Sunday, June 15, 2008

Produk-produk Ikan Keli

Semasa di PUSPA TANI Jeli dilancarkan, terdapat juga usahawan keli yang diberi peluang untuk memasarkan serta mempamirkan produk-produk keluaran mereka. Saya amat tertarik dengan beberapa produk inovasi yang dihasilkan daripada ikan keli yang diternak didalam kanvas.

Antara produk yang dihasilkan adalah serunding ikan keli, keropok lekor ikan keli, Sardin ikan keli, keropok keping ikan keli yang bagi saya rasanya amat lazat. Inilah diantara keistemewaan ikan keli yang dipelihara dalam kanvas, isinya lebih pejal dan tidak mudah hancur kerana diberi makan makanan khas yang sesuai dengan keperluan keli kanvas ini.

Pemberian makanan khas ini penting untuk memastikan air didalam kanvas tidak mudah kotor atau busuk dan memudahkan penyucian serta penukaran air kelak.

No comments:

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu sumbangan daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH NIK WAN
Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terimakasih kepada mereka yang telah memberi dan dengan sumbangan sedemikian dapatlah saya menjalankan pelbagai kajian berkaitan penternakan serta pemasaran ikan keli dan akuakultur untuk saya kongsikan disini.