Saturday, March 28, 2009

Guna Banyak Joran


Satu strategi memancing untuk dapat ikan yang banyak adalah kita guna banyak joran dengan pelbagai umpan yang menarik. Jika kita hanya bergantung pada satu joran sahaja sukarlah kita untuk dapat ikan dengan banyak.

Begitulah dunia perniagaan hari ini, kita perlu mempelbagaikan jenis barangan yang kita jual dalam keadaan serta harga yang kita jual. Baru - baru ini saya berpeluang ke Kuching dan berbincang dengan beberapa peniaga serta pengedar disana yang mengatakan rata-rata nilai jualan mereka merosot jika dibandingan pada tempoh masa yang sama. Namun kata mereka untuk 'survival' mereka telah turut mempelbagaikan produk edaran mereka dengan konsep sana ada sale sikit, barang ni ada sale sikit , namun jika dicampurkan akan jadi banyak jua, seterusnya dapat menampung kos operasi.

Harga ayam pun dah mula turun kerana permintaan yang berkurangan, kita kuasa pengguna semakin menampakan kesan kepada harga barang, bagi saya ini suatu petanda yang menarik yang pada suatu masa dahulu ramai orang kita meraguinya.

Wednesday, March 25, 2009

Pemasaran Jantung Perniagaan

Pemasaran merupakan nadi ataupun jatung sesebuah perniagaan kerana tanpa pemasaran, apa jua aktiviti perniagaan alamat lingkup jadinya. Sebelum seseorang usahawan ataupun individu menjadi usahawan, adalah dicadangkan supayan individu berkenaan membuat analisis kendiri. Analisis ini penting untuk menentukkan sama ada individu itu layak ataupun menjadi usahawan !.

Hakikat sebenarnya tidak semua orang mampu menjadi usahawan, walabagaimanapun seseorang itu mampu menjadi usahawan jika ia memiliki ciri -ciri ataupun kehendak serta sanggup hidup dengan displin seorang usahawan. Ayat ini bunyi berbelit - belit namun itulah hakikatnya. Untuk menjadi usahawan yang berjaya sebenarnya akan ditentukan oleh sikap serta displin individu serta semangat yang jitu dengan keinginan yang mantap.

Faktor modal, ilmu bukan menjadi persoalan yang besar sebenarnya, jika sikap keinginan serta displin yang ada, maka terpacullah peribahasa kita; 'Dimana ada kemahuan, disitu ada jalannya'. Untuk menjadi usahawan yang berjaya, kita jangan sekali menjadi usahawan 'pak turut' yang amat berbahaya ataupun usahawan 'know who', kita perlu menjadi usahawan ' know how', kerana 'who' yang kita akan bergantungan itu akan leyap jua akhirnya dan kita akan terkapai-kapai jua, lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang penuh cabaran pada hari ini.

Jika kita nak bela keli kerana dengar keli ada prospek, namun kita sendiri tak tahu nak jual kat mana ini jelas bermakna kita menjadi usahawan ikutan. Oleh itu sebelum kita menceburi apa jua bidang, cari ilmu sebanyak mungkin, buat kajian pasaran, rancang perniagaan kita dengan teliti dan dapatkan maklum balas daripada pelbagai sumber serta buat kajian sendiri. Tanpa ini semua pelaburan serta perniagaan yang ingin kita ceburi itu akan lebur begitu sahaja dan yang bahayanya kita akan dikejar hutang keliling pinggang !.

Kajian pasaran amat penting kita laksanakan, untuk sedikit kemudahan pasaran, jual sesuatu yang diperlu oleh pasaran dengan harga yang mampu diterima oleh pengguna terutama dalam ekonomi terkini. Usahawan perlu amat peka kepada kehendak pasaran, jika tidak dia akan hanyut oleh badai ekonomi. Sebagai contoh pada masa lalu, pek -pek ekonomi sungguh popular terutama untuk produk serbuk pencuci, namun kita pek yang lebih kecil lebih digemari kerana kuasa beli dah menurun dan wang yang ada ditangan pengguna semakin mengecil. Oleh pek sabun dalam saiz pek ekonomi tidak sesuai pada masa kini.

