Tuesday, October 26, 2021

Bela Ikan Talapia Dalam Tangki

Kini kita dah boleh bela ikan talapia guna tangki air saya dirumah kita.. kawan saya dah buat dibelakang rumahnya hanya guna tangki air sahaja..

. .

Sunday, August 17, 2014

CARA MUDAH NAK DAPAT IKAN


Selain membela ikan keli atau ikan-ikan lain,cara senang nak dapat ikan tanpa pelaburan yang besar adalah menangkap ikan samaada di sungai ataupun dilaut.

Hasil tangkapan ikan boleh diguna untuk masakan keluarga atau pun dijual untuk menambah pendapatan.

Saya tertarik dengan dua aktiviti menangkap ikan yang popular iaitu memancing dan juga menjala ikan.

Aktiviti memancing ini amat menyeronokan terutama semasa ikan mula menggigit umpan kita serta masa perlawanan tarik menarik antara kita dan ikan yang dah terkena pancing..

Memancing ini boleh kita lakukan bersama keluarga dan anak - anak.. lihat video ni...


Begitu juga menjala ikan terutama di sungai..cer lihat rezeki kawan kita ni.. 



Friday, October 12, 2012

BERHATI - HATI MEMBELI KELI

Salamsejahtera...pembaca semua..ini mungkin berita lama, namun bila saya baru baca dan terjumpa di internet, saya rasakan perlu untuk dikongsikan..

Lagi pun dah lama saya tak menulis..kerana kesibukkan..kerja harian yang sudah banyak berubah kerana saya sendiri pun dah tak ternak ikan keli secara besar besaran lagi , ada sikit -sikit campur dengan talapia dan patin..




Sunday, February 26, 2012

LAMA TAK JENGUK

Saya dah lama tak jenguk dan menulis dilaman ini kerana sibuk dan ini menyebabkan beberapa perkara berlaku yang paling kurang menarik akaun youtube saya dah diterminate ..tanpa sebab...so video berkaitan ikan keli dah hilang begitu sahaja..

Saya dah hubungi google..dan lihat apa kata mereka..

Monday, July 11, 2011

Kembali Semula Hari Ini

Hari ini saya kembali semula untuk menulis di kelibelada.blogspot.com setelah blog ini diblok akibat sangkutan pada link yang dikatakan mengandungi virus.

Link itu telah saya buang dan Insya Allah blog ini akan berfungsi semula seperti sediakala. Saya sebenar agak sibuk dan tak sempat untuk menulis perkembangan terkini berkaitan industri ikan keli yang suatu masa dahulu hangat dan rancak diperkatakan

Monday, July 4, 2011

Ikan keli belada menghilang

Sudah lama saya tak post tetiba blog ini hilang...sedih nya

Thursday, January 20, 2011

Masa Berlalu Terlalu Pantas ...Dah Empat Tahun Rupanya ..Semenjak Oktober 2007 !

Assalamualaikum dan salamsejahtera ..pembaca semua..hari ini hari cuti Thaipusam diSelangor dan saya tak bekerja la..so apa lagi dok tengok blog dan web yang saya miliki untuk di update ..dan pusing - pusing jumlah satu blog ini yang bagi saya amat penih nostalgia.....Ikan Keli Belada..

Blog ini saya lihat rupanya dah 4 tahun ..sejak saya dan saudara tulis dahulu...Kini blog ini jarang lagi saya up date kerana tak da cerita atau perkembangan yang saya tahu dan boleh dikongsikan..

Blog ini saya wujudkan pada mula - mula saudara saya memulakan penternakan ikan keli di tebing sungai Kuala Terengganu di Kampung Beladau Kolam..Manir..itu sebab blog ni saya namakan BELADA..Pada tahun itu penternakan ikan keli menjadi popular..dan blog saya ini jadi banyak juga orang datang baca..

Namun kini..industri ikan keli semakin kurang diceburi orang...bahkan..amat sedih...saudara saya pun dah tak buat bela ikan keli lagi..walaupun dia ada bela ikan lain....

