Sistem penternakan keli kanvas ini paling minima merangkumi dua buah kolam kanvas siap dipasang dan juga sistem saliran dan tangki air. Kos untuk mendapatkan sistem ini untuk set 2 kolam kanvas dianggarkan bernilai RM2,500.00 . Kedua-dua kolam ini dapat menampung lebih kurang 700-1000 ekor ikan keli yang dibeli berasingan daripada peringkat anak keli lagi.
Ikan keli dalam kanvas ini diberi makanan pellet sahaja manakala hasilnya dijual pada harga Rm6.00 sekilo.
Tangki simpanan air turut dibina dan dibekalkan dalam pakej ini.
Jika anda berminat hubungi jabatan perikanan yang berdekatan.
1 comment:
Salam, saya ingin mencari pembekal peralatan untuk menternak keli dalam kanvas di sekitar terengganu. Harap pihak tuan dapat atau sesiapa yang membaca dapat membantu. - affathy@yahoo.com
Post a Comment