Pengalaman Memelihara Dan Memasarkan Ikan Keli, Ikan Patin, Ikan Tilapia Di Dalam Sangkar Di sungai Terengganu, Kampung Beladau Kolam, Manir Terengganu, MALAYSIA serta suatu lestari realiti kehidupan berkelana didunia yang fana menuju alam yang baqa. "Kehidupan umpama keli belada rasanya sedap,sengatannya berbisa,siapa terkena dia merasa"
Wednesday, October 31, 2007
Perniagaan pertanian perlu buat R&D
Tanpa melaksanakan R&D, besar kemungkinan perniagaan tani kita akan lenyap ditelah gelombang persaingan yang semakin sengit dalam dunia perniagaan. Kewujudan gelombang globalisasi membolehkan hasil - hasil pertanian daripada luar negara dipasarkan kenegara kita tanpa ada sekatan. Pada suatu masa nanti, isu permit, kuota import dan lain - lain sekatan perdagangan tidak akan wujud lagi. Dengan kata lain, barang pertanian dari luar boleh dipasarkan dalam negara kita dengan harga yang mungkin lebih murah dan ini menjadi pesaing dalam perniagaan pertanian kita.
Oleh itu kita semua perlu menjalankan R&D dalam bidang pertanian yang kita ceburi. Kita perlu cari jalan supaya hasil pertanian kita dapat dikeluarkan pada kos yang lebih murah, cekap dan berkesan bagi membolehkan kita bersaing dipasaran.
Kajian R&D ini juga perlu menghasilakan produk - produk baru yang memberikan nilai tambah yang tinggi pada hasil keluaran kita. Sebagai contoh, sudah ada pengusaha ikan keli yang ingin mengeluarkan SARDIN IKAN KELI. Ini satu inovasi yang baik yang mana jika harga keli dipasaran turun ataupun hasilan kita berlebihan kita boleh proses buat SARDIN IKAN KELI dan dijual kepada pasaran.
Kita sudah ada juga penternak keli yang mengeluarkan produk seperti IKAN KELI SALAI, PEKASAM IKAN KELI yang dikatakan mendapat sambutan yang baik dipasaran dengan harga yang baik. Satu produk yang sedang saya cuba ialah IKAN KELI SEJUKBEKU. Saya akan cuba frozen ikan keli dan setelah beberapa bulan kita akan lihat hasinya.
Menjalankan R&D ini kadang - kadang tidak perlu kemahiran yang tinggi, yang penting KITA CUBA, TRY DAN TEST sendiri dan lihat hasilnya.Sebagai contoh jika kita nak buat keli frozen, kita ambil katakan 24 ekor ikan keli, kita bersikan dan kita bungkuskan dalam plasitik setiap dua ekor dan pada setiap plastik kita tulis tarikh kita bungkus dan kemudian kita simpan dalam peti ais bahagian frozen (tempat buat air batu atau ais).
Pada setiap sebulan kita buka satu bungkus, kita cairkan aisnya dan kita masaklah keli kita ikut kegemaran dan rasalah masakan kita itu, samada sedap atau sama atau tidak jika kita guna keli segar. Jika ok, teruskan simpan keli frozen itu untuk (baki 11 bungkus) masa hadapan. Pada bulan berikutnya buka lagi satu plastik dan ulang masakan untuk bulan seterusnya sehingga kita rasakan masakan tidak sedap ataupun kualiti ikan keli frozen kita dah tak sedap digulai. Tarikh ini tidak sedap ini di catitkan.
Akhirnya kita boleh buat kesimpulan begini " Ikan keli frozen ini dia akan tahan selama 11 bulan dalam petiais, kerana pada bulan ke 12 ia sudah tidak sedap lagi untuk masak". Oleh itu jika ada kajian R&D seperti ini, jika ikan keli turun harga dipasaran, kita boleh buat ikan keli frozen untuk kita pasarkan pada masa harga yang baik.
Jumpa lagi...............
