Sunday, May 31, 2009

Jimat Kos Menternak Ikan Keli Dengan Teknik Pro Asli

Makanan pelet merupakan faktor utama kos penternakan ikan keli, namun begitu satu teknologi baru penjimatan makanan ikan keli telah ditemui iaitu kaedah Pro-Asli.Saya terbaca kaedah ini dalam Utusan Malaysia online yang saya petik:

"Sepanjang bengkel tersebut, peserta telah didedahkan kepada dua teknik ternakan iaitu ternakan kaedah konvensional yang menggunakan makanan pelet 100 peratus dan ternakan kaedah Pro-Asli yang dapat mengurangkan kadar pemberian pelet atau tanpa pelet mengikut skala ternakan yang dijalankan.

Menerusi slot pertama, tumpuan lebih kepada ternakan konvensional termasuklah penyediaan kolam ternakan, penyediaan air, benih, teknik pemberian makanan, pengiraan kos makanan dan kos operasi, penggredan dan pensampelan, pengurusan selepas tuai dan sebagainya.

Slot kedua tertumpu kepada perbandingan slot pertama dengan kaedah Pro-Asli bermula penyediaan air ternakan sehingga tuaian.

Paling utama adalah pengiraan kos makanan yang dapat dijimatkan berbanding penggunaan pelet semata-mata.

Bengkel tersebut dilihat sesuai kepada semua penternak sama ada penternak baru menceburi ternakan keli mahupun mereka yang telah lama berkecimpung tetapi ingin mengetahui dan berkongsi pengalaman kaedah ternakan kaedah Pro-Asli.

Kaedah ini lebih menekankan cara untuk menjimatkan kos ternakan.

Seperti yang diketahui, kos makanan khususnya pelet amat membebankan penternak dan telah menyebabkan ramai penternak telah berundur diri.

Ini kerana, penternak yang menggunakan 100 peratus pelet tidak dapat menjual hasil ternakan mengikut harga pasaran biasa akibat kos makanan yang terlalu tinggi.

Kaedah pro-asli dilihat sebagai satu alternatif terkini dalam mengimbangi kos pelet yang terlalu mahal.

Terdapat dua pendekatan utama di dalam kaedah pro-asli iaitu:

l Bagi penternak sara diri, mereka boleh memilih untuk tidak menggunakan pelet, sebaliknya menjadikan sisa dapur seperti lebihan nasi, sayur dan roti sebagai makanan keli ataupun

l Bagi penternak komersial, mereka masih menggunakan pelet tetapi pada kuantiti yang lebih sedikit.

Dengan penggunaan vitamin keli, serapan zat dan nutrisi pelet dapat ditingkatkan semaksimum mungkin.

Penggunaan mineral keli di peringkat awal juga berjaya mengurangkan kadar pemberian pelet atau makanan lain kepada tiga kali seminggu kerana air ternakan telah dibekalkan makanan semula jadi.

Secara ringkasnya, kos makanan sepanjang ternakan bagi sekilogram keli hanya menelan belanja serendah antara RM1.20 dan RM1.50 berbanding kos penggunaan 100 peratus pelet yang biasanya melibatkan kos paling minimum RM4.50.

Bagi menyampaikan maklumat yang lebih jelas kepada orang ramai, Perintis Agrotech Centre telah merangka satu program jelajah ke seluruh negara dan bagi yang berminat, boleh daftarkan diri di talian 03-61873796 atau 019-6634527.

Yuran penyertaan sebanyak RM50 sahaja.

Lokasi Bengkel Ternakan Keli Pro Asli seterusnya adalah seperti berikut:-

lKolej Komuniti Pasir Salak - 23 Mei

lBatu Pahat, Johor - 30 Mei

lSg. Petani Kedah - 13 Jun

lKota Bharu, Kelantan - 27 Jun

lKuching, Sarawak - 5 Julai

lKota Kinabalu Sabah - 18 Julai

Saya mencadangkan bagi penternak ikan keli wajar menyertai bengkel ini, lagi pun kosnya murah sahaja RM50.00

Saturday, May 30, 2009

Rahsia Jutawan Cina

Pada hari rabu yang lepas tercapai hajat ku untuk bersemuka dengan seorang jutawan cina. Hajat ku ini terpacul dalam hati aku selepas aku bertemu dua jutawan melayu di Johor tempoh hari dan ini pun kira nasib sahaja..semuanya tiada perancangan, main redah aje dan seperti biasa, aku lah yang mengelarkan mereka ini ataupun cina ini jutawan, dia sendiri tak de kata begitu..namun daripada percakapanya aku boleh teka, dia seorang jutawan cina di Tangkak !.