Bila saya baca balik posting saya yang lalu dan lihat gambar - gambar anak saya....sungguh cepat masa berlalu..2007 - 2010....anak saya pun yang sulong dah masyuk tingkatan satu dan yang bongsu pun dah darjah satu...

Nanti akan saya upload gambar...jumpa lagi...

Tuesday, October 19, 2010

Industri Keli Pupus ?

Saya pun sudah lama tak menulis disini sebab tiada informasi terkini dalam dunia penternakan ikan keli ini. Kalau dulu amat hangat diperkatakan kini..ia telah sejuk umpama salji. Saudara saya sendiri pun dah tak buat penternakan ikan keli lagi kerana kos menternak ikan keli tinggi dan tak mampu nak ditambung dengan harga jualan yang tidak seberapa.

Bagi saya pula , kini telah beralih kepada benda mati yang sentiasa naik harga dan menjadi rebutan ramai.Lain tidaknya adalah berniaga emas bar. Kini perniagaan ini semakin hangat diperkatakan...sertai bersama kami.

Jika minat boleh layari >> http://www.perniagaanemas.com/

Jumpa lagi dilain kali jika ada terkini dalam penternakan ikan keli

Sunday, August 8, 2010

Tinggal Ikan Patin dan Ikan Baung Sahaja

Sudah lama saya tidak menulis diblog ini kerana tumpuan kepada projek menternak ikan keli sungai yang telah dijalankan oleh suadara saya di Kampung Beladau Kolam telah berkurangan.

Industri penternakan ikan keli pada pandangan saya, tidaklah sehangat dahulu. Kos penternakan yang semakin meningkat serta harga permintaan yang tidak mampu menampung kos penternakan mungkin menjadi satu sebab penternakan ikan keli sudah diambang kesuraman.

Baru -baru ini saya ada singgah di Kampung Beladau Kolam, Manir Terengganu untuk bertemu dengan saudara saya yang menternak ikan keli ini. Beliau memaklumkan permintaan terhadap ikan keli ada namun harga kurang menarik yang menjadikan penternak beralih memelihara ikan Patin dan ikan Baung.

Penternakan ikan disini tetap berkembang pesat dengan bilangan peserta menternak ikan sungai bertambah namun fokus utama dah menjadi kepada ikan talapia, ikan baung, ikan patin dan sedikit sahaja ikan keli. Ini kerana permintaan ikan sungai ini tetap ada namun persoalannya adalah harga.




Kolam ikan bertambah namun ikan talapia,ikan patin dan ikan baung yang dipelihara..



Perluasan penternakan ikan tetap dilaksana..makin ramai yang buat ternak ikan sungai ini.



Kawasan penternakan ikan dah semakin luas.



Deretan sangkar ikan dah semakin bertambah..

Tuesday, March 16, 2010

Sudah Lama Ikan Keli Belada

Sudah lama saya tak up date blog ikan keli ini kerana kurang informasi terkini. Industri ikan keli nampaknya dah sejuk sikit kerana telah ramai penternak agaknya. Walaupun ikan laut semakin mahal namun ikan keli nampaknya tak berubah mana harganya. Walaupun kos bela ikan keli semakin meningkat.

Sebenarnya semua kos makin meningkat tak kiralah bela ikan keli ataupun lembu..itu aje setakat ni..

Monday, January 4, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat Tahun Baru 2010 dan hari ini merupakan hari yang pertama kebanyakkan daripada kita masuk kerja untuk tahun 2010. Namun saya masih lagi bercuti kerana urusan persekolahan anak -anak hari pertama.

