Saya sebenarnya baru sahaja kembali daripada berkursus Penghasilan Minyak Kelapa Dara yang dikendalikan oleh CEPP atau dikenali sebagai 'Chemical Enginering Pilot Plant' University Teknologi di Sekudai, Johor.Seramai 20 orang usahawan telah turut sama mengikuti kursus pengeluaran minyak kelapa dara ini. Kami merupakan kumpulan pertama yang mengikuti kursus pemprosesan Minyak Kelapa Dara yang julung kali dianjurkan oleh CEPP.
Minyak kelapa dara ini boleh dihasilkan melalui 2 kaedah utama iaitu Pemprosesan Basah dan Pemprosesan Kering.Pengeluaran Minyak Kelapa Dara melalui pemprosesan basah melibatkan penghasilan santan tanpa campuran air ataupun kadang-kadang dipanggil 'Kepala Santan'. Ini bermakna dalam proses ini isi kelapa yang telah dibuang kulit arinya, di parut kemudian diperah santannya dengan menggunakan mesin pemerah. Santan yang terhasil inilah diproses seterusnya untuk dijadikan Minyak Kelapa Dara.
Minyak Kelapa Dara yang diproses melalui kaedah kering, adalah dimana kelapa yang telah dibuang kulit arinya dikeringkan dan kemudian diperah minyaknya dengan menggunakan mesin. Minyak yang terhasil daripada perahan kering ini juga dikenali sebagai Minyak Kelapa Dara.
Ramai dah tak sabar nak balik buat minyak kelapa dara ni, ada yang kena balik dan ada yang balik kena ?. Akan muncul usahawan baru pengeluar minyak kelapa dara serta produk-produk berasaskan minyak kelapa dara seperti sabun, minyak rambut, losyen,kuih,minyak aromaterapi dan pelbagai produk yang telah diajar oleh professor di CEPP UTM Skudai ni.
No comments:
Post a Comment