Monday, September 28, 2009

Ikan Keli Belada : Perjalanan Balik Ke Kota Bharu Part 2

Ikeli Belada pada hari ini akan menyambung cerita perjalanan team ikan keli belada balik beraya di Kota Bharu.

Sunday, September 27, 2009

Ikan Keli Belada : Perjalanan Balik Ke Kota Bharu


Ikan keli belada hari ini akan berkongsi pengalaman saya balik berhari raya ke Kota Bharu melalui lebuh raya pantai timur.

Thursday, September 24, 2009

Kembali kerumah di U3 Shah Alam

Semalam saya telah bertolak balik dari kampung kubang palas luar, wakaf baru balik semula ke U3 Shah Alam setelah berhari raya di Kelantan. Saya bertolak balik ke Kota Bharu pada 17 September 2009, jam 11 malam bagi merebut peluang tol percuma yang diberikan oleh pihak lebuh raya pantai timur...jimat RM29.00. Saya balik melalui lebuh raya pantai timur melalui Terengganu, setelah melepasi tol Gombak terus memasuki Lebuh Raya Pantai Timur hingga ke tol Jabur.

Selepas tol Jabur yang bermula ditol Karak mengambil mengambil masa 2 jam 1/2, dengan kadar pemanduan 100km/jam. Keluar sahaja tol Jabur terus memasuki jalan Jabur - Rengau terus ke Ajil dan melalui Sungai Tong terus ke Bandar Permaisuri kemudian menyusuri Jertih terus ke Kota Bharu di awal pagi. Jarak perjalanan lebih kurang 700 km. Sepanjang perjalan yang sejuk dengan hujan turun renyai-renyai disesetengah tempat. Jalan - jalan ini sesuai untuk dilalui kerana jalan elok maklumlah sebahagiannya merentasi Felda Jerangau dan Ketengah. Tiba dirumah jam 9 pagi dan saya sengaja memilih jalan melalu Terengganu ini bagi mengelak kesesakan jika melalui jalan KL - Gua Musang yang sentiasa sesak terutama bila melalui bandar Bentong, Raub, Gua Musang, Kuala Krai. Bagi saya biar perjalanan jauh namun tak sakit kaki dan kepala akibat terperangkap kereta tak bergerak di perjalanan KL- Gua Musang yang semakin kerap terjadi.

Balik awal dan sempat berpuasa 2 hari di Kota Bharu, sambil meninjau kedai serta bazar Ramdhan di Kota Bharu serta di Wakaf Baru. Saya ada ke Paloh beli percik ayam kegemaran isteri berhadapan dengan Butik Batik yang penuh dengan peminat percik tersendiri. Harga ayam percik pun boleh tahan juga RM12.00 satu 'perange' (Bahasa Kelate). Percik ikan keli tak de nampak di jual dimana - mana tempat bazaar ini.Tak dijual dipeniaga percik ataupun memang ikan keli tidak menjadi pilihan hidangan berbuka puasa di Kelantan tak tahu lah saya.

Sepanjang hari raya banyak rumah dilawati dan ada jua buat reunion pelajar teknologi makanan ITM..adalah berapa kawan datang dirumah kawan.

Ini video hari raya di rumah arwah bonda

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Puasa 1430H

Dikesempatan ini saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan dipohon maaf zahir batin kepada semua pembaca blog Ikan Keli Belada. Saya akan balik ke Kelantan pada malam ini dan bercadang melalui LebuhrayaPantai Timur melalui Jabor - Jerangau dan terus ke Sg Tong kemudian melalui Bandar Permaisuri - Penarik - Kg.Raja - Kuala Besut terus ke Tok Bali dan Bachok dan ke Kota Bharu.

Mohon didoakan perjalanan ini selamat dan dipermudahkan. Saya akan bertolak malam bagi elak kesesakan serta katanya tol free lepas jam 12 malam - 5 pagi lebuh raya pantai timur ini. Perjalanan pulang berhari raya ini akan saya kongsikan melalui tulisan akan datang , insya Allah..Juga saya akan tinjau pasaran ikan keli di Kota Bharu terutama dihari terakhir berpuasa.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430 H @ 2009

Ikan Keli Belada

Sunday, September 13, 2009

Menjejak Malam Lailatul Qadar 1430 H ( 2009): Hari Pagi 23 Ramadhan

Hari ini adalah Ahad 23 Ramadhan 1430 H bersamaan 13 September 2009, cuaca pada hari ini tak berapa panas tapi terasa panas juga. Sehingga kini telah 23 hari kita berpuasa dan insya Allah pada hari minggu hadapan berhari raya kita pada tahun ini, namun pastikan Zakat Fitrah ditunaikan sebelum solat sunat Aidul fitri.