Tahun baru ini nampaknya menjanjikan lebih baik keadaan ekonomi namun apa yang penting adalah bagaimana dengan ekonomi kita. Penternakan Ikan Keli sepanjang tahun 2009 saya dapati tidak banyak peningkatan dan industri penternakan ikan keli ini agak 'sejuk' sedikit. Saudara saya sendiri pun sudah kurang menternak ikan keli di Terengganu akibat kos makanan yang tinggi serta harga pasaran ikan keli yang kami jual adalah seperti biasa tiada peningkatan. Oleh itu bagi mereka yang baru nak mula menternak ikan keli ini saya berharap anda semua buat kajian semula terutama daripada aspek operasi penternakan serta kos tidak lupa juga pasaran.

Saya lihat pasaran ikan keli kini tak banyak berkembang mungkin kerana telalu ramai penternak ataupun mungkin sebab gaya hidup pengguna yang kuran makan ikan keli secara meluas. Begitu juga hasilan produk samping ikan keli masih lagi kurang mendapat sambutan samaada ikan keli tin, salai dan seumpama. Kemungkinan disebabkan kurangnya aktiviti promosi memakan ikan keli dan hasilannya.

Kini industri yang hangat diperkatakan adalah Burung Walit dan semakin ramai yang berminat. Memang benar sarang burung walit ini amat berharga dan katanya nilai sekilo sarang burung ini mampu mencecah RM4000.00 sekilo !. Namun suka saya kongsi disini adalah penglibatan dalam 'pencerapan' burung walit ini ada risiko juga. Sebabnya kita cuba memikat burung yang liar terbang diudara dengan teknik serta strategi namun burung walit itu terbang bebas, jika burung walit ini tidak terpikat dengan rumah yang kita bina itu..apa nak jadi ?. Oleh itu buatlah kajian yang mendalam berkaitan lokasi dan pelbagai keperluan dalam industri burung walit ini.

Sebab perkara yang sama atau pun serupa tidak menjamin keputusan yang serupa ataupun sama !

Thursday, November 5, 2009

Kilang Ikan Keli Salai

Hari ini merupakan suatu hari yang bertuah bagi saya kerana tanpa perancangan saya telah dapat melawat sebuah kilang membuat ikan keli salai yang terletak di Kuala Selangor. Kilang amat menarik kerana telah mendapat pensijilan HACCP dan sungguh canggih. Semua kerja - kerja memproses ikan keli salai ini dilakukan dengan cukup teliti dan sebahagian besar dijalankan oleh mesin yang amat sesuai untuk memproses ikan keli salai secara moden.

Ikan keli salai yang dihasilkan dipasarkan dalam pek plastik dengan jenama ASELLI yang dikenalikan oleh Syarikat Ace Front Industries Sdn.Bhd dan lokasi kilang ini terletak di No.22 & 24 Jalan Perusahaan 4, Zon Industri IKS, 45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan dan boleh dihubungi ditalian; 03-3289 8388.

Ikan keli salai yang diproses adalah daripada keli organik yang kaya dengan Omega 3 yang amat baik untuk kesihatan kita.Oleh itu dengan menikmati ikan keli salai yang dihasilkan kita juga dapat memastikan kesihatan kita yang baik.

Ikan keli salai ini dipek dalam pek yang turut disertai dengan sos -sos yang sesuai dan popular dengan masakan ikan keli bagi memudahkan pengguna menggunakan produk ini,seperti sos masak lemak cili padi, sos kari dan juga ikan keli ori tanpa sos.

Dapatkan Ikan Keli Salai dipasaran hari ini dan cuba serta nikmati keenakan yang unik ikan keli salai jenama ASELLI hari ini.





Ikan Keli Salai


Ikan Keli Salai Dengan Sos Kari


Ikan Keli Salai Dengan Sos Masak Lemak Cili Padi


Saturday, October 31, 2009

Pelaburan Emas Lebih Menguntungkan Berbanding Pelaburan ASB?

Tahukah anda, bahawa kebanyakan dari kita beranggapan pelaburan di ASB adalah yang paling selamat, dipercayai dan amat menguntungkan.

