Sunday, June 1, 2008

Ikan dan Sotong Murah Di Tok Bali Pasir Puteh

Pada minggu lepas saya dan keluarga ada ke Terengganu dan juga Kelantan, biasala cuti sekolah balik kampung. Jika tak balik kampung anak-anak boring duduk dirumah cuti sekolah ini. Saya bertolak dari U3 Shah Alam menyusuri lebuh raya pantai timur melalui jalan Jabor-Jerangau dan terus ke Manir di Kampung Beladau Kolam.

Kami sekeluarga bermalam di Kampung Beladau Kolam dan pada petangnya menikmati ikan keli bakar yang diternak oleh saudara saya Azlan. Saya mendapati ikan keli sungai mendapat pasaran yang baik di Terengganu hinggakan bekalan tidak mencukupi untuk memenuhi pasaran !. Anak-anak saya cukup suka makan ikang keli bakar yang telah diperap dalam rempah. Sementara di Kuala Terengganu, saya juga sempat pergi ke Masjid Kristal di Terengganu. Cerita boleh dibaca di blog PERNIAGAAN ONLINE.

Pada keesukkan harinya pada sebelah petang, kami bertolak ke Kelantan dengan menyusuri jalan pesisiran pantai. Jalan ini kurang sibuk dan dapat kita lihat pantai sambil menikmati angin laut. Sepanjang jalan ini juga saya dapati ada kedai menjual keropok lekor dan juga hasilan lain seperti kerepok terutama bila kita dah sampai di Besut.

Menyusuri jalan ini kita akan terus ke Kota Bharu, melalui Tok Bali, Pasir Puteh. Saya juga sempat singgah dipengkalan pendaratan ikan Tok Bali yang tersohor itu. Kami tiba disini waktu dah petang. Walaubagaimanapun masih ada ikan dan sotong dijual disini. Saya dimaklumkan pasar ikan ini dibuka hingga pukul 9 malam.

Saya dapati ikan dan sotong dijual dengan harga berpatutan tapi jika dibanding dengan KL jauh lebih murah dan segar kerana ia merupakan ikan dan sotong yang baru dinaikan daripada laut. Jika anda lalui jalan ini dari Terengganu, tempatnya adalah sebelah kiri jalan sebelum menaiki jambatan yang tinggi.


Ada Ikan adalah Kucing...


Sedapnya ikan keli bakar cecah air asam jawa....


TERMINAL PENDARATAN IKAN TOK BALI PASIR PUTEH KELANTAN




Ini tempat jualan ikan dan hasilan laut segar pada harga berpatutan.


Ini tempat jualan sayur dan makanan lain.


Bot-bot nelayan sedang berlabuh dan mendarat ikan serta hasilan laut yang segar.

Kawasan sekitar lihat video ini...
(maaf ye kamera cap ayam aje..tak berapa terang sebab dah magrib)


Thursday, May 1, 2008

Mesin Penghasil Wang !

Alangkah bahagia jika kita mempunyai mesin penghasil wang. Adakah mesin ini?. Sebenarnya ada cuma kita perlu buat perniagaan. Ini satu daripada mesin yang boleh kita menghasilkan wang. Mesin ini boleh kita guna untuk membungkus pelbagai makanan dan masakan dan kita jual di kedai makan ataupun kantin sekolah.

Pembungkusan makanan dengan mesin ini menjamin makanan bersih, tidak bocor dan dengan ini memudahkan pengguna membeli dan memakan hasil jualan kita. Mesin ini boleh juga kita guna untuk bungkus nasi lemak, lemang, rendang dan kita frozeenkan kemudian jual sebagai makanan sejukbeku ataupun ready to eat meal. Cara guna makanan jenis ini amat mudah, koyak plastik seller yang diatas dan boleh terus masukkan dalam dalam mikrowave kerana bekas yang digunakan itu tahan panas.

Kaedah ini amat sesuai jika anda buat restauran dan membuka cawangan-cawangan. Kita adakan satu ' Centeral Kichen' atau dapur berpusat. Kita masakkan apa-apa lauk, dan isikan dalam bekas. Kemudian frozenkan, bila dah beku kita hantar ke outlet- outlet restoran kita. Bila pelanggan pesan makanan kita, panaskan dengan mikrowave dan hidang kepada pelanggan kita.

Ini merupakan konsep moden restauran sama seperti KFC dan McD. Dengan konsep ini anda jimat untuk menyediakan peralatan bagi setiap restauran anda, kurang tenaga pekerja (tak perlu tukang masak, tukang cuci pinggan dll), lebih bersih. Teknik mudah adalah dengan jual secara pakej atau set. Contoh : set lemang ; lauknya ; rendang (pelbagai pilihan kambing, ayam, daging), lemang, air kopi ; harga RM10.00 contoh..nya...so pengguna dah tahu nak oder apa...

.

Dan jangan lupa kaedah ini juga boleh anda guna buat bungkus ikan keli, so tak de bau hanyir lagi atau air ikan yang akan menitik !....macam boleh buat...Bungkus pekasam, sepat , Talapia dan lain.Cuma kita kena potong sikit bahagian tajam ikan atau udang itu takut tercucuk palstik tembus dan bocor..
Selamat mencuba....

Anda minat ? Hubungi Pembekal;

Vepro Group Sdn Bhd
(613188-X)

Office Address:
No 1, Jalan Serindit 2
Bandar Puchong Jaya
47100 Puchong
Selangor Darul Ehsan

Website:
www.veprogroup.com

Telephone:
03-58825038/48/68

Telefax:
03-58825032

Email:
enquiry@veprogroup.com

Business Enquiries:
Mr Chu Chee Seng (Director)

Products Manufactured:
Robotic System Custom Build Machines, Filling and Packaging Systems, Minerals, Raw Materials (Wollastonite, Brucite), Material Handling and Conveyor Systems, Control Automation Customised Software

Brand Names:
ABB, ENTERPACK, KHS, MELEGARI, PDT, SAMSUNG, V, VBOT, VEPRO, VEPRO, XU YUAN

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu sumbangan daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH NIK WAN
Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terimakasih kepada mereka yang telah memberi dan dengan sumbangan sedemikian dapatlah saya menjalankan pelbagai kajian berkaitan penternakan serta pemasaran ikan keli dan akuakultur untuk saya kongsikan disini.