Sunday, February 22, 2009

Restaurant Melayu Di Bangsar

Sape dok KL boleh pergi ke Bangsar kerana ada sebuah restaurant yang menyediakan pelbagai masakan melayu yang enak. Teristemewa yang bagi wanita yang baru lepas bersalin kerana khabarnya restaurant ini ada menyediakan sup ikan haruan yang baik dimakan untuk orang lepas bersalin dan juga orang yang baru lepas bersalin kerana katanya mampu mempercepatkan penyembuhan luka.


Tomyam Poktek


Sup ikan haruan


Set lengkap D'TELAWI VILLAGE Bangsar

Sup gamat juga dikatakan mampu mempercepatkan penyembuhan luka ni..Sini saya sertakan beberapa gambar hidangan lazat dari restaurant ini yang saya terima daripada email. Alamat restaurant ini


D'TELAWI VILLAGE
NO 12,TINGKAT BAWAH
JALAN TELAWI
BANGSAR BARU
BANGSAR,59100 KUALA LUMPUR.


Thursday, February 19, 2009

Ikan Keli Melompat - lompat..!

Ikan Keli Beladau Kolam yang diternak dalam sangkar di tebing sungai Terengganu, Manir

Ikan keli melompat- lompat
Lompat keli kedalam tong
Bela keli duit dapat
Silap gaya melopong !

Seorang sahabat daripada Shah Alam ikut saya melawat pusat ternak keli sangkar di Manir.


Hasil usaha gigih menternak keli kini dah dapat beli lori kecil..


Tempat kami pun ada yang buat sarang lelayang

Ini saja dapat saya kongsi hari ini..

Sunday, February 15, 2009

Mata dan Telinga Boleh Di Tipu

Pada hari ini dengan pelbagai teknik dan taktik, manusia amat mudah ditipu dan diputar belitkan. Saya yakin dalam keadaan kesempitan, ramai yang akan mengambil kesempatan. Oleh itu berhati-hatilah dengan apa yang ada dalam dompet anda kerana ia boleh dilenyap dengan mudah kerana pelaburan ataupun skim-skim yang kononya menjanjika kita cepat kaya tanpa berusaha.

Walaupun ada bukti fizikal maupun gambar serta paparan akuan bank-bank yang terkemukakan bersama surat sokongan kerana semua ini boleh dibuat dengan teknologi terkini dan juga pada hakikatnya mata dan fikiran kita sememangnya boleh ditipu dengan pelbagai ilusi.

Lihat contoh ilusi yang dipaparkan dibawah;






Tengok video ini;



Dan ini

Thursday, February 12, 2009

Kecil -kecil Cili Padi atau Cabai Rawit !


Cili padi atau cili burung atapun cabai rawit merupakan cili ataupun lada yang kecik saiznya namun rasanya amat pedas. Bagi saya dalam keadaan ekonomi ini kita mampu menjalankan perniagaan kecil-kecilan sama berkonsepkan cili padi, walaupun kecil ia boleh mendatangkan pendapatan lumayan dan risiko rendah.

Satu contoh mudah adalah menjual kekacang, asam-asam atau makanan lain, dalam pek kecilan di kedai, dipejabat, kantin sekolah yang kekadang keuntungan bersih hanyalah 10 sen sahaja.sepeket namun begitu kos operasinya kecil dan jika kena tempatnya, ia boleh memberikan pulangan yang lumayan.

Saya teringat kepada kawan saya di Kelantan bagaimana beliau membekalkan keropok keping siap goreng dirumahnya ke asrama-asrama disekitar Kota Bharu dan daerah lain, beliau pernah beritahu saya kekadang pendapatan sampingan yang didapat lebih kurang RM500- RM600 sebulan hasil jualan keropok yang dibeli dari kedai dan kemudian digoreng dirumahnya kemudian diedar ke sekolah-sekolah dengan kereta beliau.

