Monday, December 31, 2007

Hari terakhir 2007

Hari ini merupakan hari terakhir kita berada ditahun 2007. Esok tahun baru 2008 akan menjelma tiba. Bila kita tiba dipenghujung tahun, saya selalu mengintai masa yang telah berlalu. Tahun 2007 ini apa yan telah kita capai ?. Ini satu soalan yang bermain dikepala saya dan juga mungkin juga anda. Jika kita tidak mencapai 100% perancangan tahun 2007, sekurang-kurangnya kita sepatutnya mencapai sesuatu. Jika tidak kemana masa dan hari 365 tahun 2007 kita telah habiskan ?.

Jika kita tidak mencapai ataupun memperolehi sesuatu, tidakkah bermakna hidup kita telah sia-sia atau kita telah membuang masa 365 hari begitu sahaja !. Masa yang berlalu tinggal kenangan sahaja. Apa yang penting sekarang kita perlu merancangkan dengan lebih teliti aktiviti ataupun program yang hendak kita jalankan pada tahun 2008. Jika tiada perancangan 2008, kita akan sama sahaja dari tahun ini.

Tahun 2007 ini tahun mencabar bagi penternak keli sungai terutama di Pahang yang terlibat dengan banjir. Saya dengar banyak yang hanyut dek air banjir. Ini semua cubaan Allah jua. Kita hendaklah bersabar dan kita semua perlu kaji semula kaedah untuk mengatasi masaalah ini supaya keadaan yang sama tidak berulang pada tahun 2008 ini.

SELAMAT TAHUN BARU 2008.

Sunday, December 2, 2007

Berani Mengambil Risiko Yang Sederhana

Hari ini saya membaca sebuah buku yang mengandungi sebuah rangkap pantun Melayu yang berbunyi
Daun sirih bersapu kapur
Di dalam tepak dihidang ke lutut,
Kalau menunggu gelombang tidur,
Sampai kiamat takkan ke laut !

Saya amat tertarik bila melihat seni bahasa orang melayu dahulu ini yang mana merupakan satu motivasi yang cukup indah ternyata orang Melayu dahulu telah membakar semangat anak melayu untuk maju. Ia tanpa sanggup menempuh badai dan gelombang cabaran kita tidak akan kemana !. Hanya setakat tu lah pencapaian kita dari tahun ketahun !. Persoalan ini sentiasa muncul dalam diri saya sendiri, terutama bila dah sampai kehujung tahun ini . Persoalan seperti apa pencapain kita tahun 2007 ini ? Ade perubahan pendapatan ?. Apa perancangan tahun 2008 ?. Jika kita tidak merancang untuk berjaya dan meninggkatkan keupayaan dan kewangan diri dan keluarga kita semua berasa dalam suasana yang cuma merugikan. Usia kita semakin tua, tenaga pun semakin berkurangan dan penyakit mula mendatang. Jika kita tidak berbuat sesuatu untuk berubah kearah kebaikan, kemana kita ? . Adakah kita hanya menjadi penonton sahaja melihat saban tahun ramai yang menjadi JUTAWAN ?.
Sanggupkah kita ataupun kita membiarkan anak cucu kita merempat dibumi sendiri pada suatu masa nanti ? , kerana kekayaan dan hasilan bumi telah diambil orang, kerana kita tidak merebut peluang yang ada pada hari ini. Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan kita semua, marilah kita mula berniaga kerana 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan.
PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN.

Sunday, November 25, 2007

Ikan Keli Di Kelantan

Ternakan ikan keli telah mula mendapat perhatian kepada penternak ikan di negeri Kelantan.Jika dahulu ikan keli hanya dapat diperolehi pada musim tengkujuh sahaja iaitu pada bulan November dan Disember, yang mana ikan keli ini dikenali ikan keli sawah. Kini terdapat banyak projek penternakan ikan keli telah dilaksanakan dinegeri Cik Siti Wan Kembang ini. Satu daripada projek ternakan ikan air tawar yang berpotensi dan berdaya maju adalah Projek Berkelompok Desa Taqwa, yang terletak di Kg Gaung, Dewan Beta Hilir, Kota Bharu.