Petang semalam seperti biasa saya berkunjung kesebuah bazaar ramdhan di Subang Bestari yang telah bertukar menjadi pasar malam al maklumlah tapak asalnya adalah tapak pasar malam. Pusing punya punsing jumpa lah satu gerai yang jual ikan bakar dan ini termasuk ikan keli bakar. Namun ikan keli bakar itu berlada atau dengan nama ringkas ikan keli berlada bakar. Teringin nak beli namun bila lihat lada ataupun cili pada ikan keli itu banyak dan saya yakin ikan keli bakar ini sudah pasti pedas maka tak jadi saya beli ikan keli bakar itu, bimbang makan pedas nanti sakit perut, dan tak sempat ke terawih walaupun hati saya rasa minat nak beli ikan keli bakar.

Sebelah malam pergi terawih dan celahan terawih ada tazkirah, ustaz jemputan ada memberikan sedikit petua kepada para jemaah antaranya,

  1. Jika ada anak - anak nakal, baca surah thoha ayat 1 - 4, tiup pada umbun kepalanya waktu anak tidur.
  2. Sentiasa sampaikan salam yang sempurna, insya Allah ada keberkatan.Masuk rumah beri salam.
  3. Ini yang menarik sedikit perhatian, kata ustaz jika ada pasangan suami isteri yang masih belum dapat anak, suami adalah digalakan simpan janggut...insya Allah akan dikurniakan cahaya mata..itu yang ustaz itu katakan....

Saturday, September 12, 2009

Menjejak Malam Lailatul Qadar 1430 H ( 2009)

Salam sejahtera, saya sebenarnya sudah lama tak menulis di blog Ikan Keli Belada ini, al maklumlah bulan puasa ni kita sibuk lain macam. Bulan puasa sudah pasti jadual hidup pun berubah sikit sebanyak. Ini terutama selepas solat asar ataupun pun petang, dah pasti bazaar ramadhan pasti dikunjungi.

Saya sentiasa dok pergi bazaar ramadhan kat rumah aje, iaitu di Kampung Melayu Subang ni untuk membeli sedikit juadah berbuka puasa yang menjadi favourite anak - anak saya. Tahun ini hampir kesemua anak - anak saya berpuasa.Anak sulung Najihah 12 tahun, Muhammad 8, Nabihah 7 tahun dan Ai'syah 5 tahun pun semuanya berpuasa penuh setiap hari, cuma Ai'syah yang pernah satu hari berpuasa separuh hari, itu dibukanya pada jam 3 petang. Kerana menghormati anak - anak yang puasa ini, maka saya pada kebiasaanya ke bazaar ramadhan untuk membeli air kelapa muda dan juga murtabak serta kuih tepung pelita yang digemari oleh anak -anak.

Sepanjang saya dok pusing beberapa bazaar ramadhan ini, tak terjumpa pula ikan keli bakar atau pun ikan keli percik dan seangkatan dengan ikan keli. Ini menjadikan saya tertanya-tanya ikan keli ni tak de stok ataupun ikan keli ni harga dah mahal yang menyebabkan peniaga ikan bakar tidak memasukan ikan keli bakar, ikan keli percik ataupun ikan keli salai dalam senarai produk ikan yang mereka jual.

Hari ini merupakan hari ke 22 kita berpuasa dibulan Ramadhan 1430H dan malam ini dah masuk ke malam 23 Ramadhan, dan dibulan Ramadhan ini terdapat malam yang lebih baik daripada 1000 bulan iaitu malam Lailatul Qadar, yang mana amalan kita akan digandakan seumpama beribadat seribu bulan. Saya yakin ramai yang akan mencari malam Lailatul Qadar ini dan malam - malam Lailatul Qadar ini diberitakan ada pada malam - malam yang ganjil di sepuluh malam yang akhir dan malam ini adalah satu daripada malam - malam ganjil itu. Penentuan malam Lailatul Qadar ini hanya Allah s.w.t jua yang tahu sebenarnya namun terdapat sebahagian ulama yang cuma mencarinya dengan pelbagai kaedah.

Satu panduan adalah sebagaimana yang di amalkan oleh Al Iman Ghazali dan lain - lain melalui kaedah penetapan permulaan puasa seperti berikut:-

  1. Jika permulaan puasa adalah pada hari Isnin maka malam Lailatul Qadar berkemungkinan pada malam 21 Ramadhan.
  2. Jika permulaan puasa adalah pada hari Selasa atau Jumaat makan malam Lailatul Qadar berkemungkinan pada malam 27 Ramadhan.
  3. Jika permulaan puasa adalah padahari Khamis maka malam Lailatul Qadar adalah berkemungkinan pada malam25 Ramadhan,
  4. Jika permulaan puasa adalah pada hari Sabtu, maka malam Lailatulqadar adalah berkemungkinan pada malam 23 Ramadhan.
Jika dilihat pada bulan Ramadhan tahun 1430H tahun ini bermula pada hari Sabtu maka adalah berkemungkinan malam LailatulQadar ini pada malam 23 Ramadhan 1430 H yang bersamaan 12 September 2009 Hari Sabtu ataupun pada malam ini !.

