Monday, January 4, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat Tahun Baru 2010 dan hari ini merupakan hari yang pertama kebanyakkan daripada kita masuk kerja untuk tahun 2010. Namun saya masih lagi bercuti kerana urusan persekolahan anak -anak hari pertama.

Tahun baru ini nampaknya menjanjikan lebih baik keadaan ekonomi namun apa yang penting adalah bagaimana dengan ekonomi kita. Penternakan Ikan Keli sepanjang tahun 2009 saya dapati tidak banyak peningkatan dan industri penternakan ikan keli ini agak 'sejuk' sedikit. Saudara saya sendiri pun sudah kurang menternak ikan keli di Terengganu akibat kos makanan yang tinggi serta harga pasaran ikan keli yang kami jual adalah seperti biasa tiada peningkatan. Oleh itu bagi mereka yang baru nak mula menternak ikan keli ini saya berharap anda semua buat kajian semula terutama daripada aspek operasi penternakan serta kos tidak lupa juga pasaran.

Saya lihat pasaran ikan keli kini tak banyak berkembang mungkin kerana telalu ramai penternak ataupun mungkin sebab gaya hidup pengguna yang kuran makan ikan keli secara meluas. Begitu juga hasilan produk samping ikan keli masih lagi kurang mendapat sambutan samaada ikan keli tin, salai dan seumpama. Kemungkinan disebabkan kurangnya aktiviti promosi memakan ikan keli dan hasilannya.

Kini industri yang hangat diperkatakan adalah Burung Walit dan semakin ramai yang berminat. Memang benar sarang burung walit ini amat berharga dan katanya nilai sekilo sarang burung ini mampu mencecah RM4000.00 sekilo !. Namun suka saya kongsi disini adalah penglibatan dalam 'pencerapan' burung walit ini ada risiko juga. Sebabnya kita cuba memikat burung yang liar terbang diudara dengan teknik serta strategi namun burung walit itu terbang bebas, jika burung walit ini tidak terpikat dengan rumah yang kita bina itu..apa nak jadi ?. Oleh itu buatlah kajian yang mendalam berkaitan lokasi dan pelbagai keperluan dalam industri burung walit ini.

Sebab perkara yang sama atau pun serupa tidak menjamin keputusan yang serupa ataupun sama !

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu sumbangan daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH NIK WAN
Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terimakasih kepada mereka yang telah memberi dan dengan sumbangan sedemikian dapatlah saya menjalankan pelbagai kajian berkaitan penternakan serta pemasaran ikan keli dan akuakultur untuk saya kongsikan disini.