Selain daripada ikan keli, ikan patin, tilapia juga diternak disini, walaubagaimanapun 70% hasil ternakan disini adalah ikan keli yang diternak dikawasan seluas 2 hektar, ia telah menempatkan 16 buah kolam dan 10 buah sangkar.

Hasil ikan keli dijual dipasaran tempatan dan pada setiap minggu FAMA Kelantan akan membeli ikan keli ini lebih kurang 500kg dan dipasarkan kepada pemborong tempatan an juga daripada luar Kelantan.

Friday, November 23, 2007

Butik Bakeri

Semalam saya ada melawat sebuat kedai menjual kek dan roti milik bumiputra. Kedai ini menawarkan pelbagai jenis kek dan juga roti serta juga biskut. Sambutan kekedai yang baru dibuka ini amat membrangsangkan. Selain menjual produk dikedai, uahawan ini juga membekal produk roti kekilang-kilang dan juga kekantin sekolah.

Disamping menjual kek dan roti, usahawan ini juga menjual makanan halal sejukbeku dan juga minuman. Kedai Kek dan Roti terletak di Bandar Puncak Alam, Selangor. Nama kedainya Hannah Bakery Cafe di no 31, Lorong Naluri SukmaB8/B, Bandar Puncak Alam, 42300 Selangor. Untuk tempahan kek anda boleh hubungi 012-2770304.

Kedai kek ataupun bakeri merupakan satu daripada industri yang sedang berkembang pesat. Walaupun begitu kedai bakeri perlu berkonsepkan sebagai butik untuk maju dan berdayasaing. Maknanya kedai bakeri ini perlu menyediakan pelbagai keperluan pengguna untuk menikmati hidangan ataupun meraikan sesuatu event. Kedai Bakeri perlu memberikan perkhidmatan bukan sekadar jual kek sahaja, ia seharusnya merangkumi penerimaan tempahan, hantaran dan bahan samping untuk meraikan sesuatu seperti lilin, belon, untuk meraikan hari jadi. Lihat sahaja bakeri yang telah berjaya seperti Secret Recipie, Baker's Cottage dan King's Confectionary. Hasilan bakeri mendapat sambutan yang baik dikalangan pengguna dan pada tahun 2005 sahaja pengguna dinegara kita telah membeli 234 tan hasil bakeri dan ia meningkat lebih besar jika dibanding pada tahun 2004 iaitu 229 tan. Iaitu pertambahan sebanyak 5 tan !.

Jika anda berminat untuk menceburi bidang ini pelajarilah teknik membuat kek dan roti yang baik. Kek akan memberikan keuntungan yang baik berbanding dengan roti. Kek yang popular adalah kek pisang. Kita perlu kretif dalam bidang ini seperti buat kek nenas, nangka, buah naga dan lain - lain supaya kita dapat berdayasaing dipasaran terbuka pada hari ini.


Minuman yang dijual.


Pelbagai jenis roti.


Pelbagai jenis kek

Tuesday, November 20, 2007

Ikan Sangkar di Lanchang, Pahang

Ikan Sangkar seperti patin dan juga talapia ada juga dipelihara di Lanchang Pahang. Pada hari ini saya ada pergi ke Lanchang Pahang. Dalam perjalanan ke Lanchang ini, saya ada lihat iklan ikan talapia dan juga patin diternak di sekitar Lanchang.

Cara penternak ikan ini mengiklankan industri ikan yang dia terlibat harus dipuji. Tanpa iklan seperti ini, saya sendiri mungkin tidak tahu ade penternak ikan sangkar disini. Walaubagaimana pun saya tak sempat nak ambil gambar kerana hari telah hujan. Mungkin pada lain kali saya akan singgah dan ambil gambar.

Saya ke Lanchang untuk memberi ceramah berkenaan pembungkusan makanan kepada kakitangan PERHILITAN di Bukit Rengit. Disini juga saya berkesempatan singgah ditempat pemuliharaan gajah di Kuala Gandah. Gajah diperlihara sebelum dilepaskan semula kehutan yang tiada ancaman kepada manusia.