Oleh itu marilah sama - sama kita tingkatkan amalam beribadat sepanjang sepuluh yang terakhir ini, semuga kita semua beroleh rahmat serta ke ampunan daripada Allah s.w.t sepanjang bulan yang mulia ini.

Saturday, September 5, 2009

Rahsia Terbaru Menternak Ikan Keli Menguntungkan !


Inovasi dan pembaharuan dalam penternakan ikan keli mampu menghasilkan mampu memberikan pulangan yang lumayan kepada penternak ikan keli. Kini rahsia inovasi dalam penternakan ikan keli ini telah dibongkarkan oleh En. Abd.Rahman Jamaan dalam sebuah ebuku yang bertajuk Panduan Pembenihan dan Penternakkan Ikan Keli. Ebuku ini akan membimbing anda kaedah pembenihan dan penternakan ikan keli dengan teratur dan seterus memberikan pengetahuan yang luas teknik untuk menghasilkan anak benih sendiri dan ini memastikan dapat menjimatkan kos serta memastikan bekalan benih ikan keli sentiasa mencukupi untuk keperluan penternakan anda. Penghasilan benih anak ikan keli perlu diketahui oleh penternak ikan keli jika tidak akan sentiasa bergantungan dengan pembekal benih anak ikan keli.

Cuba anda bayangkan , jika anda telah ada market untuk pasaran ikan keli anda, tiba - tiba anda tiada stok atau tidak mendapat benih anak ikan keli daripada pembekal anda, bagaimana anda hendak meneruskan perniagaan ikan keli anda. Ataupun harga benih yang dijual terlalu mahal yang menjadikan kos penternakan ikan keli anda tidak lagi mengguntungkan anda. Ingatlah benih anak ikan keli bukan barangan kawalan kerajaan, pastikan anda tidak dimanipulasikan dalam industri keli ini.

Disamping itu juga ebuku ini menerangkan bagaimana ikan keli hanya diberikan makanan organik sekali dalam tempoh 3 bulan dan mampu menjimatkan kos dan pulangan yang lumayan. Oleh itu bagi mereka yang bercadang untuk menternak ikan keli dengan kaedah terkini serta menguntungkan, saya syorkan kepada anda memiliki buku ini.

Klik di sini untuk mendapatkan >>>>>> PANDUAN MENTERNAK IKAN KELI <<<<<<

Panduan menternak ikan keli.

Thursday, September 3, 2009

Pelaburan Dalam Industri Ikan Keli atau Emas ?

Penternakan ikan keli semakin rancak dan hingga kini telah pula muncul beberapa syarikat yang menawarkan pelaburan dalam pemeliharaan ikan keli. Skim pelaburan dalam penternakan ikan keli ini pernah saya baca dalam sebuah akhbar, yang menjanjikan pulangan jika kita bersedia nak menternak ikan keli tanpa perlu ' main kotor' atau di sengat ikan keli. Saya sendiri tak berapa faham konsepnya..mungkin konsep upah menternak ikan keli yang diguna pakai dalam sistem ini.

Namun bagi saya bila ada unsur ambil duit sebagai pelaburan,kita semua perlu berhati - hati kerana ada peraturan yang melarang syarikat ataupun individu kutip wang seperti pelaburan ini. Sebab sebelum ini ada pelbagai syarikat yang telah beroperasi sedemikian..last - last dimaklumkan diserbu oleh BNM...yang lingkup adalah pelabur juga.

Bagi saya untuk meraka yang ada duit tunai yang banyak boleh cuba melabur dalam emas yang kini amat mengguntungkan. Ini saya berlaku pada diri saya sendiri dimana diawal perkahwinan saya dahulu saya ada beli seutas gelang emas untuk isteri yang pada masa itu tahun 1997 berharga lebih kurang RM1300.00 sahaja dengan harga emas RM43.00/gram dan kini dengan kenaikan harga emas RM130.00/gram barang emas yang saya miliki itu telah melambung naik keharga lebih kurang RM3000.00 lebih !. Jika pada masa itu RM1300.00 saya simpan dalam bank ataupun dalam ASB sekali pun peningkatan tak mungkin setinggi ini. Oleh itu bagi yang sedang mencari jalan untuk menambah kekayaan untuk jangka masa yang panjang cuba lihat pelaburan dalam emas ini. Namun jika anda ingin tambah pendapatan dengan emas , carilah ilmu yang berkaitan dengan pelaburan emas ini

Oleh itu saya mencadangkan anda memiliki buku rahsia pelaburan emas ini dengan KLIK: RAHSIA DUIT DENGAN EMAS

Pelaburan dalam emas menjanjikan pulangan yang lumayan dan terjamin dengan purata kenaikan lebih kurang 20% setahun walaupun keadaan inflasi sekali pun.

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu sumbangan daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH NIK WAN
Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terimakasih kepada mereka yang telah memberi dan dengan sumbangan sedemikian dapatlah saya menjalankan pelbagai kajian berkaitan penternakan serta pemasaran ikan keli dan akuakultur untuk saya kongsikan disini.