Thursday, November 5, 2009

Kilang Ikan Keli Salai

Hari ini merupakan suatu hari yang bertuah bagi saya kerana tanpa perancangan saya telah dapat melawat sebuah kilang membuat ikan keli salai yang terletak di Kuala Selangor. Kilang amat menarik kerana telah mendapat pensijilan HACCP dan sungguh canggih. Semua kerja - kerja memproses ikan keli salai ini dilakukan dengan cukup teliti dan sebahagian besar dijalankan oleh mesin yang amat sesuai untuk memproses ikan keli salai secara moden.

Ikan keli salai yang dihasilkan dipasarkan dalam pek plastik dengan jenama ASELLI yang dikenalikan oleh Syarikat Ace Front Industries Sdn.Bhd dan lokasi kilang ini terletak di No.22 & 24 Jalan Perusahaan 4, Zon Industri IKS, 45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan dan boleh dihubungi ditalian; 03-3289 8388.

Ikan keli salai yang diproses adalah daripada keli organik yang kaya dengan Omega 3 yang amat baik untuk kesihatan kita.Oleh itu dengan menikmati ikan keli salai yang dihasilkan kita juga dapat memastikan kesihatan kita yang baik.

Ikan keli salai ini dipek dalam pek yang turut disertai dengan sos -sos yang sesuai dan popular dengan masakan ikan keli bagi memudahkan pengguna menggunakan produk ini,seperti sos masak lemak cili padi, sos kari dan juga ikan keli ori tanpa sos.

Dapatkan Ikan Keli Salai dipasaran hari ini dan cuba serta nikmati keenakan yang unik ikan keli salai jenama ASELLI hari ini.





Ikan Keli Salai


Ikan Keli Salai Dengan Sos Kari


Ikan Keli Salai Dengan Sos Masak Lemak Cili Padi


Saturday, October 31, 2009

Pelaburan Emas Lebih Menguntungkan Berbanding Pelaburan ASB?

Tahukah anda, bahawa kebanyakan dari kita beranggapan pelaburan di ASB adalah yang paling selamat, dipercayai dan amat menguntungkan.

Jadi, bila ada duit, semuanya kita laburkan di ASB. Dengan keuntungan dividen 8-10% pada setiap tahun, ianya memang LUMAYAN. Labur RM 10,000 dapat untung RM1000! memang untung..

Akan tetapi, jika saya beritahu anda bahawa ada pelaburan lain selain dari ASB yang lebih menguntungkan, anda percaya?

Pelaburan apa? Betul ke ada pelaburan yang lebih menguntungkan dan selamat seperti ASB?

Ya, ada! Iaitu melalui pelaburan EMAS. Sebenarnya pelaburan emas ini sudah wujud lama. Cuma kita saja yang tidak menyedarinya.

Tahukah anda bahawa dengan melabur melalui pelaburan emas, keuntungan yang boleh diperolehi adalah lebih TINGGI.

Bagaimana?

Tahukah anda bahawa harga emas sentiasa menaik dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, dari tahun 2006 ke 2007, dicatatkan kenaikan harga emas adalah sebanyak 33.3%. Wah sangat tinggi bukan? Jika ASB sekalipun, keuntungan paling tinggi yang boleh anda perolehi adalah dalam 10% setahun.

Tetapi pelaburan emas mampu mencapai 2 kali ganda daripada itu. Oleh sebab itu anda perhatikan tokey-tokey emas semakin kaya. Inilah sebabnya!
http://offto.net/infoemas/

Bagaimana hendak melabur dengan emas?

Ianya sungguh mudah. Anda sendiri boleh melabur tanpa menggunakan orang tengah. Anda sendiri yang akan mengawal keuntungan anda.
Terdapat beberapa cara/teknik mudah dalam pelaburan emas ini yang boleh dimulakan oleh anda.

Oleh sebab itulah, satu pendedahan ekslusif mengenai pelaburan emas ini diterbitkan buat pertama kalinya di pasaran Malaysia. Ianya diterbitkan oleh gabungan seorang IM, seorang pelabur emas dan juga seorang pakar pelaburan dalam emas ini.

Jika anda berminat untuk mengetahuinya, sila layari web di bawah.
http://offto.net/infoemas/

Saya sendiri telah bertemu dengan pakar perniagaan emas ini, En.Syukor yang telah menulis buku hebat ni.Ini saya rakamkan disini;

Tuesday, October 13, 2009

Perniagaan Ikan Keli Secara Online

Perniagaan ikan keli secara online, ini antara perkara yang menerjah minda saya pada hari ini. Ini kerana saya lihat dalam zaman internet ini pada pandangan saya semua orang perlu melibatkan diri dalam perniagaan internet ataupun sekurang -kurangnya menojolkan diri dalam arus perdana teknologi maklumat ini. Walaupun apa jua bidang yang kita ceburi, kita perlu ikut perkembangan terkini yang semakin hebat dan menjadi trend zaman moden ini.

Oleh itu bagi saya mereka yang terlibat dalam industri ikan keli ini pun seharusnya melibatkan serta memperlajari serba sedikit perkara yang berkaitan internet ini. Saya memperkatakan begini kerana walaupun kita sibuk dengan urusan menguruskan penternakan ikan keli kita samaada ikan keli kolam,ikan keli sangkar, penternakan ikan keli politank, ikan keli kanvas mahupun penternakan ikan keli sungai, bagi saya kita wajib terlibat dalam bidang internet ini.

Trend sekarang sudah berubah, ingatlah ramai orang dah mula guna internet diseluruh dunia untuk mendapatkan maklumat atau sumber informasi. Jika dahulu jika kita nak cari pembekal ikan keli ataupun pembekal peralatan ikan keli, benih ikan keli, ubat ikan keli, makanan ikan keli dan banyakbenda lagi, maka satu perkara yang kita akan buat adalah rujuk Yellow Page ataupun direktori talipon ataupun kita akan bertanya kepada penternak ikan keli yang sedia ada dimana mereka mendapat bekalan itu dan ini.

Namun begitu tempat kita bertanya yakni penternak ikan keli yang sediaada itu bagi saya tertakluk kepada rezeki kita. Ada penternak ikan keli yang baik hati dan jujur akan beritahulah kata mana nak beli benih ikan keli ataupun makanan ikan keli dan lain - lain perkara yang berkaitan dengan ikan keli ini, namun jika nasib kita tak berapa elok, ada juga penternak ikan keli ini tak akan beri tahu apa - apa pun kerana bagi mereka anda mungkin bakal pesaing yang mampu menggugat perniagaan ikan keli yang sedang mereka usahakan, tidak gitu ?.

Bila zaman telah berubah serta kemudahan telah banyak maka internet telah berupaya mengatasi banyak masaalah dalam kita mencari maklumat ini. Pada hari ini jika kita nak maklumat berkaitan penternak ikan keli, benih ikan keli, makanan ikan keli, sangkar ikan keli, kita akan pergi ke internet ataupun paling mudah sibercafe yang berdekatan, kita online dan kita tekan kat google search itu perkataan atau informasi yang kita nak maka akan keluarlah sumber yang berkaitan maklumat yang kita nak cari itu. Tak percaya cuba try ni;







Google
















Sebab itu amat penting kita sebagai penternak ikan keli ataupun mereka yang terlibat dalam apa jua industri melibatkan juga dalam perkara berkaitan dengan intenet ini.

@ Perniagaan Ikan Keli Belada..........bersambung

Monday, September 28, 2009

Ikan Keli Belada : Perjalanan Balik Ke Kota Bharu Part 2

Ikeli Belada pada hari ini akan menyambung cerita perjalanan team ikan keli belada balik beraya di Kota Bharu.

Sunday, September 27, 2009

Ikan Keli Belada : Perjalanan Balik Ke Kota Bharu


Ikan keli belada hari ini akan berkongsi pengalaman saya balik berhari raya ke Kota Bharu melalui lebuh raya pantai timur.

Thursday, September 24, 2009

Kembali kerumah di U3 Shah Alam

Semalam saya telah bertolak balik dari kampung kubang palas luar, wakaf baru balik semula ke U3 Shah Alam setelah berhari raya di Kelantan. Saya bertolak balik ke Kota Bharu pada 17 September 2009, jam 11 malam bagi merebut peluang tol percuma yang diberikan oleh pihak lebuh raya pantai timur...jimat RM29.00. Saya balik melalui lebuh raya pantai timur melalui Terengganu, setelah melepasi tol Gombak terus memasuki Lebuh Raya Pantai Timur hingga ke tol Jabur.

Selepas tol Jabur yang bermula ditol Karak mengambil mengambil masa 2 jam 1/2, dengan kadar pemanduan 100km/jam. Keluar sahaja tol Jabur terus memasuki jalan Jabur - Rengau terus ke Ajil dan melalui Sungai Tong terus ke Bandar Permaisuri kemudian menyusuri Jertih terus ke Kota Bharu di awal pagi. Jarak perjalanan lebih kurang 700 km. Sepanjang perjalan yang sejuk dengan hujan turun renyai-renyai disesetengah tempat. Jalan - jalan ini sesuai untuk dilalui kerana jalan elok maklumlah sebahagiannya merentasi Felda Jerangau dan Ketengah. Tiba dirumah jam 9 pagi dan saya sengaja memilih jalan melalu Terengganu ini bagi mengelak kesesakan jika melalui jalan KL - Gua Musang yang sentiasa sesak terutama bila melalui bandar Bentong, Raub, Gua Musang, Kuala Krai. Bagi saya biar perjalanan jauh namun tak sakit kaki dan kepala akibat terperangkap kereta tak bergerak di perjalanan KL- Gua Musang yang semakin kerap terjadi.

