Kenapa pertanian perlu diurus seperti perniagaan ?. Pada pandangan saya, kerana 9/10 punca rezeki adalah adalah perniagaan.Saya yakin bila kita menguruskan bidang pertanian yang kita ceburi secara perniagaan, maka kita akan mendapat pulangan yang lumayan. Perubahan ini penting kerana orang melayu sebenarnya telah lama terlibat dalam bidang pertanian ini, namun begitu tahap kehidupan kita rata-rata jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan petani dinegara Barat.
Apakah kunci pertanian satu perniagaan ? . Saya berpendapat bahawa setiap bidang pertanian yang kita ceburi perlu ada 'Penyata Kira- kira'. Maknanya kita perlu ada 'akaun' bertulis dengan jelas setiap pelaburan, perbelanjaan, jual-beli serta apa jua aktiviti yang kita laksanakan perlu ada penyata kira- kira. Penyata untung rugi, supaya setiap bulan kita dapat melihat perniagaan kita itu untuk ataupun rugi !.
Jika bulan itu kita rugi, maka kita boleh kaji sebab-sebabnya dan juga memperbaiki. Sebagai contohnya, jika pada bulan itu kos makan palet ikan keli mahal dan banyak wang telah digunakan untuk membeli makanan palet ini, maka kita perlu cari pendekatan lain ataupun produk makanan lain untuk digantikan dengan palet, yang mana bahan ini lebih murah serta dapat menjimatkan kos pengeluaran ikan keli kita.
Bila kita menjalankan perniagaan dibidang pertanian ini, kita perlu ingat bahawa kita menjalankan perniagaan 'produk hidup' , sama ada ia ikan, sayuran, buah, ternakan dan seumpamanya. Produk hidup ini perlu dikendalikan dengan cermat dan cekap untuk memberikan pulangan yang lumayan. Ini kerana produk hidup ini ianya boleh mati, rosak, busuk ataupun terpaksa kita beri makan dan ini akan memberikan kerugian kerana kos meningkat.
Oleh itu kita perlu merancang dengan tepat, cekap dan berkesan berkenaan sistem pemasarannya. Perlu merancang aktiviti pemasaran ini sebelum kita memelihara ataupun menanam produk -produk pertanian ini. Ini penting kerana bila hasilnya cukup matang untuk dituai dan dipasarkan kita dengan cekap dapat memasarnya pada harga yang baik supaya mendapat pulangan yang lumayan, jika tidak hasil akan rosak, busuk dan ini merugikan kita.
Sistem pemasaran yang cekap perlu merangkumi perkara berikut:-
- Penjualan kepada pemborong.
- Menjual sendiri
- Pemasaran secara kontrak
- Produk tambah nilai .
- Pemprosesan iaitu menghasilkan produk nilai tambah yang dapat disimpan lebih lama.
Perkara yang penting dalam strategi pemasaran ini adalah kita jangan terlalu bergantung kepada HANYA SATU SALURAN PEMASARAN. Sebagai contoh, jika kita hanya jual ikan keli pada seorang pemborong, apa kata jika pemborong itu ambil pula ikan keli dari orang lain yang lebih murah ?. Apa nak jadi dengan ikan keli disangkar kita ?.
Kelima-lima strategi diatas perlu dilaksana oleh kita yang terlibat dalam bidang pertanian. Sebagai contoh kita lihat sahaja industri oren sunkist di Amerika Syarikat. Peladang mereka jual buah segar, lebihan diproses dijual sebagai pati ataupun jus untuk kegunaan industri.
Sak ataupun isi oren yang telah diperah, dikeringkan dan dijual dalam tin kepada industri minuman. Lihat sahaja jus Oren Marigold, dalamnya ada 'sak' oren .Sak ini sebenarnya ditambah oleh pengilang dari sak oren yang kering.
Daripada kulit oren pula dieksrak minyak oren untuk dijadikan perisa minyak oren dan dijual kepada industri minuman, kek dan juga minyak wangi. Minyak ini kekadang diguna dalam kegiatan aromaterapi. Dan harganya agak mahal lebih RM1000 sekilo.
Perkara sebegini perlu kita semua lihat dan laksana bila kita terlibat dalam bidang perniagaan pertanian jika kita hendak menghasilkan pendapatan lumayan, jika tidak kita pasti rugi !.
No comments:
Post a Comment