Kami sekeluarga bermalam di Kampung Beladau Kolam dan pada petangnya menikmati ikan keli bakar yang diternak oleh saudara saya Azlan. Saya mendapati ikan keli sungai mendapat pasaran yang baik di Terengganu hinggakan bekalan tidak mencukupi untuk memenuhi pasaran !. Anak-anak saya cukup suka makan ikang keli bakar yang telah diperap dalam rempah. Sementara di Kuala Terengganu, saya juga sempat pergi ke Masjid Kristal di Terengganu. Cerita boleh dibaca di blog PERNIAGAAN ONLINE.
Pada keesukkan harinya pada sebelah petang, kami bertolak ke Kelantan dengan menyusuri jalan pesisiran pantai. Jalan ini kurang sibuk dan dapat kita lihat pantai sambil menikmati angin laut. Sepanjang jalan ini juga saya dapati ada kedai menjual keropok lekor dan juga hasilan lain seperti kerepok terutama bila kita dah sampai di Besut.
Menyusuri jalan ini kita akan terus ke Kota Bharu, melalui Tok Bali, Pasir Puteh. Saya juga sempat singgah dipengkalan pendaratan ikan Tok Bali yang tersohor itu. Kami tiba disini waktu dah petang. Walaubagaimanapun masih ada ikan dan sotong dijual disini. Saya dimaklumkan pasar ikan ini dibuka hingga pukul 9 malam.
Saya dapati ikan dan sotong dijual dengan harga berpatutan tapi jika dibanding dengan KL jauh lebih murah dan segar kerana ia merupakan ikan dan sotong yang baru dinaikan daripada laut. Jika anda lalui jalan ini dari Terengganu, tempatnya adalah sebelah kiri jalan sebelum menaiki jambatan yang tinggi.
TERMINAL PENDARATAN IKAN TOK BALI PASIR PUTEH KELANTAN
Bot-bot nelayan sedang berlabuh dan mendarat ikan serta hasilan laut yang segar.
Kawasan sekitar lihat video ini...
(maaf ye kamera cap ayam aje..tak berapa terang sebab dah magrib)
No comments:
Post a Comment