Balik awal dan sempat berpuasa 2 hari di Kota Bharu, sambil meninjau kedai serta bazar Ramdhan di Kota Bharu serta di Wakaf Baru. Saya ada ke Paloh beli percik ayam kegemaran isteri berhadapan dengan Butik Batik yang penuh dengan peminat percik tersendiri. Harga ayam percik pun boleh tahan juga RM12.00 satu 'perange' (Bahasa Kelate). Percik ikan keli tak de nampak di jual dimana - mana tempat bazaar ini.Tak dijual dipeniaga percik ataupun memang ikan keli tidak menjadi pilihan hidangan berbuka puasa di Kelantan tak tahu lah saya.

Sepanjang hari raya banyak rumah dilawati dan ada jua buat reunion pelajar teknologi makanan ITM..adalah berapa kawan datang dirumah kawan.

Ini video hari raya di rumah arwah bonda

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Puasa 1430H

Dikesempatan ini saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan dipohon maaf zahir batin kepada semua pembaca blog Ikan Keli Belada. Saya akan balik ke Kelantan pada malam ini dan bercadang melalui LebuhrayaPantai Timur melalui Jabor - Jerangau dan terus ke Sg Tong kemudian melalui Bandar Permaisuri - Penarik - Kg.Raja - Kuala Besut terus ke Tok Bali dan Bachok dan ke Kota Bharu.

Mohon didoakan perjalanan ini selamat dan dipermudahkan. Saya akan bertolak malam bagi elak kesesakan serta katanya tol free lepas jam 12 malam - 5 pagi lebuh raya pantai timur ini. Perjalanan pulang berhari raya ini akan saya kongsikan melalui tulisan akan datang , insya Allah..Juga saya akan tinjau pasaran ikan keli di Kota Bharu terutama dihari terakhir berpuasa.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430 H @ 2009

Ikan Keli Belada

Sunday, September 13, 2009

Menjejak Malam Lailatul Qadar 1430 H ( 2009): Hari Pagi 23 Ramadhan

Hari ini adalah Ahad 23 Ramadhan 1430 H bersamaan 13 September 2009, cuaca pada hari ini tak berapa panas tapi terasa panas juga. Sehingga kini telah 23 hari kita berpuasa dan insya Allah pada hari minggu hadapan berhari raya kita pada tahun ini, namun pastikan Zakat Fitrah ditunaikan sebelum solat sunat Aidul fitri.

Petang semalam seperti biasa saya berkunjung kesebuah bazaar ramdhan di Subang Bestari yang telah bertukar menjadi pasar malam al maklumlah tapak asalnya adalah tapak pasar malam. Pusing punya punsing jumpa lah satu gerai yang jual ikan bakar dan ini termasuk ikan keli bakar. Namun ikan keli bakar itu berlada atau dengan nama ringkas ikan keli berlada bakar. Teringin nak beli namun bila lihat lada ataupun cili pada ikan keli itu banyak dan saya yakin ikan keli bakar ini sudah pasti pedas maka tak jadi saya beli ikan keli bakar itu, bimbang makan pedas nanti sakit perut, dan tak sempat ke terawih walaupun hati saya rasa minat nak beli ikan keli bakar.

Sebelah malam pergi terawih dan celahan terawih ada tazkirah, ustaz jemputan ada memberikan sedikit petua kepada para jemaah antaranya,

  1. Jika ada anak - anak nakal, baca surah thoha ayat 1 - 4, tiup pada umbun kepalanya waktu anak tidur.
  2. Sentiasa sampaikan salam yang sempurna, insya Allah ada keberkatan.Masuk rumah beri salam.
  3. Ini yang menarik sedikit perhatian, kata ustaz jika ada pasangan suami isteri yang masih belum dapat anak, suami adalah digalakan simpan janggut...insya Allah akan dikurniakan cahaya mata..itu yang ustaz itu katakan....

Saturday, September 12, 2009

Menjejak Malam Lailatul Qadar 1430 H ( 2009)

Salam sejahtera, saya sebenarnya sudah lama tak menulis di blog Ikan Keli Belada ini, al maklumlah bulan puasa ni kita sibuk lain macam. Bulan puasa sudah pasti jadual hidup pun berubah sikit sebanyak. Ini terutama selepas solat asar ataupun pun petang, dah pasti bazaar ramadhan pasti dikunjungi.

Saya sentiasa dok pergi bazaar ramadhan kat rumah aje, iaitu di Kampung Melayu Subang ni untuk membeli sedikit juadah berbuka puasa yang menjadi favourite anak - anak saya. Tahun ini hampir kesemua anak - anak saya berpuasa.Anak sulung Najihah 12 tahun, Muhammad 8, Nabihah 7 tahun dan Ai'syah 5 tahun pun semuanya berpuasa penuh setiap hari, cuma Ai'syah yang pernah satu hari berpuasa separuh hari, itu dibukanya pada jam 3 petang. Kerana menghormati anak - anak yang puasa ini, maka saya pada kebiasaanya ke bazaar ramadhan untuk membeli air kelapa muda dan juga murtabak serta kuih tepung pelita yang digemari oleh anak -anak.

Sepanjang saya dok pusing beberapa bazaar ramadhan ini, tak terjumpa pula ikan keli bakar atau pun ikan keli percik dan seangkatan dengan ikan keli. Ini menjadikan saya tertanya-tanya ikan keli ni tak de stok ataupun ikan keli ni harga dah mahal yang menyebabkan peniaga ikan bakar tidak memasukan ikan keli bakar, ikan keli percik ataupun ikan keli salai dalam senarai produk ikan yang mereka jual.

Hari ini merupakan hari ke 22 kita berpuasa dibulan Ramadhan 1430H dan malam ini dah masuk ke malam 23 Ramadhan, dan dibulan Ramadhan ini terdapat malam yang lebih baik daripada 1000 bulan iaitu malam Lailatul Qadar, yang mana amalan kita akan digandakan seumpama beribadat seribu bulan. Saya yakin ramai yang akan mencari malam Lailatul Qadar ini dan malam - malam Lailatul Qadar ini diberitakan ada pada malam - malam yang ganjil di sepuluh malam yang akhir dan malam ini adalah satu daripada malam - malam ganjil itu. Penentuan malam Lailatul Qadar ini hanya Allah s.w.t jua yang tahu sebenarnya namun terdapat sebahagian ulama yang cuma mencarinya dengan pelbagai kaedah.

Satu panduan adalah sebagaimana yang di amalkan oleh Al Iman Ghazali dan lain - lain melalui kaedah penetapan permulaan puasa seperti berikut:-

  1. Jika permulaan puasa adalah pada hari Isnin maka malam Lailatul Qadar berkemungkinan pada malam 21 Ramadhan.
  2. Jika permulaan puasa adalah pada hari Selasa atau Jumaat makan malam Lailatul Qadar berkemungkinan pada malam 27 Ramadhan.
  3. Jika permulaan puasa adalah padahari Khamis maka malam Lailatul Qadar adalah berkemungkinan pada malam25 Ramadhan,
  4. Jika permulaan puasa adalah pada hari Sabtu, maka malam Lailatulqadar adalah berkemungkinan pada malam 23 Ramadhan.
Jika dilihat pada bulan Ramadhan tahun 1430H tahun ini bermula pada hari Sabtu maka adalah berkemungkinan malam LailatulQadar ini pada malam 23 Ramadhan 1430 H yang bersamaan 12 September 2009 Hari Sabtu ataupun pada malam ini !.

Oleh itu marilah sama - sama kita tingkatkan amalam beribadat sepanjang sepuluh yang terakhir ini, semuga kita semua beroleh rahmat serta ke ampunan daripada Allah s.w.t sepanjang bulan yang mulia ini.

Saturday, September 5, 2009

Rahsia Terbaru Menternak Ikan Keli Menguntungkan !


Inovasi dan pembaharuan dalam penternakan ikan keli mampu menghasilkan mampu memberikan pulangan yang lumayan kepada penternak ikan keli. Kini rahsia inovasi dalam penternakan ikan keli ini telah dibongkarkan oleh En. Abd.Rahman Jamaan dalam sebuah ebuku yang bertajuk Panduan Pembenihan dan Penternakkan Ikan Keli. Ebuku ini akan membimbing anda kaedah pembenihan dan penternakan ikan keli dengan teratur dan seterus memberikan pengetahuan yang luas teknik untuk menghasilkan anak benih sendiri dan ini memastikan dapat menjimatkan kos serta memastikan bekalan benih ikan keli sentiasa mencukupi untuk keperluan penternakan anda. Penghasilan benih anak ikan keli perlu diketahui oleh penternak ikan keli jika tidak akan sentiasa bergantungan dengan pembekal benih anak ikan keli.

Cuba anda bayangkan , jika anda telah ada market untuk pasaran ikan keli anda, tiba - tiba anda tiada stok atau tidak mendapat benih anak ikan keli daripada pembekal anda, bagaimana anda hendak meneruskan perniagaan ikan keli anda. Ataupun harga benih yang dijual terlalu mahal yang menjadikan kos penternakan ikan keli anda tidak lagi mengguntungkan anda. Ingatlah benih anak ikan keli bukan barangan kawalan kerajaan, pastikan anda tidak dimanipulasikan dalam industri keli ini.

Disamping itu juga ebuku ini menerangkan bagaimana ikan keli hanya diberikan makanan organik sekali dalam tempoh 3 bulan dan mampu menjimatkan kos dan pulangan yang lumayan. Oleh itu bagi mereka yang bercadang untuk menternak ikan keli dengan kaedah terkini serta menguntungkan, saya syorkan kepada anda memiliki buku ini.

Klik di sini untuk mendapatkan >>>>>> PANDUAN MENTERNAK IKAN KELI <<<<<<

Panduan menternak ikan keli.