Ini peluang-peluang yang kekadang kita terlepas pandang, kerana ia kelihatan kecil namun sebenarnya bersifat cili padi !. Pernah anda lihat papan jualan produk seperti asam, kacang, gula-gula ini ?. Berapakah modal mereka dan keuntungan mereka ?. Saya tahu mereka sebenarnya untung besar...kerana contohnya kacang goreng masin itu pada kebiasaan harga sekilo yang dah siap goreng antara RM7- RM8 sahaja dan yang dalam pek kecil itu berapa gram dan dijual berapa sen ?. Selalunya harga satu pek kecil itu adalah 50 sen dengan bilangan gram 20 gram hinggan 30 gram..so kira sendiri belapa depa untung ma !.

Wednesday, February 11, 2009

Teknik kurangkan kos ikan keli

Dalam era ekonomi yang bergoyang sekarang ini, amat wajar penternak ikan keli mencari jalan untuk mengurangkan kos-kos yang terlibat dalam pemeliharaan ikan keli ini. Kos yang paling utama dalam penternakan ikan keli ini adalah kos untuk makanan ikan keli.

Makanan ikan keli ini, jika diberi pallet amat tinggi kosnya jika dikira kadar jualan ikan keli dipasaran. Oleh itu untuk menggurangkan kos pemeliharaan ikan keli, faktor mengantikan atau mengurangkan bergantung kepada makanan palet ini perlu di cari. Saya lihat rata-rata faktor makanan merupakan faktor utama dalam menentukan hasilan serta harga terutama perkara yang terlibat dalam penternakan. Manakala baja, merupakan faktor utama yang mempengaruhi kos dan hasilan untuk produk penanaman.

Berbalik kepada pemeliharaan keli ini dan kaedah mengurangkan kos makanan. Kita cuba gantikan pallet itu dengan makanan lain. Apa yang saya kongsikan di sini beberapa contoh pengantian makanan/baja bagi penternakan atau penanaman;

  1. Ikan Keli - perut ayam, lipas ( Lipas diternak secara besaran dan diberi sebagai makanan tambahan kepada keli, dipraktik di Indonesia)
  2. Lembu/Kambing - rumput gajah, daun dan buah petai belalang (Pemakanan petai belalang, tinggi protein, makanan terus menjadi daging, lembu gemuk daging bukan lemak berbanding palet kelapa sawit, minyak banyak, lembu makan jadi lemak bukan daging)
  3. Tanaman - baja asli, baja organik atau kompos.
  4. Lintah - Darah beku (darah ayam yang disembelih, ditadah, dibeku dan di potong nipis-nipis bagi makan kat lintah, bukan sekadar lintah hisap darah belut !).

Saturday, February 7, 2009

Program Gerak Usahawan 2009 Di PWTC

Hari saya hadir ke program GERAK USAHAWAN 2009 di PWTC yang bermula pada 6-8 Februari 2009. Disini seminar keusahawan, booth jualan pelbagai produk IKS Melayu dipasarkan, juga klinik usahawan dan juga program bisnes matching di adakan dan semuanya PERCUMA disediakan oleh pihak kerajaan.

Amat rugi rasa jika anda tak hadir ke GERAK USAHAWAN ini kerana pada masa yang sama pelabagai agensi dibawah MECD ada kat sini dan bagi saya ia merupakan ONE STOP CENTER yang menarik. Nak daftar syarikat pun ada..dan pelbagai lagilah.

Bagi mereka yang nak pasarkan produk ke hypermarket, buyer-buyer daripada pelbagai supermarket pun ada..boleh terus bincang. Sumber pembiayaan pun ada..pelbagai bank turut serta dalam program ini. ESOK HARI TERAKHIR !...

Jom pakai mai GERAK USAHAWAN 2009 PWTC 10.00 PAGI - 5.30 PETANG.

Sunday, February 1, 2009

Dah Bulan February 2009

Pejam celik-pejam celik, kita dah masuk bulan 2 ditahun 2009 ini. Masa berlalu begitu pantas sehinggakan tak terasa pun hari ini dah bulan Februari 2009.

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu sumbangan daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH NIK WAN
Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terimakasih kepada mereka yang telah memberi dan dengan sumbangan sedemikian dapatlah saya menjalankan pelbagai kajian berkaitan penternakan serta pemasaran ikan keli dan akuakultur untuk saya kongsikan disini.