Makanan ikan keli ini, jika diberi pallet amat tinggi kosnya jika dikira kadar jualan ikan keli dipasaran. Oleh itu untuk menggurangkan kos pemeliharaan ikan keli, faktor mengantikan atau mengurangkan bergantung kepada makanan palet ini perlu di cari. Saya lihat rata-rata faktor makanan merupakan faktor utama dalam menentukan hasilan serta harga terutama perkara yang terlibat dalam penternakan. Manakala baja, merupakan faktor utama yang mempengaruhi kos dan hasilan untuk produk penanaman.
Berbalik kepada pemeliharaan keli ini dan kaedah mengurangkan kos makanan. Kita cuba gantikan pallet itu dengan makanan lain. Apa yang saya kongsikan di sini beberapa contoh pengantian makanan/baja bagi penternakan atau penanaman;
- Ikan Keli - perut ayam, lipas ( Lipas diternak secara besaran dan diberi sebagai makanan tambahan kepada keli, dipraktik di Indonesia)
- Lembu/Kambing - rumput gajah, daun dan buah petai belalang (Pemakanan petai belalang, tinggi protein, makanan terus menjadi daging, lembu gemuk daging bukan lemak berbanding palet kelapa sawit, minyak banyak, lembu makan jadi lemak bukan daging)
- Tanaman - baja asli, baja organik atau kompos.
- Lintah - Darah beku (darah ayam yang disembelih, ditadah, dibeku dan di potong nipis-nipis bagi makan kat lintah, bukan sekadar lintah hisap darah belut !).
No comments:
Post a Comment