Thursday, September 3, 2009

Pelaburan Dalam Industri Ikan Keli atau Emas ?

Penternakan ikan keli semakin rancak dan hingga kini telah pula muncul beberapa syarikat yang menawarkan pelaburan dalam pemeliharaan ikan keli. Skim pelaburan dalam penternakan ikan keli ini pernah saya baca dalam sebuah akhbar, yang menjanjikan pulangan jika kita bersedia nak menternak ikan keli tanpa perlu ' main kotor' atau di sengat ikan keli. Saya sendiri tak berapa faham konsepnya..mungkin konsep upah menternak ikan keli yang diguna pakai dalam sistem ini.

Namun bagi saya bila ada unsur ambil duit sebagai pelaburan,kita semua perlu berhati - hati kerana ada peraturan yang melarang syarikat ataupun individu kutip wang seperti pelaburan ini. Sebab sebelum ini ada pelbagai syarikat yang telah beroperasi sedemikian..last - last dimaklumkan diserbu oleh BNM...yang lingkup adalah pelabur juga.

Bagi saya untuk meraka yang ada duit tunai yang banyak boleh cuba melabur dalam emas yang kini amat mengguntungkan. Ini saya berlaku pada diri saya sendiri dimana diawal perkahwinan saya dahulu saya ada beli seutas gelang emas untuk isteri yang pada masa itu tahun 1997 berharga lebih kurang RM1300.00 sahaja dengan harga emas RM43.00/gram dan kini dengan kenaikan harga emas RM130.00/gram barang emas yang saya miliki itu telah melambung naik keharga lebih kurang RM3000.00 lebih !. Jika pada masa itu RM1300.00 saya simpan dalam bank ataupun dalam ASB sekali pun peningkatan tak mungkin setinggi ini. Oleh itu bagi yang sedang mencari jalan untuk menambah kekayaan untuk jangka masa yang panjang cuba lihat pelaburan dalam emas ini. Namun jika anda ingin tambah pendapatan dengan emas , carilah ilmu yang berkaitan dengan pelaburan emas ini

Oleh itu saya mencadangkan anda memiliki buku rahsia pelaburan emas ini dengan KLIK: RAHSIA DUIT DENGAN EMAS

Pelaburan dalam emas menjanjikan pulangan yang lumayan dan terjamin dengan purata kenaikan lebih kurang 20% setahun walaupun keadaan inflasi sekali pun.

Monday, August 24, 2009

Ikan Keli Belada

Ikan Keli Belada hari ini berkongsikan dengan anda satu peluang terulung sepanjang tahun. Rebutlah peluang ini sebaik mungkin kerana belum tentu kita semua akan bertemu peluang ini lagi pada masa yang akan datang


Thursday, August 20, 2009

Ikan Keli Belada: Selamat Berpuasa Maaf Zahir Batin

Kepada semua pembaca mulimin dan muslimat saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa dan juga berbuka puasa. Katanya puasa tahun ini akan bermula pada hari Sabtu 22 Ogos 2009.


Sunday, August 16, 2009

Industri Penternakan Ikan Keli Merosot ?

Industri Penternakan Ikan Keli semakin merosot ?, itulah persoalan yang berlega dalam minda saya setelah mendengar keluhan beberapa orang penternak ikan keli baru-baru ini.Pemeliharaan ikan keli samaada ikan keli sangkar, ikan keli kolam, ikan keli kanvas ataupun ikan keli ditebing sungai sedang mengalami zaman yang mencabar. Keluhan demi keluhan daripada penternak ikan keli telah saya dengar antaranya kerana harga makanan ikan keli yang mahal, kos operasi menternak ikan keli telah tidak ekonomik serta terlalu ramai orang yang terlibat dalam penternakan ikan keli yang menjadikan industri pemeliharan ikan keli semakin tepu.

Satu peluang tambah pendapatan adalah dengan menyertai perniagaan MLM Revell yang telah 21 tahun beroperasi di Malaysia. Revell kini telah di kenali sebagai Revell Global Sdn.Berhad kini membuka peluang yang terbaik untuk menjadi ahli dengan mudah dengan pembelian produk TM12 yang berharga RM30. Dengan kata lain untuk jadi ahli beli produk TM12, anda terus boleh menjadi ahli. Tawaran ini bermula dari 15 Ogos hingga 15 September 2009. Rebut peluang ini dan anda mampu jadi ahli Revell secara online dengan KLIK; PRA DAFTAR

Produk TM12 merupakan Titisan Mineral iaitu produk yang dapat mengatasi pelbagai masaalah kesihatan badan seperti lemah jantung, gout, kencing manis darah tinggi, batu karang dan banyak lagi. Produk ini telah ramai membantu rakyat Malaysia dan seluruh dunia telah 20 tahun berada dipasaran dan hingga kini masih unggul dipasarkan serta membantu mengatasi pelbagai masaalah kesihatan

Saya sendiri sebagai ahli Revell telah banyak menjual produk ini, harga ahli adalah RM30 dan dijual kepada pengguna pada harga RM36, kita dah dapat untung RM6. Oleh itu rebutlah peluang menjadi ahli Revell pada hari ini dan mula menjual produk ini. Semenjak wujud 21 yang lalu keunggulan dan keutuhan perniagaan Revell ini semakin terserlah tidak seperti pelbagai industri lain seperti penternakan ikan keli sangkar, penternakan ikan keli kanvas yang pada masa 2 - 3 tahun akan menjadi tepu. Inilah kelebihan perniagaan Revell ini. Sertai Perniagaan ini dengan
KLIK: PRA DAFTAR PERCUMA

Selain produk TM12 ini, Revell juga mempunyai pelbagai produk pengguna yang lain merangkumi minyak pelincir untuk kereta dan juga motorsikal, sabun basuh, sabun mandi, wangi - wangian dan macam -macam ada.

JADI ADLI REVELL HARI INI : KLIK

Wednesday, August 5, 2009

JANGAN LUPA HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN KEBANGSAAN 10 HINGGA 16 OGOS DI MITC MELAKA

Kepada semua yang terlibat dalam bidang pertanian ini saya syorkan anda JANGAN LUPA HADIR KE HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN KEBANGSAAN 10 HINGGA 16 OGOS 2009 atau HPPNK 2009DI MITC MELAKA.

Saya pasti pelbagai pameran dan jualan akan terdapat di HPPNK 2009 ini yang julung kalinya di adakan di Melaka. Semua jabatan dan agensi Kementerian Pertanian akan hadir disini oleh itu rebut peluang untuk dapat informasi terkini samada dari segi tekonologi, bantuan ataupun pinjaman. Macam - macam ada...Insya Allah dan disamping itu terdapat pelbagai jualan produk usahawan kita merangkumi keropok, kuih, biskut, bunga, herba, hasilan ikan, benih pokok, benih bunga, baja, peralatan pertanian, minuman dan pelbagai lagi.

Walaubagaimana pun jika anda berkunjung kesini harap banyak bersabar , kerana kemungkinan kesesakan akan berlaku maklum orang ramai..namun saya yakin pasti berbaloi datang ke HPPNK 2009 ini.
Jika minat nak buat bisnes musim raya ni, kita juga berpeluang untuk bertemu pelbagai pembekal kuih muih untuk perayaan !. Oleh itu datang dan kita jumpa disana Insya Allah.


Thursday, July 30, 2009

HARI PELADANG PENTERNAK DAN NELAYAN KEBANGSAAN 2009 MITC MELAKA

Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2009 akan diadakan pada 10 hingga 16 Ogos 2009 di MITC Melaka.Pelabagai aktiviti merangkumi pameran dan jualan ada disini.Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2009 dijangkakan dirasmi oleh PM kita. Saya yakin pada Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2009 ini pelbagai tekonologo baru akan dipamerkan yang meliputi bidang penternakan, akuakultur, makanan dan macam-macam ada...

Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2009 ini dijangkakan meriah dan saya ada dengar pelbagai produk akan djual pada harga yang berpatutan. Sesiapa yang nak cari pokok bunga,buah, benih herba,kraftangan ataupun dan cari produk untuk jualan hari raya nanti elok bebenar datang ke Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2009 ini. Seluruh warga pertanian kerajaan akan ada booth - booth pameran di Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2009 dan kita semua perlu rebut peluang ini untuk mendapat info berkaitan pertanian di Ekspo khusus untuk mereka yang terlibat dalam bidang pertaniaan.

Tuesday, July 28, 2009

HARI PELADANG,PENTERNAK NELAYAN KEBANGSAAN 10-16 OGOS DI MELAKA

HARI PELADANG,PENTERNAK NELAYAN KEBANGSAAN 10-16 OGOS DI MELAKA tahun 2009 akan diadakan di Melaka tahun ini. Semua rakyat Malaysia dijemput hadir ke HPPNK 2009. Pelbagai pameran dan jualan produk ada disini...so pastikan anda semua datang beramai - ramai ke HPPNK 2009.

Pelbagai produk baru dan informasi terkini dalam bidang pertanian akan dipamerkan disini.

Saturday, July 18, 2009

Penternakan Ayam Kampung

Selain daripada menternak ikan keli, kita juga boleh menceburi bidang menternak ayam kampung. Ayam kampung sebenarnya mempunyai kelebihan tersediri serta peminat ataupun penggemar makanan ayam kampung. Setahu saya, ayam kampung ini mempunyai kandungan lemak yang rendah serta rasa masakan ayam kampung amat enak terutama jika dibuat kari.