Semasa di Perhilitan ini saya sempat berbual dengan beberapa pegawainya dan amat terkejut juga mendengar cerita kerana ade setengah orang kita yang tamak sanggup tangkap biawak dan diekspot keluar negara ! bukan sikit 2 kontena, tapi nasib baik sempat ditahan dan biawak ini dilepas semula ke hutan !. Haiwan seperti Harimau, Tenggiling, Ular sawa merupakan haiwan kawalan. Jangan terkejut ade juga usahawan yang buat duit jual kalajengking untuk ekspot, tapi ini semua perlu ada lesen dan kebenaran.

Gajah Di Kuala Gandah


Sunday, November 18, 2007

Penggredan Ikan Bilis

Ikan bilis yang terhasil digredkan mengikut saiz dengan menggunakan mesin pengred ikan bilis. Melihat kepada mesin ini, saya tertanya-tanya samaada mesin ini boleh kita ubahsuai untuk gred ikan keli yang dipelihara. Samaada ikan keli yang telah besar atau pun anak - anak keli sebelum kita pindahkan ke sangkar didalam sungai. Kelebihan pengredan ikan adalah kita akan mendapat menjual ikan mengikut gred dan seterusnya mendapat pulangan yang setimpal dengan harga yang ditawarkan. Bagi pelanggan pula, kita akan dapat gunakan ikan yang dibeli sesuai untuk masakan yang ini kita buat ataupun jual.




Mesin gred ikan bilis

Saturday, November 17, 2007

Ikan Bilis Langkawi

Saya telah berpeluang melawat kilang ikan bilis milik bumiputra di Pulau Langkawi pada Julai yang lalu. Kilang ini merupakan sebuah kilang memproses ikan bilis dibawah bimbingan Jabatan Perikanan. Ikan bilis ditangkap diperairan sekitar Langkawi dan juga laut yang lain direbus dan kemudianya dikeringkan dikilang ini. 
Proses perebusan ikan dijalankan dikapal dan ikan bilis yang telah dimasak ini dikeringkan dikilang




Kilang Ikan Bilis


Kilang bilis



Ikan bilis siap kering digred dan sedia untuk pasaran tempatan.Sedap ini buat sambal bilis campur petai makan dengan nasi lemak. Bilisnya baik puteh bersih. Berminat tanya Jabatan Perikanan berdekatan berkaitan bilis di Langkawi ini. Saya dah lupa alamat detail.



Untuk pasaran luar Langkawi, Ikan bilis dimasukkan dalam kotak. Pasaran di Pulau Pinang KL.



Ini hot air oven atau oven aliran udara panas

Friday, November 16, 2007

Ikan Hiasan Bendang Man

Saya tiba dikampung Bendang Man , Daerah Sik pada waktu tengahari.Hari hujan. Disini dijalankan pemeliharaan ikan hiasan oleh Jabatan Perikanan. Ikan hiasan juga boleh memberikan pulangan yang lumayan dalam pemasaran ikan ini. Oleh itu kita sebagai penternak ikan perlu lihat peluang ini. Ikan hiasan juga ada pelbagai jenis ada juga dijual dipasar tani.

Di Malaysia, terdapat persatuan pemelihara ikan hiasan ini. Setiap tahun ade sahaja pertandingan ikan hiasan diadakan. Ikan hiasan mempunyai harga yang berlainan ikut jenis ada yang sampai ratusan ribu ringgit !.



Video ini bising dan kurang terang kerana hari hujan serta masaalah teknikal bila upload ke YouTube. Jika anda mahu vidio jelas email to me.

Thursday, November 15, 2007

Ikan Hiasan Kampung Bendang Man, SIK KEDAH

Ikan hiasan merupakan satu lagi industri penternakan ikan yang mempunyai potensi besar untuk diterokai oleh kita, selain daripada penternakan ikan keli, talapia, patin dan lain-lain ikan. Pada 2 hari yang lepas, saya berpeluang mengadakan lawatan kepusat pemeliharaan ikan hiasan di Kampung Bendang Man, Sik, Kedah.

Daerah Sik merupakan satu daripada daerah di negeri Kedah yang terletak lebih kurang sejam perjalanan jika kita memandu daripada Alor Star. Daerah Sik merupakan satu daerah yang sedang pesat membangun. Sebuah lebuh raya sedang dibina untuk menhubungkan daerah Sik dengan daerah - daerah yang lain. Adalah dijangkakan lebuhraya Jeniang - Sik ini akan menjadi jalan utama yang akan menghubungkan Kedah dengan negeri Kelantan pada suatu masa kelak.

