Tuesday, October 19, 2010

Industri Keli Pupus ?

Saya pun sudah lama tak menulis disini sebab tiada informasi terkini dalam dunia penternakan ikan keli ini. Kalau dulu amat hangat diperkatakan kini..ia telah sejuk umpama salji. Saudara saya sendiri pun dah tak buat penternakan ikan keli lagi kerana kos menternak ikan keli tinggi dan tak mampu nak ditambung dengan harga jualan yang tidak seberapa.

Bagi saya pula , kini telah beralih kepada benda mati yang sentiasa naik harga dan menjadi rebutan ramai.Lain tidaknya adalah berniaga emas bar. Kini perniagaan ini semakin hangat diperkatakan...sertai bersama kami.

Jika minat boleh layari >> http://www.perniagaanemas.com/

Jumpa lagi dilain kali jika ada terkini dalam penternakan ikan keli

Sunday, August 8, 2010

Tinggal Ikan Patin dan Ikan Baung Sahaja

Sudah lama saya tidak menulis diblog ini kerana tumpuan kepada projek menternak ikan keli sungai yang telah dijalankan oleh suadara saya di Kampung Beladau Kolam telah berkurangan.

Industri penternakan ikan keli pada pandangan saya, tidaklah sehangat dahulu. Kos penternakan yang semakin meningkat serta harga permintaan yang tidak mampu menampung kos penternakan mungkin menjadi satu sebab penternakan ikan keli sudah diambang kesuraman.

Baru -baru ini saya ada singgah di Kampung Beladau Kolam, Manir Terengganu untuk bertemu dengan saudara saya yang menternak ikan keli ini. Beliau memaklumkan permintaan terhadap ikan keli ada namun harga kurang menarik yang menjadikan penternak beralih memelihara ikan Patin dan ikan Baung.

Penternakan ikan disini tetap berkembang pesat dengan bilangan peserta menternak ikan sungai bertambah namun fokus utama dah menjadi kepada ikan talapia, ikan baung, ikan patin dan sedikit sahaja ikan keli. Ini kerana permintaan ikan sungai ini tetap ada namun persoalannya adalah harga.




Kolam ikan bertambah namun ikan talapia,ikan patin dan ikan baung yang dipelihara..



Perluasan penternakan ikan tetap dilaksana..makin ramai yang buat ternak ikan sungai ini.



Kawasan penternakan ikan dah semakin luas.



Deretan sangkar ikan dah semakin bertambah..

Tuesday, March 16, 2010

Sudah Lama Ikan Keli Belada

Sudah lama saya tak up date blog ikan keli ini kerana kurang informasi terkini. Industri ikan keli nampaknya dah sejuk sikit kerana telah ramai penternak agaknya. Walaupun ikan laut semakin mahal namun ikan keli nampaknya tak berubah mana harganya. Walaupun kos bela ikan keli semakin meningkat.

Sebenarnya semua kos makin meningkat tak kiralah bela ikan keli ataupun lembu..itu aje setakat ni..

Monday, January 4, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat Tahun Baru 2010 dan hari ini merupakan hari yang pertama kebanyakkan daripada kita masuk kerja untuk tahun 2010. Namun saya masih lagi bercuti kerana urusan persekolahan anak -anak hari pertama.

Tahun baru ini nampaknya menjanjikan lebih baik keadaan ekonomi namun apa yang penting adalah bagaimana dengan ekonomi kita. Penternakan Ikan Keli sepanjang tahun 2009 saya dapati tidak banyak peningkatan dan industri penternakan ikan keli ini agak 'sejuk' sedikit. Saudara saya sendiri pun sudah kurang menternak ikan keli di Terengganu akibat kos makanan yang tinggi serta harga pasaran ikan keli yang kami jual adalah seperti biasa tiada peningkatan. Oleh itu bagi mereka yang baru nak mula menternak ikan keli ini saya berharap anda semua buat kajian semula terutama daripada aspek operasi penternakan serta kos tidak lupa juga pasaran.

Saya lihat pasaran ikan keli kini tak banyak berkembang mungkin kerana telalu ramai penternak ataupun mungkin sebab gaya hidup pengguna yang kuran makan ikan keli secara meluas. Begitu juga hasilan produk samping ikan keli masih lagi kurang mendapat sambutan samaada ikan keli tin, salai dan seumpama. Kemungkinan disebabkan kurangnya aktiviti promosi memakan ikan keli dan hasilannya.

Kini industri yang hangat diperkatakan adalah Burung Walit dan semakin ramai yang berminat. Memang benar sarang burung walit ini amat berharga dan katanya nilai sekilo sarang burung ini mampu mencecah RM4000.00 sekilo !. Namun suka saya kongsi disini adalah penglibatan dalam 'pencerapan' burung walit ini ada risiko juga. Sebabnya kita cuba memikat burung yang liar terbang diudara dengan teknik serta strategi namun burung walit itu terbang bebas, jika burung walit ini tidak terpikat dengan rumah yang kita bina itu..apa nak jadi ?. Oleh itu buatlah kajian yang mendalam berkaitan lokasi dan pelbagai keperluan dalam industri burung walit ini.

Sebab perkara yang sama atau pun serupa tidak menjamin keputusan yang serupa ataupun sama !

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu sumbangan daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH NIK WAN
Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terimakasih kepada mereka yang telah memberi dan dengan sumbangan sedemikian dapatlah saya menjalankan pelbagai kajian berkaitan penternakan serta pemasaran ikan keli dan akuakultur untuk saya kongsikan disini.