Juwatan cina ini terlibat dalam perniagaan hasil - hasil pertanian yakni dia jual pelbagai jenis buah yang ada di negara kita ini termasuk buah pisang, buah naga, buah durian dan pelbagai jenis buah yang kemudiannya menjadi buah mulut orang bila dah terkenal. Jutawan Cina ini antara pemborong buah yang tersohor di Malaysia ni kalau anda berasal di Tangkak pasti kenal, sebab ikut kata dia" sepanjang gua tinggal kat sini, ic pun gua tak bawak, dompet pun ta dak,cuma ada cash saja dalam poket" ..dia kata kat saya..dan semasa dia belanja saya dan rakan makan nasi lemak kat pejabat pos tangkat tu, saya tengok jutawan cina ni keluar duit segengam dan bayar, duit ambik daripada poket seluar pendeknya...tak de dari dompet macam aku, yang berdompet tapi hampeh penuh dengan kad kredit !....terasa betapa kecilnya diri bila berhadapan dengan apek cina ber T-shirt serta berseluar pendek..pun begitu aku berterima kasih dapat makan nasi lemak sedap kat warong depan pejabat pos tangkak ni...banyak cerita yang aku nak kongsi...dan sebab aku berani kata apek ni jutawan cina adalah '' hui...saya berniaga banyak lama..orang hutang gua hampir dekat RM3 juta pun. sampai sekarang tak dak bayar ooo.."...ini kata-kata yang masih terngiang - ngiang ditelinga aku dan yang peliknya dia malas nak tuntunt balik..hu..hebat..Jutawan cina ini, dalam hati aku berkata....sambung....

IKAN KELI BELADA

Saturday, May 16, 2009

Jutawan Dari Kampung

Minggu lepas saya berpeluang bertemu dua orang jutawan melayu yang telah memulakan perniagaan mereka dengan bermodalkan hanya RM250.00 sahaja. Namun hasil kegigihan mereka dengan hanya menjual kerepek dan pelbagai hasilan jualan kampung kini mereka ini, saya panggilkan sebagai Jutawan Dari Kampung !.

Bukan niat saya untukmenghina sesiapa, bahkan saya amat menghormati mereka, kerana dengan usaha yang gigih memasarkan hasilan produk daripada kampung mereka mampu bergelar jutawan !. Jutawan ini pun adalah perkiraan saya sendiri kerana mereka sendiri pun tidak pernah mengatakan mereka jutawan !. Namun daripada perkiraan saya dengan nilai jualan harian yang kekadang boleh mencecah RM 50,000 sehari maka saya yakin mereka layak diberi pengiktirafan jutawan!. Ini semua mereka capai setelah berkerja keras tanpa jemu dan hingga kini telah menjalankan perniagaan lebih 10 tahun !.

Oleh itu siapa kata orang kampung tak mampu bergelar jutawan ?. Saya juga pernah berjumpa dengan jutawan melayu yang memulakan perniagaan dengan hanya bermodalkan RM50 sahaja, juga menjual hasilan kampung kerepek , keropok, bahulu dan pelbagai lagi. Semua ini rahsianya mudah sahaja berkerja keras dan berusaha gigih tanpa putus atas dan jemu !. Pada kebiasaannya tiga tahun pertama itu amat perit bahkan ada yang rugi pun, namun berkat tak kenal penat dan mudah putus asa akhirnya kejayaan muncul jua. Inilah hasil rumusan temubual saya dengan mereka ini dan tak lupa juga petua yang mereka berikan adalah pemasaran adalah kreatif dan kita jangan tamak, apa-apa pun yang penting duit masyukkk....bukan mengejar nama.

Namun hingga kehari ini saya masih belum berkesempatan bertemu jutawan - jutawan dalam bidang penternakan ikan keli ini. Saya pasti ada juga penternak ikan keli ini yang telah menjadi jutawan cuma saya belum berjumpa penternak ikan keli jutawan. Ikan keli merupakan hidangan lauk pauk yang mempunyai peminat tersendiri dan saya yakin sudah ada yang bergelar jutawan ikan keli ini.


Pembekal Pelbagai Kerepek di Rengit, Batu Pahat Johor,


Sesiapa nak menjadi pengedar kerepek inilah satu daripada pembekal kerepek pisang, ubi dan pelbagai macam lagi. Syarikat ini juga membekalkan kek lapis daripada Indonesia untuk edaran dan jika anda berminat datanglah kesini dan bincang awal -awal dengan taukenya di lokasi Pekan Rengit..




Usahawanita melayu yang gigih merentasi arus perniagaan.

Saturday, May 2, 2009

Penternak Ikan Keli dan Penternakan Lembu

Penternakan ikan keli yang saudara saya usahakan telah digantung operasinya buat sementara waktu, kini saya mula membuat tumpuan kepada penternakan lembu yang sedang diusahakan oleh rakan saya.

Penternakan lembu perlukan modal besar sekurang - kurang RM200,000.00 kerana perlu bina kandang dan pelbagai kelengkapan lain. Namun prospek dalam bidang penternakan lembu ini amat cerah kerana negara kita masih kekurangan bekalan daging dan penggunaan daging ini saya yakin akan sentiasa berterusan dan bertambah setiap tahun.


Bangsal atau stor makanan.

Pejabat Ladang.

Kandang
Kandang dan padang ragut yang mampu menampung 300 ekor lembu.


Kandang untuk lembu feedlot

The Cattle Farm View

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu sumbangan daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH NIK WAN
Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terimakasih kepada mereka yang telah memberi dan dengan sumbangan sedemikian dapatlah saya menjalankan pelbagai kajian berkaitan penternakan serta pemasaran ikan keli dan akuakultur untuk saya kongsikan disini.