Monday, June 23, 2008

Serunding Ikan Keli

Ikan Keli juga boleh dibuat serunding.

Wednesday, June 18, 2008

Ikan Keli Belada

Ikan keli

Tuesday, June 17, 2008

Jangan Anda Makan Membabi buta jika tidak.....

Dalam mengambil makanan pastikan ianya halal dan jangan sekali-kali kita makan membabi-buta jika tidak kita akan termakan babi dan seangkatan dengannya.

KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS





Sunday, June 15, 2008

Produk-produk Ikan Keli

Semasa di PUSPA TANI Jeli dilancarkan, terdapat juga usahawan keli yang diberi peluang untuk memasarkan serta mempamirkan produk-produk keluaran mereka. Saya amat tertarik dengan beberapa produk inovasi yang dihasilkan daripada ikan keli yang diternak didalam kanvas.

Antara produk yang dihasilkan adalah serunding ikan keli, keropok lekor ikan keli, Sardin ikan keli, keropok keping ikan keli yang bagi saya rasanya amat lazat. Inilah diantara keistemewaan ikan keli yang dipelihara dalam kanvas, isinya lebih pejal dan tidak mudah hancur kerana diberi makan makanan khas yang sesuai dengan keperluan keli kanvas ini.

Pemberian makanan khas ini penting untuk memastikan air didalam kanvas tidak mudah kotor atau busuk dan memudahkan penyucian serta penukaran air kelak.

Tuesday, June 10, 2008

Penternakan Ikan Keli dalam politank

Ikan keli juga boleh diternak secara kecilan dalam poliktank. Teknologi penternakan ikan keli dalam politank ini menjadikan ikan keli mampu diternak oleh setiap daripada kita, walaupun kita tinggal dirumah teres.

Bagi saya ia amat menarik sebab tiada lagi kolam yang perlu digali yang mana memerlukan kawasan yang luas sedangkan tanah amat terhad pada masa ini.



Politank.


Politank berisi anak ikan keli


Anak ikan keli dipelihara dalam politank.


Politank untuk ternakan keli

Sunday, June 8, 2008

Penternakan Ikan Keli Dalam Kanvas

Ikan keli sekarang mampu di ternak dalam kanvas sahaja pada masa ini. Penggunaan kanvas membolehkan ikan keli diternak tanpa kita perlu memiliki kolam atau tebing sungai. Saya hari ini telah berkesempatan melihat sendiri ternakan ikan keli dalam kanvas ini. Ia amat praktel dan memudahkan kita menguruskan ternakan ikan keli ini.

Sistem penternakan keli kanvas ini paling minima merangkumi dua buah kolam kanvas siap dipasang dan juga sistem saliran dan tangki air. Kos untuk mendapatkan sistem ini untuk set 2 kolam kanvas dianggarkan bernilai RM2,500.00 . Kedua-dua kolam ini dapat menampung lebih kurang 700-1000 ekor ikan keli yang dibeli berasingan daripada peringkat anak keli lagi.

Ikan keli dalam kanvas ini diberi makanan pellet sahaja manakala hasilnya dijual pada harga Rm6.00 sekilo.


Kanvas disangkut pada kerangka besi.


Dua kanvas dibekalkan untuk menternak 1400 ekor anak keli ( 700 ekor untuk setiap kanvas)


Tangki di isi air dan ikan keli diberi makanan pallet sahaja.


Tangki simpanan air turut dibina dan dibekalkan dalam pakej ini.



Jika anda berminat hubungi jabatan perikanan yang berdekatan.

Sunday, June 1, 2008

Ikan dan Sotong Murah Di Tok Bali Pasir Puteh

Pada minggu lepas saya dan keluarga ada ke Terengganu dan juga Kelantan, biasala cuti sekolah balik kampung. Jika tak balik kampung anak-anak boring duduk dirumah cuti sekolah ini. Saya bertolak dari U3 Shah Alam menyusuri lebuh raya pantai timur melalui jalan Jabor-Jerangau dan terus ke Manir di Kampung Beladau Kolam.

Kami sekeluarga bermalam di Kampung Beladau Kolam dan pada petangnya menikmati ikan keli bakar yang diternak oleh saudara saya Azlan. Saya mendapati ikan keli sungai mendapat pasaran yang baik di Terengganu hinggakan bekalan tidak mencukupi untuk memenuhi pasaran !. Anak-anak saya cukup suka makan ikang keli bakar yang telah diperap dalam rempah. Sementara di Kuala Terengganu, saya juga sempat pergi ke Masjid Kristal di Terengganu. Cerita boleh dibaca di blog PERNIAGAAN ONLINE.

Pada keesukkan harinya pada sebelah petang, kami bertolak ke Kelantan dengan menyusuri jalan pesisiran pantai. Jalan ini kurang sibuk dan dapat kita lihat pantai sambil menikmati angin laut. Sepanjang jalan ini juga saya dapati ada kedai menjual keropok lekor dan juga hasilan lain seperti kerepok terutama bila kita dah sampai di Besut.

Menyusuri jalan ini kita akan terus ke Kota Bharu, melalui Tok Bali, Pasir Puteh. Saya juga sempat singgah dipengkalan pendaratan ikan Tok Bali yang tersohor itu. Kami tiba disini waktu dah petang. Walaubagaimanapun masih ada ikan dan sotong dijual disini. Saya dimaklumkan pasar ikan ini dibuka hingga pukul 9 malam.

Saya dapati ikan dan sotong dijual dengan harga berpatutan tapi jika dibanding dengan KL jauh lebih murah dan segar kerana ia merupakan ikan dan sotong yang baru dinaikan daripada laut. Jika anda lalui jalan ini dari Terengganu, tempatnya adalah sebelah kiri jalan sebelum menaiki jambatan yang tinggi.


Ada Ikan adalah Kucing...


Sedapnya ikan keli bakar cecah air asam jawa....


TERMINAL PENDARATAN IKAN TOK BALI PASIR PUTEH KELANTAN




Ini tempat jualan ikan dan hasilan laut segar pada harga berpatutan.


Ini tempat jualan sayur dan makanan lain.


Bot-bot nelayan sedang berlabuh dan mendarat ikan serta hasilan laut yang segar.

Kawasan sekitar lihat video ini...
(maaf ye kamera cap ayam aje..tak berapa terang sebab dah magrib)


SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu sumbangan daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH NIK WAN
Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terimakasih kepada mereka yang telah memberi dan dengan sumbangan sedemikian dapatlah saya menjalankan pelbagai kajian berkaitan penternakan serta pemasaran ikan keli dan akuakultur untuk saya kongsikan disini.