Semasa saya tinggal dikampung ketika zaman persekolahan, keluarga kami ada membela ayam kampung sebagai usaha sara diri. Jika nak makan ayam, tangkap sahaja dalam reban dan sembelih terus kemudian dibuat kari. Saya pasti jika kita makan ikan keli atau lele ( bahasa indonesia) setiap hari pun pasti jemu. Dan pilihan yang ada samaada nak makan lauk ayam ataupun ikan. Jika sekali cubalah ayam kampung kerana masakan ayam kampung tetap segar dan enak. Ayam kampung yang telah disembelih serta segar boleh diperolehi daripada Pasar Tani yang berhampiran dengan tempat tinggal anda.

Seorang usahawan muda yang sebenarnya anak saudara saya telah pun mengusahakan penternakan ayam kampung ini di 417 Felda Lepar Hilir 01, Gambang, Pahang dan beliau juga ada menternak ikan keli. Ayam kampungnya pada masa ini dijual kepada peraih yang datang ke ladang nya untuk mendapatkan bekalan.

Untuk lihat kesegaran ayam kampung yang diternak oleh usahawan muda En. Alias aka 'apek' ?? ini, saksikan video ini, ayam ternakannya nampak sihat .....( ppsss..bila la aku nak pi belasah ayam kampung ini...)



Ayam Kampung Halal dan Suci , Makan Dagingnya Tanpa Was - Was Sebab Bela Di Kampung

(p/s yang free lagi sedap...)

Jika anda berminat untuk beli ayam kampung boleh hubungi En. Alias di 019-9884493


Friday, July 17, 2009

Wanita Kini Turut Menceburi Ternakan Ikan Keli


Wanita kini turut sama memeriahkan lagi industri penternakan ikan keli. Bekas wartawan Normahiran Yusoff telah meninggalkan dunia glamor kewartawan dan kini telah menceburkan diri menternak ikan keli sebagaimana dilaporkan oleh Utusan Malaysia online. Setelah mengikuti kursus penternakan ikan keli, Normahiran Yusof tidak berpaling kebelakang lagi lalu terus membuat perkiraan kos dan kemudian membeli tiga buah tangki yang telah diubahsuai sebagai permulaan untuk menternak ikan keli dan membeli anak benih ikan bersaiz tiga inci. Namun kini Normahiran beralih kepada saiz lima inci kerana saiz yang lebih besar cepat membesar dan kadar kematiannya juga rendah.

Pada permulaan menternak ikan keli ini, beliau memberikan makanan ikan keli ternakannya dengan makanan pelet, namun kos yang tinggi beliau mula memberikan makanan menggunakan kepala dan perut ikan bilis yang didapati di pasar malam yang saya masak dengan beras hancur selain sisa roti sebagai gantian kepada zat protein yang diperlukan oleh ikan keli.

Beliau juga mendapat makluman daripada pengusaha ikan keli yang lain bahawa perut dan kepala ikan bilis mempunyai protein yang tinggi dan sesuai menggantikan pelet. Hasil daripada penternakan ikan kelinya dipasarkan secara kontrak kepada pengusaha ikan keli salai yang memerlukan ikan keli yang memakan pelet dan bahan kaya protein tetapi kurang lemak bagi mendapatkan tekstur yang cantik. Manakala saiz ikan keli yang sesuai untuk dibuat ikan salai adalah 160 gram (g) seekor atau enam hingga tujuh ekor bagi satu kilogram.


Tuesday, July 14, 2009

Pusat Pemasaran Ikan Keli Di Batu Kurau

Hari ini saya berpeluang ke Batu Kurau, di Perak atas urusan kerja. Saya juga sempat singgah di Pusat Pemasaran Ikan Keli FAMA di Pejabat FAMA Daerah Batu Kurau. Pusat pemasaran ikan keli Batu Kurau ini membeli dan memasarkan ikan keli disamping hasilan pertanian yang lain seperti durian.

Friday, July 3, 2009

Sumber Kewangan Untuk Pembiayaan Projek Pertanian

Untuk memulakan projek atau pun perniagaan, sudah pasti kita perlukan modal ataupun sumber kewangan. Satu daripada cara untuk memperolehi modal adalah dengan membuat pinjaman bank. Baru - baru ini saya ada mendengar taklimat daripada pegawai Agrobank berkaitan dengan pelbagai bentuk pinjaman yang ada disediakan untuk mereka yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian ini,sesuai dengan konsep ' Pertanian adalah Perniagaan'.

Kerajaan telah memperuntukan dana sebanyak RM300 juta untuk Agrobank uruskan dana yang dikenali sebagai ' Pinjaman Mikro Kredit'. Pinjaman maksima untuk program ini adalah sebanyak RM50,000.00 tanpa perlu cagaran serta penjamin !.Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 4 % atas baki bulanan.

Disamping itu juga ada dana pinjaman untuk belia yang turut diuruskan oleh Agrobank,namun begitu borang permohonan perlu di ambil daripada pejabat - pejabat belia yang berhampiran dengan anda.Untuk pinjaman belia ini, aktivinya tidak terhad kepada bidang pertanian sahaja tetapi apa jua jenis perniagaan yang anda minati.

Pihak kerajaan telah pun menyediakan banyak kemudahan untuk anda memulakan perniagaan, oleh itu rebutlah peluang ini.

Kunjungilah Agrobank yang berdekatan dengan anda untuk keterangan lanjut.

Wednesday, July 1, 2009

YUNA :The Rising STAR

Bela ikan keli pun sikit- sikit kena ada hiburan jua. I pun peminat..ni

YUNA : DAN SEBENARNYA.....

Tuesday, June 30, 2009

Ikan Keli Belada: Satu Sorotan Semula

Hari ini merupakan hari terakhir bulan Jun 2009, ini bermakna telah 6 bulan masa telah berlalu ditahun 2009, esok 1 Julai 2009. Masa berlalu begitu pantas sedar tak sedar dah hampir setahun lebih saya mencoret disini bermula Oktober 2007. Kini blog ini telah menerima pengunjug sebanyak 14,000 orang daripada seluruh dunia (ini yang saya semak dekat sitemeter lah) dengan kadar harian seramai 40 orang setiap hari dan saya berharap ia dapat bermanafaat untuk semua.

Banyak juga video yang saya dah upload ke You Tube juga dikunjung ramai, contoh sebuah video yang dengan tajuk Talapia Fish telah di lihat oleh 40,000 lebih pengunjung !



Hasil ini dapat saya katakan ikan talapia ini ada peminat tersendiri didalam dan juga diluar negara. Video ni adalah rakaman saya buat semasa di kolam saudara saya di Manir Terengganu. (pppsst...belum wujud lagi teknik pn.lisa..ha..ha.)

Lagi satu video adalah Aquarium fish breeding yang dilihat oleh lebih daripada 31,000 pelawat dari seluruh dunia..he..he..(sori syok sendiri !)



Saya sebenarnya bukan pakar dalam internet ini, namun ini semua hasil pembacaan ratusan buah buku berbahasa inggeris dan melayu yang saya beli, download percuma daripada internet. Saya juga ada ikut beberapa kursus intenet ini sama ada berbayar 2 kali sahaja itu pun cara nak buat blog dan bagaimana namun yang percuma lebih banyak daripada berbayar.

Kesimpulannya dalam dunia ni kita boleh pelajari apa jua yang kita mahu. Akhirnya terima kasih kerana datang singgah kat blog ni dan jika ada silap, maafkan kami..maafkan saya...

Salam sayang buat semua

Sunday, June 28, 2009

Ikan Talapia Malaysia Ke Pasaran USA

Kini bermula bulan Ogos 2009, ikan talapia kita akan mula dipasarkan di USA.Ikan Talapia ini akan dipasarkan dalam bentuk filet atau isi ikan oleh sebuah syarikat iaitu Trapia Malaysia Sdn. Bhd. (Trapia Malaysia).

Pasaran diperolehi oleh syarikat hasil daripada penyertaan dalam misi perdagangan yang disertai oleh syarikat di Pameran Makanan Laut Boston, AS pada Mac lalu. Ini sesuatu yang amat membanggakan kerana Amerika Syarikat yang merupakan pengimport filet tilapia terbesar dunia.

Nilai permintaan terhadap ikan talapia di USA melalui syarikat ini dianggarkan RM30 juta setahun.Oleh itu ini merupakan satu peluang yang baik untuk penternak ikan talapia dan juga ikan keli kerana bagi penternak ikan keli sedia ada, boleh juga mencuba menternak ikan talapia. Pada masa ini penternak serta projek yang sedia ada hanya mampu mengeluarkan kira-kira 5,000 tan metrik filet tilapia setahun dan dijangka meningkat sehingga 40,000 tan metrik pada 2013.

Jenis ikan talapia yang diternak adalah ikan talapia hitam dan penternakan ini banyakdilaksanakan di Gerik, Perak


Ikan Talapia Hitam

Sunday, June 21, 2009

Ikan Keli Belada :Mari Kita Berusaha Bersungguh - Sungguh

Untuk berjaya dalam apa jua bidang kita perlu bekerja keras. Saya teruja bila menonton video ni..saksikanlah



Kejayaan tidak datang bergolek.

Sunday, June 14, 2009

Tanaman Cendawan Mampu Memberikan Pulangan Lumayan

Penanaman cendawan kini terbukti mampu memberikan pulangan yang lumayan kepada para petani yang mengusahakannya. Ini telah dilaporkan dalam Berita Harian dan penaman cendawan tidak memerlukan modal yang terlalu besar untuk diceburi.



Penanaman ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dan ianya sangat mudah dipelajari dan ianya amat mengutungkan. Harga untuk sekilogram bagi cendawan tiram ialah RM10. dengan harga kos hanyalah ialah dalam purata RM1.40 sehari. Kekadang jika bekalan cendawan tiram berkurangan dipasaran, harganya cendawan tiram boleh mencecah sehingga RM15 sekilo gram.