Jadi, bila ada duit, semuanya kita laburkan di ASB. Dengan keuntungan dividen 8-10% pada setiap tahun, ianya memang LUMAYAN. Labur RM 10,000 dapat untung RM1000! memang untung..

Akan tetapi, jika saya beritahu anda bahawa ada pelaburan lain selain dari ASB yang lebih menguntungkan, anda percaya?

Pelaburan apa? Betul ke ada pelaburan yang lebih menguntungkan dan selamat seperti ASB?

Ya, ada! Iaitu melalui pelaburan EMAS. Sebenarnya pelaburan emas ini sudah wujud lama. Cuma kita saja yang tidak menyedarinya.

Tahukah anda bahawa dengan melabur melalui pelaburan emas, keuntungan yang boleh diperolehi adalah lebih TINGGI.

Bagaimana?

Tahukah anda bahawa harga emas sentiasa menaik dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, dari tahun 2006 ke 2007, dicatatkan kenaikan harga emas adalah sebanyak 33.3%. Wah sangat tinggi bukan? Jika ASB sekalipun, keuntungan paling tinggi yang boleh anda perolehi adalah dalam 10% setahun.

Tetapi pelaburan emas mampu mencapai 2 kali ganda daripada itu. Oleh sebab itu anda perhatikan tokey-tokey emas semakin kaya. Inilah sebabnya!
http://offto.net/infoemas/

Bagaimana hendak melabur dengan emas?

Ianya sungguh mudah. Anda sendiri boleh melabur tanpa menggunakan orang tengah. Anda sendiri yang akan mengawal keuntungan anda.
Terdapat beberapa cara/teknik mudah dalam pelaburan emas ini yang boleh dimulakan oleh anda.

Oleh sebab itulah, satu pendedahan ekslusif mengenai pelaburan emas ini diterbitkan buat pertama kalinya di pasaran Malaysia. Ianya diterbitkan oleh gabungan seorang IM, seorang pelabur emas dan juga seorang pakar pelaburan dalam emas ini.

Jika anda berminat untuk mengetahuinya, sila layari web di bawah.
http://offto.net/infoemas/

Saya sendiri telah bertemu dengan pakar perniagaan emas ini, En.Syukor yang telah menulis buku hebat ni.Ini saya rakamkan disini;

Tuesday, October 13, 2009

Perniagaan Ikan Keli Secara Online

Perniagaan ikan keli secara online, ini antara perkara yang menerjah minda saya pada hari ini. Ini kerana saya lihat dalam zaman internet ini pada pandangan saya semua orang perlu melibatkan diri dalam perniagaan internet ataupun sekurang -kurangnya menojolkan diri dalam arus perdana teknologi maklumat ini. Walaupun apa jua bidang yang kita ceburi, kita perlu ikut perkembangan terkini yang semakin hebat dan menjadi trend zaman moden ini.

Oleh itu bagi saya mereka yang terlibat dalam industri ikan keli ini pun seharusnya melibatkan serta memperlajari serba sedikit perkara yang berkaitan internet ini. Saya memperkatakan begini kerana walaupun kita sibuk dengan urusan menguruskan penternakan ikan keli kita samaada ikan keli kolam,ikan keli sangkar, penternakan ikan keli politank, ikan keli kanvas mahupun penternakan ikan keli sungai, bagi saya kita wajib terlibat dalam bidang internet ini.

Trend sekarang sudah berubah, ingatlah ramai orang dah mula guna internet diseluruh dunia untuk mendapatkan maklumat atau sumber informasi. Jika dahulu jika kita nak cari pembekal ikan keli ataupun pembekal peralatan ikan keli, benih ikan keli, ubat ikan keli, makanan ikan keli dan banyakbenda lagi, maka satu perkara yang kita akan buat adalah rujuk Yellow Page ataupun direktori talipon ataupun kita akan bertanya kepada penternak ikan keli yang sedia ada dimana mereka mendapat bekalan itu dan ini.

