Sunday, July 27, 2008

Persaingan sihat

Bidang perniagaan serta pertanian tidak boleh lari daripada persaingan.Jika kita ternak ikan keli hari ini, esok ada yang akan turut sama menternak keli juga.Tambahan pula banyak orang kita suka menjadi 'pak turut' ni. Orang buat keli, dia pun nak buat keli, orang bela cacing, kita pun nak bela cacing, orang bela lintah , kita pun nak bela lintah.

Pada pandangan saya semua ni tak salah kerana persaingan sihat boleh memarakkan sesuatu industri berkaitan. Walabagaimanapun, sebelum kita terjun dan terjah dalam sesuatu industri itu buatlah kajian teliti berkaitan 'keupayaanya memberi kita pulangan', serta risiko-risiko yang bakal kita hadapi, jika tidak wang yang dilabur akan lebur begitu sahaja.

Teknik dan ilmu sesuatu industri itu perlu dimiliki oleh kita bukan main pak turut sahaja. Guru saya ada berpesan ' Hendakan dunia dengan ilmu, hendak akhirat pun dengan ilmu dan hendak dunia - akhirat pun dengan ilmu', oleh itu carilah ilmu. Disamping itu dalam usaha kita mencari duit ini jangan lupa rahsia duit atau ibu duit ini 'DUIT= Doa Usaha Ikhlas Taqwa, tanpa ini usaha kita tak berapa menjadi, pesan guru saya. Katanya lagi, ini kerana rezeki itu datang daripada Allah s.w.t jua, kita hanya berusaha dan Dia yang akan memberi.

Jadikan persaingan ini satu yang sihat dan kita perlu percaya dan yakin rezeki kita tetap ada, Insya Allah; kerana jika tiada rezeki itu atas makhluk nescaya matilah ia...pesan guru saya lagi.


Pesta menangkap ikan di Nigeria.


Tak perlu dengki dan bergaduh dalam mencari rezeki.


Berusahalah dan pasti rezeki kita ada.


Ada rezeki besar.


Setiap manusia ada rezekinya berusahalah. Besarnya keli aku ni..

Saturday, July 26, 2008

Ada Internet & Handphone....Duit..Masyukkkk...

Jika anda ada internet dan/handphone anda sebenarnya mampu menjana pendapatan yang lumayan !. Jika anda menjalankan perniagaan maka amat perlu anda cuba memasarkan melalui internet. Kita perlu memiliki laman web dan memasarkan produk melalui laman web.Ini kerana amat rugi jika anda tidak memiliki laman web kerana semakin ramai pengguna menggunakan internet pada hari ini.

Pengguna internet semakin meningkat diseluruh dunia, pada hari ini pengguna internet dinegeri china telah pun mengatasi pengguna internet di USA. Lihat sahaja lapuran berita harian online hari ini;

Internet: China atasi AS

BILANGAN pengguna internet di China telah meningkat kepada 253 juta, mengatasi Amerika Syarikat (AS) untuk muncul sebagai yang terbesar di dunia, di sebalik langkah kerajaan negara itu mengawal kegiatan melayari laman web. Perangkaan Pusat Rangkaian Maklumat Internet China (CNNIC) menunjukkan penggunaan laman web di negara itu meningkat 56 peratus setakat akhir bulan lalu.

CNNIC berkata, pengguna internet di China ketika ini mewakili 19.1 peratus daripada jumlah penduduknya, dan ia dijangka terus mengalami pertumbuhan pantas.Pengguna internet di AS dianggarkan berjumlah 223.1 juta orang bulan lalu, berdasarkan laporan syarikat penyelidikan, Nielsen Online. Manakala, The Pew Internet and American Life Project meletakkan penguasaan dalam talian AS pada kadar 71 peratus. “Ini kali pertama perangkaan ini melepasi AS, menjadikan jumlah pengguna internet di China yang terbesar di dunia,” kata CNNIC.Katanya, kerajaan negara itu menggalakkan penggunaan internet untuk perniagaan dan pendidikan tetapi menyekat unsur pornografi dan subversif. - AP(Petikan Berita Harian Online).

Pemilikan laman web membolehkan kita menembusi pasaran global dengan lebih mudah pada kos yang jauh lebih rendah pada padangan saya kurang pun daripada RM1000.00. Di negara kita sendiri pun internet semakin menarik perhatian penduduk Malaysia yang berjumlah 27.5 juta. Pelanggan internet semakin meluas sebagai contoh rujuk laman web ini http://www.melur.com/myherba.asp

Begitu juga penggunaan hanphone pun semakin meningkat, lihat statistik yang dipetik daripada http://www.skmm.gov.my. Kita sebenarnya mampu menjana pendapatan melalui handphone ini dengan memasarkan produk prepaid melalui handphone.

