Sunday, February 24, 2008

EMAS HIJAU

Pernahkah anda dengar 'Emas Hijau' ?. Saya pun baru pertama kali dengar perkataan ini. Emas hijau adalah gelaran yang diberikan untuk tanaman Vanilla !. Vanilla asli merupakan sejenis perisa makanan yang berasal dari pokok vanilla.

Pokok vanilla adalah dari jenis orkid !. Iannya banyak ditanam di Madagaskar dan juga di Indonesia dan mula diperkenalkan di Malaysia. Pokok vanilla akan hasilkan buah yang mana daripada buah vanilla ini di eksrak atau dikeluarkan perisa vanilla yang banyak kita guna dalam buat ais cream dan kuih muih.

Harganya mampu mencecah USD400/kg ! dan sebab itu di kenali sebagai Emas Hijau !. Permintaan kepada Vanilla asli ini cukup tinggi. Tahukah anda vanilla juga di gunakan dalam proses membuat tayar kereta, untuk mencegah bau getah yang busuk !. Oleh itu tanaman vanilla ade potensi cukup besar untuk ditanam dinegara kita.

Di Malaysia syarikat Rentak Timur Sdn.Bhd sedang menggalakan petani menanam pokok vanilla ini. Sila rujuk web Rentak Timur untuk keterangan lanjut.

No comments:

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu sumbangan daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH NIK WAN
Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terimakasih kepada mereka yang telah memberi dan dengan sumbangan sedemikian dapatlah saya menjalankan pelbagai kajian berkaitan penternakan serta pemasaran ikan keli dan akuakultur untuk saya kongsikan disini.