Monday, October 29, 2007
Strategi Pemasaran Hasil Pertanian
Kenapa pertanian perlu diurus seperti perniagaan ?. Pada pandangan saya, kerana 9/10 punca rezeki adalah adalah perniagaan.Saya yakin bila kita menguruskan bidang pertanian yang kita ceburi secara perniagaan, maka kita akan mendapat pulangan yang lumayan. Perubahan ini penting kerana orang melayu sebenarnya telah lama terlibat dalam bidang pertanian ini, namun begitu tahap kehidupan kita rata-rata jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan petani dinegara Barat.
Apakah kunci pertanian satu perniagaan ? . Saya berpendapat bahawa setiap bidang pertanian yang kita ceburi perlu ada 'Penyata Kira- kira'. Maknanya kita perlu ada 'akaun' bertulis dengan jelas setiap pelaburan, perbelanjaan, jual-beli serta apa jua aktiviti yang kita laksanakan perlu ada penyata kira- kira. Penyata untung rugi, supaya setiap bulan kita dapat melihat perniagaan kita itu untuk ataupun rugi !.
Jika bulan itu kita rugi, maka kita boleh kaji sebab-sebabnya dan juga memperbaiki. Sebagai contohnya, jika pada bulan itu kos makan palet ikan keli mahal dan banyak wang telah digunakan untuk membeli makanan palet ini, maka kita perlu cari pendekatan lain ataupun produk makanan lain untuk digantikan dengan palet, yang mana bahan ini lebih murah serta dapat menjimatkan kos pengeluaran ikan keli kita.
Bila kita menjalankan perniagaan dibidang pertanian ini, kita perlu ingat bahawa kita menjalankan perniagaan 'produk hidup' , sama ada ia ikan, sayuran, buah, ternakan dan seumpamanya. Produk hidup ini perlu dikendalikan dengan cermat dan cekap untuk memberikan pulangan yang lumayan. Ini kerana produk hidup ini ianya boleh mati, rosak, busuk ataupun terpaksa kita beri makan dan ini akan memberikan kerugian kerana kos meningkat.
Oleh itu kita perlu merancang dengan tepat, cekap dan berkesan berkenaan sistem pemasarannya. Perlu merancang aktiviti pemasaran ini sebelum kita memelihara ataupun menanam produk -produk pertanian ini. Ini penting kerana bila hasilnya cukup matang untuk dituai dan dipasarkan kita dengan cekap dapat memasarnya pada harga yang baik supaya mendapat pulangan yang lumayan, jika tidak hasil akan rosak, busuk dan ini merugikan kita.
Sistem pemasaran yang cekap perlu merangkumi perkara berikut:-
- Penjualan kepada pemborong.
- Menjual sendiri
- Pemasaran secara kontrak
- Produk tambah nilai .
- Pemprosesan iaitu menghasilkan produk nilai tambah yang dapat disimpan lebih lama.
Perkara yang penting dalam strategi pemasaran ini adalah kita jangan terlalu bergantung kepada HANYA SATU SALURAN PEMASARAN. Sebagai contoh, jika kita hanya jual ikan keli pada seorang pemborong, apa kata jika pemborong itu ambil pula ikan keli dari orang lain yang lebih murah ?. Apa nak jadi dengan ikan keli disangkar kita ?.
Kelima-lima strategi diatas perlu dilaksana oleh kita yang terlibat dalam bidang pertanian. Sebagai contoh kita lihat sahaja industri oren sunkist di Amerika Syarikat. Peladang mereka jual buah segar, lebihan diproses dijual sebagai pati ataupun jus untuk kegunaan industri.
Sak ataupun isi oren yang telah diperah, dikeringkan dan dijual dalam tin kepada industri minuman. Lihat sahaja jus Oren Marigold, dalamnya ada 'sak' oren .Sak ini sebenarnya ditambah oleh pengilang dari sak oren yang kering.
Daripada kulit oren pula dieksrak minyak oren untuk dijadikan perisa minyak oren dan dijual kepada industri minuman, kek dan juga minyak wangi. Minyak ini kekadang diguna dalam kegiatan aromaterapi. Dan harganya agak mahal lebih RM1000 sekilo.
Perkara sebegini perlu kita semua lihat dan laksana bila kita terlibat dalam bidang perniagaan pertanian jika kita hendak menghasilkan pendapatan lumayan, jika tidak kita pasti rugi !.
Saturday, October 27, 2007
Ikan keli sumber pendapatan
Sejenis ikan hias anarius jordani dan ianya bukan ikan bilis.....