Saya sendiri pernah melihat disekitar Selangor ini, beberapa lot kedai dikawasan 'tinggal' yang tak laku disewa atau dijual, ada usahawan - usahawan cina telah menyewanya dan dijadikan puast pengeluaran cendawan. Kedudukan lot kedai yan terpencil ini memudahkan perkara ini dan saya yakin usahawan ini telah meraih pulangan yang lumayan kerana ianya dapat memasarkan produknya dengan mudah dipasar sekitar Lembah Kelang.

Jika anda berminat untuk mempelajari kaedah menanam cendawan, saya syorkan anda memilik sebuah ebook yang menerangkan dengan mudah cara menanam cendawan ini.

Untuk keterangan lanjut berkaitan buku ini anda boleh : KLIK DISINI



Tuesday, June 9, 2009

Doktor Keli

Pada hari ahad yang lepas, saya terbaca dalam ........berkenaan Doktor Keli...

Monday, June 8, 2009

Remaja Jutawan

Sesekali bila melayari web mat salleh kekadang terasa ingin kembali kealam remaja,apa tidaknya sebahagian orang putih ini kecik - kecik dah buat bisnes dan mampu menjadi jutawan pada usia remaja.
Satu kunci yang saya perhatikan berkaitan orang barat ini, mereka banyak membaca buku.Mungkin sebab perkara ini, ilmu mereka jadi banyak dan disalurkan kebidang perniagaan dan mampu bergelar jutawan.

Sunday, June 7, 2009

Pertanian Hijau : Penernakan Lembu, Kambing, Ayam dan Ikan Keli Secara Alami Bersepadu Di Indonesia SOLO

Pertanian Hijau : Penernakan Lembu, Kambing, Ayam dan Ikan Keli Secara Alami Bersepadu Di Indonesia SOLO.

Pada tahun lepas, sahabat aku berpeluang melawat penternakan bersepadu lembu,kambing, biri, ayam serta ikan keli di Lembah Hijau Solo. Jika dilihat daripada gambar dan video, kita dapati sektor pertanian di Indonesia ini dah maju begitu jauh dan pada pandangan saya sudah hampir setanding dengan Thailand.

Sistem yang diamalkan secara bersepadu dengan mengguna semua usaha daya yang terdapat dalam negeri sendiri. Sebagai contohnya jagung ditanam untuk makanan manusia dan lembu. Najis lembu dibuat baja dan juga untuk menghasilkan gas untuk memasak. Baja yang dihasilkan juga untuk tanaman bunga dan juga buah.

Ayam juga dipelihara dan najis ayam juga dijadikan baja dan banyak lagi kegunaan. Semua hasilan diguna dan dikitar semula untuk kegunaan pertanian.


Kolam ikan keli

Sesiapa berminat boleh lawat sendiri tempat ini.


Biogas

Ini proses buat baja


Pasar Lelong Lembu..penternak bawa lembu ketempat ini untuk di lelong


Saturday, June 6, 2009

Jual Keropok Sira RM80,000.00 Sebulan !

Terkejut juga bila saya dimaklumkan oleh usahawan pengedar keropok bahawa nilai jualan keropok sira nya berjumlah RM80,000 sebulan. Jika dicongak campur tolak...ada untung ma RM24,000.00 sebulan. Untung bersih..weh..
Begitulah alkisah seorang pengedar barangan usahawan melayu yang memasarkan hasilan produk bumiputra. Dia tak jual keropok sahaja bahkan pelbagai jenis lagi seperti kuih karas, kerepek atau kuih kapit atau bahasa germannya Love Letter..
Usahawan ni memasarkan produk kepasaran Hypermarket Jusco seluruh negara, Carefour , Stesen minyak,kantin sekolah dan pelbagai saluran pasaran. Untuk kes keropok ni, beliau beli keropok mentah, keropok keping dan goreng kemudian di sira dengan air gula dan cili kemudian masuk dalam plastik dan jual !. Hingga kini ramai usahawan yang minta dia edarkan produk mereka.
Seperti bias, saya yang mulut gatal ni cuba korek rahsia kejayaanya. Katanya mula- mula memang sakit, apa tidaknya sesetengah luang pasaran itu kekadang order satu kotak, jika dikira tak berbaloi nak hantar namun digagahi jua kerana berpandangan hypermarket ni bukan satu, so bila dah buat lama-lama dekat setahun lebih..baru lah dapat order banyak..maka masa tu lah baru buat duit.
Betui kata mat salleh 'No Pain No Gain'...dan yang menarik dia adalah ore kelate dok kuala lumpur, lama dah....!.


keropok sira

Wednesday, June 3, 2009

Budu Kita Sudah ke London ?

Budu kito sudah ke London ?, begitulah soalan saya bila ada yang memaklumkan bahawa budu Kelantan khabarnya sudah mula dieksport ke Kota London. Pada mula saya sendiri tidak percaya tentang khabar yang disampaikan. Mana nak eskport budu dengan baunya serta pembungkusannya yang saya sebagai anak Kelantan agak sukar nak percaya. Budu pada fikiran biasa saya dibungkus dalam botol, yang kekadang jika dibeli di Kota Bharu, nak bawa balik ke Kuala Lumpur pun boleh pecah dalam kereta. Namun saya terpukau bila, sahabat saya tunjukkan bentuk budu masa kini. Wow sungguh canggih dan kreatif, kalau pembungkusan macam ini, saya yakin khabar bahawa budu telah menerjah pasaran London bukan suatu perkara yang mustahil. Buat mereka yang tak tahu berkaitan dengan budu, budu merupakan hasilan peraman ikan bilis dan garam yang apabila telah lama, ikan bilis akan hancur dan hasilan ini akan dimasak untuk menjadi budu atau nama lebih glamour dikenali juga sebagai sos bilis. Budu cap ketereh, salah satu budu tersohor di Kelantan telah menempuh inovasi pembungkusan yang pada pandangan saya menarik serta mampu dipasarkan dengan lebih luas sesuai dengan kehendak pemasaran pada hari ini.


. .

Tuesday, June 2, 2009

Kerepok Lekor Tersohor Di Kuala Lumpur


Jika kita sebut sahaja keropok lekor, ramai yang terbayangkan keropok lekor losong, Kuala Terengganu, namun pada hari ini saya rasa cukup bertuah kerana telah dapat berkunjung kesebuah kilang buat keropok di Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur ni macam-macam ada...

Kilang ini memang buat keropok tersohor yang banyak dijual oleh peniaga-peniaga di sekitar Kuala Lumpur dan juga Selangor, terutama di pasar malam, pasar tani dan juga di kedai -kedai makan. Bahkan kerepok lekor ini telah pun masuk kepasaran hypermarket dan serupamarket.

Kilang ini telah diusahakan oleh orang melayu setelah gigih berusaha semenjak daripada zaman mudanya hingga kini telah lebih 20 tahun menghasilkan keropok. Seperti biasa mulut saya yang gatal ini akan cuba mencungkil rahsia kejayaan pengusaha keropok ini." Maso mula - mula buat dahulu, akak mula kerja dari jam 5 pagi, siang ikan, uli dan rebus serta kemudian jual dan perniagaan serta aktiviti perusahaan berhenti hanya sekitar jam 1.00 pagi ! dan beginilah kitaran kerja yang dijalankan"..begitu cerita isteri kepada pengusaha keropok ini. Namun berkat usaha yang gigih setelah menempuh onak dan duri, kini perusahaan kerepok lekor telah diuruskan oleh dua anak lelakinya yang turut melaksana aktiviti di dua buah kilang milik syarikat. Jika dahulu segalanya dilakukan dengan tangan, kini kerja dipermudahkan dengan adanya teknologi serta peralatan. Kilang ini pernah mencatit pengeluaran kerepok lekor 100 tan sebulan !...maknya berapa nilai duit tu..lu pikir lah sendiri...he..he.

Kilang ini sedang dipertingkatkan pengeluaranya bagi menampung permintaan yang semakin bertambah setiap hari dan kilang ini bersih serta sesuai untuk pengeluaran produk makanan.


Kerepok lekor yang siap di rebus disejukkan sebelumdibungkus.


Kerepok lekor digentel jadi panjang pakai mesin yang mudah.




Bersih dan Moden

Monday, June 1, 2009

Rahsia Jutawan Cina - Part 2

'Melayu ka, Cina ka, India ka, semua sama, ada yang baik dan ada yang jahat'..itulah kata-kata jutawan cina yang aku temui di Tangkak, semasa bersembang sambil makan nasi lemak dengan sotong dekat dengan pejabat pos tangkak.

" Saya dah meniaga buah dah lebih 10 tahun, ramai olang sudah saya jumpa dan terkena...hingga sekalang orang hutang saya hampir RM3 juta !" cerita cina itu pada aku.Oleh itu bagi aku, manusia tetap manusia, tak kira bangsa...ada sama aje kaki penipu dan kaput hutang...bagi aku lebih sedih..melayu pun cabut juga...pakat dok pekena cina ni...

Selepas makan, cina itu bawa aku balik menuju jalan pintas balik ke pusat pengumpulan buahnya berhampiran jalan Hasan. Jalan pintas ini melalui perumahan dan dia ada tunjuk kat aku, '"ini rumah along,... itu bagi pinjam wang la."katanya pada aku...besar gila aku tengok..namun tak de orang duduk sebab taukenya tinggal di KL.

Lepas makan, waktu maghrib aku memecut kereta bersama kawan aku mencari hotel di Tangkak, lalu aku jumpa satu hotel nampak menarik..Hotel Opir..lalu aku bermalam disitu dengan bilik sederhana RM85.00 satu malam, oklah bagi aku yang badjet sengket ni...


Hotel Ophir tempat aku bermalam.