Satu lagi pendekatan yang lebih mudah untuk dilihat adalah, pergi ke hypermarket dan lihat apa yang telah dilakukan oleh 'The Big Boys' atau dengan kata lain apa yang telah dibuat oleh syarikat -syarikat besar. Jika the big terjun kepasaran ataupun melakukan perubahan drastik keatas produk, harga ataupun pembungkusan, kita boleh jadikan ia panduan untuk kita ikut. Ini kerana the big boys ni tak melabur ataupun membuat perubahan tanpa kajian yang mendalam yang melibatkan jutaaan ringgit,kerana pelaburan perubahan mereka juga akan melibatkan jutaan ringgit atau dengan kata lain jika the big boys buat pasti ada lubang duit disitu.

Sebagai contoh jika dahulunya syarikat A tidak pernah mengeluarkan produk kopi campuran 3 dalam 1 Tongkat Ali, namun kini dia dah follow buat juga, pasti ada duit dalam pemasaran kopi campuran 3 dalam 1 tongkat ali.

Trend juga perlu menjadi fokus utama dalam aktiviti pemasaran ini kerana jika dahulu emak - emak kita sunggup beli keli hidup dipasar, balik disiangnya dan digulai ataupun digoreng, adakah perkara yang sama berlaku kepada surirumah yang bekerja tinggal dibandar pada hari ini, jika pasaran keli kita dibandar ?. Semua ini perlu diambil kira dalam aktiviti pemasaran kita. Jika kita bergantung kepada pemborong, kalau pemborong cabut lari, bagaimana ?.

Oleh itu sebelum menceburi apa jua bidang...fikir - fikirkan lah...

Sunday, March 15, 2009

Jutawan Oh Jutawan

Hari ini berita dari Yahoo online melaporkan Amerika Syarikat telah kehilangan sebanyak 2.5 juta orang Jutawan untuk tahun 2008 berbanding dengan tahun 2007 terdapat 9.2 juta orang Jutawan !, merosot sebanyak 27 %. Banyak sungguh Jutawan - jutawan di US ni ya rupanya. Bagaimana pula dinegara kita ?. Persoalannya bila pula kita nak bergelar jutawan RM ini ?, Kalau sekadar jutawan rupiah dah ramai dah rakyat kita yang jutawan.

Daripada tinjauan dan perbualan kedai kopi yang pernah saya sembang dengan jutawan - jutawan senyap Melayu dapat saya simpulkan bahawa TIDAK SEMUA ORANG MAMPU JADI JUTAWAN, walaupun peluang dah terbuka didepan mata !. Ini kerana untuk seseorang menjadi jutawan ada ciri - ciri peribadi tertentu yang harus ada dalam diri seseorang yang akan membantu dia menjadi jutawan .

Jika peluang dah ada, tapi kita asyik malas, nak enjoy , nak joli dan lebih teruk terutama orang - orang muda kita, dok makan duit mak bapak aje malas berusaha, terlalu memilih kerja...maka yang begini sukar untuk menjadi jutawan !.

Untuk menjadi jutawan ini antara rahsianya yang saya perolehi adalah kita perlu ada perancangan hidup, gigih berusaha, hidup bertaqwa dan menjalankan perniagaan serta ada buat pelaburan walaupun sedikit. Ini umpama biar sikit tapi tetap akan menjadi banyak jua.

Saturday, March 14, 2009

Pelbagai Aktiviti Perniagaan

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa ini, apa yang kita patut buat bersama adalah sama sama berusaha untuk membolehkan kita semua meneruskan hidup pada masa ini

