Saya sentiasa dok pergi bazaar ramadhan kat rumah aje, iaitu di Kampung Melayu Subang ni untuk membeli sedikit juadah berbuka puasa yang menjadi favourite anak - anak saya. Tahun ini hampir kesemua anak - anak saya berpuasa.Anak sulung Najihah 12 tahun, Muhammad 8, Nabihah 7 tahun dan Ai'syah 5 tahun pun semuanya berpuasa penuh setiap hari, cuma Ai'syah yang pernah satu hari berpuasa separuh hari, itu dibukanya pada jam 3 petang. Kerana menghormati anak - anak yang puasa ini, maka saya pada kebiasaanya ke bazaar ramadhan untuk membeli air kelapa muda dan juga murtabak serta kuih tepung pelita yang digemari oleh anak -anak.
Sepanjang saya dok pusing beberapa bazaar ramadhan ini, tak terjumpa pula ikan keli bakar atau pun ikan keli percik dan seangkatan dengan ikan keli. Ini menjadikan saya tertanya-tanya ikan keli ni tak de stok ataupun ikan keli ni harga dah mahal yang menyebabkan peniaga ikan bakar tidak memasukan ikan keli bakar, ikan keli percik ataupun ikan keli salai dalam senarai produk ikan yang mereka jual.
Hari ini merupakan hari ke 22 kita berpuasa dibulan Ramadhan 1430H dan malam ini dah masuk ke malam 23 Ramadhan, dan dibulan Ramadhan ini terdapat malam yang lebih baik daripada 1000 bulan iaitu malam Lailatul Qadar, yang mana amalan kita akan digandakan seumpama beribadat seribu bulan. Saya yakin ramai yang akan mencari malam Lailatul Qadar ini dan malam - malam Lailatul Qadar ini diberitakan ada pada malam - malam yang ganjil di sepuluh malam yang akhir dan malam ini adalah satu daripada malam - malam ganjil itu. Penentuan malam Lailatul Qadar ini hanya Allah s.w.t jua yang tahu sebenarnya namun terdapat sebahagian ulama yang cuma mencarinya dengan pelbagai kaedah.
Satu panduan adalah sebagaimana yang di amalkan oleh Al Iman Ghazali dan lain - lain melalui kaedah penetapan permulaan puasa seperti berikut:-
- Jika permulaan puasa adalah pada hari Isnin maka malam Lailatul Qadar berkemungkinan pada malam 21 Ramadhan.
- Jika permulaan puasa adalah pada hari Selasa atau Jumaat makan malam Lailatul Qadar berkemungkinan pada malam 27 Ramadhan.
- Jika permulaan puasa adalah padahari Khamis maka malam Lailatul Qadar adalah berkemungkinan pada malam25 Ramadhan,
- Jika permulaan puasa adalah pada hari Sabtu, maka malam Lailatulqadar adalah berkemungkinan pada malam 23 Ramadhan.
Oleh itu marilah sama - sama kita tingkatkan amalam beribadat sepanjang sepuluh yang terakhir ini, semuga kita semua beroleh rahmat serta ke ampunan daripada Allah s.w.t sepanjang bulan yang mulia ini.
1 comment:
The online casino of choice for gamblers - Ambien Hoppie
The online casino of choice for gamblers. 온라인 카지노 불법 쇼미더벳 The online casino of choice for gamblers. The online casino of choice for gamblers. The online casino of choice for gamblers.
Post a Comment