Dengan kata lain orang Kedah dan Kelantan akan melalui atau singgah kepekan SIK sebelum meneruskan perjalanan mereka ke Kota Bharu ataupun Alor Star ataupun ke Pulau Pinang pada suatu masa kelak.

Lebih kurang 7 km daripada Pekan Sik, terletak sebuah pusat penternakan Ikan Hiasan. Di sini ikan-ikan hiasan diternak untuk dijual kepada pasaran. Jika anda berpeluang ke SIK anda boleh menginap di SIK Inn. Kolam ikan hiasan di bina cetek anggaran kedalaman 3 kaki.
Saya sertakan gambar -gambar ikan kolam ikan hiasan ini. FAMA ada menerbitkan buku panduan berkenaan potensi pasaran ikan hiasan ini.










Saturday, November 3, 2007

Kursus Pemeliharaan Ikan Keli

Untuk membolehkan pemeliharaan ikan keli saya lebih menguntungkan, saya juga pernah menyertai pelbagai kursus pemeliharaan ikan keli dan juga ikan air tawar yang lain, dibeberapa tempat dinegara kita ini. Pada masa kursus ini, kita diajar bagaimana membuat kolam, membuat benih dan cara-cara terbaik untuk memelihara ikan air tawar ini.

Kursus pembenihan ikan keli, saya diajar cara-cara hendak menghasilkan anak -anak ikan keli. Kursus ini amat menarik dan menyeronokan kerana saya dapat belajar perkara -perkara baru disamping bertemu dengan kawan - kawan pemelihara ikan yang lain.


Kolam ikan air tawar


Ikan ditimbang



Thursday, November 1, 2007

Pelanggan Anda Sahabat Anda

Bila kita terlibat dengan perniagaanpertanian, kita akan mencari pelanggan yang sanggup membeli hasil - hasil pertanian kita. Walaubagaimana pun hasil pertanian tidak sama dengan produk pengilangan yang lain. Sebahagian besar produk pengilangan yang tidak terlibat dengan makanan, ia tidak mengalami kerosakan yang cepat. Ini menjadikan produk ini mampu berada dipasaran dengan lebih lama.

Hasilan pertanian merupakan 'benda hidup' ia akan mengalami kerosakan dalam masa yang singkat. Oleh itu bila kita terlibat dalam perniagaan pertanian kita perlu jadikan pelanggan kita sebagai sahabat kita. Ini penting supaya melalui persahabatan ini, ia berupaya mewujudkan satu kemesraan dan seterusnya ia akan menjadi pelanggan tetap kita. Seterusnya hasil pertanian kita dapat dipasarkan dengan cepat pada harga yang berpatutan.

Saya masih lagi teringat semasa saya masih kecil, emak saya sentiasa membeli ayam hanya pada satu tempat peniaga ayam sahaja dipasar Kota Bharu. Bila emak ingin mengadakan kenduri dan memerlukan bilangan ayam yang banyak, beliau hanya talipon peniaga ayam berkenan dan sudah pasti peniaga ayam itu akan menyediakan bilangan ayam yang diperlukan pada sedikit harga murah. Saya yang akan pergi mengambil ayam tersebut dipasar dan membawa balik kerumah untuk dimasak oleh ibu. Dengan persahabat ini peniaga akan dapat memasarkan ayam dengan mudah dan saya pula dapat harga yang berpatutan.

Dengan menjadikan pelanggan kita sebagai sahabat dan kenalan, kita mendapat dan mengenalpasti pelanggan tetap kita. Pelanggan tetap dan kesetiaan serta kepercayaan pelanggan kita amat penting dalam dunia perniagaan pertanian kerana kos untuk mencari pelanggan baru sebenar lebih tinggi jika dibandingkan untuk mengekalkan pelanggan sediada. Jadi dalam perniagaan pertanian ini, kita janganlah kedekut, sekali - sekala berikanlah sedikit diskaun atau lebihan dalam penjual hasil pertanian kita. Ingatlah lebihan ataupun harga diskaun ini sebagai kos promosi untuk mengekalkan pelanggan tetap kita.