Monday, October 22, 2007
Makanan Ikan Keli Sangkar
Ikan keli peliharaan saya diberi makan, sekurang-kurangnya dua kali sehari.Ia itu disebelah pagi dan juga petang. Di antara keseronokan memelihara ikan ini adalah semasa kita memberi ia makan. Berebut - rebutlah ikan mendapatkan makanan pallet ini. Disebabkan palet ini timbul dipermukaan air,ikan-ikan ini terpaksa timbul kepermukaan dan kita dapat lihat kita yang besar dan juga ikan yang kecil.
Satu jaring berbentuk empat segi diletakan ditengah sangkar dan makanan ikan dicampakkan ketengah sangkar. Tujuan jaring ini dibuat adalah supaya makan ikan yang diberikan tidak dihanyut keluar oleh arus sungai yang mengalir.
Sunday, October 21, 2007
Ikan Keli Sangkar Di Sungai Terengganu
Hasil ikan keli yang diperolehi dijual terus secara borong kepasar di Manir. Kami juga menjual ikan talapia serta ikan patin. Kesemua ikan air tawar ternakan kami mendapat sambutan yang baik dikalangan pengguna. Urusan jual-beli ikan keli dan juga talapia serta patin, pada masa ini diuruskan oleh saudara saya, yang dikenali 'Pak Long'. Jika anda berminat membeli ikan keli dan ikan talapia serta patin boleh hubungi saya ditalian yang dinyatakan diblog ini.
Jika anda kepasar Manir, anda boleh tanya penjual, 'saya nak beli ikan pak long blada' maka itu ikan hasil ternakan kami. Jika anda pengemar ikan air tawar anda pasti dapat rasakan kelazatan ikan keli, patin dan talapia kami. Pada padangan saya, rasa ikan keli yang saya pelihara licin berkilat serta tiada ataupun kurang bau lumpur, kerana ikan ini dibela di sungai yang airnya mengalir, maka kualitinya agak baik. Ditambahkan lagi punca Sungai Terengganu ini daripada Tasik Kenyir.
Pada kebiasaanya saya menjual ikan keli dengan berat sekilo antara 1-3 ekor kerana sais ikan keli pada masa ini cukup matang dan sesuai untuk hidangan. Pada bulan puasa yang lepas, permintaan ikan keli cukup baik. Pada bulan puasa ikan keli dibuat percik dan dijual diantara RM5-RM3.50 seekor bergantung pada saiz dan ia amat laris. Ikan keli percik amat sedap dimakan dengan nasi kerabu atau nasi ulam di Terengganu.
Saya kongsikan bersama anda tempat pelihara ikan melalui vidio YOUTUBE ini.
Saturday, October 20, 2007
Ikan Keli Belada
Pada zaman kanak-kanak, saya sentiasa mandi manda disungai ini. Sungai Terengganu bermula atau hulunya berasal daripada Tasik Kenyir. Oleh itu sungai ini bebas daripada pencemaran pada masa ini kerana dibahagian hulunya merupakan sebuah tasik buatan yang mana terletaknya empanyangan hidroelektrik terbesar dinegeri Terengganu. Disebabkan sungai Terengganu ini bermula daripada tasik, pada pandangan saya ia memberikan kelebihan kepada saya jika saya memelihara ikan keli didalam sangkar ditebingnya, kerana airnya bebas daripada pencemaran dan dengan ini ikan keli saya boleh dijangkakan bebas juga daripada sebarang sisa toksik buangan industri.
Pemeliharaan ikan keli ini menjadi pilahan saya kerana ia merupakan ikan keli yang lebih lasak serta mempunyai pasaran yang baik. Ikan keli juga jarang - jarang diternak disungai kerana tidak semua sungai boleh digunakan untuk memelihara ikan keli dalam sangkar ini.
SUMBANGAN IKHLAS
Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:
NOH NIK WAN
Maybank No. 112361650899.
Saya juga merakam jutaan terimakasih kepada mereka yang telah memberi dan dengan sumbangan sedemikian dapatlah saya menjalankan pelbagai kajian berkaitan penternakan serta pemasaran ikan keli dan akuakultur untuk saya kongsikan disini.