Tuesday, March 3, 2009

Ikan Keli Belada : Tazkirah: Cari Dunia Jangan Lupa Akhirat

Kesibukan dunia bukan alasan remehkan ibadah

olih: Hashim Ahmad

Umat Islam mesti utamakan suruhan Ilahi supaya tidak dibelenggu hawa nafsu

BISIKAN petunjuk yang melekat pada fikiran dan perasaan seseorang salih hasil usahanya yang bersungguh untuk membangun iman dan mewujudkan amal salih. Petunjuk Allah mengarah jiwa insan salih ke arah mencari keredaan-Nya. .
Daripada Abu Hurairah, katanya: “Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah berfirman dalam hadis qudsi: “Barang siapa memusuhi kekasih-Ku, maka Aku memberitahu padanya bahawa ia akan Kuperangi, Kumusuhi.. Dan tidaklah seseorang hamba-Ku itu mendekat pada-Ku dengan sesuatu yang amat Kucintai lebih daripada apabila ia melakukan apa yang telah Kuwajibkan padanya. Dan tidaklah seorang hamba-Ku itu mendekatkan pada-Ku dan melakukan hal sunnah sehingga akhirnya Aku mencintainya. Maka apabila Aku mencintainya, Akulah sebagai telinganya yang ia gunakan untuk mendengar, Akulah matanya yang ia gunakan untuk melihat, Akulah tangannya yang dia gunakan untuk mengambil dan Akulah kakinya yang ia gunakan untuk berjalan. Andai kata ia meminta sesuatu pada-Ku, pastikan Kuberi dan andai kata memohonkan perlindungan pada-Ku, pasti Kulindungi.” (Hadis riwayat Bukhari)
Apabila anak Adam pada zaman ini melazimi ibadah wajib dan sunat seperti dituntut Allah serta ditunjukkan melalui kehidupan Rasulullah SAW, maka akan tumbuh iman dalam dirinya untuk hidup bahagia dan selamat.
Ramai orang meremehkan jalan hidup Rasulullah SAW disebabkan mereka terbelenggu dengan kesibukan. Bilangan manusia bertambah tetapi tidak ramai yang memahami tujuan hidup dan bagaimana menjalani hidup selamat serata bahagia. Masing-masing mengisi hidup dengan cara sendiri sesuai dengan hawa nafsu. Masyarakat tradisional suka dengan acara tradisi dan amalan yang diyakini membawa kepada kejayaan hidup di dunia serta akhirat.
Ada juga umat beragama membuat upacara ibadah dan amalan sendiri padahal ia bukan tuntutan Allah dan Rasul-Nya. Semua itu di hadapan Allah sebagai sia-sia.
Firman Allah yang bermaksud:
“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) daripada urusan agama itu, maka ikuti syariat itu dan jangan kamu ikuti hawa nafsu orang yang tidak mengetahui.” (Surah al-Jasiyah:18)
Kesibukan mengharungi kehidupan dan jadual aktiviti dunia menyebabkan manusia sering bingung apakah perkara yang perlu diutamakan supaya dapat mencontohi Rasulullah SAW yang berjaya melaksanakan tugas keduniaan dan pada masa sama tidak melupakan tuntutan akhirat. Mereka yang mendapat petunjuk Allah akan mengutamakan perkara yang mendekatkan diri kepada-Nya serta berusaha mencari keredaan-Nya.
Firman Allah yang bermaksud:
“Maka hadapkan wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetap atas) fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertakwa kepada-Nya serta dirikanlah solat dan janganlah kamu termasuk orang yang mempersekutukan Allah.” (Surah ar-Rum: 30-31)
Perlu disedari kehidupan di dunia dan akhirat adalah milik Allah semata. Apabila manusia mengutamakan kecintaan selain Allah, maka Allah dapat berbuat segala sesuatu kepada umat manusia di muka bumi. Firman Allah yang bermaksud:
“Jika penduduk negeri beriman dan bertakwa, Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya. Apakah penduduk negeri itu rasa aman daripada kedatangan seksaan Kami kepada mereka di malam hari pada waktu mereka sedang tidur? Atau apakah penduduk negeri itu rasa aman daripada kedatangan seksaan Kami kepada mereka pada waktu matahari naik ketika mereka sedang bermain? Maka apakah mereka rasa aman daripada azab Allah (yang tidak terduga). Tiada yang rasa aman daripada azab Allah kecuali orang yang merugi.” (Surah al-A’raf: 96-99)
Ancaman Allah ini dijadikan orang beriman yang solih untuk lebih mengutamakan jadual Allah, daripada jadual lain. Mereka lebih mencintai Allah daripada yang lain. Kepentingan itu kemudian disebarkan kepada umat lain ke arah mencari kebahagiaan.

Dipetik dari email yang diterima.

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu sumbangan daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH NIK WAN
Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terimakasih kepada mereka yang telah memberi dan dengan sumbangan sedemikian dapatlah saya menjalankan pelbagai kajian berkaitan penternakan serta pemasaran ikan keli dan akuakultur untuk saya kongsikan disini.