Bangunan seberang jalan Hotel Ophir

Sunday, May 31, 2009

Jimat Kos Menternak Ikan Keli Dengan Teknik Pro Asli

Makanan pelet merupakan faktor utama kos penternakan ikan keli, namun begitu satu teknologi baru penjimatan makanan ikan keli telah ditemui iaitu kaedah Pro-Asli.Saya terbaca kaedah ini dalam Utusan Malaysia online yang saya petik:

"Sepanjang bengkel tersebut, peserta telah didedahkan kepada dua teknik ternakan iaitu ternakan kaedah konvensional yang menggunakan makanan pelet 100 peratus dan ternakan kaedah Pro-Asli yang dapat mengurangkan kadar pemberian pelet atau tanpa pelet mengikut skala ternakan yang dijalankan.

Menerusi slot pertama, tumpuan lebih kepada ternakan konvensional termasuklah penyediaan kolam ternakan, penyediaan air, benih, teknik pemberian makanan, pengiraan kos makanan dan kos operasi, penggredan dan pensampelan, pengurusan selepas tuai dan sebagainya.

Slot kedua tertumpu kepada perbandingan slot pertama dengan kaedah Pro-Asli bermula penyediaan air ternakan sehingga tuaian.

Paling utama adalah pengiraan kos makanan yang dapat dijimatkan berbanding penggunaan pelet semata-mata.

Bengkel tersebut dilihat sesuai kepada semua penternak sama ada penternak baru menceburi ternakan keli mahupun mereka yang telah lama berkecimpung tetapi ingin mengetahui dan berkongsi pengalaman kaedah ternakan kaedah Pro-Asli.

Kaedah ini lebih menekankan cara untuk menjimatkan kos ternakan.

Seperti yang diketahui, kos makanan khususnya pelet amat membebankan penternak dan telah menyebabkan ramai penternak telah berundur diri.

Ini kerana, penternak yang menggunakan 100 peratus pelet tidak dapat menjual hasil ternakan mengikut harga pasaran biasa akibat kos makanan yang terlalu tinggi.

Kaedah pro-asli dilihat sebagai satu alternatif terkini dalam mengimbangi kos pelet yang terlalu mahal.

Terdapat dua pendekatan utama di dalam kaedah pro-asli iaitu:

l Bagi penternak sara diri, mereka boleh memilih untuk tidak menggunakan pelet, sebaliknya menjadikan sisa dapur seperti lebihan nasi, sayur dan roti sebagai makanan keli ataupun

l Bagi penternak komersial, mereka masih menggunakan pelet tetapi pada kuantiti yang lebih sedikit.

Dengan penggunaan vitamin keli, serapan zat dan nutrisi pelet dapat ditingkatkan semaksimum mungkin.

Penggunaan mineral keli di peringkat awal juga berjaya mengurangkan kadar pemberian pelet atau makanan lain kepada tiga kali seminggu kerana air ternakan telah dibekalkan makanan semula jadi.

Secara ringkasnya, kos makanan sepanjang ternakan bagi sekilogram keli hanya menelan belanja serendah antara RM1.20 dan RM1.50 berbanding kos penggunaan 100 peratus pelet yang biasanya melibatkan kos paling minimum RM4.50.

Bagi menyampaikan maklumat yang lebih jelas kepada orang ramai, Perintis Agrotech Centre telah merangka satu program jelajah ke seluruh negara dan bagi yang berminat, boleh daftarkan diri di talian 03-61873796 atau 019-6634527.

Yuran penyertaan sebanyak RM50 sahaja.

Lokasi Bengkel Ternakan Keli Pro Asli seterusnya adalah seperti berikut:-

lKolej Komuniti Pasir Salak - 23 Mei

lBatu Pahat, Johor - 30 Mei

lSg. Petani Kedah - 13 Jun

lKota Bharu, Kelantan - 27 Jun

lKuching, Sarawak - 5 Julai

lKota Kinabalu Sabah - 18 Julai

Saya mencadangkan bagi penternak ikan keli wajar menyertai bengkel ini, lagi pun kosnya murah sahaja RM50.00

Saturday, May 30, 2009

Rahsia Jutawan Cina

Pada hari rabu yang lepas tercapai hajat ku untuk bersemuka dengan seorang jutawan cina. Hajat ku ini terpacul dalam hati aku selepas aku bertemu dua jutawan melayu di Johor tempoh hari dan ini pun kira nasib sahaja..semuanya tiada perancangan, main redah aje dan seperti biasa, aku lah yang mengelarkan mereka ini ataupun cina ini jutawan, dia sendiri tak de kata begitu..namun daripada percakapanya aku boleh teka, dia seorang jutawan cina di Tangkak !.

Juwatan cina ini terlibat dalam perniagaan hasil - hasil pertanian yakni dia jual pelbagai jenis buah yang ada di negara kita ini termasuk buah pisang, buah naga, buah durian dan pelbagai jenis buah yang kemudiannya menjadi buah mulut orang bila dah terkenal. Jutawan Cina ini antara pemborong buah yang tersohor di Malaysia ni kalau anda berasal di Tangkak pasti kenal, sebab ikut kata dia" sepanjang gua tinggal kat sini, ic pun gua tak bawak, dompet pun ta dak,cuma ada cash saja dalam poket" ..dia kata kat saya..dan semasa dia belanja saya dan rakan makan nasi lemak kat pejabat pos tangkat tu, saya tengok jutawan cina ni keluar duit segengam dan bayar, duit ambik daripada poket seluar pendeknya...tak de dari dompet macam aku, yang berdompet tapi hampeh penuh dengan kad kredit !....terasa betapa kecilnya diri bila berhadapan dengan apek cina ber T-shirt serta berseluar pendek..pun begitu aku berterima kasih dapat makan nasi lemak sedap kat warong depan pejabat pos tangkak ni...banyak cerita yang aku nak kongsi...dan sebab aku berani kata apek ni jutawan cina adalah '' hui...saya berniaga banyak lama..orang hutang gua hampir dekat RM3 juta pun. sampai sekarang tak dak bayar ooo.."...ini kata-kata yang masih terngiang - ngiang ditelinga aku dan yang peliknya dia malas nak tuntunt balik..hu..hebat..Jutawan cina ini, dalam hati aku berkata....sambung....

IKAN KELI BELADA

Saturday, May 16, 2009

Jutawan Dari Kampung

Minggu lepas saya berpeluang bertemu dua orang jutawan melayu yang telah memulakan perniagaan mereka dengan bermodalkan hanya RM250.00 sahaja. Namun hasil kegigihan mereka dengan hanya menjual kerepek dan pelbagai hasilan jualan kampung kini mereka ini, saya panggilkan sebagai Jutawan Dari Kampung !.

Bukan niat saya untukmenghina sesiapa, bahkan saya amat menghormati mereka, kerana dengan usaha yang gigih memasarkan hasilan produk daripada kampung mereka mampu bergelar jutawan !. Jutawan ini pun adalah perkiraan saya sendiri kerana mereka sendiri pun tidak pernah mengatakan mereka jutawan !. Namun daripada perkiraan saya dengan nilai jualan harian yang kekadang boleh mencecah RM 50,000 sehari maka saya yakin mereka layak diberi pengiktirafan jutawan!. Ini semua mereka capai setelah berkerja keras tanpa jemu dan hingga kini telah menjalankan perniagaan lebih 10 tahun !.

Oleh itu siapa kata orang kampung tak mampu bergelar jutawan ?. Saya juga pernah berjumpa dengan jutawan melayu yang memulakan perniagaan dengan hanya bermodalkan RM50 sahaja, juga menjual hasilan kampung kerepek , keropok, bahulu dan pelbagai lagi. Semua ini rahsianya mudah sahaja berkerja keras dan berusaha gigih tanpa putus atas dan jemu !. Pada kebiasaannya tiga tahun pertama itu amat perit bahkan ada yang rugi pun, namun berkat tak kenal penat dan mudah putus asa akhirnya kejayaan muncul jua. Inilah hasil rumusan temubual saya dengan mereka ini dan tak lupa juga petua yang mereka berikan adalah pemasaran adalah kreatif dan kita jangan tamak, apa-apa pun yang penting duit masyukkk....bukan mengejar nama.

Namun hingga kehari ini saya masih belum berkesempatan bertemu jutawan - jutawan dalam bidang penternakan ikan keli ini. Saya pasti ada juga penternak ikan keli ini yang telah menjadi jutawan cuma saya belum berjumpa penternak ikan keli jutawan. Ikan keli merupakan hidangan lauk pauk yang mempunyai peminat tersendiri dan saya yakin sudah ada yang bergelar jutawan ikan keli ini.


Pembekal Pelbagai Kerepek di Rengit, Batu Pahat Johor,


Sesiapa nak menjadi pengedar kerepek inilah satu daripada pembekal kerepek pisang, ubi dan pelbagai macam lagi. Syarikat ini juga membekalkan kek lapis daripada Indonesia untuk edaran dan jika anda berminat datanglah kesini dan bincang awal -awal dengan taukenya di lokasi Pekan Rengit..




Usahawanita melayu yang gigih merentasi arus perniagaan.

Saturday, May 2, 2009

Penternak Ikan Keli dan Penternakan Lembu

Penternakan ikan keli yang saudara saya usahakan telah digantung operasinya buat sementara waktu, kini saya mula membuat tumpuan kepada penternakan lembu yang sedang diusahakan oleh rakan saya.

Penternakan lembu perlukan modal besar sekurang - kurang RM200,000.00 kerana perlu bina kandang dan pelbagai kelengkapan lain. Namun prospek dalam bidang penternakan lembu ini amat cerah kerana negara kita masih kekurangan bekalan daging dan penggunaan daging ini saya yakin akan sentiasa berterusan dan bertambah setiap tahun.