Namun begitu tempat kita bertanya yakni penternak ikan keli yang sediaada itu bagi saya tertakluk kepada rezeki kita. Ada penternak ikan keli yang baik hati dan jujur akan beritahulah kata mana nak beli benih ikan keli ataupun makanan ikan keli dan lain - lain perkara yang berkaitan dengan ikan keli ini, namun jika nasib kita tak berapa elok, ada juga penternak ikan keli ini tak akan beri tahu apa - apa pun kerana bagi mereka anda mungkin bakal pesaing yang mampu menggugat perniagaan ikan keli yang sedang mereka usahakan, tidak gitu ?.

Bila zaman telah berubah serta kemudahan telah banyak maka internet telah berupaya mengatasi banyak masaalah dalam kita mencari maklumat ini. Pada hari ini jika kita nak maklumat berkaitan penternak ikan keli, benih ikan keli, makanan ikan keli, sangkar ikan keli, kita akan pergi ke internet ataupun paling mudah sibercafe yang berdekatan, kita online dan kita tekan kat google search itu perkataan atau informasi yang kita nak maka akan keluarlah sumber yang berkaitan maklumat yang kita nak cari itu. Tak percaya cuba try ni;







Google
















Sebab itu amat penting kita sebagai penternak ikan keli ataupun mereka yang terlibat dalam apa jua industri melibatkan juga dalam perkara berkaitan dengan intenet ini.

@ Perniagaan Ikan Keli Belada..........bersambung

Monday, September 28, 2009

Ikan Keli Belada : Perjalanan Balik Ke Kota Bharu Part 2

Ikeli Belada pada hari ini akan menyambung cerita perjalanan team ikan keli belada balik beraya di Kota Bharu.

Sunday, September 27, 2009

Ikan Keli Belada : Perjalanan Balik Ke Kota Bharu


Ikan keli belada hari ini akan berkongsi pengalaman saya balik berhari raya ke Kota Bharu melalui lebuh raya pantai timur.

Thursday, September 24, 2009

Kembali kerumah di U3 Shah Alam

Semalam saya telah bertolak balik dari kampung kubang palas luar, wakaf baru balik semula ke U3 Shah Alam setelah berhari raya di Kelantan. Saya bertolak balik ke Kota Bharu pada 17 September 2009, jam 11 malam bagi merebut peluang tol percuma yang diberikan oleh pihak lebuh raya pantai timur...jimat RM29.00. Saya balik melalui lebuh raya pantai timur melalui Terengganu, setelah melepasi tol Gombak terus memasuki Lebuh Raya Pantai Timur hingga ke tol Jabur.

Selepas tol Jabur yang bermula ditol Karak mengambil mengambil masa 2 jam 1/2, dengan kadar pemanduan 100km/jam. Keluar sahaja tol Jabur terus memasuki jalan Jabur - Rengau terus ke Ajil dan melalui Sungai Tong terus ke Bandar Permaisuri kemudian menyusuri Jertih terus ke Kota Bharu di awal pagi. Jarak perjalanan lebih kurang 700 km. Sepanjang perjalan yang sejuk dengan hujan turun renyai-renyai disesetengah tempat. Jalan - jalan ini sesuai untuk dilalui kerana jalan elok maklumlah sebahagiannya merentasi Felda Jerangau dan Ketengah. Tiba dirumah jam 9 pagi dan saya sengaja memilih jalan melalu Terengganu ini bagi mengelak kesesakan jika melalui jalan KL - Gua Musang yang sentiasa sesak terutama bila melalui bandar Bentong, Raub, Gua Musang, Kuala Krai. Bagi saya biar perjalanan jauh namun tak sakit kaki dan kepala akibat terperangkap kereta tak bergerak di perjalanan KL- Gua Musang yang semakin kerap terjadi.