Pelanggan tetap sahabat kita ini kadang - kadang boleh menjadi agen promosi secara tak langsung kepada kita, kerana dengan kepercayaan kepada kita, kadang - kadang pelanggan ini akan cadangan produk pertanian kita pada rakan-rakan yang dikenalinya. Secara tak langsung akan dapat menarik pelanggan - pelanggan baru kepada produk kita.

Oleh itu berikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kita dan jadikan pelanggan kita sebagai sahabat kita yang berkekalan.

Wednesday, October 31, 2007

Perniagaan pertanian perlu buat R&D

R & D ataupun dalam bahasa Malaysia bermaksud kajian dan pembangunan, perlu dilaksanakan oleh individu yang terlibat dalam perniagaan pertanian. Ini amat penting untuk memastikan perniagaan pertanian kita mampu berdayasaing dipasaran pada hari ini. Dengan kata lain kita semua perlu peka kepada arus perubahan yang sentiasa berlaku dengan pantas pada masa ini.

Tanpa melaksanakan R&D, besar kemungkinan perniagaan tani kita akan lenyap ditelah gelombang persaingan yang semakin sengit dalam dunia perniagaan. Kewujudan gelombang globalisasi membolehkan hasil - hasil pertanian daripada luar negara dipasarkan kenegara kita tanpa ada sekatan. Pada suatu masa nanti, isu permit, kuota import dan lain - lain sekatan perdagangan tidak akan wujud lagi. Dengan kata lain, barang pertanian dari luar boleh dipasarkan dalam negara kita dengan harga yang mungkin lebih murah dan ini menjadi pesaing dalam perniagaan pertanian kita.

Oleh itu kita semua perlu menjalankan R&D dalam bidang pertanian yang kita ceburi. Kita perlu cari jalan supaya hasil pertanian kita dapat dikeluarkan pada kos yang lebih murah, cekap dan berkesan bagi membolehkan kita bersaing dipasaran.

Kajian R&D ini juga perlu menghasilakan produk - produk baru yang memberikan nilai tambah yang tinggi pada hasil keluaran kita. Sebagai contoh, sudah ada pengusaha ikan keli yang ingin mengeluarkan SARDIN IKAN KELI. Ini satu inovasi yang baik yang mana jika harga keli dipasaran turun ataupun hasilan kita berlebihan kita boleh proses buat SARDIN IKAN KELI dan dijual kepada pasaran.

Kita sudah ada juga penternak keli yang mengeluarkan produk seperti IKAN KELI SALAI, PEKASAM IKAN KELI yang dikatakan mendapat sambutan yang baik dipasaran dengan harga yang baik. Satu produk yang sedang saya cuba ialah IKAN KELI SEJUKBEKU. Saya akan cuba frozen ikan keli dan setelah beberapa bulan kita akan lihat hasinya.

Menjalankan R&D ini kadang - kadang tidak perlu kemahiran yang tinggi, yang penting KITA CUBA, TRY DAN TEST sendiri dan lihat hasilnya.Sebagai contoh jika kita nak buat keli frozen, kita ambil katakan 24 ekor ikan keli, kita bersikan dan kita bungkuskan dalam plasitik setiap dua ekor dan pada setiap plastik kita tulis tarikh kita bungkus dan kemudian kita simpan dalam peti ais bahagian frozen (tempat buat air batu atau ais).

Pada setiap sebulan kita buka satu bungkus, kita cairkan aisnya dan kita masaklah keli kita ikut kegemaran dan rasalah masakan kita itu, samada sedap atau sama atau tidak jika kita guna keli segar. Jika ok, teruskan simpan keli frozen itu untuk (baki 11 bungkus) masa hadapan. Pada bulan berikutnya buka lagi satu plastik dan ulang masakan untuk bulan seterusnya sehingga kita rasakan masakan tidak sedap ataupun kualiti ikan keli frozen kita dah tak sedap digulai. Tarikh ini tidak sedap ini di catitkan.

Akhirnya kita boleh buat kesimpulan begini " Ikan keli frozen ini dia akan tahan selama 11 bulan dalam petiais, kerana pada bulan ke 12 ia sudah tidak sedap lagi untuk masak". Oleh itu jika ada kajian R&D seperti ini, jika ikan keli turun harga dipasaran, kita boleh buat ikan keli frozen untuk kita pasarkan pada masa harga yang baik.