Bangsal atau stor makanan.

Pejabat Ladang.

Kandang
Kandang dan padang ragut yang mampu menampung 300 ekor lembu.


Kandang untuk lembu feedlot

The Cattle Farm View

Tuesday, April 28, 2009

Ikan Keli dan Professional Mencari Duit

Penternakan ikan keli ataupun ikan air tawar serta sektor pertanian hari ini telah menarik minat pelbagai golongan dan yang lebih menghairankan ia telah banyak menarik golongan professional menyertai bidang ini.

Jika dilihat sekilas pandang nampaknya ia baik dan cukup menarik, apa tidaknya bila doktor, peguam, jurutera, kontraktor dan juga akitek dah mula menjadi petani,penternak dan nelayan.

Namun 2 kali fikir bagi saya ia kini menjadikan sektor pertanian ini semakin mencabar terutama bagi orang biasa. Bagi penternak ikan keli penyertaan terlalu ramai orang yang menternak ikan keli boleh menjadikan lambakan ikan keli dipasaran dan secara tak langsung juga akan menjejaskan harga jualan borong dan runcit ikan keli. Harga yang rendah dipasaran pasti akan mengembirakan peminat ikan keli namun bagi penternak ikan keli ini amat merugikan jika harga jualan tidak dapat menampung kos pengeluaran yang semakin meningkat dan saya jangkakan banyak penternak ikan keli akan lingkup.Jika ini berlaku amat menyedihkan kerana bagi orang biasa, apa yang boleh kita buat sedangkan untuk golongan professional mereka boleh kembali bekerja dibidang masing-masing !.

Kemasukkan professional dalam bidang penternakan ikan keli ini juga mampu meningkatkan kos makanan dan peralatan menternak ikan keli yang mana ini turut dirasai oleh penternak ikan keli seperti kami dan ini merupakan satu daripada sebab kenapa kami telah memberhentikan untuk sementara menternak ikan keli ini.

Bagi saya jika golongan professional ingin menyertai bidang pertanian terutama penternakkan ikan keli, saya berpendapat dengan keupayaan mereka, golongan ini perlu menyertai pasaran global yang lebih luas bukan sekadar menjadi pesaing kepada pasaran yang sedia ada.

Sesekali terfikir dalam fikiran saya, kenapa golongan professional ini tidak memperkembangkan bidang professional mereka ?.

Oleh itu bagi orang biasa macam saya ini, nampak gayanya kita semua kena mencari atau menjadi golongan professional dalam bidang lain untuk menambah pendapatan. Satu bidang yang telah saya ceburi selama setahun adalah : KLIK

Semenjak saya menyertai bidang penternakan ikan keli ini kira-kira dua tahun yang lalu, sebenarnya saya sudah sedia dengan 'backup plan' ini kerana saya sudah faham benar dengan trend orang di Malaysia ini dalam perniagaan iaitu trend berniaga nasi lemak !. Jika kita perhatikan trend ini, iaitu jika seorang berjaya berniaga nasi lemak maka ramai akan berniaga nasi lemak dilokasi yang sama !. Sama juga dengan pertanian ini,kita bela ikan keli ada yang ikut bela ikan keli, Bela cacing akan jadi ikutan jua...namun akhirnya bila dah ramai semua tak dapat bertahan atau dengan kata mudah kita jadi ikut -ikutan sahaja.

Oleh itu saya kini lebih memfokus menjalankan pencarian pendapatan seperti ini : KLIK .

@ Ikan Keli Belada

Friday, April 24, 2009

Pasaran Produk Halal Dunia USD693 Billion !.

Pasaran produk halal dunia dianggarkan bernilai USD693 billion, itu yang saya dengar namun begitu kenapa kita yang dok ternak ikan keli ini masih bermasaalah untuk menjualnya. Saya teringat kata sahabat saya bahawa jika nak jual sesuatu biar kena pada orangnya, pasti ia akan mudah terjual.

Hingga kini saya masih mencari macam mana nak dapatkan pasaran halal ini terutama untuk produk - produk ikan keli.

Wednesday, April 22, 2009

Ikan Keli Mati Kelemasan !

Hari ini saya terkejut membaca sebuah berita yang disiarkan dalam akhbar bahawa di JenJarom seorang penternak ikan keli telah kerugian lebih kurang RM30,000 akibat ikan keli yang dipelihara oleh penternakikan keli itu mati kerana mungkin kelemasan asap ataupun kepanasan kerana sebuah kilang yang terletak berhampiran pusat penternakan ikan keli itu terbakar.

Melihat kepada gambar yang disiarkan, pengusaha ini menternak ikan keli dalam kanvas dan saya jangkakan sama asap yang tertiup kekawasan ternakan ikan keli ataupun bahang panas yang menyalar kekawasan ikan keli kanvas menjadikan ikan keli berkenaan mati. Saya sendiri tidak menyangka bahana begini berlaku kepada penternakan ikan keli kanvas, kerana secara logiknya ikan keli itu berada dalam air,api atau asap berada diatas. Namun ini semua boleh dijadikan panduan dan iktibar kepada semua penternak keli. Namun begitu risiko besar sepatutnya boleh dielakkan jika memilik tempat penternakan yang sesuai. Ini termasuklah penternakan ikan keli atau ikan disungai. Pencemaran yang berlaku terutama dihulu ataupun dikawasan yang berhampiran dengan kawasan penternakan ikan keli boleh menjadi ancaman yang cukup besar yang boleh mengakibatkan ikan keli mati.

Perkara yang sama juga berlaku jika keadaan air tidak ditukar atau kitar dengan secukupnya, kandungan asid atau keadaan air yang tidak mengandungi oksigen yang terlarut mampu membunuh ikan keli ataupun hidupan akuatik yang lain.

Satu peluang perniagaan selain penternakan ikan keli : PELUANG ONLINE

Sunday, April 19, 2009

Sifat Tamak dan Rakus Merosak Segala-galanya !

Sifat tamak dan rakus mampu menghancurkan semua yang kita usahakan tak kira apa perkara yang kita usahakan samaada menternak ikan keli, ayam ataupun perniagaan yang kita jalankan.Sebagai contohnya denga tamak haloba ingin cepat kaya ada segelintir penternak ikan keli memberikan ikan keli dengan bangkai binatang yang sungguh menjijik dan meloyakan.

Begitu juga dalam industri herba kerana nak cepat kaya dan popular ada pengusaha herba yang mencampurkan bahan - bahan kimia perangsang dalam produk yang dipasarkan seperti silendifil dan pelbagi ubatan lagi yang kononyan mampu menguatkan tenaga batin. Kekalutan ini menjadikan industri herba dan penternakan ikan keli dipandang serong oleh pengguna di negara kita dan lebih - lebih lagi diluar negara.

Semua ini menjadikan produk kita sukar untuk dipasarkan kepasaran yang mana akhirnya pengguna akan beralih kepada produk makanan yang import dan ini tentunya merugikan negara kita terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.Oleh itu sama-sama kita fikirkan.

Satu peluang tambah pendapatan yang saya ceburi selama 2 tahun hingga kini dengan mantap dan masih berterusan walaupun secara kecil -kecilan.

KLIK JIKA BERMINAT : PENDAPATAN TAMBAHAN

Thursday, April 16, 2009

Peluang Perniagaan Mudah

Saya kini telah memberhentikan buat sementara waktu penternakan ikan keli ini kerana kos operasi yang tinggi manakala harga yang ditawarkan oleh pemborong tidak mampu untuk menanggung kos operasi ikan keli yang saya buat ini.

Dengan kata lain, setiap jualan ikan keli yang saya buat, saya akan mengalami kerugian !. Oleh itu pada pandangan saya menternak ikan keli pada masa gawat ini kurang memberangsangkan. Kini saya telah menceburi bidang perniagaan mudah yang diperkenalkan oleh saudara saya.

Perniagaan ini bermula dengan modal yang cukup rendah namun mampu memberikan pulangan yang lumayan dan mampu memberikan pendapatan 4 angka sebulan jika diusahakan dengan bersungguh - sungguh.

Oleh itu jika anda berminat untuk bersama saya dalam perniagaan mudah ini dengan modal yang tak sampai RM1000.00 pun, KLIK SEGERA : PELUANG TAMBAH PENDAPATAN

Tuesday, April 14, 2009

Burung Wallet

Burung wallet terbang kehulu dan kehilir tapi yang pasti yang dalam wallet terbang dahulu mengejar burung wallet yang tak pasti bersarang ataupun tidak. Kekadang burung wallet ni mungkin dah pintar kerana tak mahu lagi ditipu oleh bunyi pita rakaman yang dipasang dalam rumah burung buatan manusia. Lalu burung wallet ini masuk dan berak sahaja merata -rata, yang pasti yang dalam wallet terbang dahulu di nasihat pakar - pakar burung wallet yang tak diiktiraf !.

Semalam saya telah sempat bertemubual dengan seorang pengusaha burung wallet yang hingga kini masih belum menampakan apa jua hasil setelah berusaha membina rumah burung wallet sehingga kini dah 2 tahun. Burung wallet hanya masuk kerumah burungnya tetapi sehingga kini dah habis dekat RM100,000.00 lebih dah. Saya dengar pun naik seram ini semua kerana mengejar impian untuk mencari pendapatan lumayan kerana pada awalnya harga sarang burung wallet ini dikiranya RM5,000 sekilo !.

Bagi saya mencuba untuk mencari rezeki dengan burung wallet ini risikonya tinggi dan modal besar, jika anda sanggup silakan, kerana memang ada yang berjaya namun yang gagal pun ada mungkin saya bertemu dengan usahawan yang belum berhasil.....

