Saya bertolak daripada Seksyen U3 Shah Alam pada jam 7.00 pagi, melalui jalan Sungai Buloh dan melintasi Hospital Sungai Buloh dan ke lebuhraya utara selatan (PLUS) melalui tol hospital sungai buloh. Laluan ini mudah bagi saya kerana saya tidak perlu tersangkut dalam jam jika saya keluar melalui Tol Sungai Buloh. Memandu sepanjang lebuhraya 3 lorong ni amat menyeronokan terutama dipagi hari. Namun kerana selalu buat kerja outstation ni,saya tahu di R & R Simpang Pulai atau Tapah pasti ada speed trap, walaupun kaki kekadang gatal nak tekan habis pedal minyak, tapi takut RM300 melayang..saya memandu pada kadar 100km/jam aje..ikut aturan.
Untuk ke Cameron Highland jika daripada Kuala Lumpur ini kita boleh naik melalui 2 exit, satu exit Tapah ataupun exit Simpang Pulai. Saya dimaklumkan bahawa jika kita melalui exit Tapah ni, jalan kecik dan banyak bengkang bengkok..oleh itu saya ambil exit Simpang Pulai. Saya keluar tol Simpang Pulai dengan bayaran RM23.00 dan mula mendaki ke Cameron Highland. Memandu waktu pagi ni jimat sikit kot sebab saya tak perlu pasang air con, buka tingkap kereta guna natural air con.
Simpang Pulai ke Berinchang jauhnya lebih kurang 80 km, jalannya lebar..so rasa confident sikit memandu walaupun sebelah kiri tu gaung...mak ooii...Saya tiba di Berinchan yang pada ketinggian lebih kurang 1,800 meter dari aras laut, hari nak hujan cuaca mak ooiii...sejuk gila ..tapi saya dah bawa jaket...namun 'life jaket' tak bawa...naik seorang aje ke Cameron Highland ni demo tugas. Sampai kat atas ni..pening lalat juga aku ni...biasala engine lama..ambik masa lebih kurang 4 jam juga nak sampai..so ini bukan time peak..jalan clear la..cuti sekolah ni aku tak tahu la.
Sebaik tiba dari Berinchan ke Tanah Rata, saya terus join bengkel industri pisang oleh SKM, menarik juga tengok kelebihan pokok pisang ini, buah, jantung, daun, dan batang pisang pun boleh diguna buat produk untuk dijual.
Tinggal dihotel ini lokasinya atas bukit, sedikit jauh daripada pekan tanah rata jika nak turun bukit jalan kaki, nak pekena teh tarik...mmm..susah sikit..kena keluar dengan kereta. Tapi bilik luas namun aircon tak de..he he..sini semua hotel pakai natural aircon la kat Cameron Highland..buka tingkap..aircon hidup la..
No comments:
Post a Comment