Balik awal dan sempat berpuasa 2 hari di Kota Bharu, sambil meninjau kedai serta bazar Ramdhan di Kota Bharu serta di Wakaf Baru. Saya ada ke Paloh beli percik ayam kegemaran isteri berhadapan dengan Butik Batik yang penuh dengan peminat percik tersendiri. Harga ayam percik pun boleh tahan juga RM12.00 satu 'perange' (Bahasa Kelate). Percik ikan keli tak de nampak di jual dimana - mana tempat bazaar ini.Tak dijual dipeniaga percik ataupun memang ikan keli tidak menjadi pilihan hidangan berbuka puasa di Kelantan tak tahu lah saya.

Sepanjang hari raya banyak rumah dilawati dan ada jua buat reunion pelajar teknologi makanan ITM..adalah berapa kawan datang dirumah kawan.

Ini video hari raya di rumah arwah bonda

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Puasa 1430H

Dikesempatan ini saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan dipohon maaf zahir batin kepada semua pembaca blog Ikan Keli Belada. Saya akan balik ke Kelantan pada malam ini dan bercadang melalui LebuhrayaPantai Timur melalui Jabor - Jerangau dan terus ke Sg Tong kemudian melalui Bandar Permaisuri - Penarik - Kg.Raja - Kuala Besut terus ke Tok Bali dan Bachok dan ke Kota Bharu.

Mohon didoakan perjalanan ini selamat dan dipermudahkan. Saya akan bertolak malam bagi elak kesesakan serta katanya tol free lepas jam 12 malam - 5 pagi lebuh raya pantai timur ini. Perjalanan pulang berhari raya ini akan saya kongsikan melalui tulisan akan datang , insya Allah..Juga saya akan tinjau pasaran ikan keli di Kota Bharu terutama dihari terakhir berpuasa.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430 H @ 2009

Ikan Keli Belada

Sunday, September 13, 2009

Menjejak Malam Lailatul Qadar 1430 H ( 2009): Hari Pagi 23 Ramadhan

Hari ini adalah Ahad 23 Ramadhan 1430 H bersamaan 13 September 2009, cuaca pada hari ini tak berapa panas tapi terasa panas juga. Sehingga kini telah 23 hari kita berpuasa dan insya Allah pada hari minggu hadapan berhari raya kita pada tahun ini, namun pastikan Zakat Fitrah ditunaikan sebelum solat sunat Aidul fitri.

Petang semalam seperti biasa saya berkunjung kesebuah bazaar ramdhan di Subang Bestari yang telah bertukar menjadi pasar malam al maklumlah tapak asalnya adalah tapak pasar malam. Pusing punya punsing jumpa lah satu gerai yang jual ikan bakar dan ini termasuk ikan keli bakar. Namun ikan keli bakar itu berlada atau dengan nama ringkas ikan keli berlada bakar. Teringin nak beli namun bila lihat lada ataupun cili pada ikan keli itu banyak dan saya yakin ikan keli bakar ini sudah pasti pedas maka tak jadi saya beli ikan keli bakar itu, bimbang makan pedas nanti sakit perut, dan tak sempat ke terawih walaupun hati saya rasa minat nak beli ikan keli bakar.

Sebelah malam pergi terawih dan celahan terawih ada tazkirah, ustaz jemputan ada memberikan sedikit petua kepada para jemaah antaranya,

  1. Jika ada anak - anak nakal, baca surah thoha ayat 1 - 4, tiup pada umbun kepalanya waktu anak tidur.
  2. Sentiasa sampaikan salam yang sempurna, insya Allah ada keberkatan.Masuk rumah beri salam.
  3. Ini yang menarik sedikit perhatian, kata ustaz jika ada pasangan suami isteri yang masih belum dapat anak, suami adalah digalakan simpan janggut...insya Allah akan dikurniakan cahaya mata..itu yang ustaz itu katakan....

Saturday, September 12, 2009

Menjejak Malam Lailatul Qadar 1430 H ( 2009)

Salam sejahtera, saya sebenarnya sudah lama tak menulis di blog Ikan Keli Belada ini, al maklumlah bulan puasa ni kita sibuk lain macam. Bulan puasa sudah pasti jadual hidup pun berubah sikit sebanyak. Ini terutama selepas solat asar ataupun pun petang, dah pasti bazaar ramadhan pasti dikunjungi.

