buah ini nampak menarik aje dan inilah pertama kali pokok ini berbuah.
Itu dia ada lagi kat dahan tu dua biji
No comments:
Post a Comment