Jika anda minat layari. : http://prepaid4u.net/?id=phonemoney



Pengguna PraBayar Semakin meningkat, ini satu peluang untuk menjual prepaid mula memasarkan produk prepaid anda hari ini, layari laman web ini dan daftar keahlian PERCUMA SEKARANG di http://prepaid4u.net/?id=phonemoney

Pengguna Internet juga semakin meningkat, peluang pemasaran melalui laman web terbuka luas untuk kita rakyat Malaysia, rebutlah peluang ini.

Friday, July 25, 2008

Saiz produk perlu mengikut kehendak pasaran

Jika kita ingin menjual sesuatu produk, sais produk perlu mengikut kehendak pasaran. Bila kita bercakap tentang saiz, kita mungkin terbayang saiz kasut sahaja. Sebenarnya keperluan sais ini tidak sahaja tertakluk kepada penjual kasut, tetapi semua jenis produk yang kita hendak jual.

Ini kerana saiz akan menentukan harga, keupayaan membawa, keupayaan menyimpan, keupayaan memakan serta keperluan serta kehendak pasaran. Sebagai contoh dalam pemasaran ikan keli, ikan keli yang kami jual adalah bersais dengan kadar berat antara 3-4 ekor sekilo. Ini kerana sais yang terlalu besar katakan 1 ekor sekilo, tidak sesuai untuk pelanggan kami yang rata-rata peniaga restauran kerana harganya yang tinggi serta pellanggan hanya akan beli ikan keli seekor untuk sehidangan yang semuat sepinggan nasi.

Begitu juga dalam pemasaran ayam, ada saiz berdasar berat kilo serta bilangan hari yang diternak. Kecuali produk yang dijual untuk ikan keli baka, mungkin perlukan saiz yang besar setelah lama dipelihara. Kami pernah menjual ikan keli baka ini kepada mereka yang terlibat untuk penghasilan anak ikan keli.

Sais yang berkaitan keupayaan membawa pula bermaksud kalau berat sangat macam mana pengguna nak bawa balik setelah beli ?. Oleh sebab inilah dalam pemasaran perabut dan pekakas rumah disediakan perkhidmatan penghantaran barangan.

Sais yang berkaitan dengan keupayaan menyimpan boleh dilihat kepada jenis produk, sebagai contoh jika anda menjual produk makanan sejukbeku pastikan saiz untuk produk itu disimpan dalam peti sejuk dirumah pengguna sepadan. Jika kita buat saiz yang besar, nak simpan dalam peti ais pun tak muat, sape nak beli produk kita?.

Jikalau dah besar macam ni pemasaran perlu kreatif,


Ikan ni bunting kot ?. Sebulan tak payah beli kalau dapat ikan ni.


Buat ikan bakar sedap ni, 3 keluarga makan tak habis.


Ikan ni makan apa pulak besaqnya.


Hantu laut ka ?


Bang ini ikan bukan anjing ye..

Thursday, July 24, 2008

Penggunaan kuda mengurangkan kos.

Kenaikan harga minyak memerlukan kita berfikir dan bertindak secara kreatif untuk menggurangkan kebergantungan kita kepada minyak samaada petrol dan disel.Bagi yang berada dibandar, kita tiada pilihan lain kecuali mengurangkan pengguna minyak ini.Trend penggunaan motosikal untuk kepejabat telah semakin ketara dibandar-bandar pada masa ini. Ini saya lihat apabila laluan saya untuk kepejabat setiap hari sudah kurang 'jam'nya.

Bagaimana jika anda berada dikampung dan terlibat dengan pertanian berskala besar ?. Saya suka mencadangkan kita menggunakan kuda.Saya masih teringat abang ipar saya yang tinggal ditanah rancangan pergi memotong sawit ataupun menoreh getah pun naik kereta !. Saya rasa sudah sampai kita perlu fikir penggunaan haiwan kuda. Pengguna kuda diladang-ladang mampu mengurangkan kos perladangan kerana tidak perlu kepada makanan khusus, hanya rumput disekitar ladang. Ini pada pandangan saya mampu mengurangkan kos pengeluaran kerana kenaikan kos baja, racun dan lain-lain yang mana kita kurang mempunyai pilihan untuk menggunakan bahan alternative yang berkesan.

Kuda yang kejadianya memang untuk dijadikan kenderaan bagi manusia. Namun begitu kuda juga mampu menghasilkan susu yang jika diminum baik untuk mempertingkatkan kesihatan kita terutama lelaki.Pengeluaran dan pemasaran susu kuda ini telah dilaksanakan oleh seorang sahabat saya yang mana beliau menjual susu kuda yang telah diproses menjadi pil dan saya sendiri telah mencuba pil susu kuda dan benarlah apa yang dikatakan oleh beliau 'mampu meningkatkan kesihatan kaum Adam'.