Saturday, April 11, 2009

Tekonologi Hijau

Teknologi hijau itulah satu perkataan baru yang bermain dalam minda saya pada hari ini. Bila mencari di internet maka terjumpa makna teknologi hijau ini yang bermaksud teknologi baru yang perlu ada dalam masyarakat hari ini.

Teknologi Hijau merupakan tekonologi yang digunakan untuk pembangunan kehidupan manusia tanpa menjejas ataupun merosakkan alam sekitar yang kita diami. Teknologi hijau merangkumi pelbagai aktiviti kehidupan yang mampu mengekalkan persekitaran kehijauan dalam kehidupan kita. Jika kita menggunakan bahan bakar kita guna biodisel bahan yang berasal dari alam tanpa menjejaskan persekitaran.

Teknologi hijau ini juga boleh melibuti aktiviti kitar semula dan pelbagai aktiviti pembangunan yang mengawal alam sekitar. Namun sudah pasti akan ada pelbagai tafsiran berkaitan teknologi hijau ini.




Sunday, April 5, 2009

Modal Kecil Untung Besar

Modal kecil untung besar itulah jenis perniagaan yang perlu kita terokai pada zaman kegawatan ini. Apa yang kita perlu cari adalah peluang untuk menjual produk yang sesuai dengan tempat, masa serta harganya. Pada sabtu yang lepas beberapa kawasan di negara kita telah menjadi hot spot. Semua orang tahu iaitu Bukit Gantang atau lebih tepat di Taiping Perak, Bukit Selambau di Kedahdan juga Batang Ai di Sarawak.

Semua orang tahu ini kawasan panas, namun tafsiran kawasan panas ini mungkin berbeza. Saya dengar berita dari kawan - kawan bahawa pada hari penamaan calon pada sabtu lepas, bandar Taiping dibanjiri lebih daripada 50- 60 ribu orang menjadikan bandar sesak sejak awal pagi lagi. Dan yang lebih menarik lagi semua kedai makan kehabisan nasi untuk makan tengahari. Ini menjadikan saya tertanya - tanya tak de ke yang nak ambik peluang berniaga nasi lemak ka, mee goreng ka ?. Mengikut kata kawan saya, penjaja nasi dan makanan sukar dilihat kelibatnya pada masa itu ataupun boleh dikatakan tiada !.

Bagi saya ini semua peluang kita buat duit dengan berniaga kerana orang dah ramai tentu nak makan nak minum, kenapa kita tidak rebut peluang buat duit ni....eee...geramnya..aku...Oleh itu dalam kita berusaha mencari wang ini,kita perlu bijak merebut peluang perniagaan yang sediaada yang kadang kala orang tak terfikir pun kerana sibuk dengan urusan lain.

Saturday, April 4, 2009

Susu Kuda Membantu Memulihkan Penyakit Kanser


Saya baru terbaca perkara berkaitan dengan khasiat susu kuda ini dan diberitakan bahawa susu kuda ni rupanya banyak khasiat juga. Dilaporkan amalan meminum susu kuda ini mampu untuk memulihkan penyakit kanser.

Susu kuda pula dipercayai mampu meningkatkan daya kekuatan seks kaum lelaki secara semulajadi. Kini susu kuda ataupun pada masa ini dah ada yang buat pil susu kuda untuk memudahkan pengguna memakannya. Susu kuda juga dipercaya mampu meningkatkan kekuatan minda peminumnya serta menguatkan otot-otot.

Bagi saya ini semua satu peluang nak perolehi pendapatan kerana sehingga kini produk - produk susu kuda ini amat sukar diperolehi dinegara kita, jika anda ragu-ragu pergi tanya di farmasi yang berhampira, ada jual dak pil susu kuda ?. Sehingga kini saya masih menerima jawapan 'Kami tak jual pil susu kuda !'.

Jika susu kambing dah banyak dah.........

Saturday, March 28, 2009

Guna Banyak Joran


Satu strategi memancing untuk dapat ikan yang banyak adalah kita guna banyak joran dengan pelbagai umpan yang menarik. Jika kita hanya bergantung pada satu joran sahaja sukarlah kita untuk dapat ikan dengan banyak.

Begitulah dunia perniagaan hari ini, kita perlu mempelbagaikan jenis barangan yang kita jual dalam keadaan serta harga yang kita jual. Baru - baru ini saya berpeluang ke Kuching dan berbincang dengan beberapa peniaga serta pengedar disana yang mengatakan rata-rata nilai jualan mereka merosot jika dibandingan pada tempoh masa yang sama. Namun kata mereka untuk 'survival' mereka telah turut mempelbagaikan produk edaran mereka dengan konsep sana ada sale sikit, barang ni ada sale sikit , namun jika dicampurkan akan jadi banyak jua, seterusnya dapat menampung kos operasi.

Harga ayam pun dah mula turun kerana permintaan yang berkurangan, kita kuasa pengguna semakin menampakan kesan kepada harga barang, bagi saya ini suatu petanda yang menarik yang pada suatu masa dahulu ramai orang kita meraguinya.

Wednesday, March 25, 2009

Pemasaran Jantung Perniagaan

Pemasaran merupakan nadi ataupun jatung sesebuah perniagaan kerana tanpa pemasaran, apa jua aktiviti perniagaan alamat lingkup jadinya. Sebelum seseorang usahawan ataupun individu menjadi usahawan, adalah dicadangkan supayan individu berkenaan membuat analisis kendiri. Analisis ini penting untuk menentukkan sama ada individu itu layak ataupun menjadi usahawan !.

Hakikat sebenarnya tidak semua orang mampu menjadi usahawan, walabagaimanapun seseorang itu mampu menjadi usahawan jika ia memiliki ciri -ciri ataupun kehendak serta sanggup hidup dengan displin seorang usahawan. Ayat ini bunyi berbelit - belit namun itulah hakikatnya. Untuk menjadi usahawan yang berjaya sebenarnya akan ditentukan oleh sikap serta displin individu serta semangat yang jitu dengan keinginan yang mantap.

Faktor modal, ilmu bukan menjadi persoalan yang besar sebenarnya, jika sikap keinginan serta displin yang ada, maka terpacullah peribahasa kita; 'Dimana ada kemahuan, disitu ada jalannya'. Untuk menjadi usahawan yang berjaya, kita jangan sekali menjadi usahawan 'pak turut' yang amat berbahaya ataupun usahawan 'know who', kita perlu menjadi usahawan ' know how', kerana 'who' yang kita akan bergantungan itu akan leyap jua akhirnya dan kita akan terkapai-kapai jua, lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang penuh cabaran pada hari ini.

Jika kita nak bela keli kerana dengar keli ada prospek, namun kita sendiri tak tahu nak jual kat mana ini jelas bermakna kita menjadi usahawan ikutan. Oleh itu sebelum kita menceburi apa jua bidang, cari ilmu sebanyak mungkin, buat kajian pasaran, rancang perniagaan kita dengan teliti dan dapatkan maklum balas daripada pelbagai sumber serta buat kajian sendiri. Tanpa ini semua pelaburan serta perniagaan yang ingin kita ceburi itu akan lebur begitu sahaja dan yang bahayanya kita akan dikejar hutang keliling pinggang !.

Kajian pasaran amat penting kita laksanakan, untuk sedikit kemudahan pasaran, jual sesuatu yang diperlu oleh pasaran dengan harga yang mampu diterima oleh pengguna terutama dalam ekonomi terkini. Usahawan perlu amat peka kepada kehendak pasaran, jika tidak dia akan hanyut oleh badai ekonomi. Sebagai contoh pada masa lalu, pek -pek ekonomi sungguh popular terutama untuk produk serbuk pencuci, namun kita pek yang lebih kecil lebih digemari kerana kuasa beli dah menurun dan wang yang ada ditangan pengguna semakin mengecil. Oleh pek sabun dalam saiz pek ekonomi tidak sesuai pada masa kini.

Satu lagi pendekatan yang lebih mudah untuk dilihat adalah, pergi ke hypermarket dan lihat apa yang telah dilakukan oleh 'The Big Boys' atau dengan kata lain apa yang telah dibuat oleh syarikat -syarikat besar. Jika the big terjun kepasaran ataupun melakukan perubahan drastik keatas produk, harga ataupun pembungkusan, kita boleh jadikan ia panduan untuk kita ikut. Ini kerana the big boys ni tak melabur ataupun membuat perubahan tanpa kajian yang mendalam yang melibatkan jutaaan ringgit,kerana pelaburan perubahan mereka juga akan melibatkan jutaan ringgit atau dengan kata lain jika the big boys buat pasti ada lubang duit disitu.

Sebagai contoh jika dahulunya syarikat A tidak pernah mengeluarkan produk kopi campuran 3 dalam 1 Tongkat Ali, namun kini dia dah follow buat juga, pasti ada duit dalam pemasaran kopi campuran 3 dalam 1 tongkat ali.

Trend juga perlu menjadi fokus utama dalam aktiviti pemasaran ini kerana jika dahulu emak - emak kita sunggup beli keli hidup dipasar, balik disiangnya dan digulai ataupun digoreng, adakah perkara yang sama berlaku kepada surirumah yang bekerja tinggal dibandar pada hari ini, jika pasaran keli kita dibandar ?. Semua ini perlu diambil kira dalam aktiviti pemasaran kita. Jika kita bergantung kepada pemborong, kalau pemborong cabut lari, bagaimana ?.

Oleh itu sebelum menceburi apa jua bidang...fikir - fikirkan lah...

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu sumbangan daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH NIK WAN
Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terimakasih kepada mereka yang telah memberi dan dengan sumbangan sedemikian dapatlah saya menjalankan pelbagai kajian berkaitan penternakan serta pemasaran ikan keli dan akuakultur untuk saya kongsikan disini.