Jumpa lagi...............

Monday, October 29, 2007

Strategi Pemasaran Hasil Pertanian

Pertanian adalah perniagaan, inilah slogan Kementerian Pertanian kita. Semua yang terlibat dalam bidang pertanian ini perlu merubah minda kita dan melihat dan menguruskan bidang pertanian yang kita laksanakan seumpama sebuah syarikat dan satu perniagaan.

Kenapa pertanian perlu diurus seperti perniagaan ?. Pada pandangan saya, kerana 9/10 punca rezeki adalah adalah perniagaan.Saya yakin bila kita menguruskan bidang pertanian yang kita ceburi secara perniagaan, maka kita akan mendapat pulangan yang lumayan. Perubahan ini penting kerana orang melayu sebenarnya telah lama terlibat dalam bidang pertanian ini, namun begitu tahap kehidupan kita rata-rata jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan petani dinegara Barat.

Apakah kunci pertanian satu perniagaan ? . Saya berpendapat bahawa setiap bidang pertanian yang kita ceburi perlu ada 'Penyata Kira- kira'. Maknanya kita perlu ada 'akaun' bertulis dengan jelas setiap pelaburan, perbelanjaan, jual-beli serta apa jua aktiviti yang kita laksanakan perlu ada penyata kira- kira. Penyata untung rugi, supaya setiap bulan kita dapat melihat perniagaan kita itu untuk ataupun rugi !.

Jika bulan itu kita rugi, maka kita boleh kaji sebab-sebabnya dan juga memperbaiki. Sebagai contohnya, jika pada bulan itu kos makan palet ikan keli mahal dan banyak wang telah digunakan untuk membeli makanan palet ini, maka kita perlu cari pendekatan lain ataupun produk makanan lain untuk digantikan dengan palet, yang mana bahan ini lebih murah serta dapat menjimatkan kos pengeluaran ikan keli kita.

Bila kita menjalankan perniagaan dibidang pertanian ini, kita perlu ingat bahawa kita menjalankan perniagaan 'produk hidup' , sama ada ia ikan, sayuran, buah, ternakan dan seumpamanya. Produk hidup ini perlu dikendalikan dengan cermat dan cekap untuk memberikan pulangan yang lumayan. Ini kerana produk hidup ini ianya boleh mati, rosak, busuk ataupun terpaksa kita beri makan dan ini akan memberikan kerugian kerana kos meningkat.

Oleh itu kita perlu merancang dengan tepat, cekap dan berkesan berkenaan sistem pemasarannya. Perlu merancang aktiviti pemasaran ini sebelum kita memelihara ataupun menanam produk -produk pertanian ini. Ini penting kerana bila hasilnya cukup matang untuk dituai dan dipasarkan kita dengan cekap dapat memasarnya pada harga yang baik supaya mendapat pulangan yang lumayan, jika tidak hasil akan rosak, busuk dan ini merugikan kita.

Sistem pemasaran yang cekap perlu merangkumi perkara berikut:-

  1. Penjualan kepada pemborong.
  2. Menjual sendiri
  3. Pemasaran secara kontrak
  4. Produk tambah nilai .
  5. Pemprosesan iaitu menghasilkan produk nilai tambah yang dapat disimpan lebih lama.

Perkara yang penting dalam strategi pemasaran ini adalah kita jangan terlalu bergantung kepada HANYA SATU SALURAN PEMASARAN. Sebagai contoh, jika kita hanya jual ikan keli pada seorang pemborong, apa kata jika pemborong itu ambil pula ikan keli dari orang lain yang lebih murah ?. Apa nak jadi dengan ikan keli disangkar kita ?.

Kelima-lima strategi diatas perlu dilaksana oleh kita yang terlibat dalam bidang pertanian. Sebagai contoh kita lihat sahaja industri oren sunkist di Amerika Syarikat. Peladang mereka jual buah segar, lebihan diproses dijual sebagai pati ataupun jus untuk kegunaan industri.