Jika kita tidak mampu untuk memelihara kuda hidup ini, kita boleh gunakan juga kuda besi, yang penting perlu kreatif.


Kereta kuda besi di India , aspirasi daripada 'Trojan Horse' ?.

Wednesday, July 23, 2008

Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara merupakan minyak makanan yang diperolehi daripada kelapa.Minyak Kelapa Dara banyak memberi manafaat kepada kesihatan kita.Minyak Kelapa Dara walaupun dikategorikan sebagai makanan ia sebenarnya mampu untuk meningkatkan serta mampu mengatasi pelbagai masaalah kesihatan badan.

Saya sebenarnya baru sahaja kembali daripada berkursus Penghasilan Minyak Kelapa Dara yang dikendalikan oleh CEPP atau dikenali sebagai 'Chemical Enginering Pilot Plant' University Teknologi di Sekudai, Johor.Seramai 20 orang usahawan telah turut sama mengikuti kursus pengeluaran minyak kelapa dara ini. Kami merupakan kumpulan pertama yang mengikuti kursus pemprosesan Minyak Kelapa Dara yang julung kali dianjurkan oleh CEPP.

Minyak kelapa dara ini boleh dihasilkan melalui 2 kaedah utama iaitu Pemprosesan Basah dan Pemprosesan Kering.Pengeluaran Minyak Kelapa Dara melalui pemprosesan basah melibatkan penghasilan santan tanpa campuran air ataupun kadang-kadang dipanggil 'Kepala Santan'. Ini bermakna dalam proses ini isi kelapa yang telah dibuang kulit arinya, di parut kemudian diperah santannya dengan menggunakan mesin pemerah. Santan yang terhasil inilah diproses seterusnya untuk dijadikan Minyak Kelapa Dara.

Minyak Kelapa Dara yang diproses melalui kaedah kering, adalah dimana kelapa yang telah dibuang kulit arinya dikeringkan dan kemudian diperah minyaknya dengan menggunakan mesin. Minyak yang terhasil daripada perahan kering ini juga dikenali sebagai Minyak Kelapa Dara.


Peserta Kursus Pemprosesan Minyak Kelapa Dara


Ramai dah tak sabar nak balik buat minyak kelapa dara ni, ada yang kena balik dan ada yang balik kena ?. Akan muncul usahawan baru pengeluar minyak kelapa dara serta produk-produk berasaskan minyak kelapa dara seperti sabun, minyak rambut, losyen,kuih,minyak aromaterapi dan pelbagai produk yang telah diajar oleh professor di CEPP UTM Skudai ni.

Sunday, July 20, 2008

Berhati-hati membeli ikan air tawar

Saya amat terkejut bila melihat web yang dikirim berkenaan pemeliharan ikan air tawar yang sungguh mengerunkan. Apa tidaknya ikan -ikan peliharaan diberikan makan babi rebus !. Sebenarnya penternakan ikan ataupun menternak apa jua sekarang ini perlu menitik beratkan kebersihan secara keseluruhan. Jika tidak kita tak kemana !.

Saya dimaklumkan bahawa pengeksportan hasilan laut kita ke EU telah pun di sekat kerana, kita mengamalkan sistem yang kurang bersih. Satu sebabnya kerana kita tidak menggunakan 'vessel' atau kapal pendaratan ikan yang mengikut piawaian yang ditetapakan oleh EU. Kebersihan atau hygine bagi masyarakat dibarat amat penting kerana banyak penyakit boleh merebak yang mampu membawa maut seperti Salmonella dll.

Bagi saya, kita perlu mengamalkan konsep Islam ' Halal, Bersih lagi Suci', ini adalah konsep sejagat yang diperkenalkan olehIslam. Jangan pelihara atau membeli ikan tanpa keperhatinan kerana makanan yang dimakan akan membentuk jasmani dan juga akhlak pemakanannya. Jika kotor makananya maka kotor atau buruklah akhlaknya, itulah yang saya pernah dengar dari khatib kutbah jumaat ditempat saya.

Lihat laman ni...http://jaip.perak.gov.my/bhg_penyelidikan/PATIN.htm

Friday, July 11, 2008

Usahawan Musim Hari Raya

Sekarang ini sudah masuk bulan Rejab dan akan diikuti bulan Syaaban,Ramadhan serta Syawal Hari Raya Puasa.

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu sumbangan daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH NIK WAN
Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terimakasih kepada mereka yang telah memberi dan dengan sumbangan sedemikian dapatlah saya menjalankan pelbagai kajian berkaitan penternakan serta pemasaran ikan keli dan akuakultur untuk saya kongsikan disini.