Friday, July 3, 2009

Sumber Kewangan Untuk Pembiayaan Projek Pertanian

Untuk memulakan projek atau pun perniagaan, sudah pasti kita perlukan modal ataupun sumber kewangan. Satu daripada cara untuk memperolehi modal adalah dengan membuat pinjaman bank. Baru - baru ini saya ada mendengar taklimat daripada pegawai Agrobank berkaitan dengan pelbagai bentuk pinjaman yang ada disediakan untuk mereka yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian ini,sesuai dengan konsep ' Pertanian adalah Perniagaan'.

Kerajaan telah memperuntukan dana sebanyak RM300 juta untuk Agrobank uruskan dana yang dikenali sebagai ' Pinjaman Mikro Kredit'. Pinjaman maksima untuk program ini adalah sebanyak RM50,000.00 tanpa perlu cagaran serta penjamin !.Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 4 % atas baki bulanan.

Disamping itu juga ada dana pinjaman untuk belia yang turut diuruskan oleh Agrobank,namun begitu borang permohonan perlu di ambil daripada pejabat - pejabat belia yang berhampiran dengan anda.Untuk pinjaman belia ini, aktivinya tidak terhad kepada bidang pertanian sahaja tetapi apa jua jenis perniagaan yang anda minati.

Pihak kerajaan telah pun menyediakan banyak kemudahan untuk anda memulakan perniagaan, oleh itu rebutlah peluang ini.

Kunjungilah Agrobank yang berdekatan dengan anda untuk keterangan lanjut.

3 comments:

Keli Mixkin said...

tipu arghhhh....
aku dah mohon dekat 3 bulan kat agrobank melaka...
die leh kata pegawai g kursus...
x kan semua pegawai g kursus????
nak ade kabel baru dapat cepat....
ikan keli aku dah kurus....
xde $ nak beli makan....

Anonymous said...

Rujuk Harian Metro 3 Ogos melaporkan perkara yang sama...Agrobank ada bagi pinjaman

Nik Wan said...

Tq for info

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu sumbangan daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH NIK WAN
Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terimakasih kepada mereka yang telah memberi dan dengan sumbangan sedemikian dapatlah saya menjalankan pelbagai kajian berkaitan penternakan serta pemasaran ikan keli dan akuakultur untuk saya kongsikan disini.