Sak ataupun isi oren yang telah diperah, dikeringkan dan dijual dalam tin kepada industri minuman. Lihat sahaja jus Oren Marigold, dalamnya ada 'sak' oren .Sak ini sebenarnya ditambah oleh pengilang dari sak oren yang kering.

Daripada kulit oren pula dieksrak minyak oren untuk dijadikan perisa minyak oren dan dijual kepada industri minuman, kek dan juga minyak wangi. Minyak ini kekadang diguna dalam kegiatan aromaterapi. Dan harganya agak mahal lebih RM1000 sekilo.

Perkara sebegini perlu kita semua lihat dan laksana bila kita terlibat dalam bidang perniagaan pertanian jika kita hendak menghasilkan pendapatan lumayan, jika tidak kita pasti rugi !.

Saturday, October 27, 2007

Ikan keli sumber pendapatan

Ikan keli merupakan sumber pendapatan saya yang utama. Ikan keli yang saya bela dijual dipasar kepada pemborong. Dengan memelihara ikan keli ini saya bukan sekadar memperolehi wang, tapi juga kenalan dan juga ilmu.

Melalui perniagaan ikan keli inilah saya telah bertemu dengan ramai kawan - kawan baru bahkan saudara mara saya. Ada yang jadi pembekal anak ikan keli, peniaga serta ramai kenalan sebagai kawan. Inilah antara faedah yang perolehi dalam perniagaan ikan keli ini. Walaubagaimana pun satu faedah yang besar yang saya rasakan adal wujudnya satu kenangan jiwa. Jika kita rasa beserabut kepala, saya turun ke sangkar dan beri ikan keli, patin dan juga talapia makan.


Sambil memberi ikan makan dan melihat ikan memakan dan berenang makan makanan yang saya taburkan memberikan saya ' a peace of mind'. Jika anda tinggal dibandar, anda mungkin tidak dapat merasai kenikmatan ini. Walaubagaimanapun anda janganlah risau, anda boleh lakukan perkara yang sama jika anda pelihara ikan dalam akuarium.


Cubalah bela ikan hiasan dalam akuarium, hiasilah akuarium anda dengan pelbagai jenis ikan dan hiasi akuarium dengan pelbagai batu serta pokok-pokok akuarium. Jadikan ini satu hobi, dan sambil itu berilah ikan ini makan dan lihat. Ini saya yakin merupakan terapi semula jadi bagi kita. Melihat ikan berenang dalam akuarium akan mengingatkan kita kebesaran Allah s.w.t penjadi makhluk ikan ini betapa hebatnya kejadian ini. Inilah antara sebab mengapa industri ikan hiasa berkembang setiap tahun.


Ikan hiasan yang dipelihara dalam akuarium ini banyak dijual dinegara barat dan juga negara maju yang lain. Jika tak silap negara kita antara pengeksport terbesar.

Adik- adik boleh dilatih pada peringkat awal menernak ikan sangkar disungai


Pendedahan awal boleh mempupuk semangat cintakan sungai, pelihara ikan serta kepentingan sains dan teknologi dalam memelihara sungai dan alam sekitar


Sejenis ikan hias anarius jordani dan ianya bukan ikan bilis.....

Monday, October 22, 2007

Makanan Ikan Keli Sangkar

Makanan ikan keli yang saya pelihara dalam sangkar ini pada peringkat awalnya adalah pallet makanan ikan yang khusus dibeli daripada kilang. Makanan ini diberi makan pada ikan keli dan juga ikan-ikan lain saya dipelihara didalam sangkar, ini termasuklah ikan patin dan juga tilapia.

Ikan keli peliharaan saya diberi makan, sekurang-kurangnya dua kali sehari.Ia itu disebelah pagi dan juga petang. Di antara keseronokan memelihara ikan ini adalah semasa kita memberi ia makan. Berebut - rebutlah ikan mendapatkan makanan pallet ini. Disebabkan palet ini timbul dipermukaan air,ikan-ikan ini terpaksa timbul kepermukaan dan kita dapat lihat kita yang besar dan juga ikan yang kecil.

Satu jaring berbentuk empat segi diletakan ditengah sangkar dan makanan ikan dicampakkan ketengah sangkar. Tujuan jaring ini dibuat adalah supaya makan ikan yang diberikan tidak dihanyut keluar oleh arus sungai yang mengalir.