Saya sentiasa dok pergi bazaar ramadhan kat rumah aje, iaitu di Kampung Melayu Subang ni untuk membeli sedikit juadah berbuka puasa yang menjadi favourite anak - anak saya. Tahun ini hampir kesemua anak - anak saya berpuasa.Anak sulung Najihah 12 tahun, Muhammad 8, Nabihah 7 tahun dan Ai'syah 5 tahun pun semuanya berpuasa penuh setiap hari, cuma Ai'syah yang pernah satu hari berpuasa separuh hari, itu dibukanya pada jam 3 petang. Kerana menghormati anak - anak yang puasa ini, maka saya pada kebiasaanya ke bazaar ramadhan untuk membeli air kelapa muda dan juga murtabak serta kuih tepung pelita yang digemari oleh anak -anak.

Sepanjang saya dok pusing beberapa bazaar ramadhan ini, tak terjumpa pula ikan keli bakar atau pun ikan keli percik dan seangkatan dengan ikan keli. Ini menjadikan saya tertanya-tanya ikan keli ni tak de stok ataupun ikan keli ni harga dah mahal yang menyebabkan peniaga ikan bakar tidak memasukan ikan keli bakar, ikan keli percik ataupun ikan keli salai dalam senarai produk ikan yang mereka jual.

Hari ini merupakan hari ke 22 kita berpuasa dibulan Ramadhan 1430H dan malam ini dah masuk ke malam 23 Ramadhan, dan dibulan Ramadhan ini terdapat malam yang lebih baik daripada 1000 bulan iaitu malam Lailatul Qadar, yang mana amalan kita akan digandakan seumpama beribadat seribu bulan. Saya yakin ramai yang akan mencari malam Lailatul Qadar ini dan malam - malam Lailatul Qadar ini diberitakan ada pada malam - malam yang ganjil di sepuluh malam yang akhir dan malam ini adalah satu daripada malam - malam ganjil itu. Penentuan malam Lailatul Qadar ini hanya Allah s.w.t jua yang tahu sebenarnya namun terdapat sebahagian ulama yang cuma mencarinya dengan pelbagai kaedah.

Satu panduan adalah sebagaimana yang di amalkan oleh Al Iman Ghazali dan lain - lain melalui kaedah penetapan permulaan puasa seperti berikut:-

  1. Jika permulaan puasa adalah pada hari Isnin maka malam Lailatul Qadar berkemungkinan pada malam 21 Ramadhan.
  2. Jika permulaan puasa adalah pada hari Selasa atau Jumaat makan malam Lailatul Qadar berkemungkinan pada malam 27 Ramadhan.
  3. Jika permulaan puasa adalah padahari Khamis maka malam Lailatul Qadar adalah berkemungkinan pada malam25 Ramadhan,
  4. Jika permulaan puasa adalah pada hari Sabtu, maka malam Lailatulqadar adalah berkemungkinan pada malam 23 Ramadhan.
Jika dilihat pada bulan Ramadhan tahun 1430H tahun ini bermula pada hari Sabtu maka adalah berkemungkinan malam LailatulQadar ini pada malam 23 Ramadhan 1430 H yang bersamaan 12 September 2009 Hari Sabtu ataupun pada malam ini !.

Oleh itu marilah sama - sama kita tingkatkan amalam beribadat sepanjang sepuluh yang terakhir ini, semuga kita semua beroleh rahmat serta ke ampunan daripada Allah s.w.t sepanjang bulan yang mulia ini.

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu sumbangan daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH NIK WAN
Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terimakasih kepada mereka yang telah memberi dan dengan sumbangan sedemikian dapatlah saya menjalankan pelbagai kajian berkaitan penternakan serta pemasaran ikan keli dan akuakultur untuk saya kongsikan disini.