Pengalaman Memelihara Dan Memasarkan Ikan Keli, Ikan Patin, Ikan Tilapia Di Dalam Sangkar Di sungai Terengganu, Kampung Beladau Kolam, Manir Terengganu, MALAYSIA serta suatu lestari realiti kehidupan berkelana didunia yang fana menuju alam yang baqa. "Kehidupan umpama keli belada rasanya sedap,sengatannya berbisa,siapa terkena dia merasa"
Thursday, February 12, 2009
Kecil -kecil Cili Padi atau Cabai Rawit !
Cili padi atau cili burung atapun cabai rawit merupakan cili ataupun lada yang kecik saiznya namun rasanya amat pedas. Bagi saya dalam keadaan ekonomi ini kita mampu menjalankan perniagaan kecil-kecilan sama berkonsepkan cili padi, walaupun kecil ia boleh mendatangkan pendapatan lumayan dan risiko rendah.
Satu contoh mudah adalah menjual kekacang, asam-asam atau makanan lain, dalam pek kecilan di kedai, dipejabat, kantin sekolah yang kekadang keuntungan bersih hanyalah 10 sen sahaja.sepeket namun begitu kos operasinya kecil dan jika kena tempatnya, ia boleh memberikan pulangan yang lumayan.
Saya teringat kepada kawan saya di Kelantan bagaimana beliau membekalkan keropok keping siap goreng dirumahnya ke asrama-asrama disekitar Kota Bharu dan daerah lain, beliau pernah beritahu saya kekadang pendapatan sampingan yang didapat lebih kurang RM500- RM600 sebulan hasil jualan keropok yang dibeli dari kedai dan kemudian digoreng dirumahnya kemudian diedar ke sekolah-sekolah dengan kereta beliau.
Ini peluang-peluang yang kekadang kita terlepas pandang, kerana ia kelihatan kecil namun sebenarnya bersifat cili padi !. Pernah anda lihat papan jualan produk seperti asam, kacang, gula-gula ini ?. Berapakah modal mereka dan keuntungan mereka ?. Saya tahu mereka sebenarnya untung besar...kerana contohnya kacang goreng masin itu pada kebiasaan harga sekilo yang dah siap goreng antara RM7- RM8 sahaja dan yang dalam pek kecil itu berapa gram dan dijual berapa sen ?. Selalunya harga satu pek kecil itu adalah 50 sen dengan bilangan gram 20 gram hinggan 30 gram..so kira sendiri belapa depa untung ma !.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SUMBANGAN IKHLAS
Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu sumbangan daripada pembaca amat di alu - alukan.
Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:
NOH NIK WAN
Maybank No. 112361650899.
Saya juga merakam jutaan terimakasih kepada mereka yang telah memberi dan dengan sumbangan sedemikian dapatlah saya menjalankan pelbagai kajian berkaitan penternakan serta pemasaran ikan keli dan akuakultur untuk saya kongsikan disini.
Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:
NOH NIK WAN
Maybank No. 112361650899.
Saya juga merakam jutaan terimakasih kepada mereka yang telah memberi dan dengan sumbangan sedemikian dapatlah saya menjalankan pelbagai kajian berkaitan penternakan serta pemasaran ikan keli dan akuakultur untuk saya kongsikan disini.
No comments:
Post a Comment