Jaring dibina ditengah sangkar untuk memastikan makanan palet tidak hanyut oleh arus


Anak saudara saya yang berkunjung ke sangkar ikan keli di Sungai Terengganu.

Sunday, October 21, 2007

Ikan Keli Sangkar Di Sungai Terengganu

Ikan keli sangkar yang saya perlihara ini merupakan satu projek perniagaan secara kecilan yang saya jalankan bersama abang saya serta saudara mara sekampung. Disamping ikan keli, kami juga memelihara ikan patin dan juga ikan tilapia serta beberapa ikan lain.

Hasil ikan keli yang diperolehi dijual terus secara borong kepasar di Manir. Kami juga menjual ikan talapia serta ikan patin. Kesemua ikan air tawar ternakan kami mendapat sambutan yang baik dikalangan pengguna. Urusan jual-beli ikan keli dan juga talapia serta patin, pada masa ini diuruskan oleh saudara saya, yang dikenali 'Pak Long'. Jika anda berminat membeli ikan keli dan ikan talapia serta patin boleh hubungi saya ditalian yang dinyatakan diblog ini.

Jika anda kepasar Manir, anda boleh tanya penjual, 'saya nak beli ikan pak long blada' maka itu ikan hasil ternakan kami. Jika anda pengemar ikan air tawar anda pasti dapat rasakan kelazatan ikan keli, patin dan talapia kami. Pada padangan saya, rasa ikan keli yang saya pelihara licin berkilat serta tiada ataupun kurang bau lumpur, kerana ikan ini dibela di sungai yang airnya mengalir, maka kualitinya agak baik. Ditambahkan lagi punca Sungai Terengganu ini daripada Tasik Kenyir.

Pada kebiasaanya saya menjual ikan keli dengan berat sekilo antara 1-3 ekor kerana sais ikan keli pada masa ini cukup matang dan sesuai untuk hidangan. Pada bulan puasa yang lepas, permintaan ikan keli cukup baik. Pada bulan puasa ikan keli dibuat percik dan dijual diantara RM5-RM3.50 seekor bergantung pada saiz dan ia amat laris. Ikan keli percik amat sedap dimakan dengan nasi kerabu atau nasi ulam di Terengganu.

Saya kongsikan bersama anda tempat pelihara ikan melalui vidio YOUTUBE ini.

Saturday, October 20, 2007

Ikan Keli Belada

Saya mula menternak ikan keli sangkar di sungai Terengganu pada awal tahun ini. Minat saya memelihara ikan keli sangkar ini bermula pada awal tahun ini, setelah melihat saudara mara dan juga jiran mengusahakan pememeliharan ikan di sungai yang sama. Tambahan pula saya tinggal di kampung Beladau Kolam, Manir, Terengganu dan sungai Terengganu itu terletak lebih kurang 200 meter dibelakang rumah saya.

Pada zaman kanak-kanak, saya sentiasa mandi manda disungai ini. Sungai Terengganu bermula atau hulunya berasal daripada Tasik Kenyir. Oleh itu sungai ini bebas daripada pencemaran pada masa ini kerana dibahagian hulunya merupakan sebuah tasik buatan yang mana terletaknya empanyangan hidroelektrik terbesar dinegeri Terengganu. Disebabkan sungai Terengganu ini bermula daripada tasik, pada pandangan saya ia memberikan kelebihan kepada saya jika saya memelihara ikan keli didalam sangkar ditebingnya, kerana airnya bebas daripada pencemaran dan dengan ini ikan keli saya boleh dijangkakan bebas juga daripada sebarang sisa toksik buangan industri.

Pemeliharaan ikan keli ini menjadi pilahan saya kerana ia merupakan ikan keli yang lebih lasak serta mempunyai pasaran yang baik. Ikan keli juga jarang - jarang diternak disungai kerana tidak semua sungai boleh digunakan untuk memelihara ikan keli dalam sangkar ini.

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu sumbangan daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH NIK WAN
Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terimakasih kepada mereka yang telah memberi dan dengan sumbangan sedemikian dapatlah saya menjalankan pelbagai kajian berkaitan penternakan serta pemasaran ikan keli dan akuakultur untuk saya kongsikan disini.